BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label Bantuan.. Show all posts
Showing posts with label Bantuan.. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Sepak Terajang Politik Kotor BN..


Lagi lagi rakyat dijadikan mangsa..sepakterajang Politik Kotor UMNOBN.
30hb Mac.Dewn MPT Pekan Changkat Jering.
Majlis Bulanan........seperti bulan bulan sebelum ini..nelayan nelayan sekitar Parlimen Bukit Gantang dikerah hadir ke dewan untuk mengambil bantuan bulanan sara hidup sebanyak rm200.
walau pun sebelum ini iaitu sebelum kemenangan PR di Parlimen Bukit Gantang..semua bantuan sara hidup dibank ini dalam akaun masing masing yang mana kerja lebih mudah dikedua dua belah pihak.
sekarang untuk menerima bayaran ..nelayan perlu hadir sendiri wakil tidak akan dilayani..dan yang pedihnya..hari ini hampir separuh dari nelayan yang hadir kecewa dan geram kerana tiada rekod ,cip kad Pengenalan tidak dapat dibaca oleh kad reader dan seribu satu alasan yang diberikan kakitangan bertugas..

ada diantara nelayan yang belum menerima bantuan dah hampir 6 bulan..ada diantara mereka menerima sekali gus 6 bulan...iss isisis kesian ..nelayan dijadikan mangsa politik pihak BN..asalnya program yang dianjur untuk menarik sokongan BN akhirnya makan tuan..
Rata rata nelayan yang tidak menerima bantuan ditemui..melahirkan kecewa dan geram dengan sikap Pimpinan BN..bagi duit bukan sahaja duit siap dikepilkan envelop yang ada gambar pimpinan BN....bila saya tanya kawan itu gambar siapa...ini lu tak kenai ke...itu orang letup orang....ha ha ha gelak dan senyum le saya..

Monday, May 10, 2010

waa and the geng...ke sibu...

aku bersama 2 sahabat.. akan berada diSibu..DARI 13HB HINGGA 17HB....untuk membantu kemenangan Calon PR..WONG HONG LENG..

sementera itu Blog kena Bercuti le.bermuala 13hb hingga 17hb.....nak minta saifool update ..dia pun tak mandi wajib..hahah hahah hahhakk mangkuk pecah betoi...


Monday, December 21, 2009

1 Malaysia Pembunuh Anak Saya..!

Saya Ibarat Hilang Sebelah Tangan-En Vasudevan
sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin
En Vasudevan dari Gopeng : Beliau merupakan bapa kepada salah seorang mangsa yang telah menemui ajal dalam tragedi Jambatan Gantung Kuala Dipang yang lalu.Beliau hadir pada program ini untuk menyatakan bahawa betapa sedih dan hampanya hidup beliau sekarang dalam mengenang anak yang telah pergi.Sehingga kini guru-guru dan juga guru besar sekolah anak beliau masih tidak mengunjngi mereka apalagi menghulurkan bantuan sejak tragedi berlaku.En.Vasu juga menyatakan bahawa program tersebut telah Membunuh anak beliau dan menyifatkan mereka yang membawa anak beliau ke program tersebut sebagai Pembunuh.Beliau turut menyatakan bahawa sekiranya ibubapa tidak menghantar anak mereka maka mereka dituduh tidak menyokong saranan kementerian pendidikan namun apabila Beliau menghantar anaknya maka ini yang terjadi.

Kerajaan hanya mampu lihat,namun kami yang merasa.
sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin
En Nathan dari Mambang Di Awan : Beliau juga merupakan individu yang turut kehilangan ank di dalam tragedi tersebut.Beliau menyatakan sekiranya Yb Siva dan rakan-rakan tidak bertindak membongkar dan menyiasat kes ini pasti mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya.Beliau turut mempertikaian mengapa kem tersebut di buat di kawasan hutan dan mengapa ia dibuat berhampiran dengan sungai.Tindakan menyelamat yang turut dikatan lambat merupakan punca salah satu dari punca anak beliau mati.Mungkin mereka ( Kerajaan ) hnya mampu melihat penderitaan kami namun yang melaluinya ialah kami.Beliau mengakhiri ucapannya dengan ucapan penghargaan kepada Pemimpin PR yang selama ini membantu mereka.

Saya Hanya Lihat anak saya 30 saat.

sebelum itu pada pada 5/12..di markas Pas negeri Perak...Lajnah Perpaduan nasional.





Dr mujahid turut menyampaikan sumbangan Harakah kepada 3 Keluarga Mangsa ,titi gantung runtuh diKuala Dipang ,Perak diakhir majlis itu.

K.Mageswaran(M. Devatharshini,), K.Vasudevan ( V. Divyashreedan)dan T. Nathan (N. Dinadevi) masing-masing menerima sumbangan tabung Harakah yang telah disampaikan oleh TPJ PAS Negeri .Ust Mustafa


bergambar ..bersama keluarga mangsa..

Wednesday, December 16, 2009

Pada kawan2 mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL





NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL

Beliau dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan jarang ditemui di benua asia . Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia memerlukan pembelanjaan perubatan
melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi. Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.

Sumbangan ikhlas anda amat di hargai:

Noor Ismail Bin Mohd Ali (bapa Alia) 6012-671 9840
F-03-04 Mentari Court ,
Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari ,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2

email :dr mohd sabri

Wednesday, December 2, 2009

Adik Mohd Farid Amirul..

02/12/09.Air Kuning.Dun Changkat jering.Parlimen Bukit gantang.
Mohd farid Amirul dilahirkan cacat.Jabatan kesihatan dan JKM mengklasifasikan Kes ini sebagai OKU AKAL.
Berumur 6 tahun cacat penglihatan,tidak boleh bercakap hanya mengeluarkan bunyi ,ibu dan ayah beliau yang ditemui memberitahu bahawa Amirul terpaksa dikurung dalam kandang sebesar 8kakix8 kaki,kerana dia adalah seorang budak yang terlalu aktif,kalau dibiarkan dia akan memecahkan apa saja barangan yang ada dan dia suka mengigit dan mengetuk sebarang benda yang dicapai.

Ayah Mohd farid amirul:.Aina Rasman dan ibu beliau Sarizan bt Sahak,
kehidupaan mereka dikategorikan miskin hanya menjalankan pernigaan membuat batu nisan secara kecil-kecilan,tidak dapat menumpukan sepenuhnya dalam urusan perniagaan kerana kecacatan Amirul ,memerlukan penjagaan rapi dan rawatan demi rawatan dilakukan dihospital Taiping.
Ahli Parlimen Bukit Gantang Ds Nizar bersetuju membiayai urusan membaikpulih dan penambahan porch depan rumah untuk urusan perniagaan beliau .

Rumah kepunyaan Masjid Airkuning disewa dengan RM60 sebulan.

KEPADA PEMBACA DAN PENDERMA YANG BUDIMAN:Maklumat lanjut boleh hubungi terus sdr Aina atau isteri beliau Pn Sarizan di talian:014-2152013//014-2572014.

sebarang sumbagan dalam bentuk kewangan boleh disalurkan ke akaun Maybank diatas nama SARIZAN BT SAHAK: NO:158051370931


Amirul bersama ibu dan adik beradik

c,din mendukung adik Amirul,kelihatan pagar besi dibelakang


ini lah tempat tinggal buat adik amirul..pagar berkunci

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails