BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label agen umno. Show all posts
Showing posts with label agen umno. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Tak kira siapa Kamu..kalau bersama dengan UMNOBN..punah ranah..

Bertaraf Menteri dan Menteri auw auw..apa komen kalian sekarang..masih terus menafikan yang Polis serang Hospital ke..? ajaran dan Panduan berasal MAHDEY KUTTY...bohong terus berbohong hingga perkara yang dibohongi itu menjadi benar..
ini akibatnya bila anda tak kira apa bangsa anda apa agama anda kalau sama sama dengan UMNO akhirnya anda akan kantoi....dalam kes ini Menteri Kesihatan Perlukan Rawatan minda ..?
Sebelas doktor tampil sahkan 2 hospital diserang
Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakini lewat hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital berkenaan pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

azlanKatanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

Wednesday, July 13, 2011

Cinabeng punya pencacai...

TANGKAP SESUKA HATI ..BUAT TUDUHAN IKUT SEDAP RASA...AKHIR SEKALI BILA DEKAT NAK KANTOI..BEBASKAN TANPA SYARAT...AWAT DEPA INGAT DEPA SEMUA HIDUP NAK TONGKAT LANGIT SAMPAI KIAMAT KE..?JANGAN LUPA LUORANG PUN TAK LAMA LAGI AKAN MAMPUS JUGA.....masa itu baru nak sedar dan tahu halal haram tinggi rendah...sudah tak berguna lagi...
Bersih: 4 dibebas selepas 5 hari ditahan
Khairil Abdul Rahim

BENTONG, 13 Julai: Empat penyokong PAS yang ditahan polis di sini Jumaat lalu atas dakwaan membawa senjata untuk ke perhimpunan Bersih 2.0 dibebaskan tanpa syarat pagi tadi.

Hakim Mahkamah Sesyen Bentong membuat keputusan membebaskan Mohd Azri Shamsuddin, Ahmad Kamal Shamsuddin, Mohd Asli Abdullah dan Yusri Yusof setelah pihak pendakwa menarik balik pertuduhan.

Keputusan yang diumumkan jam 10 pagi oleh peguam tertuduh Ahmad Nizam Hamid dan Harris Abdullah itu telah disambut laungan takbir dan tahmid oleh kaum keluarga serta penyokong di luar nahkamah.

Turut berada di mahkamah ialah Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Cabang PKR Bentong Mohd Nor Hasan dan kira-kira 80 orang penyokong.

Kesemua mereka selepas itu mengadakan Solat Sunat Syukur di Masjid Ketari dan kenduri kesyukuran di Felda Mempaga.

Menurut peguam Harris, keempat mereka pada mulanya ditahan atas kesalahan Seksyen 47 dan 50 Akta Pertubuhan.

Bagaimanapun semasa dibawa ke mahkamah Isnin lalu, mereka didakwa atas Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.

“Semalam pihak pendakwa memohon untuk reman selama tiga hari, namun setelah berhujah dengan peguam pembela hakim hanya membenarkan sehari. Pagi ini dibebaskan,” katanya.

Sementara itu Mohd Asli ketika menceritakan penangkapan mereka, Jumaat lalu beliau memandu kereta ‘Storm’ dari Jengka dan mengikut jalan Bentong lama untuk ke Kuala Lumpur.

Sampai di kawasan berhampiran kolam air panas Bentong, kenderaannya telah ditahan oleh polis yang membuat sekatan jalan raya.

“Semasa menggeledah kereta saya, polis mendapati antaranya parang dan pisau yang selama ini saya gunakan untuk ke kebun. Lalu kami dibawa ke balai dan bermalam di lokap selama lima malam,” terangnya.

Bukti Polis tak benarkan Rakyat bersolat..!

abang sing kata Polis berikan Layan vip siap dengan tempat solat dan makan istimewa diPulapol..tapi diluar sana Rakyat dihalang memasuki masjid untuk bersolat oleh anggota Polis yang mengaku Islam atas alasan ARAHAN...arahan taik kucing...atau arahan auw auww
lihat sendiri..

Saturday, July 9, 2011

Mungkin ke kerana terlalu Kerap kena NASI KANGKANG..?

KESAN BAHANA KANGKANG KE APA..?OTAK PUN DAH JADI TAK STABLE:NAK DIHARAP PERKASA TERJUMPA 20 ORANG LEPAK KAT RESTORAN... NAK DIHARAP UMNO ..BERMULA DENGAN 500 BERAKHIR DENGAN 100...ADUHHHH KESIAN DIA..MANA DIA RIBUAN YG MENETANG ITU WAHAI JIBBBB...jgn jgn peteri wayar otak kau dah longgar

Najib puji rakyat protes Himpunan Bersih 2.0

July 09, 2011









PUTRAJAYA, 9 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memuji rakyat yang hadir pada perasmian Hari Koperasi Negara 2011 di sini hari ini — menunjukkan mereka menentang perhimpunan yang dicetuskan segelintir masyarakat di negara ini.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan, yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat, menuntut pembaharuan pilihan raya di negara ini.

“Jelas, ribuan yang hadir (hari ini) adalah mereka yang menentang perhimpunan haram yang hendak dilakukan oleh sebahagian di kalangan masyarakat kita,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kalaulah ada yang nak adakan perhimpunan haram, ramai lagi yang menentang cadangan mereka untuk berbuat demikian,” kata Najib (gambar) semasa merasmikan Hari Koperasi Negara 2011.

Pemuda Umno dan Perkasa awalnya merancang mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0.

Perkasa telah membatalkan rancangan mereka manakala Pemuda Umno pula menggerakan kempen Patriot yang disertakan beberapa ratus orang di kawasan Bukit Bintang.

Setakat tengah hari tadi, polis menahan lebih 500 orang di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur kerana disyaki mahu melibatkan diri dalam rancangan perhimpunan haram.

Friday, July 8, 2011

KATAK BODOH PIANG.......

AWATLE KATAK INI SEMAKIN LAMA SEMAKIN BODOH..OOOI KATAK BODOH..DIMANA DERHAKANYA ..TAKNAMPAKKE umno DAN GENG HANG DERHAKA...BERSIH DITERIMA AGUNG YANG HANG ITU TAKDILAYAN KERANA AGUNG TAK MAU KATAK MASUK ISTANA BUAT BISING TAK TENTU PASAI..LAGI HANG BUKA MULUT SEMAKIN LAMA SEMAKIN BODOH HANG INI..PIIIIT.

ooooi hang tak malu ke mengaku pejuang insitusi Raja...katak KULIT TEBAL DAN LIAT

Ambiga derhaka titah Agong, dakwa Perkasa

July 08, 2011


KUALA LUMPUR, 8 Julai — Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini mendakwa Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen “menderhaka” kepada titah Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin kerana berkeras mahu mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Merdeka esok.

“Saya kesal dan dukacita Ambiga selaku Pengerusi Bersih 2.0 yang menghadap Yang di-Pertuan Agong dan sampai peringkat Agong bertitah, namun masih mahu buat di stadium.

“Bersih 2.0 boleh buat di Stadium Melawati, boleh buat perarakan di Jambatan Pulau Pinang... kenapa tak buat di sana? Apa tujuan dia (nak buat di Stadium Merdeka)? Nak tunjuk kepada dunia? Kenapa nak buat di Stadium Merdeka, ini jelas Ambiga tidak hormat dan taat kepada Agong, beliau penderhaka,” katanya pada sidang media di sini.

Katak Ibrahim (gambar)

, Ambiga tidak menggunakan peluang menemui Yang di-Pertuan Agong sebaliknya membelakangkan titah baginda.

“Semalam kita menghadap Yang di-Pertuan Agong yang mana kita tahu selama ini Perkasa yang mempertahankan institusi diraja, Ambiga diberi peluang tapi tidak menghormati Agong, beliau perempuan paling biadap.

“Beliau tidak erti budaya orang Asia dan orang Melayu,” katanya.

Himpunan Bersih 2.0 yang turut disokong Pakatan Rakyat dijangka akan meneruskan perhimpunan di Stadium Merdeka esok walaupun polis telah mengeluarkan arahan larangan semalam.

Malah polis juga telah menyenaraikan nama 91 individu yang tidak dibenarkan memasuki Kuala Lumpur esok termasuk Ibrahim, Ambiga dan Ketua Pemuda Umno Khary Jamaluddin.

Mereka dilarang memasuki Kuala Lumpur antara pukul 8 pagi dan 6 petang Sabtu ini sama ada berjalan kaki atau menaiki mana-mana kenderaaan termasuk bas dan kereta api

Wednesday, July 6, 2011

Syabas...Kalah...

Hina mahkamah: Hakim bebaskan peguam S'gor
Peguam kerajaan Selangor Fahda Nur Ahmad Kamar dibebaskan daripada dakwaan menghina mahkamah dalam prosiding sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mohd Arif Mohd Yusof memutuskan bahawa kenyataan Fahda dalam program ceramah untuk guru-guru agama, yang dilaporkan organ PAS Harakah, tidak menghina mahkamah.

NONE"Langganan Harakah hanya terhadap kepada anggota PAS dan oleh itu tidak mungkin dapat mempengaruhi penghakiman perbicaraan yang merupakan hakim profesional, dalam mendengar saman oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)," katanya.

Hakim Mohd Arif mengarahkan Syabas membayar kos RM20,000 kepada Fahda dan jumlah sama kepada Harakah.

SYABAS memfailkan tindakan mahkamah terhadap kerajaan Selangor tahun lalu kerana tidak menaikkan tarif air.

Syarikat itu kemudiannnya memfailkan prosiding menghina mahkamah kepada Fahda yang mewakili kerajaan Selangor.

Artikel dalam Harakah bertarikh 7 Disember 2010 itu bertajuk "SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air"

Sunday, July 3, 2011

kalau nak syok sendiri.....5 nampak 20

Pegawai merungut dipaksa hadir program PM
Aslani

KOTA BHARU, 3 Julai: Mampukah Perdana Menteri berbangga dengan kehadiran seperti didakwa media harian mencecah 20,000 orang di Pasir Puteh dan Machang semalam, sedangkan sebenarnya penjawat awam dipaksa hadir?

Buktinya semua kakitangan pusat dan guru-guru diberi kad jemputan supaya hadir pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman. Dan kad jemputan tersebut perlu diserah semula sebagai rekod kehadiran.

Ramai ketika ditemui merungut kerana mereka dipaksa seperti budak-budak. Taktik serupa pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Kelantan, sekarang diulang semula Datuk Seri Najib Razak.

Begitu juga program di Machang dikerah semua pelajar UiTM kampus Machang dan kakitangan awam pusat hadir pada program majlis pemimpin bersama rakyat.

Pada majlis makan malam di Wisma Persekutuan pula Umno mengerahkan semua kakitangan pusat dan guru-guru yang tinggal di sekitar Kota Bharu hadir.

Jabatan kerajaan mewajibkan kakitangan yang disenarai hadir, di mana mereka juga perlu menandatangani kedatangan. Ada jabatan mengerahkan sehingga 70 kakitangan hadir. Ada juga jabatan mewajibkan sekurang-kurangnya 10 orang wakil.

Imam masjid, peniaga dan pemimpin badan bukan kerajaan juga menerima surat jemputan hadir pada program berkenaan.

Wisma Persekutuan yang menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan pusat seolah-olah menjadi markas Umno kerana dihiasi bendera BN.

Biar pun ramai dikerah hadir pada program di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Pasir Puteh, namun ramai pulang selepas menyerahkan kad jemputan kepada pihak urusetia.

“Saya lihat ramai pulang biar pun Perdana Menteri belum sampai. Ada yang datang ke program itu seawal jam 7 pagi.

“Ketika rombongan Datuk Seri Najib Razak sampai orang ramai yang sudah berbondong-bondong keluar dari pagar sekolah,” dakwa seorang penduduk.

Seorang bekas anggota keselamatan pula memberitahu kenyataan Perdana Menteri kononnya keluarga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai Umno di majlis itu tidak lebih sebagai gimik politik.

Katanya, orang ramai di Pasir Puteh kenal siapa Raja Abdullah Raja Mahmud yang didakwa mempunyai hubungan keluarga dengan Menteri Besar Kelantan.

“Orang itu bekas tentera dan sekarang berniaga di pasar malam. Dia mahu mengaibkan keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk mempopularkan dirinya,” kata beliau.

Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Raja Abdullah dan Saidi Hussin sudah beberapa kali mengisytihar menyertai Umno termasuk di Jertih, Terengganu.

Katanya, mereka bukan ahli PAS, sebaliknya sebagai penyokong dari jauh dan pernah menyokong Semangat 46.

”PAS Pasir Puteh kesal kerana dia cuba mengaitkan nama Tok Guru Nik Aziz. Saya percaya kalau ada menteri lain datang dia sekali lagi akan berada di pentas bagi mengisytiharkan keluar PAS,” katanya.

Sekitar 5,000 hadir

Kata beliau juga kehadiran pada program Perdana Menteri tidak sampai 5,000 orang biar pun media harian yang dekat dengan Umno mendakwa 20,000 orang.

Ketika lawatan di Pasir Puteh juga Perdana Menteri mengunjungi stesen kereta sewa.

Najib dalam ucapannya di situ mendakwa kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mahu menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun beroperasi.

Beliau juga berjanji menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh. Hadir sama di majlis itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Mengulas isu tersebut anggota Exco kerajaan ngeri, Datuk Husam Musa berkata, kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

Katanya, PKINK tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh.

”Walaupun sebelum ini PKINK mengenakan sedikit bayaran tetapi kini bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

”Apa yang berlaku pernah ada pihak memohon membeli tapak berkenaan untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut ditolak PKINK,” katanya di sini.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, sepatutnya sebagai seorang pemimpin negara, Perdana Menteri patut malu apabila orang ramai yang dikatakan hadir meraikan kedatangannya sebenar dipaksa hadir sehingga perlu menandatangani kedatangan.

”Amat malang lawatan yang penting itu hanya dimeriahkan kerahan secara paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.

”Buktinya semuanya dibekalkan baju merah terlebih dahulu. Ramai menerima kad jemputan lebih awal supaya hadir di majlis tersebut,” ujarnya.

Menurutnya lebih menggelikan hati apabila bangunan kerajaan di Wisma Persekutuan dipenuhi bendera Umno dan BN.

Kata beliau ternyata kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan.

Thursday, June 30, 2011

Polis disebalik kekocohan..

Dimana UMNo kuat disitu Rakyat merempat..dalam soal ceramah..dimana Polis Muncul disitu ada kekecohan..kenapa..?depa ini suka sangat nak tengok kecoh ke..?JANGAN UJI KESABARAN RAKYAT...Rakyat sabar pun ada hadnya...
Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh
Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam ini.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedPada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati sebentar tadi, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedKekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedSementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.

Friday, June 24, 2011

Tunggu dah Lihat.........

kalau benar membantu Rakyat ayuh saya cukup mengalu alukan tetapi disebalik Kedai Rakyat bila adanya penguasaan UMNO..kerana atas alasan Kedai Rakyat @ kedai 1 Malaysia..kita tunggu dan lihat apa kesudahaannya..mungkin bakal berakhir seperti kelinik 1 malaysia..tinggal nama...petugasnya entah kemana(sesiapa yang berurusan dengan kelinik 1malaysia tahule kesannya)..KATA KATA YG CUKUP POPULAR: DIMANA ADA UMNO DISITU ADA KERUNTUHAN.......(JANGAN JANGAN IDEA MEMBUKA KEDAI INI SATU LAGI PROJEK UMNOBN UTK MENGAUT WANG RAKYAT KE PE..?)

Kedai Rakyat cegah peniaga kaut untung lebih


BEBERAPA pengunjung membeli barangan keperluan mereka di Kedai Rakyat 1Malaysia, Stesen LRT Kelana Jaya semalam.


KUALA LUMPUR – Pelancaran Kedai Rakyat 1Malaysia kelmarin mendapat sokongan daripada persatuan pengguna yang rata-rata berpendapat ia dapat membantu orang ramai berjimat cermat dalam perbelanjaan harian mereka.

Menurut mereka, kewujudan kedai itu dilihat mampu menangani masalah penipuan yang dilakukan segelintir peniaga untuk mengaut untung berlebihan.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, harga jualan yang murah di Kedai Rakyat 1Malaysia boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana peniaga mengambil kesempatan pada saat pelbagai krisis harga barang yang timbul sekarang sehingga menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.

“Dengan wujudnya kedai seperti ini, pengguna mempunyai alternatif ketika membeli barangan keperluan asas pada harga lebih murah tetapi berkualiti.

“Tidak dapat dinafikan kedai berkonsepkan mesra rakyat ini mempunyai pelbagai implikasi positif terhadap rakyat serta ekonomi setempat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Yusof berharap masalah kenaikan harga barang yang semakin menular dapat ditangani dengan pembukaan kedai berkenaan.

Beliau mengulas pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen LRT Kelana Jaya kelmarin.

Video seks:Keputusannya dah diketahui ke..?

HA HA HA HA SERONOK KENA DAKWA..MUNGKIN KERANA DAH ADA JAMINAN ATAU BON DARI PIMPINAN BESAR KOT...?HI HIHIHI..KEPUTUSAN DAN HUKUMAN DAH PUN DITETAPKAN KE..?PONING ISU VCD LUCAH..1MALAYSIA LUCAH..!

Video seks: Kami sudah sedia hadapi dakwaan, kata Eskay









KUALA LUMPUR, 24 Jun — Trio Datuk T akan didakwa pagi ini berhubung isu menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata, “kami sudah bersedia” untuk muncul di mahkamah.

“Salam, esok (hari ini) pukul 8 pagi, kami bertiga akan berada di mahkamah Jalan Duta,” kata ahli perniagaan itu dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider.

“Insya-Allah saya tidak menjangka akan ada apa-apa masalah esok (hari ini). Kami sudah bersedia,” kata Shazryl ketika dihubungi menjelang pendakwaan ke atas mereka hari ini.

Selain Shazryl (gambar), dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui bertanggungjawab mempertontokan rakaman video seks terbabit kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Dua hari lalu, Shazryl Shazryl mengesahkan mereka akan dihadapkan di mahkamah, mengakhiri tanda tanya pelbagai pihak tentang kesudahan perkembangan insiden tersebut.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan isu ini akan membawa perkembangan terbaru ini, yang bakal memanaskan politik negara.

Ketiga-tiga Datuk T ini kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah pun menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video sesk itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Tindakan Datuk T yang bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada umum mendapat bantahan dan kecaman dari banyak pihak terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet dan sejak lebih sebulan lalu dalam bentuk cakera padat di seluruh negara.

Wednesday, June 22, 2011

zakat..wang zakat diluluskan untuk kegunaan sendiri.

APAKAH JADAHNYA MEREKA MEREKA INI..WANG ZAKAT DIBELANJAKAN SESUKA HATI MEREKA MACAM HARTA EMAK PAK DIA ORANG AJE..CILAKO SUNGGUH LE DEPA ITU..KEPADA PEMBAYAR PEMBAYAR ZAKAT BERHATI HATI...EMMM DAH TAHU MACAM INI..SELEPAS INI FIKIR DULU SEBELUM BAYAR ZAKAT DISANA..BANYAK LAGI TEMPAT DAN CARA UNTUK JALANKAN KEWAJIPAN ANDA..

Pengarah Jawi 'Che Mat Ali' yang meluluskan wang zakat kpd s/u Majlis Agama Islam Wilayah 'Che Mat Ali'

Qazaf Anwar: MAIWP didakwa guna wang zakat

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution hari ini mengecam tindakan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah, Datuk Che Mat Che Ali kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir dan ditandatangani sendiri oleh Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April tahun lalu.

Beliau yang dipetik TV Selangor, berkata dakwaan tersebut diakui sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dengan alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman tersebut.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," katanya.

"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

NONE"Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali (kanan) memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah," kata Saifuddin yang juga setiausaha PKR di lobi parlimen.

Bayaran kepada syarikat guaman itu merujuk kepada pengendalian kes Mahkamah Tinggi Syariah dan Wilayah Persekutuan antara Datuk Seri Anwar Ibraim melawan Datuk Che Mat Che Ali, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam kes tuntutan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Adzlan.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

“Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak,” tegas Saifuddin.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengemukakan aduan mengenai perkara tersebut.

Anwar memfailkan saman itu berikutan ketiga- tiganya dilihat melengah-lengahkan tuntutan qazaf yang difailkannya.

azlanBeliau terkejut apabila diberitahu bahawa ketua pendakwa syarie memutuskan bahawa pendakwaan qazaf terhadap Mohd Saiful hendaklah menunggu perbicaraan liwat di Mahkamah Tinggi Sivil selesai terlebih dahulu.

Justeru, beliau memohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah kerana ia mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan qazaf.

Tambahnya, mahkamah syariah juga mempunyai kuasa untuk memerintahkan responden supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka ke atas semua pendakwaan dan pelaksanaan undang- undang jenayah syariah di Wilayah Persekutuan.

Monday, June 20, 2011

1Malaysia..2 Undang undang..?


ada undang undang Pembangkang dan ada Undang undang penyokong UMNOBN..?

Himpunan Bersih diugut tangkap, lawan tak apa
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Sebenarnya tidak ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak kerana ia adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan.

“Biarlah pihak yang membantah perhimpunan Bersih membuat bantahan,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau mengulas laporan akhbar perdana hari ini mengenai beberapa perarakan membantah perhimpunan Bersih yang dianjurkan oleh ‘baby Umno’ Perkasa di Kota Bharu dan Alor Setar.

Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2,500 orang ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Tindakan yang sama dibuat oleh Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader di Kuala Lumpur.

Di Alor Setar, kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih.

Himpunan dibuat sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.

“Persoalannya kenapa himpunan aman Bersih pada 9 Julai ini, belum buat sudah diugut untuk ditangkap. Manakala perhimpunan menentang Bersih tidak diapa-apakan.

“Apakah di negara ini sudah ada dua undang-undang?” soal Idris.

Katanya, jika himpunan dibuat oleh pihak sokong Umno ia kebal daripada sebarang tindakan.

Sebaliknya, kata beliau jika pihak Pakatan Rakyat, belum himpunan dibuat sudah hendak ditangkap, seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar kepada penganjur Bersih.

“Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku,” ujarnya.

Sunday, June 19, 2011

Pembohong dan Pembela..2x5 5x2



Jamil Khir: Tiada sekolah sgama rekrut pelajar sertai JI

June 19, 2011

YAN, 19 Jun — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan akhbar sambil menegaskan tiada sekolah agama atau maahad swasta di negara ini secara langsung merekrut pelajar untuk menyertai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Beliau berkata sebenarnya yang berlaku ialah kumpulan berfahaman ekstrem dan berasaskan ideologi pemimpin militan seperti JI sentiasa bergerak untuk menyerap masuk ke dalam sekolah-sekolah ini.

“Kita pasti dari maklumat yang diterima aktiviti ini berlaku bukan atas nama sekolah atau maahad tetapi memang wujud orang atau kumpulan yang berusaha meresap masuk mempengaruhi pelajar,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kumpulan ini sering menggunakan agama bagi merealisasikan matlamat mereka dan sebab itu Islam dikaitkan dengan keganasan,” katanya.

Jamil Khir (gambar) mengulas laporan Mingguan Malaysia bahawa sebuah maahad swasta di Malaysia yang dikesan cuba merekrut belia menyertai kumpulan militan.

Beliau berkata polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri sentiasa memantau kegiatan JI dan kumpulan militan lain yang cuba meresap masuk menyebarkan fahaman ekstremis mereka ke maahad di negara ini.

Pihak-pihak ini sentiasa bertukar maklumat dan sebarang perkembangan aktiviti mereka sentiasa diketahui untuk diambil tindakan membanterasnya, katanya.

Jamil Khir berkata modus operandi kumpulan ini tidak banyak beza kerana menggunakan agama dengan menumpu kepada sekolah agama bagi menarik golongan muda.

“Yang menjadi masalahnya Barat menyalahtafsir terhadap Islam kerana pembawaan kumpulan-kumpulan ekstremis bersifat keganasan dan menghalalkan pembunuhan yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.


Thursday, June 16, 2011

Bayar saja..Nak tunggu apa lagi..arahan siKetam ke..?

siapa presidennya..? PRESIDEN
YB Datuk Hj Md Yunos Bin Husin..tak tahu cerita ini atau buat buat tak tahu...apa masalah problemnya..?

Bayar sajalah


ANSARI kini terlantar di Hospital Melaka akibat jangkitan kuman pada kaki kanannya sambil ditemani isteri, Rahayu. Ansari merupakan bekas jurulatih penjaga gol skuad bola sepak Melaka.


“TOLONG saya.” Demikian rayuan bekas jurulatih penjaga gol skuad bola sepak Melaka, Ansari Mustafa, 52, yang masih belum mendapat tunggakan gajinya berjumlah RM24,500 daripada Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA). Untuk menambahkan lagi bebanannya, Ansari kini menderita akibat jangkitan kuman pada kaki kanannya sejak sebulan lalu dan kini mengharapkan MAFA menjelaskan tunggakan gajinya berjumlah RM24,500 bagi membantu membiayai rawatan penyakitnya itu.

Jurulatih penjaga gol pasukan Melaka pada 2005 sehingga 2009 itu berkata, dia dimasukkan ke hospital sejak 12 Mei lalu setelah kaki kanannya mengalami bengkak dan doktor mengesahkan ia akibat jangkitan kuman atau dikenali celulitis. “Seminggu selepas berada di hospital, saya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Setiausaha MAFA memberitahu memerlukan wang sebanyak RM1,560 bagi kos pembedahan memandangkan MAFA masih berhutang dengan saya sebanyak RM24,500 iaitu gaji saya yang belum dibayar bermula 2006 sehingga 2009.

“Apabila SMS tidak dibalas, dua hari selepas itu saya sekali lagi menghubungi MAFA, namun wang yang diharapkan langsung tidak diterima sehingga ke hari ini, malah seorang wakil MAFA pun tidak melawat saya untuk bertanya khabar,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam. Menurutnya, dia terpaksa meminjam wang daripada ahli keluarga yang lain bagi membeli mata pisau khas untuk digunakan ketika pembedahan membuang kulit mati pada kaki kanannya itu.

Katanya, dalam hal tersebut, MAFA sepatutnya memahami situasinya yang amat memerlukan wang itu bagi kos merawat penyakitnya itu sehingga terpaksa bergantung kepada pendapatan isteri, Rahayu Hassan, 47, yang bekerja sebagai pembantu klinik. “Wang ini bukanlah untuk digunakan suka-suka, tetapi juga untuk menampung kos ubat-ubatan anak kedua yang menghidapi penyakit ketumbuhan dalam otak,” katanya. Ansari mula menyertai pasukan Melaka sebagai penjaga gol pada tahun 1978 dan meneruskan aksi dengan pasukan Kedah pada 1980 sehingga 1981 sebelum mewakili Perak pada 1982.

Pemilihan Masjid: saki baki Ajk haprak geng UMNO..

Pupus..ingat barisan Ajk UMNO dimasjid PP dah pupus...looo ada lagi malaun malaun...hi hi hi hi..looo ingat UMNO ke...lantik pengerusi terdiri ketua Cawangan UMNO nak baca Fatihah pun tak betolllll....

Pemilihan masjid: Kariah Pulau Pinang mahu ke mahkamah

June 15, 2011

GEORGE TOWN, 15 Jun – Persatuan Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan negeri sekiranya masih bertegas melaksanakan kaedah pemilihan anggota masjid kariah mengikut sistem pilihan raya umum.

Yang Dipertua persatuan itu, Datuk Seri Mohd Yussoff Latiff berkata persatuan itu berpendirian tegas tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil kerajaan negeri berikutan kaedah berkenaan tidak mengikut undang-undang yang sedia ada berikutan ia masih belum mendapat perkenan Yang di-Pertua Agong.

“Persatuan mengambil pendirian memandangkan pilihan raya itu diadakan dalam keadaan tergesa-gesa di samping menggunakan sistem pemilihan yang agak longgar serta mengelirukan hingga dikhuatiri akan mengundang perpecahan dalam kariah masjid berbanding tujuan asal perjuangan persatuan itu untuk penyatuan ummah,” katanya dipetik Bernama Online.

“Malah jika belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, ia dianggap menyalahi undang-undang dan sekiranya dilaksanakan juga untuk menjaga rumah Allah, maka ia merupakan satu dosa,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Persatuan Kariah-Kariah Masjid negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Yussof berkata proses tindakan mahkamah itu adalah tindakan terakhir yang akan diambil pihaknya dan isu tersebut perlu diselesaikan menerusi musyawarah.

Kerajaan Pulau Pinang minggu lepas mengumumkan pemilihan jawatankuasa masjid di negeri itu diadakan secara pilihan raya mulai tahun ini bermula 18 Jun hingga 23 Julai yang melibatkan lebih 200 masjid menggantikan cara lama di seluruh Pulau Pinang.

Islam diHina.....1malaysia..?

ha ha ha permulaan nya MENGEDAR VCD LUCAH DI MASJID ,DAN HINGGA KINI ISLAM DIHINA SECARA RASMI DALAM AKHBAR PRO UMNOBN..TUNGGU ..APAKAH JADAHNYA SELEPAS INI..?jangan lagi biarkan puak puak ini terus menerus dengan agenda perkasakan KUASA MEREKA....humbankan mereka secepat mungkin wahai rakyat yang sayangkan BANGSA DAN AGAMA..nak diharap sikatak Mulut besar dan the geng HEMPEH...
KITA TENGOK APA TINDAKAN SELANJUTNYA DARI PIHAK PEMEGANG KUASA 1MALAYSIA....(mungkin komen:kesilapan teknikal..?)

Hina Islam: Ulama mahu pelukis, penerbit didakwa
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu," katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya.

Wednesday, June 15, 2011

Kes Khir Toyo....

Khir Toyo:kes dan hampir semua yang terlibat bohong sana sini..apa nak jadi dengan Negara1Malaysia ini..bila kepalanya busuk ..akan busukle sampai ke ekor....bila ke nanti kita semua akan bersatu hati merombak regimen zalim ini..?

Kes Khir: Saksi utama akui bohong kepada SPRM

June 15, 2011

SHAH ALAM, 15 Jun – Saksi utama kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo mengakui di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa dia telah berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua tahun lalu.

Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni berkata dia telah diminta berkata demikian kepada SPRM bahawa memutuskan untuk menjual rumah agamnya dan dua bidang tanah di Seksyen 7 di sini kepada bekas menteri besar Selangor (gambar) untuk mengatasi kerugiannya.

MENYUSUL LAGI

Bazar Tok Guru...UMNO dalangnya

UMNO DAJJAL:dimana ada rakyat bergantung harapan dengan UMNOBN ..dah tentu disitu ada kekecohan dan kekeliruan..memang tepat mahdey UMNO BUSUK SAMPAI KEUSUS...

Bil tertunggak RM60 ribu punca elektrik dipotong?
M Yarisman

KOTA BHARU, 14 Jun: Selepas agak lama isu membabitkan Bazar Tok Guru reda, kini Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB kembali kelam kabut apabila menghantar memorandum kepada pelbagai pihak mendakwa kononnya mereka dianiaya.

Isunya bermula apabila bekalan elektrik di pasar tersebut dipotong pada 10 Jun lalu. Ekoran itu peniaga di situ gelabah semula.

Apa puncanya bekalan elektrik dipotong. Persatuan mungkin menyembunyikan fakta bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 difahamkan gagal dibayar peniaga di situ sejak beberapa bulan lalu.

Persoalannya sekarang siapa yang tidak menjelaskan bil tersebut, peniaga atau persatuan.

Pemilik bangunan Pasar Lama MPKB, Sensa Timur Sdn Bhd difahamkan mengarah peniaga terbabit mengosongkan bangunan itu 31 Mac lalu, namun hasil campur tangan kerajaan negeri tempoh perpindahan dilewatkan sehingga akhir Jun ini.

Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Khalili Abdul Kadir berkata, isu terbaru yang ditimbulkan Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB ada kaitan bekalan elektrik dipotong kerana bil tertunggak begitu banyak.

“Difahamkan peniaga terbabit sudah pun dimaklumkan mengenai tunggakan bil elektrik yang belum dijelaskan,” katanya.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad semalam dilaporkan mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menarik balik deposit di Tenaga Nasional Berhad menyebabkan bekalan elektrik dipotong.

Persatuan itu juga dilapor menyerah memorandum kepada Istana Kelantan dan kerajaan negeri supaya campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Salim juga mendakwa peniaga berdepan dengan pemilih lot secara tidak adil di Bazar Tok Guru.

Sebelum ini persatuan terbabit juga mengharap pemimpin Umno termasuk Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed membela mereka.

Namun sehingga kini Umno mendiamkan diri, sebaliknya masalah mereka diselesaikan kerajaan negeri termasuk menawar lot di Bazar Tok Guru secara percuma selama setahun di tingkat bawah dan dua tahun di tingkat satu.

Selain itu juga mengurangkan harga setiap lot sebanyak RM25,000 menjadikan harga ditawarkan RM63,000 jauh lebih rendah berbanding harga asal RM88,000.

Tawaran memiliki lot di tingkat bawah dan tingkat satu dengan harga RM63,000 hanya sah sehingga 31 Mei lalu.

Dan selepas 31 Mei sehingga akhir Jun ini harga setiap lot ditawarkan sebanyak RM70,000 dan setiap peniaga perlu mengurus sendiri pinjaman bank.

Selepas 30 Jun tiada lagi sebarang diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

PMBK juga memberi peluang mana-mana peniaga yang mendaftar awal boleh memilih lot dan pendaftaran lewat akan diberi lot secara pengundian.

Sebelum ini hampir setahun persatuan terbabit menjaja isu lot ruang niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal. Mereka menggunakan Umno bagi menghentam kerajaan negeri.

Sedangkan mereka lupa saiz lot dikecilkan berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Khalili berkata, peniaga yang mendaftar awal iaitu lebih 80 orang akan berpindah dahulu ke Bazar Tok Guru dalam masa terdekat ini.

“Kumpulan kedua iaitu 200 peniaga yang memohon selepas 2 Mei lalu perlu menjalani pengundian bagi menentukan lot masing-masing,” katanya.

Menurutnya minggu ini surat tawaran dikeluarkan kepada peniaga berkenaan iaitu berdasar kepada permohonan awal yang diterima PMBK.

Persatuan Peniaga Pasar Lama hanya berbaki hayat 16 hari lagi. Sebelum ini difahamkan mereka menemui beberapa pemimpin PAS memohon maaf di atas kritikan dilempar kepada kerajaan negeri berhubung isu Bazar Tok Guru.

Pada pagi Ahad lalu ada pihak tertentu menaikkan bendera PAS di sekeliling Pasar Lama MPKB sebagai memprotes bekalan elektrik dipotong.

Pemilik bangunan juga sudah memasang tiang besi bagi membina pagar di sekeliling pasar tersebut untuk membolehkan projek pembangunan semula pasar dijalankan selepas peniaga berpindah.

mEDIA pERDANA..dan sewatu dengannya bakal BUNGKUS

udahle itu wahai kaum pembodek dikalangan Media..UMNO sendiri pun dah tak yakin dengan koo orang..macam mana nak tingkatkan jualan..?tutup sebelum bungkus..eloknya para pekerja buat persiapan awal mohon kerja dimedia alternatif yg lain selain dari kumpulan pembodek...kalau idak buka bisness baru kutip "surat khabar lamaaaa..." adajuga rezeki halal bagi anak bini makan.

Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana gagal

June 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Jun — Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.

Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.

“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.

Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.

Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.

Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).

Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat 9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.

Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.

Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.

“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.

“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya.

Jantan betul ke kau wahai siberahim...?

JANGAN CABAR BERSELINDUNG umnobn DAN pENCACAI...TAPI KALAU BENAR SIBERAHIM ANAK JANTAN SEJATI AYOOOH..KITA TENGOK SIAPA YANG PECAH PERUT DIPIJAK GENG "BERSIH"36PERTUBUHAN KAU SEMUA DIULIT PITIS TAKDE PITIS NOWAY..TAPI LAIN HAL DENG GENG BERSIH...BUKAN PITIS ATAU NAMA DICARI..HANYA DENGAN NIAT ILLAHI DAN MENCARI KEADILAN....

Tunggu 9 Julai tengok siapa kuat, Perkasa cabar Bersih 2.0

June 15, 2011








KUALA LUMPUR, 15 Jun — Sambil mendakwa mempunyai sokongan 36 pertubuhan bukan kerajaan, Perkasa mengajak penganjur Himpunan Bersih 2.0 melihat sendiri siapa yang dapat menghimpunkan sokongan terbanyak pada 9 Julai ini.

Himpunan Bersih 2.0 menyasarkan penyertaan 300,000 peserta di ibu negara awal bulan depan untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Pertubuhan pembela Melayu itu berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali untuk turun di jalan bagi berhadapan dengan Bersih 2.0 kerana “jika kita tidak lakukan, maka dunia akan menganggap bahawa mereka (Bersih 2.0) ada sokongan semua rakyat Malaysia.”

“Tunggu sehingga 9 Julai, kita akan lihat siapa ada sokongan terbanyak,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali (gambar) selepas perbincangan meja bulat dengan wakil pelbagai pertubuhan bukan kerajaan malam tadi.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata, mereka bukannya mahu mencetuskan huru-hara sebagaimana didakwa oleh pengkritik tetapi mahu menunjukkan pihaknya juga rakyat negara ini.

“Bersih ada agenda politik tersembunyi untuk mencetuskan huru-hara. Tiada justifikasi untuk mengerahkan ratusan ribu hanya untuk menuntut pilihan raya bebas dan adil apabila Suruhanjaya Pilihan Raya sudah menjawab semua perkara,” katanya lagi.

“Pendirian kami mudah... mereka berarak, kami berarak. Mereka batal, kami batal.

“Kami tidak mahu mereka mengatakan bahawa mereka melakukan ini atas nama rakyat. Kami juga rakyat,” katanya lagi.

Himpunan Bershih juga pernah diadakan akhir 2007 beberapa bulan menjelang pilihan raya umum ke-12, yang menyaksikan pembangkang menguasai beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Perkasa juga mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan Gerakan Anti-Bersih pada 19 Jun ini.

Juga hadir pada pertemuan meja bulat malam tadi ialah bekas pemimin PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin yang kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ibrahim juga berkata, beliau berasa curiga dengan penganjur Bersih 2.0 memilih 9 Julai untuk mengadakan perhimpunan mereka.

“Mengapa penganjur hanya memilih 9 Julai? Mengapa mereka tidak memilih 30 Julai atau hujung-hujung bulan Julai,” katanya.

Beliau juga difahamkan tanggal 14 Julai adalah hari kes liwat Anwar yang telah diarah membela diri.

“Adakah disebabkan ini, tarikh 9 Julai dipilih? Mengapa bukan diadakan selepas kes Anwar bela diri?

“Saya curiga dan khuatir sekiranya perhimpunan ini sememangnya bertujuan memberi kesan dalam kes Anwar membela diri nanti,” ujarnya.

Pagi semalam, Ibrahim ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu, pihaknya akan melawan habis-habisan menentang Himpunan Bersih 2.0.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan, pihaknya tidak akan berganjak untuk bersama Bersih 2.0 bagi mengadakan himpunan besar-besaran itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan juga tidak gentar tindakan Perkasa mahu menghalang usaha mereka.

Pada sidang media malam tadi, Ibrahim turut mempersoalkan Ambiga sebagai pengerusi perhimpunan Bersih 2.0 sambil mendakwa beliau sebagai tiada kepentingan dalam politik dan tiada hak mengadakan tindakan sedemikian.

“Lagipun, Ambiga bukannya calon bertanding dalam pilihan raya umum,” tambah Ibrahim dengan mendakwa Ambiga seorang anti-Islam.

“Saya tidak faham mengapa PAS itu boleh berada di bawah kuasa Ambiga semata-mata mahu menuntut pilihan raya umum yang bersih.

“Tidakkah ini mendatangkan keraguan?” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails