BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label putar alam. Show all posts
Showing posts with label putar alam. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Rasmi:Kunta Kinte....

Kumpulan Insan Tiada Aura:KITA secara rasmi menjadi RASMI...hah ha h a..bravo:
Wajah wajah kecewa dan gagal..aku bukan keseorangan..ada lagi yang gagal...bersama secara rasmi tubuh barisan mereka;KITA...ha ha
Parti dirasmi: KITA tidak lagi berseorangan
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) yang diterajui Datuk Zaid Ibrahim dirasmikan pagi ini dengan dibarisi nama-nama terkenal daripada pelbagai parti.

Antara mereka termasuk ahli parlimen Padang Serai dari PKR, N Gobalakrishnan dan presiden PPP Datuk M Kayveas. Selain itu perwakilan daripada Snap dan bekas pemimpin PKR yang lain termasuk bekas setiausahanya, Datuk Salahuddin Hashim dan bekas timbalan setiausahanya yang dipecat P Jenapala juga hadir.

"Kita tidak lagi berseorangan," kata Zaid dalam ucapan perasmiannya.

Beliau yang juga bekas ahli majlis tertinggi PKR meninggalkan parti itu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kepimpinan.

Zaid mengambil kepimpinan sebuah parti kecil yang berpangkalan di Kelantan, Akim sebelum menamakannya semula sebagai KITA pada mesyuarat agung luar biasa parti berkenaan pada Disember lalu.

Tuesday, January 18, 2011

Utusan Kecil..dihadapan Pejabat MELOYAAAA...ha ha ha

Presiden NUJ buka 'pejabat' depan Utusan

Sebagai tanda bantahan terhadap majikannya, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari hari ini membuka 'pejabat' sendiri di depan ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pejabatnya itu hanyalah sebuah meja plastik kecil warna biru dan sebuah kerusi kecil.

Di atasnya terdapat sebuah laptop, kamera kecil dan papan tanda bertulis "Wartawan Sedang Bertugas".

Dan kakitangannya cuma beliau seorang.

NONEBagi Hata, tindakannya itu sebagai membantah tindakan Utusan menggantung kerjanya, sedangkan beliau belum dibuktikan bersalah.

"Saya baru dituduh, belum lagi dibuktikan. Ini tidak adillah," kata wartawan kanan yang telah berkidmat 15 tahun di akhbar milik Umno itu.

Semalam siasatan dalaman yang didaualkan terhadap Hata oleh Utusan Malaysia ditangguhkan atas alasan teknikal.

Pada prosiding di Pusat Latihan Utusan itu, beliau diiringi Setiausaha NUJ V Anbalagan dan wakil daripada NUJ cawangan akhbar itu.

Bagaimanapun, selepas menghabiskan 20 minit, pengerusi inkuiri Mohd Basir Abdul Rahim menamatkan sesi itu bagi membuat keputusan berhubung kesesuaian Anbalagan dipilih mewakili Hata.

"Kami tidak tahu berapa lama (ditangguh) tetapi kami akan dimaklumkan oleh mereka (Utusan) kemudian," kata Hata dalam sidang media selepas itu.

NONEHata dipanggil mengadap siasatan dalaman Utusan kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai portal berita dan akhbar, termasuk Malaysiakini.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

azlanJika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Saturday, January 15, 2011

Melayu Mudah Lupa..dan JUGA MUDAH DITIPU...

lupa dan Ditipu...Melayu memang cukup senang.....!

Pelabur serai terpaksa gigit jari


KECEWA…(dari kiri) Mohamad Diah, Rahsidi dan Rizal menunjukkan surat  perjanjian yang ditandatangani dan salinan laporan polis yang dibuat mereka, semalam.
KECEWA…(dari kiri) Mohamad Diah, Rahsidi dan Rizal menunjukkan surat perjanjian yang ditandatangani dan salinan laporan polis yang dibuat mereka, semalam.

KUALA KUBU BHARU: “Saya geram kerana pelaburan dalam projek tanaman serai berkelompok ini mengakibatkan saya kerugian puluhan ribu ringgit,” kata Mohamad Diah Hamidon, 31, mangsa sindiket pelaburan tidak berdaftar secara sah.

Menurutnya, dia seorang daripada 35 mangsa yang mengalami kerugian RM600, 000 selepas melabur antara RM5,000 dan RM30, 000 seorang mengikut saiz tanah yang dilabur untuk projek tanaman serai di kawasan Felda Sungai Tengi di sini.


Katanya, dia kerugian RM15,000 selepas menyertai projek itu awal tahun lalu dan kini hampir berputih mata kerana masih gagal mendapatkan semula wang dibelanjakan itu.

“Saya dan rakan kecewa apabila diperdaya anak tempatan yang gagal memaklumkan status pelaburan itu.


“Kami mendapat tahu pemilik syarikat terbabit melarikan diri bersama wang pelaburan kami ke Kelantan beberapa bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Diah berkata, dia bersama mangsa lain membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu, pada 16 Oktober lalu.

Katanya, dia tertarik menyertai skim pelaburan pertanian itu apabila dijanjikan pulangan serta keuntungan melebihi RM80,000.


Seorang lagi mangsa, Rizal Kasmu, 26, berkata, dia melabur RM10,000 dengan dijanjikan pulangan mencecah RM68,000 mengikut hasil tuaian serai seluas lebih sehektar.

Namun, katanya, bagaikan indah khabar dari rupa, apabila dia bukan saja tidak menerima bayaran keuntungan, malah syarikat terbabit masih berhutang benih serai bernilai RM2,500.


“Berdasarkan perjanjian, saya sepatutnya menerima hasil keuntungan RM17,000 untuk 0.4 hektar tanah yang diusahakan. “Namun, walaupun syarikat itu sudah menuai hasil serai seluas 0.4 hektar, tetapi keuntungan dijanjikan belum diterima,” katanya.


Rakannya, Rahsidi Hussain, 36, berkata, wang RM10,000 yang dilaburkan dalam projek itu lesap begitu sahaja.


Menurutnya, kini pengurus syarikat yang turut mendaftarkan dua lagi syarikat dimiliki isteri dan adik-beradiknya menghilangkan diri bersama hasil dan wang pelaburannya.


“Saya memulakan projek itu pada Jun 2009 dan berdasarkan surat perjanjian, saya mampu menuai hasil tanaman itu selepas enam bulan.


“Tetapi, kami ditipu,” katanya yang berasal dari Ampang, Selangor.

Thursday, January 13, 2011

Bila Bisness semakin merosot....!

Inilah jadi bila Bisness semakin hari semakin merosot..sampaikan peguam dah tak reti nak pilih pelanggang....ha ha ha ha..Umi Hafildah jadi customer pilihan hati dia....mampusssss...bisness...

penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz ().
NONE

Monday, November 30, 2009

Berita Putar Alam ..dari Sinar harian..

Konvensyen DAP Perak kecoh


IPOH - Konvensyen DAP Peringkat Negeri Perak ke-15 di Ipoh, semalam, kecoh apabila berlaku kejadian memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti hingga menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN), awal tahun ini.

Pada konvensyen berkenaan, poster yang memaparkan wajah tiga ADUN, Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) diletakkan di pintu masuk dan delegasi supaya memijak poster terbabit.

Memetik laporan sebuah portal berita online :Malaysian Insider:, sesetengah delegasi yang melalui laluan poster tersebut kelihatan tidak selesa dengan idea meletakkan poster itu untuk dipijak dan ada delegasi mengelak daripada memijak gambar terbabit.

Antara delegasi yang mengelak daripada memijak poster itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dijemput merasmikan konvensyen di Hotel Tower Regency.

Sebahagian ADUN, termasuk dari Sungkai, A Sivanesan dan Tebing Tinggi, Ong Boon Piow pula kelihatan tidak ragu-ragu memijak poster itu ketika menuju ke dewan konvensyen.

Kelihatan juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang sambil diiringi Ahli Parlimen DAP dari Taiping, Nga Kor Ming turut sama memijak poster terbabit sambil menggayakan aksi di hadapan jurugambar.

Selain itu, bekas Speaker DUN, V Sivakumar dan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham kelihatan melayan permintaan jurugambar untuk beraksi memijak di atas poster terbabit.

Konvensyen itu diadakan untuk meluluskan beberapa resolusi yang melibatkan cadangan menentukan polisi Pakatan Rakyat dan juga mendesak kerajaan BN dalam hal-hal berkaitan politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan dan krisis negeri itu.

sinarharian

berita dari Malaysia Insider ..

Delegates step on ‘frogs’ at Perak DAP convention

Ipoh Timor MP Lim Kit Siang steps on the ‘doormat’ as Perak DAP secretary Nga Kor Ming (right) ushers him into the hall for the convention.

By Clara Chooi

IPOH, Nov 29 — A banner bearing the faces of the three political “frogs” that caused the fall of the Perak Pakatan Rakyat government was the source of much mirth for DAP delegates arriving for the party's state-level 15th convention here this morning.

The banner was conveniently placed like a doormat on the floor of the entrance into the convention hall at the Tower Regency Hotel, forcing delegates to step on the faces of the three — Barisan Nasional-friendly independents Hee Yit Foong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) and Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering).

The three defectors had left their respective PR parties last February and threw their support behind the BN, causing the controversial switch in government and the impasse that the state is still embroiled in until today.

Some delegates looked uncomfortable at the idea of stepping on the trio's faces and made a big show of avoiding the banner while others gleefully jumped on them, targetting Hee's face above the three.

Several state assemblymen, including Sungkai assemblyman A. Sivanesan and Tebing Tinggi assemblyman Ong Boon Piow, had no qualms over stepping on the banner as they made their way into the hall.

Others like ousted Speaker V. Sivakumar and Perak DAP chief Datuk Ngeh Koo Ham entertained requests from photographers to pose for pictures as they walked in.

Party secretary-general Lim Guan Eng, who was invited to open the convention, however decided to avoid the banner as he stepped in.

The convention will go on until 6 this evening and will seek to pass resolutions including suggestions on policies for the PR as well calls on the BN government on matters involving politics, the economy, education, religion and the Perak power grab.


kalau dah umno perangai tetap..putar alam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails