BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label isu perak. Show all posts
Showing posts with label isu perak. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Hakim lewat 20Minit...Keputusan cacamarba..

Rayuan Ketua ketua kampung negeri Perak sewaktu pemerentahan PR..gagal dalam rayuan mereka .Kes yang berlangsung diMahkamah Rayuan Putra jaya pada 31hb mac 2011 barakhir dengan satu Keputusan yang diluar dugaan dan menjadikan satu Tanda Soal yang agak besar dan pelik.keputusan:

a.Mahkamah Rayuan notis tuntutan secara perwakilan tidak dipatuhi ,walau pun sebelum ini mahkamah tinggi memutuskan secara muktamad segala peraturan dipatuhi...

b.Perlantikan ketua kampung sememangnya tidak sah disisi undang-undang.

hakim rujuk undang-undang mana dan siapa punya..dia sahaja yang tahu
kalau macam ini keputusan.. semua ketua kampung sebelum ini dan yang masih menjadi ketua kampung ..adalah ketua kampung haram..? segala pengesahan dan kerja yang mereka buat adalah tak sah dan haram..segala elaun yang mereka terima juga tidak sah..
aduh pening pening..dengan Keputusan Hakim lewat 20minit.....yang masuk lewat itu apa sebab mereka sahaja yang tahu.

dan satu lagi yang menarik hakim itu sepatutnya menjadi Peguam yang mewakili kerajaan Negeri..sebab..hakim bertanya banyak sangat soalan dan sebaliknya Peguam kerajaan Negeri diam membisu..
macam-macam le negeri aku ini..ingat kan hanya MBnya masuk secara haram..tetapi hasil perbicaraan dan keputusannya..berakhir..seluruh ketua kampung bukan setakat perak tetapi juga seluruh ketua kampung menjadi haram....



istana Kehakiman..INDAH DARI PARAS RUPA.....

video BHG 1:

Tuesday, December 8, 2009

GEMPAR,,Konspirasi UNTUK MENJATUHKAN DS Nizar..ptg ini?

Rampasan kuasa di PAFA hari ini?

8 DEC Setelah pasukan bolasepak Perak dibawah PAFA (Perak Football Association) diterima untuk bersaing didalam Liga Super musim 2010 dan majlis menandatangani kontrak pegawai dan pemain untuk musim itu nanti selesai, angin bertiup semakin kencang mengatakan terdapat sebilangan ahli majlis didalam PAFA yang tidak senang duduk dan berpakat untuk membuat suatu perkara yang menggugat kelancaran pasukan Kejor Yop Kejor menghadapi musim baru yang bakal tiba.

Hari ini akan berlangsungnya mesyuarat ahli majlis PAFA jam 2.00 petang di Pejabat PAFA di Jalan Fair Park, Ipoh.

Dijangkakan akan berlaku kekecohan apabila dikatakan terdapat pihak yang akan membawa usul untuk menyingkirkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin daripada jawatan Presiden PAFA yang dipegangnya dengan jaya selama ini.

Pihak-pihak ini amat tidak senang dengan kelancaran perjalanan Pafa selama dibawah tadbir Dato Seri Nizar kerana tiada peluang untuk mereka mengaut untung sepertimana biasa dimasa-masa yang lepas dibawah pemerintahan presiden-presiden daripada Umno dahulu yang menjadi punca sebenar mengapa PAFA menanggung hutang sebanyak RM4 juta lebih.

Kejayaan Dato Seri Nizar membayar serta mengurangkan jumlah hutang lapuk itu amat ditakuti sekali oleh puak-puaka ini.

Berjaya rampasan kuasa yang akan dilakukan hari ini terhadap jawatan Presiden PAFA mengulangi rampasan kuasa yang mereka lakukan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak ini? Sama-samalah kita nantikan 'wayang' mereka yang kononnya memperjuangkan sukan bolasepak dinegeri Perak ini.

Jom kita 'Kejor Yop Kejor' mereka berambus jauh daripada arena sukan dinegeri ini terutamanya sukan bolasepak yang amat kita semua minati.

Sayangi pasukan bolasepak kita dan kekalkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin sebagai Presiden PAFA yang paling berwibawa dan bersih didalam sejarah bolasepak negeri Perak tercinta.
ajijol

Friday, December 4, 2009

Dehhhh Tanmbi... Harmi..apa sudah lu buat..

deh tambi..ituhari ada lu cakap..lu manyak sokong itu islam punya orang,,,itu DS Nizar ada ikut DAP punya cakap...ini sekarang apa lu sudah buat..adeeh cihit...cakap tak selupa bikin..kanine lu...saya pun ada ingat juga lu ada betul punya manteribusar ke?..itu mahkamah bicara mau kasi itu keputusan pun takde,..apapasal ada takut atau lu sudah kalah....saya ada ingat lu boleh jadi mentelibusar haram sajala..mau jadi menteli halal saya ingat lu takde nasib lo..


Peruntukan surau ditarikbalik oleh 'tangan ghaib'?

Peruntukan kepada Madrasah Nuruk Hidayah di Kg Pengkalan Gate Tambahan sebanyak RM50,000 untuk menaiktaraf serta membesarkan surau serta sekolah agama rakyat yang terletak dibawahnya telah ditarik balik.

Persoalannya kerana apa?

Ada yang berkata kerana Dato Seri Nizar bertandang untuk Solat Hajat kesana tempohari. Oleh kerana itu, peruntukan sebanyak RM50,000 itu telah ditarik balik atas desakan 'tangan-tangan ghaib' yang tidak senang dengan perkembangan di Kg Pengkalan Gate Tambahan itu.

Inilah akibatnya apabila institusi keagamaan juga dicampuri dan dimonopoli oleh kuasa politik yang rakus dan mengaku beragama Islam.

ajijol

Friday, November 20, 2009

Minum Pepsi aje le..si UMNO......1..

Persepsi PAS kuda tunggangan selepas Umno gagal
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yakin, persepsi bahawa PAS ditunggangi DAP disebarkan oleh Umno adalah berdasarkan kegagalan para wakil rakyat mereka berdepan dengan dua pemimpin DAP Perak sebelum ini.

Menurut beliau, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Koo Meng bukan calang-calang orang untuk dihadapi oleh para Adun Umno ketika kedua-duanya adalah Adun pembangkang dalam Dun Perak sebelum ini.

"Berdasarkan pengalaman Adun mereka menghadapi kedua-duanya, Umno beranggapan Adun PAS dalam kerajaan negeri Perak sebelum ini akan 'dijual' oleh kedua-duanya," kata Nizar.

Padahal, katanya, kerjasama yang dibentuk antara PAS, DAP dan PKR dalam kerajaan negeri Perak sebelum ini adalah atas dasar yang hak dan yang benar.

(Gambar: Nizar bersama kakitangan Harakah hari ini)

"Mereka ingat, apabila saya jadi MB, kedua-dua mereka (Ngeh dan Nga) tunggangi sayalah," kata Nizar kepada kakitangan Harakah dan Harakahdaily dalam satu majlis tazkirah dan makan tengahari tadi.

Menurutnya, Datuk Ngeh adalah pengerusi jawatankuasa disiplin Majlis Peguam manakala Nga Koo Meng pula adalah Ketua Pemuda DAP ketika itu.

"Mereka ini bukan calang-calang orang. Ketika mereka (Umno) ada 40 orang dalam Dun pun tak boleh lawan dua orang ini, jadi mereka ingat PAS dan Nizar ini menjadi alat dan kuda tungganngan DAPlah. Saya ni boneka merekalah. Ini persepsi yang mereka sebarkan yang tidak betul sebenarnya," kata Nizar.

Menurut Nizar, pendekatan yang beliau ambil ketika diamanahkan sebagai Menteri Besar Perak adalah bertindak berdasarkan kebenaran tanpa langsung ada agenda perkauman.

"Sekarang ini alhamdulillah, DAP sudah boleh menerima kita dengan baik. Sudah tertolak bahawa PAS ini ektremis dan sebagainya. Ini yang ditakuti Umno," kata beliau.

Baru-baru ini, Nizar secara rasmi telah dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Perak.

Menurut Nizar, Datuk Ngeh Koo Ham sendiri mengaku, dia adalah orang yang paling tidak percaya kepada PAS sebelum ini.

Tetapi sekarang, dialah yang paling lantang mencadangkan agar PAS memimpin Pakatan di Perak.

"Di Perak sekarang, di peringkat negeri kami akan bermesyuarat dua kali sebulan. Semua majlis di Perak tidak ada lagi majlis PAS, DAP atau PKR...yang ada adalah majlis anjuran Pakatan Rakyat Perak," kata Nizar.

Sehubungan dengan itu, beliau yakin, persepsi PAS menjadi kuda tunggangan DAP akan selesai tidak lama lagi selepas penerangan dibuat kepada rakyat.

"Saya yakin, jika ada pilihan raya kecil, kita akan menang sekitar 35 kerusi untuk memerintah kembali Perak," kata beliau kepada wartawan selepas majlis itu.

Wednesday, November 18, 2009

1MB atau 2 MB..Apa dah jadi..mb


letih nungggu hingga terjelir...lidah...

kes MB perak..5/11..Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan..apa dah jadi sehingga kini takde apa-apa berita...ini dah nak masuk hampir 2 minggu,,takkan takde apa-apa keputusan lagi...atau belum ada ARAHAN ghaib untuk memutuskan ...

Tuesday, November 10, 2009

NIZAR ..MB SAH 1 PERAK.



OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

Saturday, November 7, 2009

1Perak...Pihisophy Hasad dengki dah bersuara

PHD dari.......ahhhahhh adun Bn Beradap....khak kah kah kah
1Perak Lucu lah lkah kah kahh



sila klik sini:pembangkan patut berbahas

Friday, November 6, 2009

KES NIZAR DITANGGUH -1Malaysia,1 dunia dah tahu

............................Hang lebat...


Setelah mendengar penghujahan dari pasukan peguam Hj Nizar dan peguam Zambry termasuk Ghani Patail sebagai pencelah,hakim menangguhkan penghakimannya sehingga ke satu tarikh yang tidak diberitahu.

Rakyat mengharapkan supaya sepanjang penangguhan sehinggalah penghakiman dibuat oleh para hakim yang arif, tidak ada suara dan tangan ghaib cuba mempengaruhi hakim-hakim tersebut. Beri peluang kepada hakim-hakim ini membuat keputusan.

Sementara itu, ahli dan penyokong PR yang muslim tidak boleh berdiam diri, munajat dan solat hajat hendaklah dikerjakan setiap malam, kalau boleh sebelah siangnya berpuasa. Amalan ini akan menjadi perantaran kita sebagai hamba kepada Allah swt bagi memohon pertolongan kepadaNya agar para hakim diberi hidayah dan taufiq supaya penghakiman yang akan dibuat nanti benar-benar adil.

Harapan rakyat Perak kes ini dimenangi oleh YB Hj Nizar. Dengan kemenangan tesebut, HJ Nizar akan mengadap Tuanku dan memohon perkenan supaya DUN Perak dibubarkan.
ust misbah:

1 dunia sedang mengikuti kes ini tapi di UtusamMolaye hanya ada kat muka dalam bawah sekali.
sebaba apa ah?...pemberita dia taktahu ke ada kes yang sepenting ini dimalaysia semalam..atau ada takut itu hantu selam ke?

Thursday, November 5, 2009

isu 1 Perak2 MB: Panel 5 hakim dengar rayuan

Masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menteri besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, kini terletak pada keputusan rayuan yang sedang didengar oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Keputusan rayuan bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan.

Mahkamah tertinggi di negara ini itu juga akan mentafsir kuasa raja-raja untuk membubarkan dewan undangan negeri serta pelantikan menteri besar.

Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

malaysiakini

Tuesday, November 3, 2009

1 perak..tok ketua ..DI MAHKAMAH

Mahkamah istiharkan akan membaca keputusan perbicaraan ketua-ketua kampung pada 1hb dis 2009.
tunggu lah kome......mahkamah dah nak jadi macam sarkas india....

Friday, October 30, 2009

Nizar.Ipoh bagai zon perang, selar dakwaan Adun PR tidak dihalang,


balikdari zon perang......

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pakatan Rakyat Perak menyelar penafian yang dibuat ketua polis negeri itu yang mendakwa anggota keselamatan mereka tidak melakukan sebarang halangan dan kekasaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan.

Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, penafian oleh mana-mana pihak berhubung berlakunya kekasaran dan halangan terhadap Adun pakatan adalah satu penafian bohong.

Menurutnya, kesemua Adun Pakatan semalam di halang dan ada di antara mereka dikasari sewaktu ingin menghadiri Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut.

"Kalaulah dinafikan oleh ketua polis Perak, ketua polis negara mahupun menteri dalam negeri, ini satu pembohongan," katanya.

Pihak polis dakwanya telah melanggar peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan kerana telah menghalang ADUN dari melaksanakan tugasan menghadiri sidang Dun.

ImageMenceritakan kembali pengalaman mereka menghadiri Sidang Dun Perak semalam, beliau memberitahu kesemua Adun pakatan berdepan sekatan pihak polis di lima tempat iaitu tiga sebelum masuk ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, dan dua sebelum masuk ke dewan persidangan.

"Kami disekat dengan lima 'check point' (pemeriksaan), di setiap check point itu kami hanya dibenar masuk seorang demi seorang.

"Keadaan itu sengaja dibuat supaya kami tidak masuk (dewan persidangan) sebelum pukul 10," katanya yang juga Adun Pasir Panjang.

Selepas memasuki pagar bangunan SUK, kesemua Adun Pakatan katanya ditolak ke kawasan letak kereta di bawah bangunan tersebut.

Jelasnya, tindakan tersebut bagi menghalang oarang ramai dan pihak media melihat kekasan yang mereka lakukan kepada Adun pakatan.

"Mereka menolak kami ke kawasan parking kereta supaya tidak dilihat umum.

"Di situlah mereka menjalankan 'operasi' mencekik sivakumar," ceritanya lagi.

Image

(Gambar: Ngeh Ko Ham menunjukkan aksi bagaimana speaker Pakatan Perak, V.Sivakumar di cekik)

Apa yang diketahui rakyat berhubung insiden semalam katanya, hanya antara secebis yang berlaku yang sempat dirakam oleh petugas media, malah masih banyak kekasaran lain diperlakukan kepada mereka khususnya kepada Speaker, V Sivakumar sebelum memasuki dewan persidangan.

"Saya lihat seorang anggota polis, ASP Bala nama dia, merampas songkok speaker Sivakumar di hadapan kami," katanya lagi.

Beliau juga mendakwa selain dicekik, Sivakumar turut dihentak diperut.

Selain itu, pelbagai tekanan lagi dilakukan kepada Adun pakatan termasuk dipaksa menggunakan laluan tangga kerana lif ke dewan persidangan diberhentikan, komputer riba dan kamera dirampas dan kesemua pintu masuk ke dewan dikunci dengan hanya satu laluan dibuka.

Kehadiran ratusan anggota polis mengawal bangunan SUK itu juga di ibarat Ipoh seperti berada dalam 'zon perang'.

Jelasnya jalan-jalan menuju ke bangunan tersebut yang ditutup, berpuluh trak polis dan simpanan persekutuan FRU merintangi pintu masuk ke bangunan SUK serta notis larangan berada di dalam kawasan 50 meter dari kawasan bangunan SUK seolah-olah wujud ancaman besar terhadap ibu negeri itu.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah semalam menafikan anggota keselamatan mereka melakukan kekasaran dan menghalang Adun Pakatan Rakyat memasuki Bangunan SUK untuk menghadiri sidang.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan speaker yang juga Adun Tronoh V.Sivakumar dikasari sehingga menyebabkan jubah yang dipakainya terkoyak.

Hadir sama pada sidang media tersebut, Adun Pantai remis, Nga Kor Meng dan Adun Setiawan Ngeh Ko Ham.

Semalam, Adun Pakatan memberitahu selain Sivakumar, sekurang kurangnya dua lagi dikasari pihak polis termasuk Nga Kor Meng di mana alat sulitnya dipegang manakala seorang lagi Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai diseret di lantai.

Dalam persidangan berasingan semalam, Pakatan Rakyat telah meluluskan dua usul dan satu usul tergempar.

Usul tergempar adalah rakaman takziah kepada mangsa tragedi program 1Malaysia di Kuala Dipang dan semua kem program latihan khidmat negara dan program luaran lain digantung sehingga siasatan kes tersebut selesai.

Dua usul lagi adalah bersetuju melantik bekas pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan merakam penghargaan terhadap laporan Ketua Audit Negara, sewaktu pentadbiran Pakatan pada tahun 2008. _

harakahdaily

Thursday, October 29, 2009

1malaysia...Polis dah jadi bangsat..tul ke???

sila lihat video ini.
wahai polis..fikir fikirkan ..baju, seluar ,kasut,stokin,topi yang kau orang pakai adalah duit rakyat..jgn nak ekkkk sangat dengan rakyat,jangan kau bekerja untuk umno,kami rakyat takkan halalkan seduit pun kepada polis-polis yang jadi anjing umno....duit makan minum kau dan keluarga pun banyak nya hasil dari duit rasuah....jgn lupa kita jumpa diakhirat.....siap lah kau orang


Wednesday, October 28, 2009

SIVA KUMAR THE BOSS...balik dari Pertempuran

Sivakumar the boss bersama-sama batalion beliau sewaktu keluar dari kawasan peperangan.
ha ha ha ha macam macam adalah di msia ini,,,dari

1malaysia,ke 1 perak,1 dewan 2persidangan..semua angkara dajjal BN @ umno...




gambar ehsan dari :http://pr-vs-bn.blogspot.com/

sidang dun..satu dewan 2 persidangan....1perak

live dari :blog cina islam

Terkini 12.15 pm : Tercemarnya demokrasi, MB Nizar

apa yang terjadi adalah membenamkan demokrasi di Perak dengan penghalang untuk kami masuk oleh polis.

Ini adalah ancaman sedangkan kami datang atas nama Adun dengan surat Speaker yang sah.

Kekecohan adalah tindakan pihak polis dan bukannya kami.

Menyebabkan nyawa Sivakumar terancam dan terjejas.

Saya memberitahu Menter Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin letak jawatan kerana tindakan mencemar institusi polis.

Kami dihalang dengan peraturan yang melampau termasuk tidak boleh membawa masuk kamera.

Hari ini telah terkubur demokrasi di Perak.

Tindakan sidang yang dikendalikan oleh Speaker haram, satu saja yang dia haram, kerana dia tidak ada hak undang-undang berada di situ.

Apa yang berlaku hari ini kerana arahan Zambry, setiausaha Kerajaan Negeri dan Hishamuddin.


Terkini 12.01 pm : Sidang di perpustakaan dihadiri oleh semua Adun PR

Sivakumar menunjukkan cebisan jubah yang sempat di selamatkan.

Speaker Sivakumar menjelaskan perjalanan dewan yang sah dan meluluskan tiga usul seperti yang dilaporkan sebelum ini.


Terkini 12.00 pm : Bahagian sulit Pantai Remis telah diceroboh.

Dalam pergelutan Speaker Sivakumar mendedahkan tempat sulit Adun Pantai Remis telah diceroboh.


Terkini 11.58 am : Sidang media di perpustakaan.

YB. Sivakumar menjelaskan tindakan polis menghalang dan menahan Adun masuk seorang demi seorang dan tidak pernah berlaku. Ada usaha merampas jubah dan songkok saya,kami bertahan sehingga ke lif dan ke tempat letak kereta. Mereka menggunakan kekerasan, ada yang menekan dan mencekik saya sehingga tidak boleh bernafas.

Beliau mengatakan lebih buruk dari kejadian 7 mei dan mereka berjaya merampas jubah.


Terkini 11.50 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar

Speaker yang sah menangguhkan sidang dalam keadaan Speaker haram masih mengendalikan sidang haram sebentar tadi.


Terkini 11.43 am : Laungan haram bergema berterusan

Terkini 11.38 am : Bajet haram oleh sidang haram yang dikendalikan Speaker Haram

BN akhirnya melanggar undang-undang dengan membentang dan mengesahkan bajet haram sebentar tadi.



Terkini 11.35 am : Sidang Speaker sah YB. Sivakumar, sahkan usul Hj. Osman b. Abdul Rahman sebagai Ahli Dewan Negara baru.

Hj. Osman telah diusulkan oleh Adun Kuala Kurau menggantikan seorang Ahli Dewan Negara yang telah tamat tempoh perkhidmatan, dan disokong oleh Adun Kuala Sepetang.

Usul diterima oleh dewan.


lebih hebat dari negara PASOLA

Terkini 11.31 am : BN cuba lulus bajet haram

Terkini 11.29 am : Dua sidang dalam satu dewan sedang berjalan

Sekarang ini dua sedang berjalan iaitu sidang yang dikendalikan oleh Speaker yang sah V.Sivakumar, dan Speaker haram Ganesan.


Terkini 11.08 am : Sidang ditangguh oleh Speaker Sivakumar

Sidang yang dikendalikan oleh Speaker sah Sivakumar nampaknya tidak diganggu oleh Speaker haram dan Adun BN.

Ianya ditangguhkan sebentar tadi.


**selalu yg haram mempunyai ramai pengawal..macam siganeson.....ramai yg dok kawal ganeson sebab umno ingat adun PR akan mengusung dia kot ,macam depa buat hari tu...otak umno macam lembu takkan PR nak buat camtu..

Terkini 11.07 am : Titi Serong mengusulkan tahniah dan penghargaan dengan prestasi kewangan Kerajaan PR 2008

ADUN Titi Serong membentangkan usul tahniah dan terima kasih atas prestasi kewangan Kerajaan Perak tahun 2008 di bawah kerajaan PR seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.



Terkini 11.06 am : Usul di bahas oleh MB Pakatan Rakyat

Usul sedang dibahas oleh YAB MB Pakatan Rakyat dengan mengemukakan data tentang prestasi tersebut. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada penjawat awam sehingga prestasi itu dicapai.

Usul diterima....


Terkini 10.56 am : Sidang berhenti sebentar.

Sidang ditangguhkan oleh Speaker Sivakumar. Kami Adun PR masih berada di tempat duduk masing-masing dengan tertib sehingga YB Siva menyambung balik sidang.



Terkini 10.41 am : Sidang terus berjalan.


YB. Buntong sedang membentangkan usul.

YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.

Terkini 10.48 am : Hujah PR langsung tidak dijawab Ganesan dan dia terus berada di tempatnya.

Tempat duduk Speaker haram di kawal ketat.

Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.

YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.

Terkini 10.51 am : Adun BN cuma memerhatikan sidang yang dikendalikan Speaker yang sah

Usul kedua yang dibentangkan oleh YAB MB Nizar mengenai takziah dan simpati kepada anak-anak sekolah di Kuala Dipang yang mengorbankan tidak kurang 3 orang.

Beliau memohon dewan mengucapkan takziah dan usulkan semula program yang melibatkan anak-anak sekolah dihentikan sama sekali untuk memenuhi kehendak PM sendiri supaya program dihentikan.

Dewan mengusulkan ucapan takziah.

Terkini 10.53 am : Usul disokong oleh Adun Setiawan.

Usul yang disampaikan dibahas dan disokong oleh Adun Setiawan Dato' Ngeh. Pembesar suara sudah ditutup.

Terkini 10.56 am : Sidang berhenti sebentar.

Sidang ditangguhkan oleh Speaker Sivakumar. Kami Adun PR masih berada di tempat duduk masing-masing dengan tertib sehingga YB Siva menyambung balik sidang.


Monday, October 26, 2009

1malaysia zzzmbry.....jadi bebiri,,,,,emmmmm

Zambry tidak berani pertahan Ganesan

MB HARAM BN berada dalam keadaan perit dan dilema, macam pepatah telan mati mak luah mati ayah. Dimana Zambry tidak menjawab soalan kedudukan Ganesan yang melanggar undang-undang Negeri Perak mengenai status sebagai peguam dimana sampai 27hb Ogos Ganesan masih pengamal peguam yang aktif. Jadi dia hilang kelayakan sebagai Speker, demikian penegasan Menter Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa berucap dalam Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di hadapan Pejabat PAS Perak disini.

Nizar juga menjelaskan tindakan Ganesan "back dated" surat akuan bersumpah ke 6hb Ogos jelas menyalahi undang-undang, budak Pasti pun tak berani buat" tegasnya.

Beliau juga mendedahkan siak dan bilal memaklumkan kepadanya pada satu jamuan di Taiping saguhati RM500 tidak dapat lagi, sedang ianya dijanjikan Zambry dibayar sebelum hari raya lepas.

Ds. Nizar juga mengesahkan Sivakumar memiliki jubah dan songkok yang asli sedangkan Ganesan memiliki yang dicuri.

Disamping itu, beliau mempertikaikan sekiranya BN berkata benar, apa guna panggil polis kawal 500 meter disekelilingnya.

Beliau juga memohon pihak polis jangan masuk campur sidang DUN Perak, kami datang dengan surat dari Sivakumar Speaker yang sah.

"Akibat dari pelanggaran undang-undang maka DUN Perak mesti dibubarkan" tegasnya.

Akibat dari Speaker haram, maka surat haram, sidang haram dan bajet juga haram, jelasnya.

MB Pakatan Rakyat itu menyatakan sekiranya permohonan Speaker mengosongkan 3 kerusi diterima oleh SPR maka sudah lama krisis di Perak sudah dapat diselesaikan.

Kesan dari krisis ini pelabur asing segan nak datang ke Perak akibat keadaan tidak menentu.

Audit Negara juga telah memberi komen yang baik kepada Kerajaan PR Perak, tahap baik dan cemerlang.

Beliau juga berkata, Najib telah rasuah rakyat Perak untuk kumpul orang Perak, dengan 1500 bas, dengan belanja RM600,000.

"Kami akan serahkan kuasa kepada rakyat sekiranya saya menang pada 5 Nov ini dan saya cabar Zambry-bubar Dun" tegasnya.

Ds. Nizar mendedahkan defakto MB di Perak adalah SUK, Zamry boneka kepada Dato' SS, dia mengarahkan segala-galanya.

Nizar... mohon Sultan Perak tangguh sidang


nizar ada ini macam ke?ada tuanku mahu ikut ke

IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin membuat permohonan peribadi melalui media kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, 28 Oktober ini.

Nizar berkata, permohonan dibuat atas alasan Datuk R Ganesan telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, perkara 36 (a) (5) kerana didapati menyamar sebagai Speaker DUN.

“Atas kedaulatan undang-undang, maka kita tidak mahu dewan yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang pembohong, itulah sebenarnya mahu dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka faham bahawa Ganesan ini pengkhianat, persidangan yang beliau panggil itu adalah sidang tidak sah dan kami (Pakatan Rakyat) mahu sidang ini ditangguhkan,” katanya kepada pemberita, di Pejabat Pas negeri, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau juga mengecam tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang sejak dari rampasan kuasa tempoh hari yang didakwanya dalang permainan politik Perak.

Nizar mendakwa, Dr Abdul Rahman juga telah mengarahkan Ganesan dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Khadir menukarkan bentara Dewan dengan samseng UMNO seramai 15 orang.

“Sumber ini kami peroleh dari orang dalaman mereka juga dan kami mengharap sangat supaya pihak polis memastikan keselamatan kami wakil semasa sidang DUN nanti.”

“Hakikatnya Zambry tidak ada kuasa sebaliknya beliau hanyalah boneka kepada Setiausaha Kerajaan Negeri termasuklah Ganesan,” katanya.

tuanku ada nampak ante punya anak ke....itu gamuda punya tokey...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails