BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label pas. Show all posts
Showing posts with label pas. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Bersama Mat Sabu..Persepsi....

Sunday, June 12, 2011

PAS..AJK dan PJ..selesai .....

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu.

Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf.

Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat.

Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus.

Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu.

"Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara.

"Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya.

Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim.

Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut:

Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid

Wednesday, June 8, 2011

Tim. Presiden Hj Mohamad Sabu: Ucapan Penangguhan

Ucapan Penangguh Timbalan Presiden Pas..abang Mat Sabu

Tuesday, June 7, 2011

Muktamar Pas Tahunan ke57.

Ucapan Penangguhan Presiden Pas muktamar ke57 tahun2011

Saturday, June 4, 2011

Keputusan Penuh Pemilihan Pas Pusat sesi 2011-2013

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

Mohamad Sabu, Hj – 420 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi

2. Mahfuz Omar, YB Dato – 616 undi

3. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi

2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi

3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi

4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi

5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi

6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi

7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi

8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi

9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi

10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi

11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi

12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi

13. Mazlan Aliman, - 804 undi

14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi

15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi

16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi

17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi

18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi

Sunday, February 20, 2011

Keletihan............



Program himpunan 30k pemuda anjuran Pemuda Pas mendapat sambutan diluar dugaan..aku sampai balik jam 5 pagi tadi..(aku bukan lagi muda seperti sangkaan otak tua aku..dah tuaaaa le beb)..letih dan amat tak bermaya...sooo apa lagi tidur sekitar jam 11pagi hingga 5petang...solat zohornya jadi waktu gajah..tapi apa pun tanpa berlengah setelah bersihkan diri..terus solat zohor dan azar..nak buat macam mana...tidur tak sedaq diri nak buat cammana....letihhh....beb.

ada 2,3 gambar saya akan sirakan nanti ..komen saya ..Program amat berjaya..sasaran 30k....tapi kehadiran ooooi mak..nak kata 50k pun memang patutule...sooo tahun hadapan Pemuda boleh mensasarkan 50k atau lebih yang bakal menjatuhkan bulu bulu roma UMNOBN...kehadiran Pemuda Pas tanpa dibiayai..bukan macam BN..ada rm30 jalan setakat itu aje,,na lebih sikit ongokosnya kena tambah beb..hi hi..dah perangai UMNO..hidup untuk duit..atau duit untuk hidup..

Tuesday, January 5, 2010

ahhh umno kantoi lagi...tapi jgn lupa..isu-isu utama

ahhhh..ingat..dah selesai..jangan buat-buat lupa pulak..injin hilang..laporan dari raja petra..harga gula dan banyak lagi...
Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah- PAS.

KUALA LUMPUR, 5 Jan: PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.

Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.

Kenyataan Penuh Presiden PAS

Kenyataan Penuh Presiden PAS

PAS sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.


Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutaan.

Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

‘‘Katakanlah: Hai Ahli Kitab,marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah’’
.
Pas dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Sunday, December 6, 2009

Seminar penerangan Negeri....

Ahad Markas Pas Negeri Air Kuning.6-12-09.

Seminar Penerangan anjuran Lajnah Penerang Negeri Perak diadakan di Markas Negeri Air Kuning yang bermula jam 830pg hingga jam230 t/hari tadi.Seminar tersebut dirasmikan oleh PJ perak Ust Abu Bakar.

Kehadiran kurang memuaskan,hanya 1/3 yang hadir dari jumlah yang sepatut hadir.

Kertas kerja GERAK GEMPUR PENERANGAN dibentang oleh Hj Mohd Nasir Daud dari JPN kelantan,manakala satu lagi kertas kerja dibentang oleh YB Drs Khalil Idham selaku Ketua Penerangan Pas Perak dan juga ADUN kawasan Titi Serong.

Pengulas: Y Bhg Ust Hj Misba selaku setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak.



YB Khalil sedang membentangan kertas kerja beliau..

Saturday, December 5, 2009

Seminar..LPN..Negeri Perak @sumbangan Mangsa Trajedi Kuala Dipang.


5/12.sabtu.Markas Pas Negeri Air Kuning.YB Dr Mujahid Yusuf Rawa menyatakan bukan mudah menyediakan satu platform untuk Kelab Penyokong Pas.

.Penyerapan Kelab supaya menjadi lebih baik.Kita tidak mahu hanya retorik PAS UNTUK SEMUA. Mereka akan menjadi sebahagian organisasi .Organisasi ini jika kita tidak ambil tindakan betul- acuh tidak acuh,proses penyerapan yang silap boleh menjejaskan kita 20 tahun akan datang.

Dr Mujahid juga menyatakan apabila Kelab Penyokong berjaya , masing-masing menjadi kalut.



Saturday, November 7, 2009

1malaysia..Terus bersama Pakatan Rakyat - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 7 Nov :"Bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu."

Demikian antara kata-kata azimat Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptamanya di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.

Kata Abdul Hadi, PAS sama seperti gerakan dan perjuangan Islam yang lain, senantiasa diasak dengan pelbagai fitnah serta mendapat tentangan hebat daripada masyarakat yang jahil dan parti memerintah yang tidak adil selama ini.

Oleh yang demikian katanya, menjadi tanggungjawab PAS untuk memperkasakan ahli-ahli dan mengatur startegi sebaik mungkin bagi menghadapi sebarang cabaran dan ujian yang mendatang sekaligus mengajak umat Islam menjadi penganut yang kuat dan golongan bukan Islam menjadi penyokong kepada perjuangan ini.

"PAS merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

"Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini," katanya di hadapan lebih 1,000 peserta yang memenuhi ruang dalam dan luar Dewan Fadzil Noor hari ini.

Walaupun, berdepan dengan demokrasi yang tidak adil di negara ini, PAS terus sabar dan cekal menyertai pilihan raya yang diadakan dan natijahnya, kini telah berjaya menguasai jumlah kerusi Parlimen yang besar dan lima negeri bersama Pakatan Rakyat, kata Abdul Hadi.

Sungguhpun begitu, kata Presiden PAS itu, sebarang pencapaian kejayaan dan kelemahan mestilah dikaji semula untuk memastikan parti tersu kukuh dan kuat di persada politi tanah harir seterusnya dapat mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

"Kita mestilah memerangi penyelewengan, rasuah tanpa korbankan dasar kita," katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulangi pendirian dan menyatakan bahawa hasil daripada 'Tahalul Siyasi' dan kerjasama bersama Pakatan Rakyat telah berjaya melumpuhkan ego kerajan Barisan Nasinonal (BN) yang begitu takbur sebelum ini

"Kita akan berdiri teguh dan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya yang mahu ianya seiring dengan tujuan menguatkan perjuangan Islam yang menjadi dasar parti itu selama ini.

"KIta mesti menguatkan PAS yang perjuangkan Islam.

"Kita juga sentiasa terbuka dengan semua pihak demi untuk Islam dan hanya dengan Islam sahaja boleh memberi kemenangan dunia dan akhirat," katanya

Beliau memberikan ucapan utama yang bertajuk 'Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan raya ke-13' sebelum sesi perbahasan dengan dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya).

Nik Abdul Aziz dijadualkan menutup seminar sehari suntuk ini yang bermula kira-kira 9.30 pagi.

Ketika ini, majlis berehat seketika dan akan di sambung pada sebelah petang dengan perbahasan wakil daripada setiap negeri sehingga jam 4.30 petang ini.

harakah daily:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails