BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label umno poyo. Show all posts
Showing posts with label umno poyo. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

Apa Komen bapak Polisi 1Malaysia..?

apa komen bapak bapak POLISI 1Malaysia..penyangkak didepan Mata tak nampak siap diberi perlindungan..tapi asyik dengan kerja kerja yang menaikkan marah Rakyat..kenapa..himpunan Bersih dan Pimpinan dijadikan sasaran..dari baju,warna hingga ceramah semua dijadikan Alasan untuk tangkap mereka tetapi pada masa yang sama..pengkhianat,penyamun,gengster dan kepala perosak Negara dibiarkan bebas..kenapa kenapa..?
JANGAN DIGALI KUBUR SENDIRI..!

Pewaju kutuk demonstrasi ganas Umno, PERKASA
Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno yang “menyerang dan mengancam” wartawan semalam.

NONEDua daripada wartawan berkenaan yang menjadi mangsa sikap agresif penunjuk perasaan itu telah membuat laporan polis.

Pewaju juga meminta polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis.

“Dalam satu demonstrasi di bawah pimpinan peniaga Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

NONEPewaju juga menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang didakwa gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat apabila wartawan dijadikan sasaran oleh penyokong Umno dan PERKASA yang membuat bantahan ke atas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kena tumbuk

“Serangan atau ancaman daripada penyokong demonstrasi ini berlaku tanpa menghirau kewujudan polis. Maka, bolehkah rakyat Malaysia yakin dengan keadaan keselamatan dalam negara?” soal pertubuhan itu.

NONEMenurut kenyataan Pewaju itu lagi, wartawan merupakan pihak yang paling dekat dengan tempat kejadian dan perlu membuat liputan berita yang paling tepat kepada masyarakat.

Justeru, wartawan dan media yang diwakili mereka memerlukan segala kerjasama dan sokongan dalam proses membuat liputan ataupun dengan gangguan yang paling minimum.

“Tetapi apabila seorang wartawan cuba mengambil gambar penyokong demonstrasi, seorang penyokong berpakaian baju Pemuda Umno yang tidak diketahui namanya mengeluarkan kata ancaman berbunyi 'kau nak berenang di bawahkah?'

NONE“(Ini) dengan jelasnya membawa maksud hendak mencampak wartawan ke dalam laut,” dakwa pertubuhan itu.

Menurut Pewaju apa yang berlaku selepas itu lebih teruk apabila beberapa penyokong demonstrasi mengelilingi wartawan berkenaan dan mengacaunya dengan bendera.

“Akhirnya, wartawan itu kena satu tumbukan di belakang oleh salah satu penyokong yang juga tidak diketahui nama,” dakwa kenyataan itu lagi.

Berunsur ganas

Menurut pertubuhan itu, apa yang berlaku semalam adalah serius sehingga mewujudkan suasana ancaman kepada wartawan semasa membuat liputan.

NONESelain itu, Pewaju juga membidas pihak polis yang gagal menjalankan tugasnya semasa bertindak dalam demonstrasi yang didakwa berunsur keganasan ini.

“Polis tidak menghalang penyokong yang menimbulkan kekacauan di atas jambatan Pulau Pinang selama setengah jam merupakan contoh yang terbaik

“Kenapa pihak polis tidak mengambil sebarang langkah pencegahan padahalnya telah mengetahui demonstrasi ini sehari sebelumnya?”

Pewaju juga mempersoalkan sikap dwi-standard polis yang bertindak keras terhadap himpunan BERSIH 2.0 tetapi membenarkan demonstrasi di Komtar yang ganas itu berlangsung,

NONE“Pewaju menegaskan pendirian bahawa, himpunan merupakan hak yang dijamin bawah perlembagaan negara. Maka Pewaju sokong penuh bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi bantah sekeras-kerasnya dengan himpunan berunsur keganasan,” akhir kenyataan itu.

Wednesday, June 29, 2011

Bersih:sementara menunggu lagi 9 hari..berapa ramai lagi nak ditahan..?

UNTUNG BESAR KONTRAKTOR MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK TAHANAN PADA BULAN INI...ini dikatakan DURIAN RUNTUH..entah entah Taukeynya mengadu pada BOSS dia bisness slow..sooo apa lagi..tangkap ramai ramai..tapi apa pun makan kena seimbangan dengan Nilai harga...jangan hanya ikan masin aje tapi dibill rm10.25 sekepala sekali makan....hi hi hihi

Polis serbu pejabat Bersih, tahan tujuh sukarelawan

June 29, 2011
Polis tahan tujuh sukarelawan di pejabat Bersih. – Gambar oleh Jack Ooi

















KUALA LUMPUR, 29 Jun – Polis mengesahkan telah menahan tujuh sukarelawan Bersih ketika serbuan ke atas pejabat sekretariat badan pemantau itu di Petaling Jaya petang ini.

MENYUSUL LAGI

Hamidah dengan RM100. dan RM5800Juta...?

Nga Kor Ming: Bagaimana syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion?

Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja. Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.


Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.

dengar Komen YB Nga Khor Meng.PC diLobi Parlimen.semalam.28hbJun.2011 Jam 3.22Petang.

Thursday, June 23, 2011

Kelantan..AKAI PENDEK BILA terpengaruh Idea UMNO..

syukur Alhamdulliah...cepat sedar dan Insaf..lain kali kena lebih berhati hati jangan ikut cakap cakap hasutan UMNO..akhirnya bila ada masaalah UMNO akan tinggalkan kita keseorangan..UMNO memang Jahat akan menjadi sesiapa sahaj Mangsa mereka untuk merebut kembali Kuasa..

Peniaga mohon maaf pada kerajaan negeri
M Yarisman

KOTA BHARU, 23 Jun: “Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf,” demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad.

Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri.

Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya.

“Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru.

“Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya.

“Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini,” katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai ‘kebajikan laluan’ di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan.

“Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini.

Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai.

“Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011,” katanya.

Sunday, June 19, 2011

Pembohong dan Pembela..2x5 5x2



Jamil Khir: Tiada sekolah sgama rekrut pelajar sertai JI

June 19, 2011

YAN, 19 Jun — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan akhbar sambil menegaskan tiada sekolah agama atau maahad swasta di negara ini secara langsung merekrut pelajar untuk menyertai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI).

Beliau berkata sebenarnya yang berlaku ialah kumpulan berfahaman ekstrem dan berasaskan ideologi pemimpin militan seperti JI sentiasa bergerak untuk menyerap masuk ke dalam sekolah-sekolah ini.

“Kita pasti dari maklumat yang diterima aktiviti ini berlaku bukan atas nama sekolah atau maahad tetapi memang wujud orang atau kumpulan yang berusaha meresap masuk mempengaruhi pelajar,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Kumpulan ini sering menggunakan agama bagi merealisasikan matlamat mereka dan sebab itu Islam dikaitkan dengan keganasan,” katanya.

Jamil Khir (gambar) mengulas laporan Mingguan Malaysia bahawa sebuah maahad swasta di Malaysia yang dikesan cuba merekrut belia menyertai kumpulan militan.

Beliau berkata polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri sentiasa memantau kegiatan JI dan kumpulan militan lain yang cuba meresap masuk menyebarkan fahaman ekstremis mereka ke maahad di negara ini.

Pihak-pihak ini sentiasa bertukar maklumat dan sebarang perkembangan aktiviti mereka sentiasa diketahui untuk diambil tindakan membanterasnya, katanya.

Jamil Khir berkata modus operandi kumpulan ini tidak banyak beza kerana menggunakan agama dengan menumpu kepada sekolah agama bagi menarik golongan muda.

“Yang menjadi masalahnya Barat menyalahtafsir terhadap Islam kerana pembawaan kumpulan-kumpulan ekstremis bersifat keganasan dan menghalalkan pembunuhan yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W,” katanya.


Tuesday, June 14, 2011

Rogol & Prono mainan UMNOBN dan Pencacai..


Sejak akhir akhir ini soal maruah telah dan sedang digadaikan di1malaysia..Pengedaran VCD Lucah dah menjadi macam satu acara penting dalam ceramah ceramah UMNOBN ,sekolah dan tempat awan turut dijadikan tempat taburan VCD Prono .
Laporan demi laporan kepada pihak keselamatan bertimbun tanpa sebarang tangkapan dan tindakan..Penjual VCD haram dan VCD Lucah dipasar pasar malam menjadi sasaran mereka diserbu ,ditangkap dan didakwa..tetapi pengedaran VCD Prono dalam ceramah UMNOPRONO dibiarkan bebas dan dengan kehadiran Polis seakan menjadi pelindung puak puak haram jadah.

Sumpah Laknat dijadikan senjata untuk menghalalkan cara puak puak ini dan berlaku sumpah laknat dengan kehadiran Polis dan siPenyangan VCD lucah diberikan kawalan ketat hinggakan baju kalis Peluru entah siapa punya dipakai siPenayang Video Lucah..kenapa tiada tangkapa semasa itu ...kerana adanya Kuasa Kuasa Ghaib yang disedari semua rakyat memberi arahan..

bebaru ini ugutan menculik dan rogol dah menjadi trend simalaun malaun ini..dari Nurul Izah anwar sekarang melarat pulak pada Ketua srikandi siti aisyah .
semalam dilaporkan siti aisyah menerima satu ugutan bunuh dan diselitkan ayat ayat menghina Islam..rogol seorang jangan dibawa kwn bersama kerana dlm Islam diperlukan 4 orang saksi..soo kalau buat kerja seorang tiada bukti dan tidak akan didakwa..kenapa perlu buat begini dah lah ugut pun salah ini pula mempersendakan Hukum Islam..takde ke sedikit pun perasaan malu atau gusar dengan ayat ayat demikian..

mengaku Pejuang Islam dan bangsa...bangsa mana yang mengajar untuk berkelakuan sebegini...adakah Bangsa Melayu mengajar demikian..?atau pimpinan Melayu yang kurang ajar mengajar ahli bawahan mereka demikian...
Tapi yang pasti Pimpinan kebangsaan semakin menjadi BANGSAT hanya semata mata untuk mengekalkan Kuasa mereka..

Monday, June 13, 2011

UMNO bakal meroyan dengan SEKS....

UMNO BAKAL MEROYAN....seks Pandikutty..

Taktik serang Mat Sabu guna skandal seks akan ‘makan diri’ Umno-BN

June 13, 2011

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Penganalisis-penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas timbalan presiden baru PAS Mohamad Sabu, melibatkan pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat (PR), akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.

Pengarah Centre for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee berkata, lebih banyak taktik kotor dan usaha mengaibkan dari kedua-dua sebelah perikatan akan muncul memandangkan persekitaran politik semakin “panas” di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum semakin dekat.

“Ini satu lagi usaha kotor bertujuan merosakkan imej parti-parti politik khususnya seorang pemimpin PAS.

“Memandangkan parti yang memperoleh manfaat adalah Umno, publik akan meragui parti memerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan menafikan mereka bertanggungjawab manakala media dikawal perikatan itu akan menggunakan isu berkenaan untuk terus melakukan serangan.

“Oleh itu, terserah kepada pemimpin-pemimpin dalam masyarakat untuk mengecam tindakan ini dan mendedahkan pihak-pihak yang mahu mendapatkan manfaat daripadanya,” kata beliau.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata “Skandal Seks Mat Sabu”, dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.

Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.

Mohamad menewaskan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun “penat” dengan taktik sedemikian.

“Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat,” katanya.

Kata beliau, kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan dan pihak yang belum berbuat demikian semakin mengecil.

Chin berkata beliau menjangkakan banyak lagi taktik murahan seperti itu, contohnya video seks Anwar, skandal melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga isu membabitkan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik akan dibangkitkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

“. . . tetapi ia akan membawa kesan buruk ke atas (makan diri) mereka,” katanya.

Pandangan itu disetujui oleh penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian sambil berkata, pengundi atas pagar juga tidak berminat dengan isu-isu tersebut.

“Tindakan bergantung pada isu yang sama hanya akan merosakkan parti masing-masing dan dalam kes ini selepas Mat Sabu menang, kemungkinan mahu menghantar mesej bahawa beliau tidak layak secara moral memegang jawatan itu,” katanya.

Beliau menjangkakan lebih banyak taktik akan digunakan untuk memikat persepsi dan sentimen pengundi kawasan luar bandar.

“Ia cara murahan untuk mendapatkan undi dalam landskap politik semasa,” kata beliau sambil menambah, parti-parti politik perlu menggunakan pendekatan sofistikated untuk memenangi hati pengundi kawasan luar bandar.


Saturday, February 5, 2011

Perangai UMNO dulu kini selamanya tak berubah..

DAH MENJADI SATU TREND UMNOBN..TAIK SENDIRI SELALU TAK MAHU GAKU..DAN SUKA SANGAT TUDUH TAIK ITU ORANG LAIN YANG PUNYA..MANA-MANA PUN UMNO SEKEPALA..BIUL DAN BANGSAT..KENAPA....?MAKAN DUIT HARAM BANYAK SANGAT..ITU YANG KEKAL SEBAGAI HARAM JADAH..

Risalah 'hina Melayu': Lim mahu ADUN minta maaf

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menuntut ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad agar memohon maaf atas tuduhan bahawa kerajaan negeri itu bertanggungjawab ke atas satu risalah yang didakwa "menghina orang Melayu."

Lim berkata, ADUN berkenaan perlu menarik balik kenyataan berkenaan yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu.

"ADUN Umno Pulau Betong didesak menarik balik dan meminta maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang) atas fitnah jahat ini. Sekiranya beliau gagal pada minggu depan maka tindakan tegas akan diambil," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menjelaskan, risalah 'My Balik Pulau' itu sebenarnya dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan dan bukannya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Sekiranya betul 'My Balik Pulau' lupa sejarah dan hina Melayu, maka yang lupa sejarah dan hina Melayu tidak lain tidak bukan adalah Umno dan kerajaan persekutuan sendiri," kata Lim lagi.

Lim berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar harian tersebut pada Khamis lalu yang menyebut risalah berkenaan "mengandungi fakta sejarah tidak tepat" dan "disifatkan sebagai berbahaya kerana boleh mengundang perbalahan kaum."

Muhammad Farid dipetik dalam laporan tersebut sebagai berkata, "meskipun tidak diketahui niat sebenar risalah tersebut diedarkan, dipercayai ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk mengaburi rakyat tentang sejarah kawasan yang dihuni majoriti orang Melayu itu."

ADUN berkenaan turut mendakwa, risalah berkenaan "seolah-olah mahu menggambarkan bahawa Balik Pulau bukan dibuka oleh orang Melayu."

Dalam laporan sama, Muhammad Farid turut mendakwa, bahan dalam risalah berkenaan turut "menghina orang Melayu."

Sehubungan itu, Lim Guan Eng berkata, Muhammad Farid bertindak "meludah ke langit" dengan mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai satu "pembohongan dan fitnah" itu.

"ADUN Umno ini telah menggembar-gemburkan risalah 'My Balik Pulau' dengan sentimen perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk 'Lupa sejarah, hina Melayu'.

"ADUN Umno ini telah membuat tuduhan melulu dan dakwaan palsu bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bertanggungjawab atas isi kandungan (risalah ini).

"Sebenarnya ADUN UMNO ini meludah ke langit kerana yang mengeluarkan risalah 'My Balik Pulau' bukanlah kerajaan negeri PR Pulau Pinang tetapi adalah dari Umno dan kerajaan persekutuan.

Lim turut mendakwa, risalah berkenaan turut mencatatkan nama penyumbangnya iaitu kementerian pelancongan serta pemimpin Umno Balik Pulau "termasuk pusat sumber Muhammad Farid sendiri."

"Akan tetapi semua jentera media massa Umno dan blog serta Utusan Malaysia terus menyebarkan fitnah terhadap kerajaan negeri (Pulau Pinang) kerana terus pinggirkan orang Melayu," katanya lagi.

Friday, February 4, 2011

sepupusepapat HOSNI di 1MALAYSIA.....?

nmjmw.jpg

8 Orang kena tangkap dlm truck polis. Depan caltex dépan PNB
leee.bantah Hosni Mubarak Pun kena cekup..ada sepupusepapat Hosni di 1Malaysia ke..?


Ribuan sertai himpunan kebangkitan rakyat Mesir
Rusly Yasmin
KUALA LUMPUR, 4 Feb: Lebih 5000 rakyat hari ini berhimpun di hadapan Masjid As-Syakirin KLCC bagi menyertai perarakan ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi menyatakan bantahan terhadap campurtangan negara itu terhadap Mesir.

Himpunan tersebut yang telah memulakan perarakan mereka diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Turut serta dalam perarakan tersebut, pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat lain termasuk, Salahudin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Suhaizan Kaiat dan shamsul Iskandar Mat Akin.

Ucapan pembakar semangat sebentar tadi turut disampaikan Mohamad Sabu yang mengecam Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.

Bilangan peserta kini makin bertambah apabila mereka yang menunggu di tepi jalan kini menyertai perarakan.

Tuesday, January 25, 2011

Ummu Jah ..yang Kurang cerdik..

Lari ke Mekah..leeee senang sangat jumpa..kena belajar dari org org yang berilmu tinggi..cuba try macam AYAH PIN lari sembunyi diLangit..ha ha ha..dikhabarkan dah turun dari Langit pun ..k`jaan masih tak dapat kesan dia..ha ha ha ha..sebab di1malaysia kalau derhaka kpd UMNO dengan cekap akan ditemui bukti dan orangnya sekali..kalau derhaka kepada mana-mana yang lain hatta kepada Raja pun..cukup susah ditemui dan didakwa..ha ha ha ha...ambil ilmu ayah Pin..

Lari ke Mekah untuk bersembunyi


KAWASAN penempatan di Mekah yang menjadi lokasi pilihan Ummu Jah untuk bersembunyi daripada dikesan pihak berkuasa agama Malaysia.


BANGI – Ketua Sidang Parlimen Roh, Ummu Jah kini dikatakan bersembunyi di Mekah, Arab Saudi ekoran tindakannya cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam yang difatwakan sesat telah dihidu pihak berkuasa agama negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) berkata, pihaknya percaya Ummu Jah, 57, kini bersembunyi di negara berkenaan selepas tindakannya itu dikesan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menurut beliau, ketika ini Jakim sedang memantau pergerakan saki-baki pengikut ajaran terbabit dan dibantu oleh Majlis Agama Islam kesemua negeri terutama Majlis Agama Islam Selangor (JAIS).

“Kami percaya dia (Ummu Jah) kini (bersembunyi) di Mekah. Berdasarkan trend (ketua) ajaran sesat sebelum ini, kita percaya dia tidak akan tampil membantu siasatan.

“Ketika ini (dakwaan cuba menghidupkan semula Al-Arqam) sedang dipantau secara serius,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Peserta Diploma Pentadbiran Islam di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bandar Baru Bangi di sini semalam.

Friday, January 21, 2011

Hampir sama tapi TAK serupa..?


ini le gambarbersama .perajurti negara..

SUBANG - Kementerian Pertahanan tidak bercadang untuk menghantar artis-artis tanah air untuk mengurangkan tekanan anggota tentera Malaysia yang bertugas di luar negara.(buat artis dalam negara..kan ada artis lebih hebat diLuar negara..MINDA ROSAK..ini statement yang kuar dari Ketua Pertahanan..poyooo)

yang bawah ini bersama Tuhan Kerajaan LANGIT....atau Tuhan Kerajaan 1Malaysia..????taktahu bertanya..?

yang ini bersama dengan Tuhan Batu caves ke atau Tuhan 1malaysia..?

Mati Terpaksa HIDUP BALIK..Mati PULAK.....GARA-GARA .Tindakan Lambat..

ADAKAH GARA-GARA PERMOHONAN..Yang dah Mati Jam 2.30 t/hari di Paksa Hidup kembali dan mati semula Jam 8.10(malam) setelah permohonan utk mati dilulus oleh SPR setelah diperkenankan oleh UMNOBN..??
WAAAAA CONFIUSSSSSSSSSSSSSSS..Bullleeeeeeeeeeeeeeeeer..
macam-macam adale..dunia 1malaysia..saya sendiri dapat berita yg YB merlimau dah mati jam 3.30 petang tadi semasa diKL...Ballik mai ke kampung terkejut bila ada sahabt yg ditemui kedai Tom yam g tau yang YB mati jam 810mlm dan diisytihar oleh TV 3.4 suku ..waaa sampai bertengkar dgn member tadi..aiii aku dok kl dah tau dia mati jam 3 lebih...ha ha ha...Leain kali luluskan Permit Mati segera....ha ha ha..LUCU DALAM KES MATI..

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Melaka kira-kira pukul 2.30 petang tadi.(1)

"Dimaklumkan juga Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang," katanya kepada mStar Online di sini.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bakal diadakan pada 30 Januari ini.

Kemungkinan juga pilihan raya kecil DUN Merlimau bakal diadakan serentak dengan satu lagi kerusi DUN iaitu Pelabuhan Klang di Selangor.

Semalam Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu meneliti notis makluman daripada speaker DUN kedua-dua negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kalau kes ADUN Merlimau, Allahyarham meninggal, jadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Namun kita perlu terima notis makluman daripada speaker terlebih dahulu.

"Lain pula kes di Selangor, kita kena teliti dahulu dokumen-dokumen berkaita kerana kerui berkenaan diisytiharkan kosong. SPR juga belum terima notis daripada Speaker Selangor," katanya.


ADUN Merlimau Sah Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan yang mengalami serangan jantung sejak Sabtu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.10 malam Khamis selepas menerima rawatan di Hospital Pakar Putra, Melaka.(2)

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Jenazah dijangka akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Jenazah akan disembahyang di Masjid Simpang Kerayong selepas solat Jumaat dan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Chinchin Tengah.

Sebelum itu, portal media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Wednesday, January 19, 2011

Bilangan Rakyat wayar short meningkat..Kenapa..?

mana tak short atau putus wayar....(giler)..sebab asyik gilo memikirkan harga barangan semakin hari semakin naik,minyak naik,kos sara hidup naik,kos anak-anak sekolah naik,segala-gala Kos di1mlaysia meningkat..giloer memikirkan itu dan juga giloer memikirkan pembaziran dan Joli kaum Puak atas nama pemimpin.

  • giloer memikirakan siapa pemimpin sebenar Suami atau Isteri..?giloer memikirkan HARGA GETAH melambung peringkat Rekod Dunia sempena musim PRK Dun Tenang..dan giloer memikirkan apa akan jadi selepas PRK nanti..?
  • Giloer memikirkan kenapa Pimpinan UMNO sewaktu hidup sanjung hingga diusung S.U cawangan UMNO semasa Hidup,selepas mati..walau pun berada tidak berapa jauh..nak ziarah pun tak boleh..
  • Giloer memikirkan ..adakah DUN Tenang akan Perperang dengan Israel atau mana-mana kuasa asing..kenapa ada lambakan Polis dan kaki-kaki Pemgampu bertaburan masa PRK INI..
  • dan bermacam-macam lagi..le ini yang bertambah Giloer..bila masa nak simpan DUIT untuk mati..sebab tanah Kubur yang manusia dah tak mahu dah jadi mahal giloer..
DAN AKHIR SEKALI, KENAPA DIRI SEBENARNYA GILOER SELAMA INI TAK DAPAT MEMBEZAKAN YANG MANA BAIK DAN YANG MANA JAHAT..SEHINGGA SOKONG SEPENUH HATI.. SIDACING YANG ORANG PUN DAH TAK GUNA...INI SEBAB UTAMA ..SEBAB APA SEMAKIN ORANG JADI GILOER...
KALAU SUDAH GILOER UMNO,RAMAI YANG SETENGAH MATII.SETENGAH MATI..
GILOER UMNO ..GILER JUDI,GILOER UMNO ..GILER ARAK,GILOER UMNO ..SENDIRI GILOER..ha ha ha.


Bilangan pesakit mental meningkat


BILANGAN pesakit mental seperti dua beradik ini, Mohd. Mozamri Dasan (kiri) dan Tarmizi semakin meningkat ekoran tekanan hidup zaman moden.- Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009.

"Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini semalam.

Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di sekolah sepanjang tahun ini.

Tentera JAHAT kirim surat kat YB Teo..ha ha

cerdik apa ko TENTERA JAHAT...g potong tengok ayam......bukan sembelih le YB..kalau sembelih mesti kena baca paling Kurang Bismillah..Tapi org ini kalau baca ..Bismilllah..takkan bodoh nak gantung ayam kat pagar...dah tentu ayam masuk kuali..ini spesis TENTERA PITIS ..BODOH kerana Nak Bodoh...ha ha
Teo Nie Ching terima nota ugutan
Nazri Abdullah

KAJANG, 19 Jan: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tengah hari ini akan membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Kajang selepas menerima sepucuk surat ugutan terhadapnya.

Pembantu peribadinya, Chen Fan Dao yang dihubungi Harakahdaily memberitahu, seorang kakitangan yang bertugas di pejabat DAP cawangan Kajang Baru menemui seekor ayam yang dipenuhi darah digantung pada pintu masuk pejabat mereka.

Ayam tersebut diletakkan bersama sekeping nota yang dilekatkan pada pintu tersebut bertulis 'Ingat, ini satu peringatan Teo Nie Ching! Tentera Jihad'.

"Kita jumpa benda itu lebih kurang jam 8.30 pagi ini.

"Darah masih lagi keluar dari ayam ini, dan kita rasa ia baru disembelih," katanya.

Ekoran itu, beliau bersama Teo akan membuat laporan polis berhubung perkara itu jam 11.30 pagi ini.

Teo Nie Ching sebelum ini pernah menjadi sasaran kecaman oleh akhbar Utusan yang mendakwa beliau memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau di Kajang Ogos tahun lalu.

Manakala serangan kedua pula pada Disember lalu apabila Teo sekali lagi didakwa tidak menutup aurat ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid di Cheras.

1Malaysia..dari Cina beralih angin ke Sikh

APAKAH INI HASIL 1MALAYSIA..ATAU IKUTAN PERANGAI PIMPINAN YANG KURANG AJAR..YANG SELALU MEMBANGKITKAN ISU PERKAUMAN..dan Konon Pejuang BANGSA YANG SEJATI..Isu perkauman dari Cina Menular ke Bangsa Sikh @ Benggali...ini Hasil selepas 1malaysia diperkenalkan ..dan contoh lakonan dan idea sesetengah Pimpinan Yang BANGGANG lagi BAHLOL..konon-kononnya Pejuang Bangsa..cilako
Rambut remaja Sikh dikacip, ibu bapanya berang

Ibu bapa seorang remaja Sikh yang menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berang apabila anaknya sedar dari tidur pada Ahad lalu dan mendapati rambutnya yang sepanjang hampir semeter telah dikacip.

Mengikut agama Sikh, memotong rambut atau disebut “kesh” dengan tegasnya dilarang.

Bapa kepada remaja itu, Surinderpal Singh, 47, berkata dia dan isterinya menjadi ntidak keruan dan kini tidak mahu anaknya itu menyambung latihan berkenaan.

"Dia trauma dengan kejadian itu. Esok, perkara lebih buruk mungkin berlaku,” kata Surinderpal ketika dihubungi oleh Malaysiakini.

national service weapons training 160905 detailsAnaknya, yang namanya dirahsiakan oleh ibu-bapa berkenaan berkata kejadian berkenaan berlaaku pada Sabtu lalu ketika mereka berlatih sepanjang hari. Akibat kepenatan, dia begitu lena sepanjang malam tersebut.

Menurut laporan polis, remaja itu, beliau menyedari sesuatu tidaak kena apabila pada sebelah pagi, ketika menyikat rambutnya dan dengan segera menghubungi bapanya.

"Dia sedang tidur di bilik dengan 10 pelatih lain dan apabila dia bangun, dia mendapati kira-kira 60 sm rambutnya telah dipotong.

"Kita tidak tahu siapa yang membuatnya tetapi kita percaya ada pelatih lain membuli dia," katanya.

Menurut beliau lagi, dia diberitahu bilik tersebut dikongsi oleh anaknya bersama enam pelatih Melayu, tiga pelatih Cina dan seorang pelatih India.

"Dia sedar, dia tidak lagi boleh membuat simpul,” kata Surinderpal, yang kebetulan adalah sami di sebuah kuil Sikh di Jalan Gurdwara, Ipoh.

Rambut budak itu pada asalnya mencecah sehingga paras punggung tetapi kini hanya pada paras dadanya.

Dia juga tidak tahu siapa yang bertanggungjawab ke atas kejadian itu dan gagal menjumpai sebarang rambutnya yang dipotong itu mahupun alat yang digunakan bagi mengacipnya.

Keberatan benarkan cuti

Menurut Surinderpal dia dan isterinya terus bergegas ke kem latihan Seri Impian di Sungai Bakap, Pulau Pinang untuk berjumpa dengan anak mereka pada hari yang sama.

Di kem itu, mereka menunggu hampir sejam untuk berjumpa dengan komanden yang tidak berada di lokasi tersebut memandangkan Ahad adalah hari rehatnya.

Semasa perjumpaan itu, komandan berkenaan dilaporkan berkata semua pelatih dilarang membawa gunting atau pemetik kuku. Katanya kemungkinan peralatan yang digunakan bagi memotong rambut remaja tersebut dibawa oleh ibu bapa mereka pada pertemuan dengan anak-anak mereka pada pertemuan hujung minggu.

"Saya juga ada bertanyakan kepada komandan kem dan pegawai kem yang lain tetapi mereka memberitahu saya adalah mustahil untuk mencari siapa yang berbuat demikian kerana ini boleh dilakukan oleh salah satu daripada pelatih yang hadir untuk kem berkenaan," katanya.

Menurutnya, komanden itu berjanji akan menyiasat tetapi hanya membenarkan anaknya bercuti sehingga 23 Januari ini, walaupun pada awalnya beliau agak keberatan memberikan kebenaran.

Surinderpal berkata apa yang dialami anaknya itu ibarat mimpi ngeri dan mahu jaminan keselamatan jika remaja itu dikendaki pulang semula untuk latihannya.

"Saya hilang keyakinan dengan pihak berkuasa kem. Saya bimbang anak saya akan dicederakan pula... Rambut anak saaya disimpan 18 tahun. Dalam dua minggu, semuanya hilang.

"Beliau amat terkejut. Kita sebagai ibu bapa juga terkejut, Kita dalam dilema sekarang.

"Hari ini, ia berlaku ke atas anak saya. Ia boleh berlaku lagi ke atas anak-anak berlainan agama. Bolehkah pihak berkuasa yakinkan ibu bapa bahawa kem latihan ini selamat?.

'Kita mahukan satu penyiasatan dijalankan," tegasnya.

Menurut Surinderpal, beliau juga terkilan dengan kurangnya perasaan hormat-menghormati di kalangan pelatih kem kerana mereka sepatutnya telahpun diajar berkenaan signifikan menyimpan rambut oleh penganut Sikh.

"Saya bukan menyalahkan para pelatih tetapi saya merasakan ini merupakan satu penghinaan terhadap agama Sikh, tambahan pula keselamatan patutnya lebih ketat," katanya.

Tuesday, January 18, 2011

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda

Buat malu bangsa, kata Azwan kepada Ummi Hafilda
bacalagi

IC PALSU..kita ingat dulu ini ada disabah saja..sekarang..

kita ingat kes ini ada disebelah malaysia timor ..sekarang dikhabarkan sudah merebak bagaikan kudis di sebelah pantai barat..khasnya dikawasan Perak.....?takkan cerita ini Pihak berkuasa tak tahu..kami penduduk dah cukup arif..ttg isu ini..mampus negara..kalau macam ini..satu kepala RM15ribu sahaja..

PANTAI TIMUR SABAH DIKUASAI PATI DAN PADI?
Written by Admin
Tuesday, 28 September 2010 12:49
Share

Saudara Pengarang,

SAYA sangat bersetuju dengan pendedahan berhubung warga asing yang mendapat kerakyatan secara tidak sah dan sangat gembira kerana ada anak Sabah yang berani membuat pendedahan ini demi masa depan anak cucu cicit kita.

Tidak tahu di mana silapnya Kerajaan Malaysia kerana semua akui bahawa daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Tungku dan Sandakan seolah-olah telah di kuasai oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) ini.

Senario ini boleh disifatkan seperti penyakit kanser yang pada mulanya patut ditangani lebih awal sebelum merebak. Kita boleh lihat sendiri dari pasar ikan, pasar sayur, pengusaha bas dan pengusaha teksi majoriti dikuasai oleh orang yang memiliki KPT yang tidak pasti asal usulnya.

Kini Persatuan Teksi Tawau dikenali sebagai PESARUM juga memiliki Pengerusi yang tidak dapat disahkan ketulenan KPT nya; tambahan pula orang seperti mereka ini di lindungi oleh VVIP politik.

Persoalannya, kenapa VVIP kita sanggup berbuat demikian sehingga melupakan anak bangsanya sendiri? Mana perginya agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Polis, Jabatan Pendaftaran dan SPRM? Semuanya seolah-olah senyap. Tidur lena dalam kekenyangan rasuah atau takut dengan suara lantang VVIP politik terutama Kalabakan dan Sebatik yang melindungi PATI dan PADI ini.

Saya memohon kepada Mutalib M.D agar dapat terus memperjuangkan hak-hak anak Sabah dan menyiasat secara mendalam hingga ke akar umbi terhadap kenyataan saya di atas.

Sesungguhnya pokok tidak akan bergoyang sekiranya tiada penyebabnya!

Salam Hormat,

TAWAUCUN

Untung kome..Patutu kawasan Kami problem.

Peneroka Felda berurusan Jual beli sawit melalui Internet..?ha ha ha ..habis orang asli di Galas semua ada Internet sekarang di lebarkan kekawasan Felda..sempena Musim PRK..ha ha ha
Patut pun dikawasan Pekan...seperti kawasan Ipoh,Taiping ..Internet semakin slow dan tersangkut sangkut...bawa g ke..Tenang..ha h ah ha..tak habis habis lawak bodoh setiap musim PRK..."PERDANA MENTERI JALUR LEBAR"atau "KABINET JALUR LEBAR"

PM di Tenang untuk lawatan sehari
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Labis untuk lawatan sehari di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

NONEKetibaan beliau dengan helikopter khas kira-kira 9.30 pagi itu disambut Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, barisan exco kerajaan negeri dan pemimpin kanan Barisan Nasional (BN).

Pada lawatannya, Najib yang juga Pengerusi BN akan melancarkan Program Jalur Lebar di Pusat Komuniti Felda Chempelak Barat sebelum menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Tenang.

Pada tengah hari, Presiden Umno itu dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Makan Tengah Hari bersama penduduk kawasan Tenang di Padang Awam Felda Tenang, diikuti majlis ramah mesra bersama masyarakat India di Dewan Serba Guna Majlis Daerah Labis.

NONEPerdana Menteri akan mengakhiri lawatan seharinya ke sini dengan merasmikan bangunan tambahan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Labis dan menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina.

DUN Tenang akan menghadapi pilihan raya kecil selepas penyandangnya dari BN Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia pada 17 Disember lalu.

Hari pencalonan ditetapkan pada Sabtu ini manakala pengundian pada Ahad depan.

- Bernama

Monday, January 17, 2011

Bukan Lidah Biawak sahaja bercabang...!

Pengarah: Arahan tukar dibuat lebih awal


dengar ucapan Tuan Pengarah Pendidikan negeri disni..
dengar dibawah sekali

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran mengakui jabatannya ada mengeluar notis pertukaran suami calon PAS di Tenang, Normala Sudirman, tetapi membatalkannya buat sementara selepas mendapat tahu isterinya mungkin dicalon dalam pilihan raya kecil di situ.

Katanya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember itu meminta suami Normala - Makrof Abd Mutalib - bertugas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor Bahru, bermula 1 Januari tahun ini.

Pada waktu itu, kata Markom, pihaknya tidak tahu yang isteri Makrof akan dipilih sebagai calon PAS.

Tetapi, katanya, selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya- Normala - pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.

"Kami tidak mahu ia menjadi isu politik," jelas Markom ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ini dajjai sebenar...adakah sebab Isteri nak jadikan suami sebagai Mangsa..

tapi lain pulak hal kalau aktif dalam BN..itu macam yg pengarah Pelajaran johor buat..siap Kempen habis habisan..

Usaha tukar suami kerana gagal 'kawal isteri'

Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".

Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.

tenang by election pas announce candidate 160111 normala sudirman with husband"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.

Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

"(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.

Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails