BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label mampus BN. Show all posts
Showing posts with label mampus BN. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

ha ha ha..lagi baik debat dengan Biggg....

Program 100 Hari: Tiada manfaat debat dengan Anwar, kata Najib

January 12, 2011

PUTRAJAYA, 12 Jan – Datuk Seri Najib Razak mengetepikan cabaran ketua pembangkang yang mengajak beliau berdebat dengannya berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat cabarannya semalam ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat itu kelmarin.

Bagaimanapun Anwar membalas dengan berkata, Pakatan Rakyat mampu untuk membiayai Program 100 Hari mereka yang hanya memerlukan dana RM19 bilion.

Najib (gambar) enggan mengatakan beliau menolak debat itu tetapi menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan.

“Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu.

“Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik,” kata beliau selepas menghadiri majlis makan tengah hari meraikan pasukan bola sepak negara yang membawa pulang Piala Suzuki AFF di Seri Perdana di sini.

Kata beliau, kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai.

Semalam, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mencabar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat agar berdebat dengan beliau daripada mengajak Najib berbuat demikian.

Khairy melihat ketua pembangkang itu bukan standard Najib yang juga presiden Umno dan Pengerusi BN.

“Saya tidak akan menahan beliau,” kata Najib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula mencabar Anwar berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

Semalam, Anwar mencabar Najib berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri.

Wednesday, May 26, 2010

umno umno umno..mmg kerja dia..!

khuik khuik..ah anak samy sudah sahkan mmg GAS kerja umno..umno jadi dalangnya..kalau berani MIC cabut keluar dari BN...boleh juga masuk DHPP...jadi penasihat kepada DHPP..he he he..tapi sebelum itu mau banyak kali interview,,itu anak samy..banyak org cakap ada banyak kes oooo..tengokle nanti..bising-bising sama umno... nanti kasi gempar sekali..pasal kes sujatha..mesti dia sudah diam punya..mesti dia punya lidah tergeliat kasi statement..umno tarak libat dalam GAS..ini kerja pembangkang punya..ha ha ha ha politik 3/4 BN..jangan kita terperangkap..mampus kat depa...kita tunggu dan lihat saja..

Anak Samy Vellu pertahan dakwaan terhadap Umno

Vell Paari masih yakin yang Umno dibelakang rancangan untuk menepikan ayahnya dari MIC. - Gambar oleh Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 26 Mei — S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mempertahankan tuduhannya kelmarin bahawa Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC termasuk kini menyokong kempen puak anti-Presiden MIC.

“Apa yang saya perkatakan adalah isi hati bukan Melayu... untuk itu, jika Tan Sri Muhyiddin mengatakan saya biadap, saya dilabelkan biadap, biarkan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Australia.

“Saya masih berpegang kepada apa yang saya cakap,” kata beliau ringkas.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh Vell Paari kononnya Umno menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari, anggota terbaru yang dilantik menyertai Jawatankuasa Kerja Pusat MIC supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

“Umno ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap,” katanya.

Vell Paari mendakwa Umno menggunakan pendekatan “pembunuhan politik” untuk memecahbelahkan MIC.

Wednesday, January 13, 2010

Darul RUNTUH..membuahkan HASIL SEKALI LAGI....HA HA HA

HA HA HA..hasil awal tahun 2010........YG swasta IKUt Langkah K`jaan...ha ha ha


Bumbung Garaj Kereta Runtuh, 10 Buah Kereta Rosak
KUALA TERENGGANU, 13 Jan (Bernama)-- Sepuluh buah kereta yang diletakkan di bawah garaj milik sebuah syarikat pembinaan di kawasan perindustrian Chendering dekat sini rosak setelah bumbung garaj itu runtuh akibat dilanggar oleh sebuah jengkaut Rabu.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Kuala Terengganu ASP Mohd Faudzi Muhamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, pemandu jengkaut berkenaan Jamali Harun, 40, dipercayai secara tidak sengaja telah terlanggar hujung bumbung garaj itu.

"Semasa hendak menjalankan kerja-kerja mengangkut barang bagi tujuan pembinaan pagar di syarikat tersebut, timba jengkaut itu telah terlanggar hujung bumbung garaj berkenaan.

Sunday, January 3, 2010

Manusia terbodoh ..awal 2010.....

satu dunia dah tahu....kapal hampir karam....satu-satunya manusia BODOH di msia ini ..pergi bergayut dan masuk kedalam KAPAL tersebut...orang macam ini pun rakyat Tanah Rata undi sampai jadi ADUN..yg bangang si ADUN atau yg mengundi sibangang ini...lu orang sendiri jawab le..wa mau tidur....

ADUN Tanah Rata Sertai Gerakan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tanah Rata, Pahang, Ho Yip Kap, yang merupakan wakil rakyat Bebas secara rasminya telah menyertai Gerakan.

Mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Perhubungan Gerakan Pahang Datuk Dr Ng Keong Chye berkata keputusan Ho untuk menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dibuat selepas mempertimbangkan pandangan penyokongnya dan anggota akar umbi.

"Kami berasa bangga dengan keputusannya memilih Gerakan sebagai platform baru untuk beliau berkhidmat kepada rakyat, terutamanya pengundi di Tanah Rata, walaupun beliau turut dipancing parti-parti pembangkang.

"Saya percaya kami akan dapat bekerja sebagai satu pasukan demi faedah rakyat," kata Dr Ng.

Beliau berkata keputusan Ho membuktikan ramai yang masih percaya dengan ideologi dan perjuangan politik Gerakan untuk menyatukan rakyat, tanpa mengira bangsa, gender dan agama untuk membina sebuah negara yang bersatu, adil, liberal dan progresif.

Dr Ng berkata Gerakan akan memberikan sokongan padu kepada Ho, bekas guru besar, dalam usaha beliau untuk memperjuangkan kebajikan pengundi di kawasan yang diwakilinya.

Berikutan Ho kini menyertai Gerakan, BN kini menguasai 38 daripada 42 kerusi di Dewan Undangan Negeri Pahang. PAS dan DAP masing-masing dengan dua kerusi.

-- BERNAMA

Saturday, December 26, 2009

Satu dunia tahu MB perak ..adalah Haram..sekarang...

satu dunia dah tahu MB Perak adalah HARAM..nak..sekarang timbalan menteri Pusat pun ada Haram..bukan saya cakap..tapi Parti Komponan BN yang cakap.....kat-kata zunar semakin menjadi..perak darul KARTUN...sekarang Kabinet Malaysia pun jadi KARTUN...

PPP Anggap Murugiah Timbalan Menteri Haram

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Parti Progresif Penduduk (PPP) menganggap Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah sebagai "timbalan menteri haram" kerana enggan melepaskan jawatannya walaupun telah dipecat dari parti itu Jun lepas.

Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukan Murugiah yang enggan melepaskan jawatannya sungguhpun pelantikannya dulu dibuat atas kuota PPP.

"Sekarang ini Murugiah adalah seorang timbalan Menteri yang haram...dia bukan lagi ahli PPP dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mengambil tindakan terhadapnya," kata Kayveas kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Krismas anjuran PPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Kayveas berkata sebelum ini PPP telah memberi peluang kepada Murugiah untuk mewakili parti dalam kerajaan tetapi beliau telah menggunakan jawatannya dalam kerajaan bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Turut menghadiri rumah terbuka itu ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails