BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Wednesday, April 21, 2010

SATU LAGI MANGKUK PECAH DARI Mesin UMNO










ini yang dicakap..oleh manusia berotak dilutut bercakap ikut jubur...:
Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Simpang Empat Hutan Melintang, perbuatan itu bukan saja memalukan rakyat, malah baginda sultan juga turut menanggung perasaan yang sama.


Katanya, pembangkang sepatutnya menunjukkan sikap matang sebagai wakil rakyat apabila berdepan dengan sesuatu isu, bukan berperangai seperti budak-budak yang pastinya memalukan imej diri sendiri, parti dan negeri.

Kelmarin, Sultan Azlan Shah dilaporkan bertitah, adalah amat memalukan jika prosiding Dewan Undangan Negeri dan Parlimen berlangsung dalam suasana memekik dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat.

Menurut baginda, ini kerana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah institusi perundangan negara dan dewan tersebut dirujuk sebagai dewan yang mulia serta ahlinya dirujuk sebagai Yang Berhormat.


Hoi mangkuk hayun , hang tahu tak apa yang sebenarnya insiden Sidang DUN Perak pada persidangan yang lalu? Kalau hang nak tahu ianya berpunca apabila Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan tidak dipatuhi oleh BN.

Insiden ini bukan sahaja berlaku pada persidangan kali ini, malahan sidang-sidang yang lepas juga berlaku pencabulan terhadap Perintah-perintah Tetap Dewan. Ia bermula sejak sidang 7 Mei 2009 yang lalu, ketika itu YB Sivakumar adalah Speaker yang sah,

Hang tahu tak sidang 7 Mei belum dimulakan, Titah Perasmian oleh Tuanku belum dimulakan, tiba-tiba berlaku rampasan Speaker melalui campurtangan pihak polis yang mengheret Speaker dengan cara yang kasar, biadab dan mengurung Speaker dalam stor. Ganesan terus dilantik sebagai Speaker dengan tatacara pemilihan yang tidak mengikut peraturan yang betul mengikut Perintah-perintah Tetap Dewan.

Pada sidang DUN baru ini juga berlaku pelanggaran Aturan Mesyuarat yang dilakukan oleh Speaker BN. Adun-adun Pakatan Rakyat seawal pagi sidang bermula pada hari kedua cuba membangkitkan beberapa perkara yang dianggap tidak mematuhi Perintah-perintah Tetap mengenai perlantikan Speaker itu sendiri,

Speaker Ganesan yang tidak reti bahasa dan jahil atau buat buat jahil perintah perinyah tetap dewan tidak mengendahkan dan menghormati hak Adun untuk bersuara,

Dalam masa yang sama pembesar suara pula dimatikan, insiden ini berlarutan sehinggalah apabila Ganesan memendekkkan masa soal jawab lisan dan mendahulukan pembentangan rang undang-undang daripada perbahasan Titan Ucapan Tuanku.

Agenda ini dilihat oleh Adun PR sebagai tidak menghormati dan membelakangi Tuanku, ia sama sekali bercanggah dengan Aturan Mesyuarat. Hang tahu tak perkarta ini?

Perkara yang sebenar itu tidak dilaporkan oleh media massa kerana pihak media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Yang masuk cuma TV3 dan utusan Malaysia. Jadi apa yang berlaku sebenarnya telah ditutup dari pengetahuan umum.

Saperti kata V. Sivakumar, pembesar suara di meja pembangkang telah dipadamkan, mereka tidak boleh bersuara, mereka telah dibisukan, sedangkan ADUN ADUN BN telah memekakkan telinga. Jadikan sidang DUN itu persidangan sipekak dengan si bisu. Hang tahu tak kejadian ini?

Sebenarnya DUN Perak sejak setahun yang lalu sehingga sekarang telah lumpuh semangatnya. DUN Perak sebagai simbol demokrasi dan simbol kedaulatan rakyat telah dicemari oleh UMNO BN. Ia tidak lagi berfungsi sebagai satu institusi yang terhormat, hak Adun-adun Pakatan Rakyat dinafikan oleh Speaker Ganesan yang dilantik secara haram.

Pakatan Rakyat tidak menafikan bahawa pada sidang yang lalu berlaku kekecohan, beberapa Adun Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan poster bagi menyuarakan ketidak puasan hati mereka apabila hak mereka dirampas,

Jadi sangat tidak adil apabila insiden yang berlaku dalam sidang dewan yang lalu berpunca dari Adun PR. Punca besarnya adalah apabila Perintah-perintah Tetap Dewan itu sendiri dilanggar oleh Speaker Ganesan dan Adun-adun BN.

Hang faham tak. Lain kali cakap guna akal, jangan guna lutut.
pinjam dari JJ

Friday, January 1, 2010

"SAYA BUKAN GILA KUASA"


Diantara temubual :SinarHarian dengan DS Nizar semasa lawatan rombongan DS ke Karangkraf baru-baru ini:

SH:Datuk seri yakin Jawatan MB akan menjadi milik DS?

DS:saya ingat tidak pernah sebut sebegitu,mengumpul tandatangan adalah cara untuk menyelesaikan kemelut,saya tidak pun sebut untuk mengembalikan kuasa kpd kami,tapi kembalikkan kepada rakyat.

SH:Apa pandangan Ds mengenai pentadbiran Perak dibawah UMNO sekarang?

DS:Pandangan saya mereka telah melakukan diluar kebiasaan manusia abnormal dan adalah pentadbiran HARAM.Bagi PR pengambilan kuasa perlu dibuat mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.

BUBAR DUN PERAK..

Wednesday, December 23, 2009

Umno derhaka lagiiiii...

'Raja Nazrin arah guna senarai asal'
Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang, Datuk Seri Yeop Junior Yeop Adlan berkata beliau telah menerima arahan dari Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah supaya membuat pelantikan jawatankuasa masjid dalam mukim Slim berdasarkan senarai asal yang dipersetujui sebelum ini.

Raja Dr Nazrin juga merupakan yang dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIAIMP).

Berikutan itu, Yeop Junior berkata, beliau telah mengarahkan pegawai tadbir agama (PTA) daerah berkenaan supaya mengeluarkan surat pelantikan secepat mungkin.

Katanya, beliau berharap majlis penyerahan watikah pelantikan tersebut dapat disempurnakan sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, senarai yang dipersetujui itu adalah bertarikh 2 Ogos 2009.

"Senarai yang dipinda itu tidak diterima," katanya ketika dihubungi Malaysiakini mengenai perkembangan terkini isu berkenaan.

Sebelum ini, majlis penyerahan watikah pelantikan itu ditangguhkan ekoran timbulnya dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah menukar senarai jawatankuasa beberapa masjid di negeri itu dengan memasukkan nama penyokong PAS.

Perkara itu dibangkitkan oleh ADUN Slim Datuk Khusairi Abdul Talib minggu lalu yang mendakwa perbuatan itu 'tidak beretika dan membelakangkan senarai yang telah diperkenankan oleh Raja Dr Nazrin'.

Beliau mendakwa antara masjid dalam mukim Slim yang dikesan terlibat adalah Masjid Sultan Idris Shah II, Masjid Kampung Kelan, Masjid Jamek Kampung Kuala Slim, Masjid Jamek Slim Village, Masjid Jamek Kampung Balun, Masjid Jamek Kampung Pasir dan Masjid Jamek Kampung Rasau, manakala dalam mukim Hulu Bernam pula, ia melibatkan Masjid Behrang 2020, Masjid Jamek Tanjung Malim, Masjid Jamek Kampung Sungai Dara dan Masjid Jamek Behrang Stesen.

Kelmarin, kenyataan JAIPk dalam laman web rasminya menjelaskan pelantikan ahli jawatankuasa masjid dibuat berdasarkan kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 dan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998.

Menurut kaedah tersebut, pegawai tadbir agama dan penghulu - setelah berunding dengan Orang Besar Jajahan - akan mencadangkan kepada MAIAIMP melalui pengerusi jawatankuasa agama Islam, nama ahli jawatankuasa kariah masjid.

Selain itu, Jabatan Agama Islam Perak juga turut menerima cadangan senarai nama daripada ahli jawatankuasa sedia ada, individu dan organisasi tertentu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan tersebut, ada nama yang digugurkan, antaranya kerana terdapat calon yang meninggal dunia, tinggal di luar kariah dan beberapa nama yang dikenali tidak bermoral tinggi di kalangan masyarakat.

"Oleh kerana tidak ada satu senaraipun yang menepati kehendak Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Kariah 1998, maka prosedur asal terpaksa digunakan bagi mengemukakan senarai nama kepada MAIAIMP.

Kenyataan itu juga menjelaskan bahawa pindaan yang dikatakan dilakukan oleh PTA daerah adalah dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang dan dilakukan sebelum ianya dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan Persidangan MAIAIMP.

"Tidak berlaku langsung apa yang didakwa sebagai pertukaran dibuat setelah mendapat perkenan DYTM Raja Muda Perak, sebagai Yang Dipertua Majlis memandangkan tidak ada pihak yang mengetahui senarai yang dikemukakan kepada MAIAIMP," kata kenyataan itu lagi.

Tuesday, December 15, 2009

Isu Perak..antara yg terlibar..korek korek korek..

patutlah ..jadi gitu.....nak diharap..depa yg dok korek korek..
Hakim benarkan rayuan Zambry terlibat dengan kes VK Linggam?

KUALA LUMPUR, 15 MEI (SK) – AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin hari ini mendedahkan bahawa Hakim yang membenarkan rayuan Zambry Abdul Kadir untuk mengantung keputusan Mahkamah Tinggi mengenai Menteri Besar Perak yang sah adalah diantara nama yang disebut oleh VK Linggam.

Beliau yang memberitahu Suara Keadilan, VK Linggam yang telah mengemparkan negara dengan perbualan telefon mengenai ketirisan sistem kehakiman negara ini yelah menyebut nama Ramly Ali.

“Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Heliliah Mohd Yusof, Ramly Ali dan Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002,” katanya dalam kenyataan yang diterima oleh kami.

Jelas Badrul yang juga Ketua KeADILan Rembau, semua hakim yang telah disebut oleh Linggam haruslah disiasat atau diberhentikan kontrak mereka.

Dalam pendedahan yang sama menurut Badrul, Ahli Parlimen Jelutong telah mengatakan bahawa, Hakim Ramly telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April lalu, iaitu 27 hari sebelum Zambry merayu kes ini di Mahkamah.

Namun, jelas Badrul, ianya telah terbalik, mahkamah telah menaikan pangkat Ramly untuk menjadi hakim di Mahkamah Rayuan.

“Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

“Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambry MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan Umno melalui VK Linggam,” katanya lagi.

Mahkamah, jelas Badrul, tidak mencermin keadilan apabila Nizar terpaksa menunggu lima hari untuk mendengar rayuan dihadapan tiga orang hakim, manakala bagi Zambry pula, mahkamah hanya mengambil 2 jam mendengar kes berkenaan selepas difailkan jam 9.30 pagi dengan hanya satu hakim.

“Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama,” katanya yang merujuk ketidakadilan yang berlaku dalam kes rayuan Zambry.

12 Februari lalu, mahkamah rayuan telah membenarkan permohonan Zambry ditangguhkan pelaksanaan perintah pengisytiharan itu sehingga kes rayuannya selesai diputuskan oleh mahkamah yang dibuat sehari sebelum itu.

Keesokan harinya pula, Nizar memfailkan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat oleh Ramly yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang akan didengar 16 Mei ini.

suarakeadilan

Sunday, December 13, 2009

zambry Kartun harap..jgn PR ambil k`jaan Perak semula


Zambry harap isu di Perak berakhir;

harapan orang gila kuasa..gila pangkat dan gila wang....belajar sampai dapat Distiction dalam PHD itu yang jadi bebal..orang lain biasanya belajar sampai dapat PHD seekor ini sampai ada DPHD.pegi amerika konon nak cari pelabur atau pegi beli salinan sijil DPHD yang dimakan lipas,,

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berharap semua pihak yang terbabit dalam krisis perlembagaan di negeri itu melihat untuk membangunkan pertumbuhan ekonomi negeri daripada berterusan menimbul isu yang sama berulang kali.

Katanya ekonomi negeri perlu distruktur dan dikembalikan semula statusnya yang gemilang satu ketika dahulu daripada berterusan berbahas mengenai isu.

"Ramai rakyat Perak merasa ahli politik tidak perlu lagi membangkitkan isu dan kita mesti melihat dengan bersungguh-sungguh untuk membetulkan perkara yang lepas sekiranya kita mahu membetulkan tanggapan," katanya kepada pelajar Malaysia di United Kingdon semasa perjumpaan di King College London di London hari ini.

"Akhirnya rakyat akan mengadili kita (ahli politik) berdasarkan siapa kita dan apa visi kita. Ia mengenai menjaga rakyat agar rakyat boleh tinggal secara aman. Kita perlu meneruskan pembangunan ekonomi, tidak boleh terlalu banyak politik," katanya.

Kebanyakan soalan yang dikemukakan pelajar kepada Zambry dalam pertemuan itu ialah berkaitan krisis perlembagaan Perak di mana pelajar ingin tahu perkara sebenar yang berlaku pada Februari lalu apabila Barisan Nasional kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

Pertukaran kuasa berlaku selepas dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari DAP mengisytiharkan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional, sementara seorang bekas Adun Umno yang menyertai PKR kemudian menyertai semula Umno.

Zambry berkata selepas peristiwa itu, rakyat mula melihat kepada apa yang beliau dan kerajaan negeri yang baru telah lakukan di Perak. - Bernama

kahk kahk kahk tak malu buat PC macam ini jenis makan nasi atau lain...taktau le

Tuesday, December 8, 2009

Umno..kantoi..tapi berhati-hati..planB dan seterusnya.

Sya reformis:perak express


gambar ehsan;izismile..

ahhh phannnng flying kick frm president..Shut Up u..amnooooo






Ipoh : Sidang akhbar oleh President PAFA di Pejabat PAFA.

Petang ini telah diadakan satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh President PAFA yang mana ia menyaksikan satu perlantikan ahli majlis yang baru iaitu Yb Kesavan.Dato Seri Nizar menjalaskan bahawa mesyuarat hari ini diadakan dan telah membincangkan apakah halatuju PAFA dan keputusan ahlijawatankuasa yang lain dalam pelbagai isu yang melibatkan PAFA,bagi memudahkan pemain-pemain utnuk terus memberikan performent yang baik.Dan untuk itu kita telah pun mengenalpasti beberapa kelemahan-kelemahan dan beberapa perkara yang baik untuk kita laksanakan.

Dato Seri juga mengangkal desas desus yang tersebar di akhbar yang mana menyatakan bahawa timbul pelbagai isu tentang PAFA yang mana Beliau menyifatkan bahawa ia tidak berapa tepat dan segala macam permasaalahan mengenai isu dan juga organisasi PAFA telah diselesaikan di dalam mesyuarat tersebut.Beliau juga memuji ketangkasan dan kebijaksanaan ahli-ahli majlis juga kematangan mereka dalam menangani isu.Ia yang sememangnya bertujuan untuk memajukan Sukan Bola Sepak Perak,maka President dan Timbalan President telah berbincang dalam suasana profesional dan akhirnya ia mencapai keputusan yang menampakkan kemajuan buat PAFA.

Dato Seri juga menafikan perkara-perkara yang tidak betul berkenaan dengan PAFA dimasa-masa yang kebelakangan yang banyak dimainkan dan digembar gemburkan.Dato Seri juga mengajak para penyokong,peminat dan semuanya untuk sama-sama kita memberikan ransangan semula kepada PAFA dan juga Pasukan Bola sepak Perak.Untuk itu beberapa lantikan pengurus dan jutulatih yang baru telahpun kita buat dahulu dan beberapa lantikan ahli majlis baru telah kita SAH kan dalam mesyuarat hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa dalam mesyuarat petang ini ,PAFA akan terus berjuang untuk mempertingkatkan pretasi Bola Sepak Perak.Dato Seri juga merakamkan penghargaan kepada M Karathu yang merupakan bekas jurulatih Perak yang telah banyak menyumbangkan tenaga bagi memantapkan Pasukan Bola Sepak Perak pada musim yang lalu.

Dato Seri Nizar juga menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Negeri kerana membantu menaikan PAFA yang mana Beliau menegaskan bahawa PAFA tidak akan menyelitkan apa-apa elemen politik di dalam sisitem pentadbiranya.

Dato seri juga menyatakan kepada pihak media bahawa semalam Beliau telah hadir dalam mesyuarat FAM yang dipengerusikan oleh President FAM iaitu Tuanku Sultan Ahmad Shah,dan Beliau telah menerangkan kepada Tuanku Sultan tentang kedudukan PAFA dalam konteks ruang yang diberikan kepada Beliau.Tuanku Sultan juga telah memberikan lonjakan penghormatan dan juga satu gaya ransangan kepada Dato Seri Nizar yang mana Tuanku Sultan tidak mahu melihat adanya eleman politik didalam corak pengurusannya.

Dato Seri turut ditanya mengenai perkara adakah berlaku di dalam mesyuarat ini usul bagi mendesak Beliau melepaskan jawatannya sebagai President PAFA,dan Beliau menjawab bahawa tidak timbul dan tidak ada langsung satu usul yang bersifat demikian sambil dipersetujui oleh beberapa lagi ahli majlis yang hadir di dalam sidang media tersebut.

Sidang Media berakhir sekitar jam 6.00 petang.

Sunday, December 6, 2009

Seminar penerangan Negeri....

Ahad Markas Pas Negeri Air Kuning.6-12-09.

Seminar Penerangan anjuran Lajnah Penerang Negeri Perak diadakan di Markas Negeri Air Kuning yang bermula jam 830pg hingga jam230 t/hari tadi.Seminar tersebut dirasmikan oleh PJ perak Ust Abu Bakar.

Kehadiran kurang memuaskan,hanya 1/3 yang hadir dari jumlah yang sepatut hadir.

Kertas kerja GERAK GEMPUR PENERANGAN dibentang oleh Hj Mohd Nasir Daud dari JPN kelantan,manakala satu lagi kertas kerja dibentang oleh YB Drs Khalil Idham selaku Ketua Penerangan Pas Perak dan juga ADUN kawasan Titi Serong.

Pengulas: Y Bhg Ust Hj Misba selaku setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak.



YB Khalil sedang membentangan kertas kerja beliau..

Saturday, December 5, 2009

Seminar..LPN..Negeri Perak @sumbangan Mangsa Trajedi Kuala Dipang.


5/12.sabtu.Markas Pas Negeri Air Kuning.YB Dr Mujahid Yusuf Rawa menyatakan bukan mudah menyediakan satu platform untuk Kelab Penyokong Pas.

.Penyerapan Kelab supaya menjadi lebih baik.Kita tidak mahu hanya retorik PAS UNTUK SEMUA. Mereka akan menjadi sebahagian organisasi .Organisasi ini jika kita tidak ambil tindakan betul- acuh tidak acuh,proses penyerapan yang silap boleh menjejaskan kita 20 tahun akan datang.

Dr Mujahid juga menyatakan apabila Kelab Penyokong berjaya , masing-masing menjadi kalut.



Friday, December 4, 2009

Akhirnya....perancangan dan niat amno..tersekat..tapi jgn lalai...amno akan terus..berusaha

Perak berjaya masuk Liga Super-satu lagi kejayaan DS Nizar

Liga Super bermula 9 Januari 2010


Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM telah bermesyuarat baru-baru ini.14 pasukan telah disahkan bertanding di liga super dan 12 di liga perdana.

Perlawanan Liga Super dijadualkan bermula pada 9 Januari 2010.Jawatankuasa Pertandingan FAM menetapkan tarikh akhir perndaftaran pemain pada 19 Disember ini.

Pasukan Liga Super yang dikeluarkan FAM:

1.Selangor
2.Perlis
3.Kedah
4.Johor FC
5.Terengganu
6.Kelantan
7.Plus FC
8.Negeri Sembilan
9.PERAK
10.Pulau Pinang
11.T.Team(Terengganu)
12.Johor
13.Kuala Lumpur
14.Harimau Muda (A)

Sebentar tadi di Ipoh telah berlaku upacara perjanjian antara wakil PAFA melalui DS Nizar dengan pemain. Difahamkan 20 orang pemain telah menandatangani perjanjian untuk mewakili Perak.Antaranya termasuk Razali Umar.Megat Amir,Nantahakumar,Arif Ismail(Negeri Sembilan)dan Shafuan Adli(T-team)

Tuesday, December 1, 2009

Keputusan ..Perbicaran..ketua-ketua

Jangan LUPA hari ini adalah keputusan perbicaraan Tuntuan Ketua-Ketua Kmapung kerjaan Pakatan Rakyat Negeri Perak..

KITA TUNGGU DAN LIHAT..APA KEPUTUSAN YANG BAKAL DIBERIKAN OLEH MAHKAMAH..YANG SEMAKIN LAMA SEMAKIN HILANG INTEGERITI,KEPERCAYAAN RAKYAT SELURUH NEGERA..Harap...keputusan yang adil dan saksama..

Wednesday, November 25, 2009

GEMPAR..SEPERAK..KEDAI ROTI CANAI KADIAQ..BANGKRAP...

Zambry pinjam duit Baitulmal ubahsuai rumah?


Malam tadi, angin sepoi-sepoi membawa berita.

Katanya, si Zambry ingin mengubahsuai rumah kediaman rasmi Menteri Besar Perak sebelum diduduki. Biasalah tu, setiap menteri besar umno akan mengubahsuai rumah tersebut mengikut selera dan citarasa mereka dan bini mereka sebelum mendudukinya. Bukannya kena keluar duit sekupang pun, duit rakyat. Mereka peduli apa. Tambahan pula dalam keadaan sekarang ini, rakyat didahulukan (baca: duit rakyat yang didahulukan).

Ini bermakna, kalau ada sepuluh menteri besar umno yang duduk dikediaman rasmi tersebut, maka sepuluh gaya ubahsuai jugalah yang terjadi kepada rumah tersebut.

Zambry nak masuk duduk di kediaman rasmi Menteri Besar Perak? Kenapa terkejut pulak? Mungkin dia dah mula ada konfiden dan keyakinan penuh bahawa dialah menteri besar perak yang sah. Keyakinan tersebut mungkin datangnya daripada kata-kata dorongan oleh para-para ampusana ampusini disekelilingnya. Atau mungkin juga dia ada terima berita awal tentang keputusan yang bakal dikeluarkan oleh mahkamah persekutuan nanti mengenai kes saman nizar kepadanya? Wallahu'alam.

Berbalik kepada cerita asal. Berita mengatakan Zambry ingin mengadakan ubaisuai kediaman rasmi tersebut dengan harga RM180,000.

Tetapi, yang paling bestnya kata pembawa berita tersebut, wang RM180,000 itu dipinjam daripada Baitulmal. Katanya, pinjaman itu sementara beliau mendapat wang untuk pengubahsuaian rumah tersebut daripada kerajaan pusat.

Kenapa nak pinjam duit Baitulmal pulak? Orang fakir miskin pun tak merasa nak pinjam duit Baitulmal.

Takkan budget perak yang diluluskan dalam 20 minit hari itu tak cukup.

Malas saya nak ulas lagi. Minta jasabaik pembaca yang ada maklumat sahih memberikan kita sedikit penjelasan mengenai kisah angin sepoi-sepoi ini.

Ada sesiapa daripada Baitulmal nak komen?

sumber:ajijol

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails