BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, July 31, 2010

YB Nizar..Jamuan Kuala Sepetang..

YB DS Nizar hadir 2 majlis perkahwinan pada 31hb julai,1 di Dun Kuala Sepetang dan 1 lagi di Pokok Assam Dun berjiran dengan Parlimen bukit Gantang.

bersalaman dengan Pemuda..tetamu majlis Perkahwinan

Tuan Rumah..sdr Zaini bersama Isteri beliau

Tuan Rumah menyambut YB DS

DS Nizar bersama keluarga Tuan Rumah.

selepas itu kami hadir ke rumah ust zakaria abang Ust Idris Ajk Pas Pusat di Pokok Assam,dan selepas itu DS hadir ke satu lagi Majlis Program anak angkat anjuran MTD Changkat Jering di surau batu 6...

Negara 1Malaysia....satu macam punya fening..

edar lapuran perubatan jubur pun kena tangkap..ha ha ha ha ha ha..jubur punya hal apa mau malu ha..

Dua Anggota AMK Didakwa Edar Laporan Perubatan Saiful

Oleh Norasikin Samsi

AMPANG 31 Julai - Dua anggota Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Gombak didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas tuduhan mengedar risalah laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Kedua-dua mereka yang berusia 21 tahun itu,Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli diwakili peguam, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Mereka ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis pada 12 Mac lalu.

Sebelum itu, dua anggota AMK Gombak itu ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Mereka dikehendaki hadir ke mahkamah selepas dimaklum oleh pihak polis, Selasa lepas.

Mereka ditemani rakan yang juga penasihat Hulu Klang Youth Club, Yazid Alias.

Turut hadir dalam perbicaraan pagi tadi, anak Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Urwah Saari, merupakan Setiausaha kelab yang sama, tidak ketinggalan Timbalan Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed.

Dalam laporan beliau, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.


Friday, July 30, 2010

JANGAN KEMANA-MANA..AHAD INI..ADENGANha ha ha beruk VS kera...

KJ vs Ibrahim Ali Ahad ini
Jul 30, 10 12:52pm
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini.

Mereka akan bertemu dalam majlis tersebutyang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.

Khairy yang juga ahli parlimen Rembau - dalam jawapannya kepada Malaysiakini melalui SMS - mengesahkan beliau akan menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Sebelum itu, Khairy menulis dalam Twitternya: "Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?".

Selepas itu, ketika menjawab soalan pengikut twitternya - sama ada beliau akan menghadiri majlis tersebut - Khairy menulis: What do you think? I am Ketua Pemuda.

Memandangkan pada tajuknya serta sejarah hubungan antara kedua-dua mereka, maka forum ini menjanjikan sesuatu yang menarik - antara Khairy yang mengaku dirinya seorang reformis dan Ibrahim yang lantang bersuara - yang beberapa kali 'bertembung' sebelum ini.

Ianya bermula apabila Khairy 'menyelamatkan' Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, yang menjadi sasaran kecaman PERKASA pimpinan Ibrahim.

Sewaktu mendesak kerajaan mengekalkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - di mana sejumlah yang terhad disediakan kepada bukan bumiputera - Wee berkata pelajar bumiputera juga akan terasa diabaikan jika jumlah biasiswa MARA dikurangkan.

Berikutan itu, Ibrahim menggesa Khairy supaya tidak menjadi 'pengkhianat' terhadap bangsanya sendiri dan berlaku perang mulut antara mereka sehingga ke peringkat memberi gelaran antara satu sama lain.

Khairy menggelar Ibrahim sebagai 'jaguh kampung' dan 'gedebe oportunis'.

Ibrahim pula membalasnya dengan menggelar Khairy sebagai seorang pemimpin yang lemah di mana kepimpinannya telah melemahkan Pemuda Umno, dan mengabaikan keperluan akar rumput orang Melayu, dan ruang itu kini diisi oleh PERKASA.

Sementara itu, ahli parlimen PAS yang terkenal dengan kelantangannya Khalid Samad turut ditampilkan sebagai ahli panel dalam sidang yang turut melibatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyampai ucaptama.

Khalid dan Ibrahim juga sering bertembung secara terbuka dalam pelbagai isu, termasuklah isu biasiswa MARA baru-baru ini, apabila mereka dilihat saling memperlecehkan antara satu sama lain.

Menulis dalam laman Twitter malam tadi, Khairy juga bersuara, disebabkan beberapa pemimpin dan timbalannya yang tidak gemar berkongsi pentas dengan pelajar atau pemimpin pembangkang, beliaulah yang terpaksa menggantikannya.

"Jadi saya selalu dapat jemputan daripada pihak ketiga," katanya ketika mengemaskini status di laman blog mikronya itu.

"Jadi inilah jemputan di saat-saat akhir yang saya perlu putuskan. Nampaknya dua menteri menolaknya, jadi tiada sesiapa lagi (untuk mewakili Umno)"

Dalam masa yang sama, Khairy berkata, sesetengah media asing, terutamanya saluran televisyen, sukar mendapatkan menteri bagi menyertai program mereka.

"Sayalah yang terpaksa wakili Umno. Tetapi, selepas (Datuk Seri) Zainuddin Maidin di (stesen televisyen) Al Jazeera...," tulisnya lagi tanpa menghabiskan ayat tersebut.

Dalam reaksi terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada November tahun lalu, Zainuddin - menteri penerangan ketika itu - menjadi bahan ketawa banyak pihak, ekoran ulasannya berhubung 'perhimpunan haram' itu kepada Al Jazeera yang dilihat 'berterabur'.

sebelum haramkan DAP kena sucikan Zul Harami..

MELAYU PALING BANGGAN BILA KOMEN PIKIQ KUT JUBUR..ITU YANG TAK NAMPAK APA KEBENARAN YG DIUCAP TONY PUA..DI TAK MINTA PUN HAPUSKAN KEISTIMEWAAN ORG MELAYU..DIA MAHU ORANG KAYA MELAYU KHASNYA DARI UMNO..KENAPA PERLU DIBERI DISKAUN..BELI RUMAH MAHAL MAHAL SELALUNYA DARI DUIT HARAM..MACAM ZUL..SILAP TARGET TERLEPAS ..DIPECAT SEBELUM LOMPAT..KALAU IDAK MASYUK LEBAT..BELI RUMAH RM500RATUS RIBU LEBIH..BAGI DISKAUN..BUAT APA..?ITU YG TONY MAKSUDKAN..ORG KAYA BELI RUMAH MAHAL TAK PERLU DISKAUN..FAHAM TAK KATAK..

Ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu berkata Pendaftar Pertubuhan perlu membatalkan pendaftaran DAP kerana didakwa "cauvinis, rasis, ala-komunis, anti-Melayu dan anti-Islam" dalam isu diskaun bumiputera bagi pemilikan hartanah tertentu Selangor.

Zulkifli Noordin (kanan) berkata isu pemilikan hartanah komersial dan mewah - seperti disaran ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua - bukan isu diskaun semata-mata tetapi berkait dengan perlembagaan dan keharmonian kaum.

"Hari demi hari mereka mengasak umat Islam dan orang Melayu dengan pelbagai isu," kata wakil rakyat bebas itu yang dipecat daripada PKR sebelum ini.

Tony yang juga penasihat ekonomi kepada setiausaha agung DAP mendakwa penghapusan pemberian diskaun itu mampu memberi kesan ekonomi lebih baik kepada Selangor dari segi persaingan termasuk meningkatkan keyakinan pelabur terhadap sektor hartanah di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau sebelum dilaporkan berkata, cadangan tersebut hanya melibatkan nilai hartanah melebihi RM500,000 ke atas.
baca lagi

Thursday, July 29, 2010

JANGAN JANGAN JANGAN...PieeeM

Jangan bercuti ke PERANCIS...bahaya tu..
Jangan balik sampai tak sampai kerusi PieeeM.
Jangan pegi berdua balik bertambah
Jangan pergi satu kapal terbang,balik dua buah kapal Terbang.

PM mula bercuti ke luar negara hingga 10 Ogos
Jul 29, 10 9:55am
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara mulai semalam hingga 10 Ogos, menurut Kuala Lumpur.

Kenyataan dua perenggan itu turut memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas-tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

- Bernama

Wednesday, July 28, 2010

apalah nasib....mahu GLAMOUR ATAU terperangkap..sipemifitnah..?

Pohon Bimbingan..kesian kepada adik ini..silap LORONG......atau silap sumber...????








Lembu punya Kepala,Untungnya K`jaan BN..

SATU LAGI PROJEK BN...LUusung kepala lembu,yang k`jaan BN..ha ha ha ha ha..tapi siapa yang membayarnya..?ada subsidi atau ada pelarasan HARGA...



INI MUKA-MUKA..PENGUSUNG KEPALA LEMBU..

Belakang kasi,Depan Hentam..

orang-orang macam ini..mana boleh percaya kepada tuduhan dia...sebelum ini tuduh orang balas Jubur dia...sekarang dia pulak balas orang punya..yang si MANGKUK DPP takkan takde akai..boleh buat hubungan dengan orang seperti ini..apa punya banggang..ngaji tinggi buat sia-sia aje..apa yang special si saiful jubur ini..satu dunia memandang JIJIK si saipoool..yang DPP boleh nak bagi barang dia kat sisaipoool..
'
Hubungan romatis', DPP digugurkan dari kes Anwar
Jul 28, 10 9:57am
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif telah digugurkan daripada pasukan pendakwaan yang mengendalikan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai "hubungan romantis" dengan saksi utama kes tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani (atas, kiri) berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa.

"Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini.

"Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius," katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya.

Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut.

"Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

"Beliau sama sekali tidak terlibat dalam sebarang perbincangan atau persediaan kes termasuk penyusunan strategi pasukan pendakwa," katanya.

Mengulas lanjut Abdul Gani berkata pasukan pendakwa untuk semua kes berprofil tinggi telah menetapkan peraturan bahawa kertas siasatan dan dokumen kes hanya boleh disimpan oleh Ketua Pendakwa atau Pendakwa Kanan.

"Pendakwa baru hanya membantu kami dalam menjalankan beberapa tugas yang sama sekali tidak melibatkan perbincangan, penyusunan strategi dan pembentangan hujah di dalam mahkamah," katanya.

Pasukan pendakwa untuk kes berkenaan diketuai oleh Peguam Cara Negara 2, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang dibantu oleh timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Noorin Badaruddin, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azman dan Farah Azlina.

"Tugas menyoal saksi dilakukan oleh Mohd Yusof, Mohamed Hanafiah, Datuk Nordin dan Noorin manakala Chiang Kiat bertugas membantu aspek perundangan berhubung rayuan dan semakan kes.

"Farah Azlina, Naidatul Athirah dan Mira Mirna hanya dipertanggungjawabkan untuk mengambil dan mencatatkan segala nota perbicaraan," katanya.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Tuesday, July 27, 2010

Seperti yang dijanjikan YB DS Nizar..

Seperti yang dijanjikan YB DS Nizar,bekalan air ke rumah yang diduduki anak-anak yatim keluarga roslan telah dipasang semula pada jam 6.00 petang tadi.
Segala kos ,dari membayar bill-bil tertunggak hingga pemasangan paip baru diTanggung oleh YB DS nizar.



mengantikkan paip lama yang dah berkarat

YB DS Nizar...Expo Usahawan Bumiputra....

25hb .Perkarangan letak kereta Giant.
Ekpo usahawan Bumiputra yang telah diadakan selama 10 hari dan malam terakhirnya pada 25hb,dimana telah diadakan cabutan bertuah,hadiah utamanya sebuah kereta Iswara Aeroback,pihak penganjur telah memberikan Penghormatan kepada YB DS hadir sebagai tetamu Istimewa dan seterusnya menyampaikan Hadiah Utama kepada pemenang.


DS ,penganjur bersama pemenang hadiah kedua

ribuan hadir dalam majlis itu,teruja dengan kehadiran DS sebagai Tetamu Istimewa bila diumumkan oleh pengacara Majlis.


Pemenang Hadiah Utama...

DS,Hj Zulkifli ,Pemenang bergambar disamping kereta yang dimenangi


Monday, July 26, 2010

saman..JGN kasi chan..biar Lumat sampai jadi kertas TANDAS..

INI MASAALAHNYA KERJA MAKAN DUIT RAKYAT TAPI JADI PENGAMPU UMNO DAn kroni..
Tiada tempat duduk: LGE saman Utusan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa, isu tiada tempat duduk satu majlis tidak pernah berbangkit dan itu hanya kenyataan palsu Utusan Melaysia.

Ekoran itu, beliau telah melantik Ahli Parlimen Bukit Glugor dan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh untuk saman malu Utusan Malaysia (UM) atas lapuran palsu yang disiarkan oleh UM pada 23 Julai dan diulangi pada 24 Julai.

Menurut Setiuasaha Agung DAP itu, UM dengan jahatnya menyatakan bahawa beliau marah dengan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Nik Ali Mat Yunus kerana mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada 20 Oktober 2009.

"Ini adalah satu kenyataan palsu dan pembohongan oleh UM. Perkara tidak dapat tempat duduk ini tidak dibangkitkan oleh saya semasa mengkritik Nik Ali minggu lepas," katanya.

Sebaliknya, kata Lim Guan Eng, ia dibangkitkan sendiri oleh Nik Ali semata-mata untuk mengalihkan perhatian orang ramai tentang kegagalan Nik Ali menjalankan tugas dengan cekap dan profesyenal dalam tiga isu berikut:-

1) Keengganan Nik Ali menghormati prinsip akauntabiliti dengan menjawab kehilangan RM150,000 daripada pembinaan pintu gerbang condong di Taman Kebun Bunga (Penang Botanical Garden) yang kemudiannya terpaksa dirobohkan.

2) Menjawab isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian bermula sejak tahun 2002.

3) Tidak menghormati kerajaan negeri dengan projek-projek Kerajaan Persekutuan dijalankan tanpa memohon kebenaran daripada Majlis Kerajaan Tempatan. Aduan awam tentang impak negatif kerja pembinaan tidak diambil peduli langsung.

"Oleh kerana kegagalan menangani ketiga isu, saya terpaksa membongkarkan sikap Nik Ali sebagai “Little Napoleon”," katanya.

Sehubungan itu, Lim Guan Rng kesal apabila Tan Sri Ketua Setiausaha Negara bersedia untuk menyokong Nik Ali menggunakan perkataan kesat seperti ’biadap’ dan ’dayus’ terhadap Ketua Menteri dalam sidang akhbar yang dianjurkan ADUN-ADUN UMNO.

"Sebelum ini saya telah cuba membuat temujanji dengan Tan Sri KSN di pejabatnya di Putra Jaya, malangnya Tan Sri KSN telah membatalkannya pada saat terakhir sungguhpun saya sudah berada di Kuala Lumpur. Tan Sri KSN tidak memberikan sebab pembatalannya pada saat terakhir atau menetapkan tarikh baru untuk berjumpa.

"Jelas sekali Tan Sri KSN telah makan fitnah Nik Ali bahawa saya marah Nik Ali kerana tidak diberikan tempat duduk sungguhpun ia tidak dibangkitkan oleh saya," katanya.

Beliau juga kesal MCA dan Gerakan kini kuat membantu UMNO membela Little Napoleon dan mengecam beliau tanpa mengambilkira pandangan rakyat Malaysia yang tolak budaya Little Napoleon yang tidak sihat ini.

Naib Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi bercakap benar bila menyatakan MCA dan Gerakan hanya tumpang dekat UMNO semata-mata untuk memegang jawatan kerajaan tinggi, katanya.

"MCA dan Gerakan tidak berani meminta Datuk Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataannya tetapi berani mengecam saya dan membela Little Napoleon. Terpulang kepada rakyat untuk menilai siapa yang betul berdasarkan fakta dan kebenaran," ujar beliau lagi.

Ds Nizar bersamaPemuda Pas Kawasan.Bkt Gantang.anjur Futsal

Pemuda Pas kawasan Bukit Gantang.telah menganjurkan Futsal Piala HJ Nizar jamaludiin di gelanggan Futsal Pekan Bukit Gantang.
Perasimian Penutup telah disempurnakan oleh DS Hj Nizar pada jam 5 petang dan seterusnya perlawanan persahabatan Pasukan Pusat Khidmat diketuai Hj nizar bersama Pasukan Pemuda Pas Kawasan diketuai Ketua Pemuda sdr idris..
keputusan perlawanan itu..Pasukan Pusat Khidmat dibelasah 3-1 tak di beri peluang langsung oleh Pemuda walau pun saya slow talk dengan Pemuda...depa buat don`t know aje...menang le hangpa,aku yang dah 10 tahun tak excersie apa pun ,rasa kaki berat bila nak sepak bola.


bergambar kenangan bersama Juara dan N,juara

menerima hadiah..

DS,YDP,KP..bersama N.Juara

ucapan DS

on the ground standbye..yg depan tu DS,yang kat belakang itu akule...

Sunday, July 25, 2010

Program bersama anak-anak yatim.YB bersama Mutiara Infaq.

Dua orang anak yatim dari keluarga Roslan di Jebong Kiri dirai dan dihulurkan sumbangan.
Program YB Ahli Parlimen Bukit Gantang DS Hj Nizar bersama Mutiara Infaq telah diadakan dirumah sewa keluarga Roslan.
Adik Nurul Natasya Erren bt Roslan dan adiknya Nazirul Al-Hafis bin Roslan yang bersekolah di Sekolah Bistari Darul Mulkan masing-masing di darjah 6 dan 4,mendapat perhatian YB ,bersama Hj Zulkifli Md Lazim Pengerusi Kumpulan Hospital Bersalin muslimah merangkap Penasihat Mutiara Infaq-Badan Komiti Anak-anak Yatim.
kedua dua anak yatim menghidap penyakit yang memerlukan Rawatan berkala tinggal bersama nenek mereka,kedua-dua ibu bapa mereka telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu kerana penyakit.
YB Hj Nizar melalui Pusat Khidmat beliau akan cuba membantu dan menyelesaikan urusan bil Air yang tertunggak dan bekalan Air telah dipotong kerumah itu.

YB Nizar bersama Nurul Natasya

Rombongan Mutiara Infaq

Tn Hj Zulkifli,YDP Pas Kawasan Bkt Gntg

dah selesai program sumbangan,YB menaiki Motor ke Gerai Kopi berdekatan di Matang Road.

kedua anak bersama Muslimat dan YB Nizar.

MANA BOLEH MUFTI BOHONG..!

ITU MUFTI YANG TAK TERGAMAK NAK BOHONG..MUFTI YANG BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN ISLAM..
TAPI YANG INI HARU$$ANI LEBIH KE UFTI..KERANA MASYUK DAN KEMARUK KUASA..BUKAN SETAKAT BOHONG,TIPU,TEMBERANG JADI BALACI UMNO NAK PUJUK AP DAN ADUN PERAK MASUK GENG DIA (UMNO)..

WA ADA BERSAMA ALLAHYARHAM YB ROSLAN..DAN DIBERITAKAN OLEH BELIAU BAGAIMANA UST AHMAD AWANG DIAJAK BERSAMA UMNO OLEH SIHARU$$$$$$@UFTI.

5DUIT TAK PERCAYA CAKAP SIUFTI INI..WALAU PUN BENAR HASSAN ALI PERNAH BINCANG ATAU TIDAK..TAPI CAKAP UFTI INI TAK BOLEH DIPAKAI LANGSUNG DAN JANGAN DIJADIKAN RUJUKAN...CISSSS.

Kenyataan Hassan dedah Harussani berbohong
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 25 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memohon maaf secara terbuka kepada PAS dan seluruh orang Melayu Islam berikutan penjelasan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang menunjukkan mufti itu berbohong.

Sambil menyifatkan Harussani melakukan pembohongan yang memalukan, Mahfuz berkata, pengakuan Dr Hassan yang menjelaskan bahawa pertemuannya dengan Harussani tidak ada agenda khusus membincangkan penyatuan Umno dan PAS sekaligus mendedahkan kedudukan dan peranan Harussani sebagai alat dan pencacai Umno.

"Kenyataan Dr Hassan jelas mendedahkan pembohongan seorang mufti seperti Harussani. Pembohongan Harussani serta kesediaan beliau menjadi pencacai Umno sangat memalukan ulama khususnya para Mufti yang ada di Malaysia.

"Harussani sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Mufti Perak kerana beliau pernah menyatakan, sebagai mufti beliau tidak berbohong. Sedangkan pendedahan Dr Hassan memperjelaskan pembohongan Harussani," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menggesa Harussani tidak membiarkan dirinya terus menjadi pecacai Umno yang sedang tenat dan nazak.

Menurut Mahfuz, berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Dr Hassan, amat jelas bahawa pertemuan tersebut langsung tidak menyentuh soal kerjasama PAS dan Umno.

"Pertemuan tersebut sempena mesyuarat kebangsaan hal ehwal Islam. Dr Hassan juga menyatakan beliau tidak pernah dimandatkan oleh PAS untuk membincangkan dengan Harussani isu kerjasama PAS dan Umno," kata Mahfuz

Pesta cinta.Maut 17.cedera 80

Perarakan Cinta..di jermany.mengakibatkan 17 Maut lebih 80 cedera parah..berita lanjut klik disini.malaysia Pesta sebegini tak lama lagi akan adale...kan Melayu dan k`jaan 1malaysia suka mengikut orang...tambah-tambah kalau Pesta sebegini

Germany Love Parade


A collapsed person is carried away by rescuers ...

** CORRECTION TO REMOVE SPECIFIC NUMBER OF PEOPLE ...




Saturday, July 24, 2010

Anuar Shaari..tengok muka pun nampak ..iras siBanggang..

apa tuan manjeet..minta Bukti kepada mangkuk hayun ini..tengok muka pun nampak..barangan cheap sale..beli dilampu malap..sampai rumah belek belek..barangan Rosak...muka macam ini mana nak ada bukti..hentam kromo aje..dengan harapan muka dapat masuk muka depan dikertas Tandas..he he he..itu aje..atau pun teringin nak jadi calon KP UMNOs.....itu saja..ABAIKAN KOMEN DARI ORANG-ORANG SAMPAH SEBEGINI...LANTAK KAT DIA AJE...

Dakwaan dibiayai Anwar: Peguam PI Bala minta bukti


Peguam-peguam yang mewakili penyiasat persendirian P Balasubramaniam berang apabila didakwa yuran perundangan mereka dibiayai oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya mereka mencabar bekas setiausaha sulit Anwar - Anuar Shaari yang membuat tohmahan itu tampil memberikan bukti.

“Saya cabar beliau. Buktikan apa yang anda ada. Tunjukkan kepada kami. Anda tidak mempunyai apa-apa pun, Anuar Shaari, baik di tangan mahupun di kepala anda.

“Saya anggap dia menipu. Anuar adalah pembohong dan tidak berkata perkara yang benar,” kata peguam kanan Manjeet Singh Dhillon dengan nada marah.

Bukan jenayah

Bercakap pada sidang akhbar di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini, Manjeet juga menafikan dakwaan Anuar bahawa beliau telah berkali-kali menawarkan bekas penyokong ketua umum PKR itu - S Nallakarupan untuk menyertai PKR semula.

“Saya cuba menghubungkan dua kawan yang bergaduh ketika itu untuk berbaik semula. Persahabatan Anwar dan Nallakaruppan menjangkaui parti politik. Jika dua kawan bergaduh, adakah salah untuk cuba merapatkan mereka semula?” soalnya.

Anuar (kanan) juga memberi bayangan bahawa Anwar menanggung yuran perundangan dan mempertikaikan siapa yang sebenarnya membiayai Balasubramaniam supaya beliau mampu tinggal di kota London.

Dia juga dilaporkan menggesa ketiga-tiga peguam yang mewakili penyiasat persendirian itu supaya mengisytiharkan gaji dan aset mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negara bagi membuktikan mereka tiada kaitan dengan Anwar.

“Kenapa perlu kami mengisytiharkan pendapatan kami kepada pihak yang tidak terbabit. Komen oleh Anuar menunjukkan dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Dia tiada apa-apa,” kata seorang lagi peguam Balasubramaniam - Americk Singh Sidhu.

Manjeet juga berkata jika benar Anwar membiayai yuran mereka, ia bukan satu kesalahan jenayah.

“Ia hanya membuktikan betapa berminatnya untuk melihat mereka yang melakukan jenayah itu diheret ke muka pengadilan. Bukankah itu satu perkara yang baik?” kata Manjeeet.

Peguam-peguam itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka membantu mengendalikan masalah Balasubramaniam secara dasar pro bono ataupun sukarela.

“Kami tidak pernah menuntut wang atau bayaran. Apa yang kami berminat ialah mengheret pihak yang bersalah ke muka pengadilan,” kata Americk.

Beliau berkata perbelanjaan Balasubramaniam ditampung daripada dana RM750,000 yang didakwa 'diserahkan' kepada penyiasat persendirian itu melalui seorang kenalan rapat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor - iaitu ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan.

Sementara itu, Manjeet berkata Balasubramaniam mungkin mendedahkan kenyataan yang dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Soalan tersebut mungkin ditandakan sebagai 'rahsia' tetapi jawapannya tidak. Akan tiba masanya bila kita mendedahkan jawapan itu,” katanya.

Pegawai SPRM membatlakan pertemuan mereka denagn Balasubramaniam di London, wealaupun telah berjanji untuk merakamkan kenyataannya. Sebaliknya suruhanjaya itu menghantar 52 soalan dan memintanya menghantar jawapannya dalam bentuk pengakuan bersumpah.

Wawancara itu adalah bagi SPRM menyiasat dakwaan Balasubramaniam bahawa adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak - Nazim juga “terbabit” dalam usaha supaya penyiasat persendirian itu menarik balik pengakuan bersumpah pertamanya yang menceritakan kaitan antara pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu dengan Rosmah dan juga Najib.

aduh aduh..POLIS UNTUK DISEWA...?

MACAMMACAMLAH DI MALAYSIA SEJAK AKHIRAKHIR INI..SAMPAIKAN ADA TUDUHAN PDRM UNTUK DISEWA DISABAH...?
POLIS SABAH UNTUK DISEWA?
PDF Print E-mail
Written by Admin
Friday, 23 July 2010 10:20

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

MASALAH anggota Polis yang boleh ‘disewa’ oleh Lanun Tanah’ seperti berlaku di Latangon, Kinabatangan dan enggan membuat siasatan serta dianggap sebagai makan ‘gaji buta’ bukan perkara baru bagi rakyat Malaysia utama sekali di Negeri Sabah.

Ianya merupakan masalah yang telah tertanam dan berakar tunjang dalam pentadbiran PDRM. Sejak sekian lama ianya telah berulang ulang kali dibangkitkan tetapi seolah-olah sengaja diabai oleh pihak atasan PDRM sendiri menyebabkan timbul kesangsian penduduk setempat terhadap peranan sebenar anggota PDRM.

Walaupun kadang-kalanya pucuk pimpinan pentadbiran PDRM ada mengeluarkan kenyataan menyeru orang ramai melaporkan kelakuan sumbang mana-mana anggota PDRM kepada Ibu Pejabat Polis, tetapi ianya kini dianggap bertujuan mengabui mata masyarakat bahawa anggota Polis Di-Raja Malaysia komited melaksanakan tugas seperti diamanah. Kebanyakan berpendapat ianya sandiwara dan ibarat melepas batuk di tangga.

Tidak dinafikan ada sebilangan anggota Polis berkerja keras melaksanakan tugas mereka. Ini terbukati dengan ramainya tangkapan dibuat terhadap pendatang tanpa izin, penagih dadah dan sebagainya; tetapi jenayah tersebut adalah jenayah kecil- kecilan jika dibandingkan dengan jenayah dalam kategori ‘Kolar Putih’.

Ramai penduduk telahpun melaporkan jenayah dilakukan terhadap mereka, berasa tidak puas hati kerana jenayah kolar putih yang menyebabkan mereka menjadi mangsa, telah tidak diambil tindakan oleh Pegawai Penyiasat Polis yang bertugas.

Ada antara kes kes jenayah sedemikian yang dilaporkan telah menjangkau usia antara tiga hingga lima tahun. Sementara itu, ada antara penduduk telah laporkan kepada PDRM terhadap Pegawai Penyiasat tentang tindakan mereka yang dilihat sengaja ‘membakul sampahkan’ laporan polis mereka.

Terbaru krew Sabahkini.net di Sandakan telah dihubungi oleh seorang lagi mangsa penipuan oleh dua jutawan daripada Lahad Datu yang kini amat dikenali sebagai ‘Lanun Tanah’ iaitu Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung.

Mangsa terbaru, Haji Johan Bin Maya, ketika menghubungi krew Sabahkini.net berkata, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Sandakan, tetapi Pegawai Penyiasat yang bertugas pada hari tersebut tidak mahu menerima sepenuhnya laporan polis yang hendak dibuatnya.

Menurut Haji Johan, pegawai Penyiasat bernama Inspektor Andrew bertugas di bahagian Jenayah Komersil, Sandakan sengaja memotong beberapa ayat yang hendak dilaporkan supaya dia (Andrew) tidak perlu menyiasat aduan jenayah yang dibuat .

“Inspektor Andrew senjaga potong beberapa ayat dalam laporan saya yang berbunyi; Aduan ini saya buat supaya Polis Di Raja Malaysia tangkap dan dakwa Khoo Tau Guan dibawah Undang Undang jenayah kerana membuat laporan palsu kepada Polis untuk tujuan menipu sebuah Jabatan Kerajaan dengan mengubah suku bangsa mendiang Kwan Ah Hee “ kata Haji Johan sambil menunjukkan draf asal laporan polisnya.

Kata Haji Johan, Inspektor Andrew mengarahkan petugas di Meja Pertanyaan Balai Polis Sandakan supaya menggantikan ayat tersebut kepada ayat berikut;

“Saya buat aduan ini untuk tindakan Mahkamah”.

Selesai sahaja laporan dicatat dalam Pol. 55, Inspektor Andrew itu kemudian arahkan Petugas di kaunter supaya keluarkan arahan kepada Haji Johan supaya merujuk laporannya kepada Majistrat untuk tindakan selanjutnya.

Krew Sabahkini.net yang sering dihubungi oleh penduduk tempatan bersabit masalah aduan mereka yang tidak disiasat oleh Polis mendapati banyak aduan kecil-kecilan dibuat terhadap penduduk tempatan telah diambil tindakan segera oleh Polis.

Sebaliknya jika aduan dibuat oleh penduduk tempatan terhadap golongan berada mereka (polis) sering saja berdalih dengan mengadakan berbagai alasan tidak munasabah untuk tidak menyiasat aduan berkenaan.

Sikap ‘Double-standard’ ini telah menyebabkan sebilangan pengadu mengambil tindakan sendiri menyelesaikan masalah mereka kerana Polis nampak jelas berkerjasama dengan penjenayah.

Misalnya seorang penduduk tempatan berbangsa ‘Orang Sungai’ berasal dari Kinabatangan, Idris Panglima Siat telah mengambil Undang-Undang sendiri bagi menyelesaikan masalah penipuan yang dilakukan terhadapnya.

Formula yang digunapakai oleh Idris adalah merampas balik tanah yang dirampas daripadanya, ‘Tit For Tat’.

Sebelum Idris melaksanakan formula ini, walaupun bersifat membelakangi kedaulatan Undang-Undang tetapi logik dilaksanakan. Ramai penduduk tempatan telah menyatakan sokongan mereka terhadap tindakan Idris merampas balik tanahnya apabila polis bertindak melindungi penjenayah.

Merampas kembali tanah yang dirampas bukan satu perkara yang wajib dilakukan oleh sesiapa, tetapi apa pilihan yang ada kepada mangsa jika aduan Polis yang mereka buat sengaja diabaikan oleh Polis?

‘Penipuan’ merupakan jenayah yang boleh diambil tindakan di bawah Undang- Undang Jenayah. Membiarkan penduduk terus menjadi mangsa kepada mereka yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu seperti dilakukan ‘Lanun Tanah’ Kwan Ngen Wah dan Kwan Ngen Chung menimbulkan kewajaran bagi mangsa mengambil tindakan sedemikian.

Jika tidak, mangsa akan terus kehilangan tanah mereka, sementara penjenayah terbabit akan terus ketawa dengan menyimpan hasil penipuan mereka di bank setelah membayar ‘upah’ kepada polis.

Beberapa aktivis masyarakat tempatan yang diminta mengulas mengenai trend Polis enggan siasat aduan mangsa penipuan dibuat oleh golongan berada berkata, jika penipuan seperti dilakukan oleh Kwan Ngen Wah dan Kwan Chung ini dilakukan oleh penduduk tempatan yang tidak punya harta dan wang atau miskin; sudah pastinya mereka sudah lama merengkuk di dalam penjara.

Sebahagian aktivis pula berpendapat inilah kesannya jika rakyat memilih pemimpin yang di waktu pilihanraya sibuk berjanji menjaga kepentingan rakyat. Tetapi setelah dipilih, habiskan banyak masa mereka mengurus projek bagi mengisi kocek mereka dan kroni-kroni mereka, termasuk ‘Lanun Tanah’ yang telah ‘melabur saham’ pada musim pilihanraya.

Sebahagian cerdik pandai dari kalangan Anak Negeri Sabah yang lain pula berpendapat, sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia melaksanakan syor Suruhanjaya Penambahbaikkan Perjalanan dan Pentadbiran PDRM jika kerajaan serius hendak memulihkan semula imej PDRM yang semakin jijik dan memualkan.

Ketika ini, orang ramai yang dianiaya anggota Polis tidak ada ruang mengheret anggota Polis yang tidak beretika dan tidak professional kemuka pengadilan. Sungguhpun ada Mahkamah tetapi ramai berpendapat, Mahkamah Malaysia tidak boleh dipercayai kerana berat sebelah kepada Kerajaan apabila membuat penghakiman.

Sebilangan besar masyarakat pula berpendapat adalah lebih menguntungkan jika pentadbiran PDRM berhentikan saja anggota Polis yang bermasalah agar rakyat tidak menjadi ibarat ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

Bertindak terhadap perbuatan Inspektor Polis itu Haji Johan telah membuat satu laporan kepada Polis terhadap Inspektor Andrew menuntut supaya PDRM mengambil tindakan tatatertib ke atasnya.

“Perbuatan Inspektor Andrew telah saya laporkan kepada Polis. Kita tengoklah di mana kejujuran pihak atasan PDRM dalam perkara ini,” tambah Haji Johan yang jengkel dengan perbuatan Inspektor Polis berkenaan.

Laporan Polis Haji Johan yang enggan disiasat adalah laporan kedua diterima dalam minggu ini sahaja oleh Sabahkini.net. Semalam Sabahkini.net telah menyiarkan keengganan pegawai Penyiasat Polis bahagian Jenayah Komersial dari Balai Polis Kota Kinabalu.

Aduan dibuat oleh Haji Bahri Bin Berahim. Ketika membuat laporan Haji Bahri turut diiringi oleh peguamnya, Jonathan Yassin. Malangnya suasana kesediaan pengadu datang hendak memberi keterangan telah diubah oleh Pegawai Penyiasat Polis dari Balai Polis Bahagian Komersil, Kota Kinabalu, kepada suasana mengajar seorang Peguam yang terlatih apa itu Undang-Undang Jenayah.

Ahli dan Penyokong.Pas..jgn terperangkap

Berita utusan danB.Haruan dan juga dari mulut Mufti@ufti..sumbat dalam tandas aje...

PAS Selangor nafi bincang kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno

July 24, 2010
KUALA LUMPUR, 24 Julai — PAS Selangor menegaskan ia tidak menjalin kerjasama perpaduan Melayu dengan Umno walaupun ada pihak mendakwa ketuanya Datuk Dr Hasan Ali telah mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria Mei lalu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya Roslan Shahir berkata beliau hairan bagaimana permainan politik Umno boleh menjerat dan memerangkap sebahagian pemimpin PAS sehingga akhirnya terdorong untuk menembak sesama sendiri sedangkan musuh gegak-gempita gembira tanpa sebutir pun peluru mereka terlepas.

“Telahan dan mainan pihak tertentu menjadi modal untuk membunuh sesama sahabat. Ini membuat kita berfikir Umno sahajakah yang beragenda atau sesama kita pun ada agenda cantas-mencantas?” kata beliau dalam tulisan blognya.

Katanya, PAS bersedia menjadi galang-ganti kepada Umno jika ia ditolak oleh orang Melayu di Selangor.

“Terbaru Ahad lepas saya ke Tanjong Karang, membentangkan kertas kerja, bagaimana kita berharap saki-baki 12 kerusi Umno termasuklah Sg. Burong yang ditandingi PAS dapat ditawan,” katanya.

Malah kata beliau pihaknya telah mengadakan mesyuarat dwimingguan Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor di mana pelbagai isu strategik dibincangkan.

“Mesyuarat dipengerusikan oleh (Menteri Besar) Tan Sri Khalid dan berjalan mesra dan lancar.

“Tiada pun isu “perpaduan Melayu”, “kerjasama Umno-PAS”, “Harusaani” dibincangkan kerana saya yakin kawan-kawan semua tidak langsung terpesona dengan agenda lapok Umno. Buang masa saja,” kata Roslan lagi.

Ekoran pendedahan Harussani bahawa ada pemimpin Umno-PAS menemui agar menjadi orang tengah, muncul cakap-cakap bahawa pemimpin PAS yang menemuinya ialah Hasan iaitu Pesuruhjaya PAS dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hasan kembali dari luar negara malam tadi.

Katanya, “cukup-cukuplah kita bersengketa sesama sendiri dan PAS Selangor tidak berminat kerjasama dengan Umno,”

“Malah kalau benar pun mahu kerjasama boleh masuk logik akal mereka yang celik politkkah? PAS ini satu organisasi besar bukan milik PAS Selangor, macam mana kalau benar mahu kerjasama PAS Selangor sahaja yang kerjasama... kematangan perlu mengatasi diri, jika tidak orang hilang hormat pada kita walaupun kita bergelar yang berhormat.

“Sekarang isu yang perlu ditanya adalah sumbangan kita ke arah memantapkan jemaah. Sumbangan kita ke arah memperkasakan Pakatan Rakyat. Sebuah akhbar Mandarin hari ini melaporkan DAP dan PAS Selangor mendahului parti-partilain termasuklah Umno dalam gerakan mendaftarkan pengundi baru.

“Biarlah kerja pecah-belah ini dimainkan oleh Umno. Parti Islam tidak pernah mentarbiyahkan ahlinya untuk jadi begitu,” katanya lagi.

Mengenai dakwaan Hasan telah menemui Harussani, Roslan berkata: “Apa pun saya tiada jawapannya. Orang yang didakwa itu berada di luar negara, insy-Allah pulang malam ini.”

“Dan, biarlah beliau menjelaskan, beliau bukan orang baru dalam politik. Saya yakin ramai sudah tahu jawabannya,” katanya.

AMBOOOI EMAK..NAK BAWA DUIT P MATIKE..?

pATUT SANGAT UMNOBN PERTAHAN HABIS SYABAS..gaji sebanyak itu nak buat apa..ooooi mamat ingat... bukan duit kepala bapak hangpa.Itu semua duit keringat Rakyat,dah mampui esok bolehke tahan sumpah seranah dan makihamun rakyat..ini baru satu contoh ..dasar dasar UMNOBN,ragut duit rakyat,....mungkin banyak lagi macam ini..PieeeM tak iri hatike...Pengerusi syabas bergaji 10x lebih dari Pieem..tapi Pieeem mesti lagi banyak buat duit,maklumle..Suami shopping ,tak cukup duit hantar 600ribu,sebelum itu mungkin bawa 6juta...aiii umno umno...tapi apa pun KENAPA RAKYAT MASIH BANGGANG DAN BAHLOL..SAMPAI BILA NAK SEDAR...?

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 Sebulan, Mutu Bekalan Air Selangor Corot

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 23 Julai - Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron membidas ketidak cekapan dan ketelusan pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan sikap kerajaan pusat yang sengaja melengah-lengahkan penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor sebagai punca sebenar disebalik isu bekalan air.

Dr Badrulamin membandingkan pengurusan bekalan yang tidak cekap yang tidak setimpal dengan gaji amat tinggi yang dinikmati oleh pengerusi eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.

"Penaikan harga air juga akan meningkat kerana pengurusan Syabas yang tidak telus, antaranya gaji tahunan pengerusi Syabas mencecah RM5.1 juta setahun, RM425,000 sebulan, Puncak Niaga gagal menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air, pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi dan penswastaan industri air yang hanya menguntungkan kroni-kroni pimpinan politik," tegas beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Justeru itu Dr Badrulamin yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat mengesa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berhenti daripada mengelirukan rakyat dengan menimbulkan isu krisis air di Selangor.

"Masalah yang bakal didepani rakyat Selangor bukan krisis kekurangan air, tetapi kadar air meningkat disebabkan keengganan kerajaan Pusat menyerahkan pengurusan industri air Selangor kepada kerajaan negeri, sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air.

"Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air adalah satu yang tidak benar dan melihat kepada hujah Peter Chin yang mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah yang tidak bertanggungjawab.

"Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada Kerajaan Pusat. Sekiranya kerajaan pusat Barisan Nasional terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor," jelas beliau lagi.

Beliau juga menambah kadar air akan meningkat disebabkan pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor yang berkos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri dapat melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion.

"Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor.

Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

"Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan bekesan," sambungnya lagi.

Dr Badrulamin juga menyeru agar Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional mengaku air sebagai hak asasi manusia dan tidak diperalatkan untuk keuntungan kroni atau kepentingan politik.

Beliau juga rayu kepada seluruh rakyat Selangor bertegas memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dalam usaha mengambilalih industri air di Selangor dan membantah penswastaan air di Selangor.

Dalam kenyataan yang lain Dr Badrulamin menghargai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menutup siasatan kes terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membabitkan jamuan Aidilfitri rumah terbuka Menteri Besar Selangor di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada 2008.

"Alasan SPRM bahawa tiada bukti dan saksi setelah menjalankan siasatan selama dua tahun membuktikan tindakan awal mendakwa Menteri Besar Selangor adalah tidak berasas dan bermotif politik untuk memburukkan imej Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun, SPRM seharusnya menjalankan tugas secara professional dan tidak memilih bulu dalam kes penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pimpinan tertinggi kerajaan.

"SPRM wajar menjalankan siasatan dan dakwaan terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan pimpinan Barisan Nasional lain yang jelas terbabit dalam kes rasuah, agar dapat memulihkan keyakinan orang awam terhadap SPRM," ulasnya.

Mamat Katak Tua..tak sedar diri..

kalau dah orang tak suka..lompat keluar saja..bukannya tak reti lompat...lagi pun apa yang hang dah buat..selain menjaga teloq hang aje..jenis tak sedaq diri
thumbnail

Zahrain berang

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberi amaran terhadap anggota kelab gabungan FAP yang menggesa beliau meletakkan jawatannya atas alasan tidak banyak memberi sumbangan supaya berfikir dua kali.

TAK LEPAS...pemain Selangor, Hardi Jaafar (tengah)  diasak dua pemain Pulau Pinang  di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
TAK LEPAS...pemain Selangor, Hardi Jaafar (tengah) diasak dua pemain Pulau Pinang di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

“Semua ini bermotifkan politik. Saya rasa tujuan mereka ialah untuk melihat saya gagal dalam sesi pemilihan jawatan Naib Presiden FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia). Saya sangat yakin mereka ini memang tidak suka dengan saya yang kini tidak lagi berkongsi idea politik sama.


“Sukan tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan politik dan apabila dicampur, beginilah jadinya. Saya benar-benar tidak faham dengan apa mereka cuba lakukan. Kalau benar mereka berhasrat memperjuangkan nasib bola sepak, mengapa tidak terus menelefon saya dan meluahkan apa yang terbuku?


“Adalah tidak adil sekiranya mereka mendakwa saya tidak memberi sumbangan kepada FAP dan adakah mereka sedar berapa banyak wang yang saya bawa masuk hingga membolehkan semua tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta cukai pendapatan FAP diselesaikan? Apa yang mereka buat dulu sampaikan hutang FAP bertimbun?(yang utang dulu siapa kalau bukan UMNO)


“Saya serta beberapa yang lain bersusah payah mencari dana untuk menyelesaikan sebahagian besar masalah kewangan dihadapi FAP, tetapi mereka tetap menuduh saya sebagai tidak memberi sumbangan. Saya juga anak Pulau Pinang dan sudah tentu saya mahu melihat skuad negeri saya mampu bersaing tapi bukan salah saya kalau pemain gagal sedangkan saya sudah menjalankan semua tanggungjawab saya.


“Saya yakin semua ini berpunca selepas saya memberitahu mesyuarat majlis FAP saya tidak lagi bernaung di bawah payung politik kerajaan negeri. Saya kesal dan kecewa apabila soal parti politik ini dijadikan alasan untuk menghentam saya. Kalau beginilah senario yang berlaku (politik dicampuradukkan dengan sukan), saya yakin sampai bila-bila pun sukan kita tidak maju,” kata Zahrain.(aii mangkuk sedarke hang apa yg cakap..sebab politikle hang nak rebut jadi Naib presiden FAM)


Kelmarin, anggota kelab gabungan FAP yang menjadikan bekas Naib Presiden, Gary Nair mendakwa 60 peratus ahli tidak berpuas hati dengan prestasi Zahrain mengendalikan badan induk itu, sekali gus menyaksikan Pulau Pinang menjadi skuad belasahan dalam saingan Liga Super musim ini.


Gary menggesa Zahrain yang dicalonkan merebut salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden FAM itu supaya meletakkan jawatannya kerana beranggapan beliau perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku terhadap skuad Harimau Kumbang itu.


“Saya dipilih dalam mesyuarat agung. Kalau mereka mahu melawan saya, silakan berbuat demikian pada sesi mesyuarat agung akan datang (tahun depan). Mereka perlu ingat ketika saya mengambil alih jawatan presiden, di manakah kedudukan Pulau Pinang di dalam Liga Super? Adakah ketika itu Pulau Pinang sedang mendahului Liga Super?


“Soal kegagalan Pulau Pinang bukanlah tanggungjawab saya seorang. Ia adalah tanggungjawab semua anggota FAP,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails