BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label mahkamah.. Show all posts
Showing posts with label mahkamah.. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

Hakim HACKSSSS..MENINGGAL..

MENINGGAL JUGA AKHIRNYA..ingat hebat sangat...ADALAH LAGI HAKIM HACKS DIMASA SEKARANG YANG DAH LUPA MATI KE?????
INGAT MATI TETAP AKAN MENJEMPUT.MU...CUMA CEPAT DAN LAMBAT..so AKHIRAT JANGAN DILUPA...!!!!
Hakim Augustine Paul meninggal dunia
Jan 2, 10 6:00pm
Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada jam 3.15 petang ini di Hospital Selayang. Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Augustine telah menghakimi beberapa kes kontroversi termasuk perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau dilahirkan pada 1944 di Batu Gajah Perak dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh.

Pada 1996, Augustine dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi, dan dua tahun kemudiannya, mendengar perbicaraan kes Anwar.

Wednesday, December 23, 2009

Jangan sampai ke Mahkamah Rayuan......terlepasle mike..

Apcet 11: K'jaan diperintah bayar aktivis RM870,000
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan kerajaan membayar RM30,000 kepada setiap 29 aktivis hak asasi manusia dan wartawan yang telah ditahan secara tidak sah dalam satu kekecohan akibat gangguan Pemuda Umno sewaktu perhimpunan Apcet 11 di Kuala Lumpur lebih sedekad yang lalu.
Berikutan itu, kerajaan kini perlu membayar sejumlah RM870,000 gantirugi kepada mereka.

Mahkamah juga memerintahkan para plantif dibayar faedah 8 peratus setahun dari tarikh saman itu difailkan pada 9 November 1998.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wan Adnan Muhamad yang mengumumkan keputusan tersebut pagi tadi berkata, fakta-faktanya adalah jelas serta mudah dan penghakiman hari ini berasaskan fakta hujah kedua belah pihak.

Beliau berkata, jumlah tersebut mencukupi bagi apa yang telah mereka lalui ketika ditahan selama hampir 24 jam.

Wan Adnan juga berkata gantirugi tersebut bukan satu habuan tetapi pampasan terhadap kesulitan yang mereka telah alami.

Beliau bagaimanapun menolak tuntutan plantif untuk mendapatkan gantirugi teruk, teladan dan gantirugi khas kerana mereka tidak mengemukakan dokumen bukti, tetapi hanya memberi keterangan lisan.

Aktivis dan wartawan terbabit telah memfailkan saman RM87 juta terhadap kerajaan, dua tahun selepas insiden tersebut.

Wan Adnan juga menolak dakwaan mereka bahawa wujud konspirasi membabitkan pihak polis dan kerajaan.

Menurutnya, tidak ada bukti yang menunjukkan defenden (bekas OCPD Dang Wangi Zainal Abidin Ali, kiri) cuba mensabotaj persidangan tersebut.

Wan Adnan juga mendapati sambungan tempoh reman oleh seorang majistret dan permohonan pihak polis adalah sah di segi perundangan.

Friday, December 18, 2009

Mahkamah Tinggi dah jadi...tak guna..

semua keputusan Mahkamah Tinggi jadi unvalide bila jumpa di Mahkamah Rayuan...semua keputusan dalam apa saja kes dibawa ke MR..akan terbatal...MR raja di Malaysia
SPRM boleh soal siasat selepas waktu pejabat'

Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Sebaliknya, ia memutuskan bahawa SPRM boleh berbuat demikian bagi tujuan memerangi jenayah rasuah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam kanan persekutuan, Amarjeet Singh bagi pihak SPRM dan peguam Karpal Singh bagi pihak ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah (kiri).

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu berkata Akta SPRM 2009 tidak menghadkan tempoh suruhanjaya itu merakamkan kenyataan dalam waktu pejabat sahaja.

Dalam keputusan sebulat suara, mereka memutuskan bahawa seksyen 30 (3)(a) Akta SPRM tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi SPRM menyoal siasat saksi.

Bulan lalu, Mahkamah Tinggi melarangkan SPRM menyoalsiasat saksi selepas waktu pejabat.

Hakim Datuk Mohammad Ariff Md Yusof - ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tan - memutuskan bahawa Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM 2009 tidak memberi kuasa pada SPRM untuk berbuat demikian.

Tan, 39, menyaman ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan, penolong penguasa SPRM Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM, kerana mendakwa penahanan dan soalsiasat ke atasnya selamam 16 jam oleh SPRM adalah melanggar undang-undang.

Sementara itu, Karpal berkata beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Menurutnya, keputusan Mahkamah Rayuan itu memberi kesan yang serius kerana ia bermakna SPRM "boleh mengheret sesiapa sahaja pada tengah malam untuk mendapatkan keterangan mereka".

Sepatutnya, kata beliau, saksi seharusnya dalam keadaan segar ketika mereka disoalsiasat dan tidak disoalsiasat hingga lewat malam.

Tuesday, December 1, 2009

Mampus-mampus

mahkamah sekali lagi memenangkan kerjaan Negeri Haram yang belum dapat keputusan Mahkamah Persekutuan dalam perbicaraan Ketua kampung PR...HANCUSSSSSSSSS.

SEDANGKAN KJ``AN YANG ADA SEKARANG PUN BELUM TENTU SAH..KPTSAN BELUM DIUMUMKAN
perbualan tel kk zainnudin:

ana:apa keputusan
kk;di tolak dgn kos alasan kk adalah lantikan dengan bersyarat..
ana: lagi
kk: kami akan ke mahkamah Rayuan.

Seperti di script...

Anwar gagal, kes liwat ke-2 didengar bulan depan

Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, Dis 1 – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usahanya untuk mengetepikan kes liwat, yang kedua dihadapi beliau dalam 10 tahun.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang menolak permohonan Anwar sebentar tadi menetapkan tempoh sebulan iaitu dari 25 Januari hingga 25 Februari depan untuk mendengar kesnya.

MENYUSUL LAGI

Friday, November 27, 2009

ketua Hakim Negara Rupanya......?

Lembaga Disiplin UMNO

Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai salah seorang Suruhanjaya Diraja Menyiasat Pasukan Polis tahun 2004. Beliau juga menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin (Teknikal) UMNO dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO. Seterusnya sebagai Panel Rayuan Disiplin UMNO.

Naik mendadak

Baru pada 5 September 2007, Tan Sri Zaki Azmi dilantik ke Mahkamah Persekutuan dan dan dua bulan kemudian dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan. Proses ini dikira terlalu mendadak.

Pada 21 Oktober 2008 , Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menolak usul membincangkan kedudukan Tan Sri Zaki Azmi. Ini kerana menyalahi Peraturan 36(8) yang tidak membenarkan kelakuan atau sifat hakim dibincangkan dalam Dewan Rakyat. Usul dibawa oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) . Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan juga membincangkan kelakuan seorang hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi tidak boleh dibincang dalam mana-mana Parlimen kecuali di atas satu usul iaitu notis telah diberi oleh tidak kurang daripada satu per empat jumlah bilangan ahli majlis Parlimen itu.[3]

Isteri kedua

Beliau bernikah dengan Isteri kedua beliau Nor Hayati Yahaya (32) oleh kadi di Thailand. [4] Setelah bercerai, Nor Hayati Yahaya gagal mendapatkan hak sebagai seorang isteri kerana perkahwinan mereka di Thailand tidak menepati undang-undang syariah di Malaysia. Sijil perkahwinan mereka telah dimusnah bagi mengelakkan dari diketahui isteri pertama.(NST, 5 Ogos 2005)

Pernah beri rasuah

Pada 8 November 2008 dalam New Straits Times, Zaki mengaku pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah pada tahun 1987 [5] tetapi menarik balik pengakuan itu selepas menyedari implikasinya. Dua bekas hakim telah memberi rasuah. Dua fail pelanggannya juga didapati hilang.[6] Ketika itu beliau merupakan peguam biasa sahaja. Apabila beliau mengadu kepada ketua pendaftar, beliau telah disenaraihitamkan. [7]

Pada 13 November 2008, Karpal Singh mendesak Dewan Rakyat membahaskan kenyataan terbuka Ketua Hakim Negara itu. Karpal juga membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi. Pengakuan terbuka ini menjejaskan kredibilitinya sebagai Ketua Hakim Negara .Badan Pencegah Rasuah (BPR) hendaklah menyiasat di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1961 .Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dibawa oleh Karpal Singh mengikut Peraturan Mesyuarat 18(7)c) kerana ia melanggar syarat-syarat dalam Peraturan Mesyuarat.Peraturan 36(8) memperuntukkan bahawa kelakuan atau sifat hakim-hakim tidak boleh disebut kecuali dengan dikeluarkan usul secara bersendiri. [8]

Kes perbicaraan

Pada 16 Oktober 2008, Presiden Mahkamah Rayuan , Tan Sri Zaki Azmi melepaskan bekas pengawal keselamatan Mohd. Abbas Danus Baksan (52) daripada hukuman mati kerana wujud pihak ketiga dalam pembunuhan mangsa. Tan Sri Azmi , Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Mohamad bagaimanapun sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan 24 kali terhadapnya atas kesalahan merogol Nurul Huda antara pukul 9.20 pagi dan 1 petang, 17 Januari 2004, di pondok pengawal pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, dekat Johor Bahru, Johor. [9]Kehadiran pihak ketiga itu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan kesan air mani pada sehelai tikar yang dijumpai di luar pondok pengawal itu.


kalau macam inilah perangai Tan sri zaki..aduh kesian Negara malaysia.....yang mempunyai seorang seperti ini dgn jawatan tertinggi dalam sistem perundangan...bala..bala....bala...1malaysia

Wednesday, November 25, 2009

ayyyyooo annne..BN kantui lagi......

Mhlamah arahkan..NST membayar rm100 ribu dan tambahan rm20 kepada Anwar kerana memfithnahkan beliau.

Anwar wins suit, NSTP ordered to pay RM100,000Hafiz Yatim
Nov 25, 09
4:55pmThe High Court today ordered New Straits Times Press (M) to pay RM100,000 in damages to Anwar Ibrahim over a defamatory article published in 2002.

malaysiakini..padan muka korang...

Tuesday, November 24, 2009

Mahkamh Rayuan.....hancusss

Berita TV 3/4..jam lapan..Mahkamah Rayuan membenarkan Menangguhkan Keputusan Mahkamah Tinggi..kekosongan DUN Kota Siputeh.....
hancus....hancus...dah memang agak..dah..
Rayuan Kompenan BN yang kelima belas(spr) diterima.....Mahkamah Rayuan...

macam cerita kartun pulak bila ada kes dirujuk ke mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan...

Saturday, November 21, 2009

Kerana ...nafsu

KERANA KEDAJJALAN ,KUASA,DAN WANG SEGELINTIR PEMIMPIN KHUSUSNYA DARI AMNO ,DAN BN,SEORANG PRIA YANG SEDANG MENANTI SAAT MANIS,TERPAKSA MENJADI KORBAN SEHINGGA MAYAT BELIAU PUN DIPERTIKAI DAN DI KOREK SEMULA...KENAPA INI SEMUA TERJADI...KERANA MANUSIA ZAMAN SEKARANG SUDAH KEHILANGAN SIFAT-SIFAT KEMANUSIAN,HATTA SIFAT-SIFAT BINTANG KEJI MENGAWAL DIRI DAN MINDA MEREKA...CISS.

Mayat Teoh digali semula hari ini

Mayat Teoh Beng Hock digali semula hari ini dalam satu upacara yang diadakan di Taman Peringatan Nirvana di Semenyih, Selangor.

Selepas upacara itu dijalankan, pekerja berhati-hati menggali kubur Teoh selama kira-kira sejam sebelum keranda dibawa naik pada kira-kira jam 9.40 pagi.

Keranda tersebut kemudiannya dibawa keluar dari tanah perkubuhan itu pada kira-kira jam 11.15 pagi selepas selesai upacara sembahyang dan proses disinfeksi.dilakukan.

Kesemua itu dilakukan di sebalik kain pengadang besar di sekeliling kubur Teoh.

Sebelum itu, polis menutup kawasan sekitar 30 meter dari situ dengan memasang pita kuning.

Hanya segelintir sahaja yang dibenar menyaksikan keranda Teoh digali semula, termasuk dua adik beradik Teoh dan peguam keluarga tersebut, Gobind Singh.

Turut hadir ialah pakar patologi Thai, Dr Porntip Rajanasunand yang mana keterangannya di inkues kematian Teoh telah membawa kepada kubur Teoh digali semula untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Dr Porntip, yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor, mendakwa dalam keterangannya itu bahawa berdasarkan foto dan laporan bedah siasat pertama, beliau mendapati ada kemungkinan 80 peratus punca kematian Teoh adalah homisid, dan 20 peratus bunuh diri.

Gobind berkata mayat Teoh 'dalam keadaan baik' dan mengucap terima kasih kepada Taman Peringatan Nirvana dan polis kerana bantuan mereka.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiada seorang wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hadir pagi ini.

"Mereka sepatutnya menghantar wakil. Saya tidak nampak seorang pun, tetapi ia terpulang kepada budi bicara mereka," tambahnya.

Mayat Teoh dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dilakukan bedah siasat kedua.

Keluarganya tidak menghadiri upacara mayat Teoh digali semula tetapi menunggu ketibaan manyatnya di Hospital Sungai Buloh.

Isterinya, Soh Cher Wei juga tidak hadir kerana pantang larang disebabkan dia sedang mengandung.

Bekas majikan Teoh - exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah - berkata dia merasa tenang mengenai kerja-kerja menggali semula mayat Teoh.

"Saya tenang kerana sebahagian besar rakyat Malaysia percaya bahawa Teoh adalah mangsa homisid dan dia tidak membunuh diri," katanya.

Bagaimanapun, beliau membidas SPRM kerana menggunakan khidmat pakar patologi dari Britain untuk meneliti bedah siasat kedua itu.

"Saya ingin tahu berapa banyak mereka bayar kepada pakar patologi British itu. It menunjukkan SPRM tidak yakin dengan pakar patologi tempatan," tambahnya.

SPRM sebelum ini mengumumkan bahawa suruhanjaya itu akan mendapatkan khidmat pakar patologi Britain, Dr Peter Vanezis, yang memberi kesimpulan yang berbeza dan kontroversi berhubung keputusan Puteri Diana.

Seperti juga Dr Porntip, Vanezis hanya boleh memerhati bedah siasat kedua dilakukan kerana undang-undang Malaysia hanya membenarkan doktor tempatan melakukannya.

Bedah siasat kedua itu akan dilakukan oleh Dr Shahidan Md Noor dari Hospital Sungai Buloh. Beliau turut hadir ketika mayat Teoh digali semula, begitu juga dengan Dr Khairul Aznam dan Dr Prashant Samberker yang melakukan bedah siasat pertama dan membuat kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri.

Perkhidmatan Dr Porntip adalah percuma kerana beliau merupakan kakitangan awam dan berada di sini atas urusan kerajaan dengan kerajaan.

Beliau adalah ketua pengarah Institusi Forensik Sains Pusat, yang terletak di bawah bidangkuasa Kementerian Kehakiman Thailand.

Kira-kira 50 petugas media, ramai daripada berpakaian hitam sebagai tanda menghormat upacara hari ini, hadir membuat liputan. Kira-kira 30 anggota polis turut berada di tempat itu.



Thursday, November 12, 2009

Mahkamah....1malaysia...

Tidak akan hadir esok, tidak tahu menahu - Dr Asri
Kemaskini jam 1.00 petang| KUALA LUMPUR, 12 Nov : Bekas Mufti Perlis menyelar tindakan pihak JAIS yang menghebahkan kepada media bahawa akan di dakwa di mahkamah syariah esok sedangkan tiada sebarang surat rasmi atau makluman dokumen kepada beliau sendiri yang tidak tahu menahu pendakwaan tersebut.

"Sehingga kini saya tidak ada sesiapa yang menghubungi, hantar surat atau sebarang dokumen untuk meminta saya hadir di mahkamah syariah.

"Saya tidak akan hadir dan tidak boleh hadir kerana ianya tidak ikut prosedur yang betul. Kenapa dia hebahkan kepada media sedangkan mereka perlu maklumkan kepada saya terlebih dahulu.

"Saya sendiri tidak tahu menahu," katanya ringkas ketika menghubungi Harakahdailyt sebentar tadi.

Beliau yang kesal dengan sikap JAIS yang bertindak 'melangkaui' bidang kuasa dengan menjadi penghebah, penangkap, penguatkuasa, pendakwa dan penghukum dalam masa yang sama.

"Sikap dan tindakan melampau inilah yang menyebabkan orang hilang keyakinan terhadap kewibawaan pihak institusi agama seperti JAIS yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa mereka," katanya

Semalam, menurut laporan portal berita beliau dijangka didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur Jumaat ini kerana memberi ceramah tanpa tauliah, kata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam, Penolong Pengarah Perhubungan Awam JAIS, Mohd Hidayat Abd Rani berkata kertas siasatan kes Dr Mohd Asri "hampir siap".

Menurutnya, pihak pendakwa kini sedang menyemak kertas siasatan tersebut sebelum mendakwa Dr Mohd Asri di mahkamah.

Mohd Hidayat berkata, JAIS akan juga mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah Gombak untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Syariah Shah Alam kerana ia dianggap kes 'berprofail tinggi'.

"Ia juga memudahkan kami menguruskan kes tersebut dari Shah Alam... selain itu, permohonan seumpama itu dibenarkan mengikut undang-undang," katanya.

Langkah terbaru Jais itu dijangka mencetuskan bantahan pelbagai pihak yang sebelum ini mengecam penangkapan bekas mufti Perlis itu ketika memberi ceramah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Gombak pada 1 November lalu.

Azamin Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails