BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label perak pkr. Show all posts
Showing posts with label perak pkr. Show all posts

Monday, February 28, 2011

PRK:Umno dulu dan UMNO POK JIB..

UMNO punca anak Khir Johari pilih DAP

SHAH ALAM – UMNO sekarang yang dikatakan berbeza dengan UMNO ketika zaman ayahnya membuatkan anak Allahyarham Tan Sri Khir Johari berjuang bersama DAP sehingga dilantik menjadi setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Zairil Khir , 28, berkata, UMNO yang pernah diperjuangkan ayahnya bersama Tunku Abdul Rahman Putra, kini adalah sebuah parti politik yang 'kosong' dan hanya tinggal jasad.
"Saya sendiri amat kecewa melihat keadaan ini. UMNO sering diperalat pemerintah bagi kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam situasi ini, katanya, DAP sebagai parti berbilang kaum sama seperti PKR menganggap perjuangan politik berasaskan sentimen perkauman sudah tidak relevan.

"Kita mahu tumpu kepada politik progresif untuk kebaikan bersama," katanya.

Zairil berkata, beliau sendiri sedar ramai yang memandang serong kepadanya apabila anak kepada seorang pengasas UMNO dan pejuang kemerdekaan memilih untuk berpolitik bersama DAP, bukan UMNO.

“Mereka yang berpandangan demikian tidak berupaya untuk melangkaui rangka pemikiran sempit. DAP ada wakil tertinggi daripada setiap kaum. Dalam sejarahnya, pernah ada Melayu jadi pemimpin DAP. Jelas sekali ini sebuah parti berbilang kaum,” katanya.

Zairil turut menafikan tanggapan sesetengah pihak beliau guna populariti nama ayahnya sebagai batu loncatan, manakala DAP pula sekadar mahu meraih kemenangan moral apabila anak kepada seorang pemimpin besar UMNO me­nyertai parti itu, malah diberi jawatan tinggi.

“DAP tidak gun nama ayah saya. Media yang gembar-gemburkan isu itu. Namun saya tidak boleh lari daripada hakikat bahawa ayah saya seorang daripada pengasas UMNO,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau hanya satu watak dalam 'wayang’ kepada DAP untuk menunjukkan parti tersebut berbilang kaum, Zairil menegaskan, pelantikannya bukanlah 'alang-alang' kerana diberi jawatan mencabar.

“Saya bekerja bawah ketua yang sentiasa mempunyai ekspetasi yang tinggi terhadap hasil kerja pegawai-pegawainya,” katanya.

PRK:Ini baru permulaan..akan ada ramai lagi..

isu isu sebegini akhirnya akan makan UMNOBN itu sendiri..rakyat dah semakin cerdik..lain hal..ahli UMNO dari lembu menjadi kerbau dengan kerelaan dan wang..selepas ini akan ramai dan dibanyak tempat...ingat balik sewaktu PRK Bkt Gantang..heboh 1 malaya...penduduk changkat Ibol masuk UMNO ramai-ramai...sebenarnya hanya seorang penyokong UMNO masuk UMNO..sehingga sekarang ..orang itu sendiri menjadi kera sumbang dikampung sendiri..kerana Kg Changkat Ibol terkenal dengan PAS..walau pun ada penyokong dan ahli umno..tetapi mereka tidak mahu isytiharkan diri mereka sebagai UMNO..kerana mereka sendiri malu untuk tonjol diri sebagai UMNO...
soooo insiden yang dicanang UMNO akhirnya akan memakan diri mereka sendiri...

Wanita PKR masuk UMNO


IPOH – Seramai 154 ahli-ahli Wanita Pakatan Rakyat (PKR) hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang didakwa tidak mempunyai kredibiliti dan hala tuju perjuangan yang ikhlas.

Jumlah berkenaan meliputi ahli-ahli dari Ipoh Barat, Tambun, Chemor dan beberapa cabang lain bersama 34 wanita yang belum menyertai sebarang parti telah sepakat untuk menyertai UMNO.

Bekas Naib Pengerusi Cabang Ipoh Barat, Siti Aminah Mansor berkata, sepanjang 10 tahun bersama PKR, terbukti perjuangan dan kepimpinan parti hanya untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kebaikan rakyat.

Menurutnya, PKR sudah menjadi parti yang penuh dengan masalah perebutan kuasa sehingga sering melupakan ahli di peringkat akar umbi yang bertungkus lumus bekerja menghidupkan parti.

“Kepimpinan Wanita PKR dilihat mempunyai sikap tidak berbaik, suka berpuak-puak, suka menabur fitnah, malah menjadikan parti sebagai hak milik peribadi pemimpin semata-mata,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat UMNO, dekat sini, semalam.

kalau teringin nak baca lagi..klik disini

Sunday, February 27, 2011

U.Meloya.Bila anggaran kehadiran diambil kira Bulu Kaki dan Bulu PxKx..dapat le 20 ribu..


gambar1 dari era pasca

gambar2 dari era pasca


gambar 1 dirakamkan dari kamera saya jam sekitar jam 8 pagi


gambar 2 dari kamera saya

Gambar.PRK Kerdau..






Geng ambe ..dari kerdau terus ke Merlimau sekitar jam 10.30 pagi...main dengan tak tidor...merata masjid sepanjang perjalan kami rehat dan lelap sat....sampai dipekan merlimau sekitar jam 4.30 petang..walau pun jarak perjalanan sekitar 200km..dimana jumpa warung disitu minum dulu..ha ha ha..letih dalm kepuasan...hidup Pas...Menang Pas..
Lagi Gambar dan Video di Facebook..

Sunday, February 6, 2011

Merlimau:BN nak menang Free..?oooit..kesian kat Rakyat Merilimau...Takde Projek terkejut lak nanti

Melawat medan tempur politik di Merlimau
Oleh Zulkifli Sulong Gambar Luqman H

MERLIMAU, 6 Feb: Masuk sahaja ke pekan Merlimau, anda akan saksi satu projek pembangunan rumah kedai yang sedang giat dipersiapkan.

(GAMBAR ATAS: Pekan Merlimau yang bakal menjadi medan tempur politik Malaysia)

Selepas itu, anda akan bertemu dengan sebuah masjid yang tersergam indah, Masjid Asy-Syuja'ah, Kariah Merlimau Utara. Nampaknya ia baru sahaja disiapkan.

Untuk sampai ke sana, anda hanya perlukan kira-kira 30 minit sahaja perjalanan dengan kereta dari bandaraya Melaka dengan melalui Lebuh AMJ. Selain itu, ada dua lagi jalan alternatif ke pekan Merlimau.

(GAMBAR: Masjid Asy-Syuja'ah di pekan Merlimau)

Inilah kawasan yang bakal menjadi pusat tempur baru politik Malaysia selepas bertenang di Tenang. Ia bakal menjadi medan pilihan raya kecil ke 14 selepas pilihhan raya umum 2008.

Jika digunakan pembahagian kerusi pilihan raya umum 2008, PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini. Jika PAS bertanding, pimpinan PAS telah dikemukakan empat nama untuk dibuat pilihan.

Dalam pilihan raya umum 2008, Major (B) Jasmee Tompang, 63, telah menjadi calonnya. Jasmee, bekas perwira negara selama 23 tahun di unit Renjer, adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Beliau juga adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka.

(GAMBAR: Bertemu dengan Jasmee (kopiah puteh), YDP PAS Jasin di Merlimau)

Dalam pilihan raya umum 2004, Jasmee bertanding di Parlimen Jasin. Namun, apabila PKR mengatakan mereka mahu meletakkan ketua pemudanya, Syamsul Iskandar Mohd Akin di situ dalam pilihan raya umum 2008 , PAS mengalah.

Namun, apabila Syamsul yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak jadi bertanding di situ tetapi bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu, PAS Melaka terasa sedikit terkilan.

Ini kerana, PAS memberikan laluan untuk Syamsul, pemimpin kanan PKR tetapi yang bertanding adalah muka baru yang mereka langsung tidak kenali.

Merlimau adalah salah satu dari lima Dun dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya.

Dalam PRU 2008, PAS bertanding di tiga Dun iaitu Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam. PKR bertanding di Parlimen Jasin dan Dun Rim manakala DAP bertanding di Dun Benbam.

Bagi PAS, Merlimau adalah antara lapan Dun terbaiknya di Melaka. Dun ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.

Mengikut rekod terbaru dalam SSDP (sistem komputer PAS), ada 10,741 pengundi berdaftar di sini sekarang iaitu pertambahan seramai 270 pengundi baru berbanding PRU 2008.

(GAMBAR: Umno mula bersiap untuk hadapi pilihan raya Merlimau)

Ia dipecahkan kepada tujuh Unit Peti Undi (UPU). Pada PRU 2008, calon PAS, Jasmee mendapat 37 peratus undi di sini berbanding calon PKR mendapat 16 peratus undi pada PRU 2004.

Sebahagian besar penduduk Melayu di sini adalah penoreh getah di samping menjadi pegawai kerajaan. Cina pula adalah peniaga manakala India pekerja estet dan lain-lain pekerjaan.

Boleh dikatakan, Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastruktornya. Inilah persepsi yang ada apabila buat pertama kalinya melawat kawasan ini. Projek pembangunan berjalan lancar manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.
Persoalannya sekarang adalah, setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemui berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi.

Namun sebagai medan latihan menuju PRU 13 ia sangat baik sebagaimana Ijok di Selangor telah menyediakan medan yang baik untuk Pakatan Rakyat menawan Selangor pada tahun 2008 lalu.

Ekoran dari diskusi inilah, ada tiga pilihan untuk PAS dan Pakatan Rakyat pertimbangkan menjelang pilihan raya ini. Pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam Dun Melaka. Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman adalah pihak yang paling mahu ianya dilakukan. "Malu aku bila bercakap dengan lain-lain pimpinan PAS, bila kita kosong begini," Ustaz Ghani didengar selalu berkata begitu.

(GAMBAR: Salah satu kuil Hindu di Merlimau)

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perpektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.

Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah pekedai di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

ha ha ha UMNO hilang..Tapi Cikgu Mala tetap disisi..Penduduk Dun Tenang..

Nak marahkan Tok Ai buat apa? yang dipersalahkan puak-puak b#@4% ni.(keretaburuk)



Tengok makcik sebelah Cikgu Mala tu, tengok muka pun dah tahu. Sah-sah lah penyokong UMNO tegar. Banner depan rumah pun belum ditanggal lagi. Dah kena landa bah besah pun banner Tok Ai masih tergantung di depan rumah. Aku tak percaya langsung makcik tu. Menyesal lah konon undi Tok Ai.

Dah kena musibah, baru nak menyesal. Tak boleh percaya langsung lebih-lebih lagi penduduk felda. Masa ni menyesal lah. Tapi bila nak pilihan raya balik, di baginya UMNO beras sekampit, biskut cap ping pong setin sokong balik UMNO.


Tengok, yang biru tu sah lah bendera BN masih terikat kat depan rumah tu. Mana Tok Ai? mana pergi Chua Ko Ket? mana pergi Muhyidin? mana perginya puteri-puteri gedik UMNO? tapi mereka kata kat hangpa, pergi mampus lah hahaha...


Yang nampak muka, Pakatan ni lah juga turun membantu. Pakatan ini lah juga mereka sisihkan melalui undi mereka. Dasar melayu felda. Memang tak boleh percaya punya lah.

Sunday, January 30, 2011

Hujan Rahmat....dengan Harapan membawa perubahan..

Hujan lebat iringi pengundi Tenang


Pilihan Tepat Rakyat Dun Tenang...


WAWANCARA BERSAMA CALON PAS, NORMALA SUDIRMAN

APAKAH latar belakangnya sebagai bekas guru memberi kelebihan kepada calon PAS, Normala Sudirman, 38, pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang?

Sebelum diangkat sebagai calon, Normala tidak begitu dikenali ramai. Lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Mala, Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis ini bagaimanapun tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya kepada mStar Online.

Ikuti temu bual dengannya yang diadakan di Markas PAS Labis baru-baru ini.

Mstar: Adakah ‘Cikgu Mala’ mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Cikgu Mala: Saya ada laman blog dan akaun Facebook. Saya akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk mengemaskini medium online ini. Kedua-duanya saya gunakan untuk berkomunikasi dengan masyarakat mengenai pandangan serta masalah mereka.

Mstar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni?

Cikgu Mala: Saya tidak pernah belajar bermain apa-apa alat muzik tetapi saya suka dengar muzik nasyid kerana melodi dan liriknya memberi ketenangan kepada saya. Kumpulan nasyid yang saya gemari ialah, In Team dan Hijjaz.

Mstar: Adakah anda suka menonton wayang?

Cikgu Mala: Saya bukan kaki tengok wayang dan saya tak ada filem yang betul-betul saya minati. Ini disebabkan tugas saya sebagai seorang ibu dan sibuk dengan aktiviti parti menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk menonton wayang.

Mstar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari? :

Cikgu Mala: Saya suka baca buku agama dan perjuangan nasionalisme kerana di sini saya mendapat inspirasi untuk amalan kehidupan seharian.

Mstar: Makanan kesukaan anda?

Cikgu Mala: Saya suka makan nasi goreng kampung dan ikan siakap masak stim.

Mstar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Cikgu Mala: Saya suka membaca buku pada waktu lapang dan saya suka pergi sauna selepas melalui aktviti yang meletihkan. Namun disebabkan oleh jadual yang padat, saya hanya dapat tidur tiga jam sehari dan yang mengejutkan ini tidak langsung memenatkan saya kerana saya sentiasa teruja untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Mstar: Sukan apa yang anda gemari?

Cikgu Mala: Saya suka bermain bola jaring dan aktif di sekolah. Saya juga suka menyaksikan pelajar saya bermain bola jaring ketika saya menjadi guru.

Mstar: Adakah anda mempunyai nama samaran atau timbangan?

Cikgu Mala: Teman rapat dan ahli keluarga memanggil saya Nor tetapi sejak saya menjadi cikgu mereka panggil saya Cikgu Mala dan gelaran itu kekal hingga hari ini.

Mstar: Bahasa yang anda kuasai?

Cikgu Mala: Selain Bahasa Malaysia. Saya boleh berbahasa Inggeris dan cakap bahasa Jawa. Selalunya saya lebih banyak bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Mstar: Anda mempunyai binatang peliharaan?

Cikgu Mala: Saya suka haiwan dan saya ada bela kucing namanya ‘Mickey’.

Mstar: Siapakah idola anda?

Cikgu Mala: Idola saya, Nabi Muhammad SAW. Baginda sumber insipirasi kepada saya dan kegigihan, ketabahan serta kepayahan yang dihadapinya merupakan contoh kepada orang Islam.

Mstar: Pelakon yang anda sukai?

Cikgu Mala: Saya suka P. Ramlee. Dia seorang legenda dan salah seorang artis tempatan yang paling berbakat kita pernah miliki.

Mstar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Cikgu Mala: Kepelbagaian budaya, agama serta adat resam yang kita miliki. Kepelbagaian budaya dan masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa dan unik untuk dikunjungi.

Mstar: Perkara yang anda tidak suka tentang Malaysia pula?

Cikgu Mala: Satu faktor yang saya tidak suka tentang Malaysia ialah kita masih belum mempratikkan nilai demokrasi sebenar. Banyak yang masih boleh diperbaiki lagi dan kita sudah pasti akan bergerak ke arahnya.

Biodata

Nama: Normala Sudirman,38.

Suami: Maarof Abdul Mutalib

Anak: Nur Hasanatul Fadillah 13, Muhammad Aiman Zulhakim 11 dan Muhammad Irfan Mukhlis, 8.

Ayah: Sudirman Suratman

Ibu: Mukmini Yahya

Kelulusan: Diploma Maktab Perguruan Tuanku Bainon Pulau Pinang.

Pekerjaan terakhir: Guru.

Jawatan dalam parti: Ketua Muslimat PAS Labis, Exco Pendidikan PAS pusat.

Pembabitan dalam pertubuhan kebajikan: Setiausaha Program Literasi dan Numerasi (LINUS) dan Pemulihan Kanak-Kanak Buta Huruf 3M, Penyelaras Program Pemulihan Khas dan Intervensi (PINCH), AJK Bimbingan dan Kaunseling, AJK Kantin Sekolah.

Anak Tok Penghulu ..suka Melancong ke Luar Negeri dan bermain Golf...Tanah Felda ada..kita Tukar jadi Padang Golf..

PRK Tenang: Tok Ai Suka Melancong

Mohd Azhar Ibrahim

SEJAK diumumkan sebagai calon Barisan Nasional, kehidupan Mohd Azhar Ibrahim, 39, berubah sama sekali. Jadual hariannya padat dengan kempen serta aktiviti bertemu pengundi.

Walaupun sudah biasa bertemu dengan orang ramai ketika memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah Rengit sebelum ini, bapa kepada tiga cahaya mata ini mengakui tugas sebagai pegawai kerajaan dan menjadi ahli politik adalah dua perkara yang berbeza.

Biarpun beliau nampak keletihan setelah empat hari berkempen namun Mohd Azhar yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Ai’ ini tidak lokek bercerita mengenai perkara yang disukainya dengan The Star dan mStar Online.

Ikuti temubual yang diadakan di rumahnya, di pekan Labis baru-baru ini.

mStar: Adakah ‘Tok Ai’ mempunyai blog atau akaun laman web sosial seperti Facebook?

Tok Ai: Saya tidak mempunyai blog, tetapi saya mempunyai akaun Facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan saya sejak enam bulan yang lalu.

mStar: Adakah anda meminati apa-apa cabang seni seperti nyanyian, menari atau bermain alat muzik?

Tok Ai: Kalau menari dengan main alat muzik rasanya tak ada. Tapi kalau menyanyi adalah, saya suka karaoke. Saya suka dengan muzik R&B.

mStar: Menonton wayang satu kemestian?

Tok Ai: Kadang-kadang, saya suka menonton filem aksi terutamanya Die Hard 3, End of Days dan 2012.

mStar: Anda suka membaca? Buku apa yang anda gemari?

Tok Ai: Majalah Asia Week, Civil War dan buku berkaitan politik seperti Kronologi Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Obama.

mStar: Makan kesukaan anda?

Tok Ai: Ikan baung masak lemak cili api.

mStar: Apakah yang anda gemar lakukan pada waktu lapang?

Tok Ai: Saya suka melancong dengan keluarga pada masa lapang. Antara tempat yang pernah saya lawati, Sydney, England, Ireland, Russia, Dhaka, Scotland dan Beijing.

mStar: Sukan apa yang anda gemari?

Tok Ai: Saya suka main golf dengan kawan-kawan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

mStar: Bahasa yang anda kuasai?

Tok Ai: Bahasa Melayu dan Inggeris.

mStar: Bagaimana anda mendapat gelaran Tok Ai?

Tok Ai: Arwah ayah saya dulu Ketua Kampung. Ketika saya darjah lima, kawan-kawan dan orang kampung mula panggil saya, ‘Tok Ai’. Gelaran itu dipanggil kerana gabungan nama ayah sebagai ketua kampung, ‘Tok’ dan ‘Ai’ itu merujuk kepada saya sebagai anaknya. Sampai sekarang gelaran itu lekat pada saya.

mStar: Binatang peliharaan yang anda sukai?

Tok Ai: Saya tak suka bela haiwan, tapi sejak anak saya suka bela sepasang kura-kura, ‘Lulu dan Lala’ saya jadi suka kepadanya.

mStar: Siapakah idola anda?

Tok Ai: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya meminati gaya kepimpinan dan kebolehan beliau mentadbir negara selama lebih 21 tahun. Kalau artis saya minat pelakon aksi, Steven Seagal.

mStar: Perkara yang anda sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Saya suka tempat-tempat pelancongan menarik yang ada di Malaysia terutamanya taman negara, air terjun, pulau-pulau cantik seperti Pulau Langkawi.

mStar: Perkara yang anda tidak sukai tentang Malaysia?

Tok Ai: Sikap pentingkan diri sendiri terutamanya ketika memandu. Kalau di bandar kadang-kadangnya orangnya tidak peramah dan sombong.

Biodata

Nama: Mohd Azhar Ibrahim, 39.

Isteri: Tuty Roshizana Tumin, 31.

Anak: Nur Aina Maisarah 6, Nur Arisha Najwa 3, Muhammad Haika 8 bulan.

Kelulusan: Diploma Pentadbiran Awam, Universiti Teknolongi Mara (UiTM) (1993), Ijazah Sains Politik Portsmouth United Kingdom (1996).

Pekerjaan terakhir: Penolong Pegawai Daerah Rengit, Batu Pahat.

Jawatan dalam parti: Bendahari Umno Bahagian Labis (2000-2008), Ketua Umno Cawangan Kampung Paya Merah.

Pembabitan dalam pertubuhan kebajikan: Ahli Jawatankuasa Yayasan Tenang (2000- kini), Pengerusi Belia 4B Labis (2001-2005), Setiausaha Jawatankuasa Mukim-mukim Dewan Undangan Negeri Rengit (2000-kini) dan Penasihat Pertubuhan Kebajikan Islam Cawangan Rengit (2006-kini).

Saturday, January 29, 2011

UMNO Telah mengadaikkan segala-galanya...Bangkit masyarakat Tenang..!

Segala-galanya telah UMNO jadikan alat..kepentingan peribadi..BANGSA,AGAMA,JABATAN-JABATAN,BADAN KEHAKIMAN,KESELAMATAN,RAKYAT..dan entah apa lagi...bebaru ini semua lihat bagaimana UMNO..telah dan sanggup menjadi kerbau cucuk hidung bila mana seorang Pelakon Sex cina menjadi sandaran UMNO utk menghina Agama hanya semata-mata kemenangan berpihak kepada UMNO...Bukan Cikgu Mala diserang secara peribadi..tetapi itu adalah serangan terhadap AGAMA ISLAM...Hero Pelakon sex mempersoalkan tindakan Cikgu Mala tidak mahu salam dengan Lelaki ajnabi..dan banyak lagi persoalan dikecam oleh Pelakon Sex..tetapi yang peliknya..UMNO yang mengaku sebagai Pejuang Bangsa dan Agama tidak pernah atau tidak mencuba sama sekali utk menghalang Pelakon sex itu..sebaliknya mereka berselindung dan mempertahankan tindakan Pelakon sex itu...dengan berbagai hujah dan alasan..ini sebenarnya UMNO sanggup Jual Bangsa dan agama demi kemenangan dicapai...sooo RAKYAT DUN TENANG perlu sedar dan menghantar satu mesej..dengan memenangkan calon PAS ..cikgu Mala..dan menolak Calon BN..yang bersongkol dengan Pihak-pihak yang benci Islam dan Melayu...

Tidak beretika: PAS kesal dokumen peribadi didedah
Harakahdaily

LABIS, 28 Jan: PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yg mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit dan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya di ketahui oleh pesakkit (guru tersebut) dan majikannya.

Ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

"Hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga," katanya.

Kekesalan itu dizahirkan ekoran Umno BN kini didakwa menggunakan sijil sakit, Maarof Abdul Mutalib iaitu suami kepada calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman.

Sijil sakit berkenaan juga turut disiarkan di sebuah blog pro Umno dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Selain blog, laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini juga turut memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.

"Tindakan Timbalan Menteri ini sangatlah tidak profesional. Beliau wajar memohon maaf kepada guru berkenaan," katanya lagi.

Selain Puad, PAS juga katanya terkejut dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan.

Menurutnya, Rosnah tidak berhak campurtangan dalam urusan kerja profesional doktor berkenaan.

"Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

"Datuk Rosnah harus tahu batas kuasa beliau di Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri atau sesiapa juga pegawai atasan ujarnya, harus memberi sokongan dan perlindungan kepada pegawai dan kakitangan dibawah tanggunjawab mereka manakala sebarang perlanggaran tatatertib harus disiasat di peringkat dalaman jabatan dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang melulu.

Sehubungan itu PAS tegasnya meminta pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan maruah pengamal perubatan di bawah kawalan mereka.

"Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi kesilapan yg sama," katanya.

Berbagai Lagak dan Cara..Untuk menyedarkan Rakyat..

Kumpulan Pemuda dari PKR..dengan persembahan mereka..Menyanyi ,,untuk menyedarkan Masayarak Dun Tenang..
Dengan Tajuk Lagu Mereka:UMNO TERUS TIPU....

Lagak sepontan Aksi seorang Penyokong Umno tidak dapat dirakamkan...bertentang dengan Kumpulan pemuda ini..dia telah buktikan Ahli dan Penyokong UMNO masih lagi Biooll.ll..dimakinya pemuda-pemuda yang membuat persembahan itu.
Dataran Labis..

Friday, January 28, 2011

TPM..Beli Limau..diPasar Labis..




NakBeli Limau ke TPM..

Peniaga pun Tak mau Duit..Mahyuddin..kenapa..?

DsS seri Nizar..Ikon Rakyat Perak..Kini Malaysia..

Ceramah di Dataran Cikgu Mala..malam tadi mendapat sambutan yg amat menggalakan..walau pun hujan renyai renyai..
DS Nizar,abg Mat sabu.Yb Antohoy Loke menjadi tumpuan penonton..kerana ucapan dan hujah mereka merungkai..Perlunya pengundi Dun Tenang memilih CikGu Mala dalam PRK pada 30 hb ini..
seperti Biasa..Bukan sahaja di Perak..sekarang melanda Rakyat Tenang..kehadiran DS Nizar menjadi Ikon Semalaysia...tanpa mengira mana -mana kaum akan mengambil peluang bergambar kenangan bersama DS Nizar..




bergambar..bersama Pimpinan PR termasuk Bakal Menteri Dalam Negeri PR//abag Mat sabu..

anak-anak muda tidak melepaskan peluang..bergambar,

Thursday, January 27, 2011

Awas.....Dia sudah Datang......

AWAS..Rakyat Dun Tenang..Dia sudah datang..AMBIL jangan tak AMBIL tak cukup minta..sebab semua itu adalah dari DUIT Rakyat..Duit KITA....tapi UNDInya....seperti kat bawah..


undi nya mesti mau macam kat bawah ini...?

Gempur Pasar Labis ....Kempen...

Pagi 27hb..bersama Pasukan Rayu Undi Muslimat Pas Perak..kempen di Pasar Besar Labis dan sekitar.sambutan amat menggalakan....tinggal lagi 2hari sebelum Rakyat Tenang membuat Pilihan yang mana dihati...dan Harapan Kami Petugas Perak..Cikgu Mala dari Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan mereka.
Rata-rata pengundi yang ditemui..memberitahu..taburan wang dan barangan dari BN sedang melimpah disekitar Dun Tenang..
BAGI AMBIL..UNDI TETAP PAS....





Wednesday, January 26, 2011

Cikgu Mala..meredah Banjir


sementara nunggu UMNO nak selak Kain..Calon Pas Cikgu Mala dan Pasukan Unit Amal..meredah Banjir disekitar Tenang Station..ziarah mangsa banjir..
Tapi semua TV 3/4..heboh dan batuk tak renti renti.....UMNO dan Pasukan mereka bertungkus Lumus...ha ha ha
Jangan Tipu Kami disini...bersama Calon...

UMNO..Hangpa Percaya sangat MIC..tengok kat bawah..

apa lah punya mangkuk UMNO ini..Percaya sangat kat MIC..ikut cakap Hamidah aritu...
tengok gambar dirakam dihadapan Pejabat Gerakan MIC Dun Tenang...aduh aduh aduh..
duit yg bagi kat depa hangpa bagi kat aku pun takpe..dah tentu aku jaga elok...ha haha..
eloktu,,muka kerok..sementara nak tunggu petang 30hb


Kempen..mampuskan UMNOBN..

Keadaan hujan sejak semalam..tidak menghalang Para petugas keluar Kempen..
Pasukan Kami bersama Muslimat.kempen di kawasan Pasar Tani..



selesai Pasar Tani kami ke Pekan Labis..bersama YB Nurul Izzah...kempen sekitar pekan berjumpa dengan peniaga-peniaga

YB Nurul Izzah..Hujan ..akhirnya Utusan Meloya..menaburkan Jasa..ha ha ha..jadi Payung..akhirnya Tong sampah juga tempatnya.

Tuesday, January 25, 2011

Calon BN..Bekas Penyangak..?betul ke..?

Calon BN cuai sebagai ADO
Saidah Hairan

LABIS, 25 Jan: Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.

Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.

"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.

Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.

Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.

Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.

"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.

Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.

Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.

Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.

"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.

Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang.

Hujan Renyai renyai diTenang..Dalam Tenang..Umno..

Dalam Tenang dengan keadaan hujan renyai renyai..Tapi Umno kelam kabut dan gelap gelita bila dengar Penceramah Utama diFelda chempelak Barat adalah Ketua menteri Lim Guan Eng.
Umno kerahkan pasukan otak udang busuk mereka utk menghalang LGE dari masuk ke Kawasan felda itu....ha ha ha
saya yang baru tiba di pekan Labis dimaklumkan oleh Petugas PR disini..
sementara itu dikawasan Markas operasi..ada persembahan Dikir Barat from kelantan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails