BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label Bkt Gntg. Show all posts
Showing posts with label Bkt Gntg. Show all posts

Monday, October 24, 2011

UMNO BN pembela Melayu.....?


Mohd akhir..UMUR 63 tahun..menjadi Ahli UMNO sejak 18tahun.....45 tahun dah UMNO..akhirnya "HARAP PAGAR PAGAR SONGLAP PADI"............
SETERUSNYA>>>>>>:
Mohd Akhir seorang OKU pendengaran menerokai tanah seluas 0.75 hektar ditepi jalan keKuala Trong..beliau telah mengusahkan tanah tersebut sejak 1998 ditanam pisang ,sayur dan pokok buah buahan.Hasil dari tanah tersebut hampir menjadi pendapatan utama menanggung keluarga beliau disamping isteri beliau buka warung minuman berdekatan Masjid Trong....
ikut apa yang dikatakan oleh Beliau...pada 2002 beliau telah ke PDT taiping dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang permohonan keatas tanah itu dan beliau majukan permohonan,tarikh sebenar beliau tidak dapat ingat dan sekali lagi dalam tahun 2007 beliau ke PDT untuk mengetahui perkembangan permohonan beliau dimana beliau terkejut dengan makluman Pegawai tiada sebarang permohonan keatas tanah itu ,beliau terus membeli plan dan sekali lagi pada tahun 2007 mei beliau masukkan permohonan sekali lagi dimana (ada salinan dokumen )..beliau juga mendapatkan surat sokongan dari ADUN BN Datuk Rosli pada tahun 2009 dis 9 hb bila mana beliau tidak menerima sebarang makluman dari PDT mengenai permohonan beliau.(ada salinan)..*akhirnya SEPERTI BIASA BABAK BABAK AKHIR ..Bila mana seorang Pegawai dari PDT bersama seorang lagi yang dikenali anak beliau sebagai Polis dan seorang lagi yang tidak dikenali datang ke gerai isteri beliau, ingin berbincang mengenai tanah tersebut pada hari ahad 27 mac 2011
*Pegawai PDT itu memberitahu isteri beliau tiada sebarang permohonan keatas tanah itu sehingga 2003 oleh sesiapa pun,mendengar itu Isteri beliau bersama anaknya terus ke PDT pada 29 mac 2011.
setelah berbincang diPejabat PDT mereka diberitahu permohonan ditolak oleh pegawai atasan EN Harun..tiada alasan.
Akhir sekali ,datang lagi 2 orang bersama pegawai PDT yang sama pada mac lalu menawarkan rm5ribu kepada Mohd akhir sebagai penyelesaian isu Tanah tersebut..khik khik...berakhirlah sudah :HAK MILIK SEMENTARA TELAH PUN DIKELUARKAN ATAS NAMA Mohd Asri yang beralamat diTaman semarak Pokok Asam.Taiping.pada 25 ogos 2011.

nanti saya Uploadkan video..dengar apa ucapan sdr Mohd Akhir ..


tanah sudah mula diratakan..?ada cerita ..disebalik kejadian ada tangan misteri yang mahukan tanah itu utk membesarkan projek mereka yg berdekatan.

durian dah pun berbuah dan mengeluarkan hasil..

Wednesday, September 28, 2011

MAT SABU...Terlepas Pandang...

Mat sabu terlepas pandang..3sekawan Bekas Komando...Sdr Ishak Hassan sahabat beliau suhaimi Azizi dan Yusof...Berhenti kerja dari ATM malaysia pada tahun 1990 dengan pangkat Lance Koperal,Komando Ishak bersama kawan kawan beliau mulakan cita cita mereka dengan meneroka sebidang tanah di Brinchang cameron Highland dengan mendirikan sebuah rumah sebagai asas untuk teruskan cita cita mereka dalam meneroka dan mengembangkan tanah tersebut dengan duit hasil simpanan mereka sebanyak rm6k...akhirnya menemui hasil seperti biasa....arahan mengejut dari Pihak berkuasa daerah dengan alasan tanah itu telah diberi hakmilik pada org org yang berkuasa..akhirnya cita cita mereka terkambus ditanah itu.

Kalau le kes ini di sambut oleh abg Mat sabu..dah lama dah si3sekawan ini akan mengalami perubahan drastik..berbagai sumbangan dan pingat akan memenuhi diri mereka...UMNo dan Perkasa akan berebut hulurkan kasut dan tanah buat diri mereka dan anak beranak mereka...



keratan Akhbar Utusan Meloya:Jumaat 29januari 1993
ISHAK ..SUAMI ISTERI DAN ANAK BONGSU MEREKA.
anak:6../5 dari nya masih berSekolah dan tingkatan tertinggi anak sulung beliau adalah T4..

tangan kiri beliau cedera parah (jerangkap samar)sewaktu operasi 1986 utk menghapuskan kehemah musuh.

'INI SEBENARNYA NASIB ANAK BANGSA YANG BERBANGSA MELAYU ISLAM DIBAWAH PEMERENTAHAN UMNOBN..UNTUK LEBIH JELAS DAN DETAIL SILA TENGOK & DENGAR VIDEO DiBAWAH YANG saya uploadkan tanpa sebarang edit atau diubahsuai..kecuali formatnya sahaja...
video tanpa disunting..
Bhg 1::


Bahagian 2...

Wednesday, August 24, 2011

Rasuah Rm50k..fuuuhyooo boleh Percaya ke..?

Zaman sekarang ..lapor pada Polis,Sprm dah jadi mainan ahli Politik khususnya dari UMNOBN..lapor sesuka hati kekadang tanpa sebarang bukti hanya semata mata sebab lama dah muka dia tak kuar kat Media Pengampu dan untuk terus meletakkan nama mereka diperingkat dimana PieeeM nya nampak dan ada harapan jadi calon atau pun dapat projek..itu aje..?tapi dalam kes ini kita tunggu dan lihat apa tindakan seterusnya dari SPRM dan juga tindakan dari Ust Nor Azli musa (sekarang kemungkinan besar berada diGaza).
atau mungkin juga siFauzi ini bakal calon Dun trong ..

DiPihak Pas pulak perlu juga berhati hati dan mengambil kira soal ini jangan sampai akhirnya DUN ini dimenangi BN tanpa bertanding..'"BIAR KALAH SEBAGAI PANGLIMA"dan "BUKAN KALAH KERANA KEBEBALAN KITA SENDIRI"

Fauzi lapor SPRM dakwa Nor Azli cuba rasuah RM50,000

IPOH 23 Ogos - Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.

Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.

Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

"Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM.

"Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.

Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut.

"Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.

Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak.

"Saya sudah serah kepada SPRM senarai individu yang disyaki memiliki kemewahan segera semasa pemerintahan pakatan pembangkang. Nor Azli pun sudah tahu dia salah seorang daripadanya," katanya.

Beliau turut sedih kerana terpaksa berhadapan tindakan saman daripada individu yang mengaibkan Harussani.

"Sepatutnya Nor Azli layak disaman oleh Mufti Perak kerana menggelar Harussani dengan panggilan 'Syaitan bercakap' dan 'Haramsani'. Namun, saya terima hakikat ini kerana ia untuk kebenaran dan maruah seorang yang patut kita hormati," katanya.

Fauzi disaman fitnah kerana kenyataannya semasa membela Harussani di Utusan Malaysia pada 7 Jun lalu apabila mendakwa Nor Azli antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi 'jutawan segera' semasa tempoh 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak sehingga mampu membeli rumah berharga RM500,000.

Tuesday, August 9, 2011

Bukit Gantang diserang Virus kembar...bikinan spr..

KAMUNTING SATITON..PARLIMEN BUKIT GANTANG..DAN BUKIT JANA PARLIMEN TAIPING...SEORANG DUA INDENTITI....


Friday, July 8, 2011

Datin Sri Fatimah Taat..menyantuni masyarakat.

Rohana bt Ramli yang stroke hampir 10 bulan dari Lorong 20 Taman Mewah diziarahi oleh DS Nizar dan Datin Sri selepas melawat mangsa kebakaran pagi 7 hb july.
Adik ipar beliau saudara Azhar bekas anggota Polis amat terharu dengan kehadiran DS Nizar suami Isteri dan mengucapkan ribuaan terima kasih diatas keperhatian beliau.

Sdr Azhar turut meluahkan perasaan beliau diatas sikap Pejabat Agama/Baitulmaal kerana permohonan beliau untuk mendapatkan bantuan sehingga kini tiada sebarang tindakan ,tambah beliau sehingga kini beliau hanya menerima bantuan dari JKM rm300 sedangkan belanja menguruskan kak Ipar beliau melebehi RM 1000 sebulan,kekadang terpaksa mengharap bantuan sahabat handai dan kaum keluarga untuk menampung kos.

KEPADA SESIAPA YANG BERHAJAT UNTUK MEMBANTU PUAN ROHANA BOLEH HUBUNGI SDR ABDUL RAHMAN(ketua cawangan Pas taman mewah) ditalian:0194360504 ATAU PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN:058483950.
ATAU TERUS KERUMAH BELIAU DINO:20,LORONG 20 TAMAN MEWAH ,KAMUNTING.





Thursday, July 7, 2011

Kebakaran..awal pagi memusnahkan 4 buah rumah


Datuk sri dan Datin Sri meninjau sekitar rumah yang hangus

Taman Mewah Kamunting(Parlimen Bukit Gantang) Kebakaran awal pagi sekitar jam 4.30 pagi memusnahkan 4 buah rumah sederet diTaman mewah.
Rumah sdr Musa yang bernombor 1 dan zaharulai no3 dan penduduk India No 5 yang dikenali sebagai anandah dan rumah bernombor 7 yang disewai oleh sdr Anwar musnah sekelip mata.
Punca kebakaran dipercayai bermula dari rumah penduduk India dan dikhabarkan mungkin disabotaj mengikut penduduk penduduk sekitar.Laporan polis telah pun dibuat dan diharap pihak Polis dapat menyelesaikan kes tersebut dengan kadar segera lagi Adil..
tiada sebarang kemalangan melibatkan bencana itu.

DS Hj Nizar yang dimaklumkan keadaan pagi tadi telah bergegas ketempat kejadian untuk ziarah penduduk penduduk yang terlibat.



Datuk Sri bertanya khabar kepada mangsa sdr Zaharulali.

lagi gambar diFacebook:

Tuesday, July 5, 2011

Ceramah .Timbalan Presiden Pas.Hj Mad Sabu

4hb July2011:program Ceramah anjuran Pemuda Negeri yang pada awalnya dijadualkan di Tapak Dataran Batu 9.akhirnya dipindahkan ke Markas Pas Bukit Cempedak,Kerana Polis berjaya mendapatkan Perentah Mahkamah menghalang ceramah di Tapak tersebut.

4hb july petang sekitar jam5 sebanyak 9 trak Polis LSf dan Fru siap dengan water canon berkumpul di Dewan Bunga raya Changkat Jering,dan mereka bergerak ke Tapak Lokasi sekitar jam615 petang menampal perentah Mahkamah dikawasan sekitar itu bersiap sedia bagaikan akan berperang,dengan siapa entahle..(kekadang sedih dan kasihan mendengar makihamun rakyat kepada anggota Polis yang dijadikan Mangsa oleh Pihak Pihak tertentu khasnya UMNOBN...gaji dari duit Rakyat tapi menjadi balaci UMNOBN).

Akhirnya atas arahan penganjur, majlis itu diPindahkan ke Markas Pas Kawasan Bukit Gantang yang sekitar 4 km dari tapak asal.Bermulalah episod baru dalam Usaha Polis menghalang Rakyat dari menghadiri majlis itu.


persiapan awal dan mengejut petugas dari semua peringkat..

Road Blok: 1 dipekan changkat Jering berhadapan Kelinik Changkat Jering
2 Road Blok di simpang Tiga kepala Bukit batu 9
3 Pekan Changkat Ibol
4 Simpang sg Petai
5 kg Senduk
6 Pekan Bukit gantang
7 hadapan Kubur Kg Kubu 300 meter sebelum sampai Markas Pas.

soalnya KENAPA perlu sebanyak ini dan begitu ramai anggota digunakan untuk mengagalkan Program itu..?Dari Ratusan Polis diluar,terdapat sekitar +40 orang Polis dan SB dalam himpunan rakyat disekitar majlis itu.(kan lebih elok seramai itu punya anggota digunakan untuk membenters jenayah yg macam macam diluar sana..?ingat dan sedarke mereka yang gaji mereka yang digunakan untuk menyara anak bini mereka dibayar dari Duit yang dikutip dari hasil wang Rakyat..!

bersambungdibawah:komen dan luahan rakyat:




abang mad berpeluh..selepas ceramah dan naik seriau juga dibawa naik motor oleh petugas ke Tapak ceramah.

Komen-komen dan luahan Rakyat yang menghadiri majlis itu secara terus ,mesej dan panggilan kepada saya.

1 : Polis tahan dan minta ic dan lesen memandu catit semua maklumat
2: Rakyat terdengar arahan melalui walkie talkie:TAHAN SEMUA,CATIT,DAN CHECK 100% LAMBATKAN PERGERAKKAN MEREKA.
3: Polis: Ceramah Haram tiada permit tidak boleh pergi kesitu ,balik.
4: Jangan pergi kesana ada Perentah Mahkamah:(mangkuk hayun punya polis..perentah mahkamah di Dataran Batu 9.)
5: semasa kereta DS Nizar melalui sekatan dekat kubur kg Kubu..seorang anggota dengan senyum melambai tangan minta jalan tetapi disebaliknya ada seorang lagi anggota jerkah..TAHAN TAHAN...pemandunya lalu terus buat dak aje.
6: Seorang wanita yang berdekatan dengan markas berjalan kaki untuk ke majlis turut ditahan Polis:balik, ceramah haram tak boleh hadir/wanita: apa hak awak halang saya nak pergi dengar/polis piang:Diam membisu./wanita: suka hati sayale, nak dengar ceramah umnoke ceramah Paske, siapa awak utk menghalang sambil terus berlalu ke majlis ceramah.
7: Sekitar jam 11 malam 3 trak FRU membunyikan loceng dan menuju ke Jalan Changkat Ibol dari simpang kepala Bukit akhirnya hilang entah mana:provoke le itu.
8: ramai juga yang menalifon diarahkan balik kerana ceramah tiada permit

dan macam macam lagi kerenah polis yang diperdengarkan pada kami...
aduh aduh kenapa biarkan diri anda dijadikan Bodoh Piang sedangkan dikebanyakkan negara negara luar sebarang perhimpunan dan ceramah dilayan secara saksama oleh Pihak keselamatan siap diberi kawalan lalulintas tanpa mengira pemerentah atau pembangkang hatta negara Filipina yang dikatakan kurang maju dari malaysia pun mengamalkan pendirian yang adil bila melibatkan soal perhimpunan Rakyat..

Monday, July 4, 2011

Tahanan Baju Kuning.dibebaskan

Sdr zulfiqar aktivis pas bukit Gantang dibebaskan pagi tadi sekitar jam9.15.
Zulfiqar yang ditahan pada Jumaat 1hb July sekitar jam12 t/hari atas alasan ,memesan,memilik dan menjual Baju Kuning yang tertera "bersih" dibebaskan tanpa syarat pagi tadi.Pas Kawasan Bukit Gantang telah menjemput beliau di Mahkamah sesyen Kuala kangsar sebelum iring beliau balik ke rumah.



Saturday, July 2, 2011

Aktivis Pas Bukit Gantang.

Jumaat 1hb July seorang aktivis Pas Bukit Gantang ditahan untuk siasatan atas Isu Baju "bersih" dan dimana,kepada siapa dia menjual baju sebanyak 25 helai mengikut rekod mereka entah dari siasatan apa..?ha ha ha ha..Peraturan atau Arahan yang menjadi ikutan dan Pegangan mereka untuk menjalankan siasatan..

Mengikut maklumat tiada sebarang akta atau undang undang yang menghalang seseorang menjual atau memilik baju Kuning yang ditulis "Bersih".dimana akta seksyen apa..?tolong tunjukkan wahai pemegang Kuasa sementara

Pagi tadi 2hb July sempena Lawatan TPM ke Taiping sdr Zulfiqar dianugerahkan Sijil Tahanan Reman selama 2hari atas alasan IO nak menyiasat lagi dimana 25 helai baju yang dimaksudkan..!Pada awalnya IO comel itu mohon Zul direman selama 4 hari tetapi atas hujah Peguam Zambry yang mewakili Zul, majisterat hanya membenarkan Zul dibawah kawalan IO itu selama 2 hari bermula 2hb july jam 10.30 pagi tadi.

zul(yang berbaju merah)masih sempat melemparkan senyuman..yang lebai putih itule ketua pasukan peggeledah rumah zul semalam..entah apa yang dicari mereka..hanya seorang ibu dan ayah yang dah uzur bersama zul tinggal dirumah itu


hujah Peguam Tuan Zamry yang mewakili sdr Zul

Wednesday, June 29, 2011

Jawatan Kuasa Badan Bertindak setinggan Keretapi Daerah Larut Matang

28hb Jun 2011.Badan Bertindak setinggan Keretapi Daerah Larut Matang dengan diketuai oleh sdr Idris Ismail bersama rombongan yang mewakili 339 penduduk ,keParlimen untuk berjumpa dengan Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Hj Nizar untuk meluahkan perasaan mereka yang tidak puashati dengan tindakan-tindakan Kerajaan negeri,Pejabat Tanah Daerah dan MMC Gamuda kerana engkar mematuhi perjanjian dan persefahaman yang dibuat pada 26hb September 2008.
1.menyediakan Tapak rumah siap dengan prasarana dalam masa 2 tahun..sehingga sekarang tidak selesai.
2.membayar sewa rumah sebanyak rm300 sebulan selama 2 tahun,tetapi disambung pulak setahun lagi dan akan berakhir bulan ini..sedangkan tapak Rumah entah dimana dan seramai 339 penduduk tidak menerima sebarang surat ,yang dah diundi utk memiliki tanah pun tidak tahu dimana tapak mereka.
3.kegagalan kerajaan Perak untuk menyediakan tapak rumah berserta kemudahan dengan peruntukkan sebanyak rm8juta yang dikatakan telah digunakan untuk penyediaan itu,dan dimana untuk apa wang tersebut digunakan..?jangka masa sebelum bulan Jun 2011..tetapi yang seramai 339 penduduk entah apa yang diterima mereka..?


salinan Memo diserahkan sdr Idris kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Hj Nizar



Sdr Idris diiring YB Nizar .untuk menyerahkan Memorandum kepada Pegawai Khas Menteri Pengangkutan diPejabat Kementerian Pengankutan.

video.ucapan Sdr Idirs.

Monday, June 13, 2011

Mogok...nelayan diKuala sepetang ..turut mogok


Jeti Kuala Sepetang.lengang..gambar 10jun jam 10 pagi.nelayan tidak kelaut..

Nelayan mogok: Harga ikan didakwa naik 30 peratus
Harga ikan dan makanan laut naik kira-kira 30 peratus sejak nelayan laut dalam dan pengusaha bot pukat tunda C2 mogok dua hari lalu, dakwa ahli parlimen DAP Nga Kor Ming, yang juga membidas kerajaan kerana gagal menyelesaikan isu berkenaan.

NONENga (DAP-Taiping) berkata kerajaan sepatutnya membantu pihak yang terjejas itu dan bukannya mengeluarkan amaran dan ancaman terhadap mereka yang mogok itu.

Kira-kira 500 nelayan dan pengusaha bot tunda engan turun ke laut dan berkumpul di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di Kuantan bagi menuntut kerajaan mengembalikan sunsidi super yang dinikmati mereka sebelum ini.

Nga tidak ada sebab bagi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengugut untuk menarik balik lesen nelayan di zon A, B dan C berkenaan.

NONE“Pendirian Pakatan adalah jumpa dan bincang segera dengan nelayan kelas C2 berhubung mogok itu,” kata Nga.

“Sejak mogok bermula, terdapat pengurangan kira-kira 30 peratus bekalan ikan dan tambahan 30 peartus harga ikan,” dakwanya.

Pemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai.

NONEHanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.

Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Saturday, June 11, 2011

MOGOK:Subsidi Diesel..harga hasil laut bakal melambung

Penarikkan balik subsidi Diesel bagi Nelayan oleh kerajaan UMNOBN menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan nelayan nelayan disekitar Kuala Sepetang.
Bermula hari ini hingga Isnin 13hb jun hampir seluruh nelayan(sekitar 600orang) dari berbagai kelas B..B2,c,c2 mengambil persepakatan untuk tidak turun kelaut.
Kami yang dimaklumkan dengan kejadian itu bergegas ke Pekan Kuala Sepetang ,semua bot nelayan dikumpulkan dijeti dan nelayan nelayan yang ditemui lahirkan perasaan marah dan tidak puashati diatas tindakan kerjaan UMNOBN kerana subsidi diesel ditarik ,dimana ini akan menaikkan Kos mereka dan menghadapi masaalah bila hasil laut hendak dijual..mereka terpaksa naikkan harga ikan dan akan menghadapi masaalah bukan sahaja nelayan tetapi juga pemborong dan seterusnya Rakyat akan dijadikan Mangsa kenaikkan harga..
kami juga diminta tidak diambil gambar mereka ..kerana tidak mahu dijadikan mangsa kerajaan UMNOBN dengan berbagai taktik yang akan datang..

KENAIKKAN HARGA BARANGAN TERUS MENJADI..MASAALAH BESAR BUAT RAKYAT..PIMPINAN UMNOBN DAN KUNCU KUNCU RAPAT TERUS HAPPY...TAPI YANG KESIANNYA AHLI AHLI UMNOBN DIPERINGKAT BAWAH TURUT MENJADI MANGSA DAN PENCACAI MEREKA..barangan harian dibeli sama seprti rakyat biasa oleh Pencacai UMNOBN bukannya ada kad diskaun.....adoooi adoooi sampai bila lagi nak sedaq wahai rakyat pencacai...



bot tersadai..



pelantar turun hasil laut..cuti 3hari...lesu..



Friday, May 27, 2011

Minda ..sebelum Merdeka..diParlimen Bukit Gantang


Masih ada sekumpulan manusia yang minda beku disekitar kawasan Parlimen Bukit Gantang.
Ogang ke Bulan ekau dimana..?
Mengikut Jadual Dato Seri Nizar selaku Ahli Parlimen Bukit Gantang akan bersolat jumaat dimasjid kg Padang Besar Dun Changkat Jering,dan satu perbincangan dengan jemaah dan kenalan sama ada DS menjadi Imam atau baca khutbah atau pun sekadar ucapan alu aluan sebagai Ahli Parlimen,dan selepas itu menyampaikan sedikit bantuan kepada penduduk miskin.

Tetapi yang sedihnya AJK masjid telah mengadakan satu perjumpaan khas dan keputusannya dimaklumkan kepada Imam bertugas bahawa DS tidak dibenarkan menjadi Imam atau membaca Khutbah hatta tidak juga dibenarkan untuk bersolat diMasjid itu...aiiiii macam itu pulak.. pagi tadi bergegas siImam talipon dan maklumkan keputusan itu dan minta bawa DS kemana-mana masjid lain untuk solat Jumaat..
ha ha ha ada lagi AJK mangkuk retak macam ini..dah tentu siMB metalik akan cadang diberi Pingat atau apa-apa yang difikirkan patut.

Tuesday, May 3, 2011

Nostalgia..Pas Kawasan Bukit Gantang..

selesai sudah Mesyuarat Agung Pas Kawasan Bukit Gantang pada 02mei 2011.Di markas Pas negeri Perak di Air kuning...
Video Nostalgia Pas Kawasan dari tahun 2007 hingga 2010..

Tuesday, February 22, 2011

Ribut ..di Batu 8....Bukit Gantang..


Pokok manggis tercabut akar ..terbalik..tiada sebarang kejadian yang tak diingini..



wakil Pas Kawasan sampaikan sedikit bantuan kepada mangsa ribut..

pokok manggis timpa perkarangan hadapan rumah Ust Yusoff din..di batu 8.

Wednesday, February 2, 2011

Isu Tanah..Kuala Sepetang.


Lawatan Ust Idris ke Kuala Sepetang Pagi Tadi..tidak kesunyiaan dari aduan soal Tanah..
Soal Tanah Soal Tanah..yang ini kes Tanah..dimana Ketua kampung lebih Power dari Pegawai Daerah...?betul ke itu...
Pengadu seorang cina ..memberitahu telah memiliki dan mengusahkan tanah itu yang terletak bersempadan dengan Milik beliau (bergeran) lebih 30 tahun dan pernah memohon utk mendapatkan tanah itu ,beliau turut menunjukkan resit pembayaran TOL yang dibuat oleh beliau.Yang Peliknya baru baru ini seorang anggota kerajaan datang menunjukkan salinan surat permohonan dan surat sokongan dari ketua kampung yang mengatakan beliau pemilik sebenar tanah tersebut.Penduduk asal cina kehairanan ..mana boleh sudah lebih 30 tahun saya usahakan tanah itu dan tengok pokok sawit yang dah berumur..seterusnya Melayu itu datang dengan geng dia terus menebang beberapa pokok sawit yang berada dalam kawasan tanah itu...

aiii apa sudah jadi..laporan Polis dah dibuat..tindakannya...seperti biasale Polis Malaysia...bukan secekap Polis Gerak Khas..masih dalam siasatan..ting itng ting...

Siap di pacak tiang simen..bukan pacak kayu...wooooit hebat sebab dia ahli Pekida...Hebat no kalau jadi Ahli Pekida..boleh ceroboh sesuka hati harta milik orang..laporan Polis pun macam liat nak jalan..dan hebatnya..ketua Kampung UMNOBN..siap boleh sahkan..tanah itu milik sahabat mereka dengan sekelip mata...hebat hebat......(nanti saya nak join juga..hah a ha ha)



Ketua Penerangan Pas Pusat..bersama Penduduk Bkt Gantang


Ketua Penerangan Pas Pusat Ust Idris hj Ahmad.meluangkan masa bersama rakyat Bukit Gantang.
2feb2011..Ust Idris Hj Ahmad turun padang bersama petugas parti Bukit Gantang dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen..dalam lawatan dan ziarah Penduduk sekitar Parlimen Bukit Gantang.



Ust Idris turut mengedarkan Kad Raya Cina disekitar Pekan Kuala Sepetang.

Monday, January 31, 2011

Haram sampai ke bawah..BN ini..

Ingat kan Negeri aje dirampas secara Haram..tetapi nak pamer banner pun banner Haram...haram seharam jadahnya..UMNOBN..
kedua-dua gambar dirakam bersebelahan bulatan kamunting (silverstone)
Banner Tahun baru cina BN tiada sticker (lesen pameran dari MPT)..awatnya jadi gitu..takde duit atau duit masyuk poket..?
sila lihat Gambar kat bawah pulak..


Banner Tahun baru cina ..dari Ahli Parlimen dan Pas Kawasan..siap ada sticker..difahamkan bayaran sebanyak rm12 utk tempoh sebulan...

kalau ikut BN mana nak tambah hasil k`jaan Negeri..?kaut duit rakyat masyuk poket sendiri adale....



Tuesday, January 18, 2011

Batu dalam rumah..atau Rumah dalam Batu..?

Bukan soal Batu dalam rumah atau Rumah dalam batu.....Persoalannya..kenapa tiada sebarang Notis dikeluarkan oleh Pejabat Daerah sebelum hendak roboh dan ratakan kawasan hadapan dan kawasan yang memasuki ruang hadapan.rumah penduduk..

Kg Sungai Lidin Simpang.seramai 8 tuan rumah dalam kegelisahan bila dikhabarkan kawasan hadapan rumah termasuk kaki Lima akan diroboh dan diratakan untuk membuat jalan menggantikan jalan yang sedia ada,kerana jalan yang sedia ada berada dalam kawasan Lot rumah orang lain.

Soalannya kenapa tiada sebarang Notis..?kenapa kenapa...hanya pemberitahuan mulut ..adakah kerana penduduk disitu boleh dipermain mainkan kerana mereka bukan dari golongan VIP atau ini bukti..dimana UMNOBN Kuat..Rakyat senang diJadikan Pencacai..Kg Batu 2 1/2 terkenal dengan Kubu Kuat UMNOBN...semenjak dari Arwah YB Cikgu Hashim sehingga sekarang.

Nama kampung belakang rumah Arwah dinamakan sempena nama beliau Kg Hj Hashim..kuat tuuu..


Batu perenggang ..siapa yang salah..Tuan Rumah atau Pejabat Pemantau..?

Pokok2 dan rumah yang ditinggal dah pun menjadi mangsa..

apek ini dimaklum.akan diroboh sampai ke singki Air..Takde notis apa apa pasal,,? tanya Apek itu pada saya...(saya pegang kamera saja maa)..

Friday, January 14, 2011

Untuk diJual.....Murah..dan stok Penuh...

Pemandangan disekitar kawasan Larut Matang dan selama..Longkokang sampah merata2..tak sempat nak ambil gambar yg lain..bungkusan bungkusan plastik hitam merata tempat..kenapa..?sejak mula Tahun 2011 sistem pengutipan sampah sekitar LMS hampir lumpuh kenapa..?
Difahamkan sebelum ini kerja kerja pengambilan sampah diberikan kepada kontraktor2..tetapi sejak awal tahun sehingga kehari ini..sistem dan jadual pemgambilan sampah terencat..samada terencat disegi kontraktor atau pegawai-pegawai nya terencat...i don`t know..tetapi macam-macam rungutan dari orang ramai...ada kata MPT tak de duit,adakata Kontraktor diberi kpd org Jauh ..ada kata Kontraktor hanya ada 2 buah lori..yang mana satu betul..?tetapi yang betul dan pasti..kawasan LMS yg dikenali sebagai bandar warisan..semakin busyuk dan masam gara-gara longkokkan sampah....
HIDUP BN..HIDUP BN..ha ha ha...wa peduli apa...wa tak pernah sokong BN...

sekitar Taman Kota Jaya..

sekitar jalan Kuala Kangsar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails