BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label kisah Polis.. Show all posts
Showing posts with label kisah Polis.. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Bersih:Jangan Menuduh Polis kejam TANPA BUKTI..

AMARAN KERAS AUW AUW..jangan Menuduh Polis kejam Kita ada Rakaman..silalihat rakaman ALJAZEERAH dibawah ini..Kejam ke..? Polis cukup bersopan santun dan mereka Juga dilayan dengan Makan RM25 sekepala.....'KEPALA PENCACAI"

Friday, January 21, 2011

Polis...Masa kejadian buat apa...weii..?

rujuk gambar gambar....masa kejadian Polis biarkan orang ramai mengutip duit siling ..kenapa tidak ada sebarang cubaan utk menghalang..?kenapa kenapa..?waaa ingat mungkin polis sendiri ada buat kutipan khas ke..?

Orang ramai diminta pulangkan duit syiling



SEREMBAN - Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk memulangkan semula duit syiling yang jatuh dari sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, dekat sini, petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin (gambar) berkata, mereka boleh berbuat demikian secara sukarela di mana-mana balai polis berhampiran.

"Semua individu terbabit perlu sedar, duit syiling yang mereka kutip di sekitar lokasi kejadian bukan milik mereka.

"Sehubungan itu, saya nasihatkan mereka agar menyerahkan duit syiling kepada polis supaya boleh dikembalikan kepada pemiliknya,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, pihak polis boleh mengenal pasti individu terbabit menerusi gambar dirakam media ketika kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, duit syiling pelbagai denominasi dianggarkan bernilai RM74,000 bertaburan di sekitar lokasi kemalangan selepas sebuah Toyota Hilux yang membawa muatan itu dikatakan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta mewah jenis BMW.

Sekurang-kurangnya 20 pengguna lebuh raya dilihat mengutip duit syiling yang bertaburan, malah ada yang sanggup menggadai nyawa melakukan perbuatan itu di tengah lebuh raya yang sibuk dengan kenderaan.

Tindakan mereka itu turut mengakibatkan kesesakan lalu-lintas sepanjang kira-kira tiga kilometer di kedua-dua arah lebuh raya menghala ke lokasi kejadian.

Sunday, May 9, 2010

kalau betoi cerit aini...uhhhh kena berhati-hati..

haah hha hhha ada betoike cerita ini..?aduh aduh aduh..ini betoi betoi nak test..kecekapaan ..mula polis..selepas itu T/menteri..jgn ada menteri hilang teloq...nanti auww auuw auuw..dibunyinya..

Kereta Timbalan Menteri Lah Pulak(Curi Lagi)

Belum pun selesai kes kecurian kenderaan rasmi milik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, yang dilarikan di Seksyen 9 Shah Alam kelmarin, kenderaan persendirian milik seorang timbalan menteri pula lesap dilarikan di Taman Kepong, pagi semalam.

Difahamkan, kenderaan itu dipinjamkan kepada pembantu kanan kepada timbalan menteri terbabit selepas kereta kakitangannya itu rosak.
Dalam kejadian antara jam 12 hingga 7 pagi semalam, kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam itu disedari hilang kira-kira jam 8 pagi sebaik pembantunya mahu menghantar semula kenderaan berkenaan.

Difahamkan, kereta yang dicuri itu didaftarkan atas nama abang kepada tokoh politik terbabit dan diletakkan di hadapan rumah salah seorang pembantu kanannya.
Menurut sumber, kehilangan kenderaan itu hanya disedari pembantu kanannya itu ketika mahu menghantar kereta berkenaan semula ke rumah ahli politik terbabit di Taman Sri Gombak, sebelum ke pejabatnya di Putrajaya.

Pengadu mendakwa kereta itu diletakkan di hadapan rumahnya kira-kira jam 9 malam tadi selepas pulang bekerja dan yakin kenderaan itu masih berada di situ sehingga jam 12 tengah malam.Dia (pengadu) mendakwa bapa saudaranya yang datang melawatnya ketika itu memaklumkan kenderaan berkenaan masih berada di hadapan rumahnya.
Selepas menyedari kenderaan dipinjamnya itu hilang, pembantu kanannya itu berusaha mencarinya di sekitar taman perumahan berkenaan namun gagal, katanya.

Sehubungan itu, pembantu kepada timbalan menteri itu membuat laporan di Balai Polis Kepong jam 9 pagi semalam.

sumber:ijoks2009

WAAAA RASA....................?

WAA RASA PENCURI ITU SEBENARNYA BUKAN NAK CURI KERETA..TAPI SEKADAR NAK TEST ..UJI..KECEKAPAN POLIS..BENTERAS JENAYAH ADAKE SECEKAP..MENEMBAK ORANG..BILA DAH UJI..HAMPEH...TAK CEKAP MANA PUN..DALAM SOAL JENAYAH..?ITU YG DIA BAGI BALIK..MUNGKIN SEBAB DIA RASA KALAU TAK BAGI BALIK..SAMPAI KHIAMAT POLIS TAKKAN JUMPA BALIK KERETA ITU..SEBAB DOK SIBUK USUNG TILAM,RAKAM CERAMAH,KUTIP AIR MANI DALAM JUBOR DAN MACAM-MACAM LAGI....?ADA BETOI KE OTAK AKU ...!

Pencuri kereta polis minta maaf


BEBERAPA anggota Unit Forensik memeriksa kereta rasmi Ketua Polis Selangor yang ditemui semula di tepi jalan di Prima Damansara, Sungai Buloh semalam.


SUNGAI BULOH - "Sorry PDRM, tersilap sapu."

Demikian nota yang ditinggalkan oleh penjenayah yang mencuri kereta rasmi Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar selepas kenderaan itu ditemui semula di tepi jalan di kawasan Prima Damansara di sini pagi semalam.

Penjenayah terbabit bertindak meninggalkan kenderaan itu kira-kira 15 kilometer dari tempat ia dicuri bersama nota meminta maaf selepas dia dipercayai mengetahui kenderaan itu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, kereta itu ditemui oleh tiga anggota polis dari Balai Damansara Damai yang menjalankan operasi bagi mengesan kenderaan terbabit pada pukul 8.35 pagi.

Menurutnya, kereta itu ditemui dalam keadaan baik dan tiada barang-barang milik Ketua Polis Selangor yang ditinggalkan dalam kenderaan itu hilang.

"Apabila diperiksa, kita menemui sekeping kertas tertulis nota berbunyi 'Sorry PDRM, tersilap sapu' yang diletakkan di atas papan pemuka kereta itu.

"Berdasarkan nota itu, kita percaya penjenayah terbabit bertindak demikian selepas mengetahui kereta yang dicuri milik Ketua Polis Selangor," katanya ketika ditemui di tempat kereta tersebut dijumpai.

Kereta jenis Perdana V6 tersebut dicuri di tempat letak kereta berhadapan sebuah restoran di Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/H, Seksyen 9 di Shah Alam pada Khamis lalu.

Saturday, May 8, 2010

LAGI KES.....DUSYUM dusyum

tapi kalau remaja bawa motor ..kebanyakkannya kurang ajar..

tambah-tambah kalau geng pukidia..atau geng pemuda UMNO..

kalau betoi macam itu baik tembak aje..kurang sikit kumpulan samseng kurang ajar...kekadang kesian pulak kat Polis...saya biasa lihat depan mata..betapa kurang aarnya geng-geng macam ini..rasa dihati katok bagi mampus lagi baik..sebab kerenah mereka ini..yang kita pun sama turut menanggung risiko..(tapi bukan 100% kesalahan Ibubapa...banyak sebab-sebab k1jaan BN yang jadi begini).....sendiri pikirle apa sebabnya..kalau tak dapat nak pikir elok jadi ahli umno bodoh aje...

Remaja ditembak polis kerana enggan hentikan motosikal

08/05/2010

TAMPIN 8 Mei - Seorang anggota polis berpangkat konstabel dikenakan tindakan gantung kerja serta merta apabila bertindak menembak seorang remaja di bahagian perut dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban - Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.

Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota berkenaan telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.

Menurut Osman, mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’ katanya. - Utusan

Friday, May 7, 2010

INI APA CERITA INI...?

LAGI PEMBUNUHAN OLEH ANGGOTA POLIS DIDEDAHKAN
Written by Admin
Friday, 07 May 2010 17:00

SABAHKINI

Oleh: ZEILAH A

SEORANG penduduk tempatan berbangsa Sungai, Liliyu Bin Suma, 72, semalam telah membuat dua laporan polis di Balai Polis Sandakan mengadu supaya polis di Malaysia tangkap dan dakwa anggota polis yang telah sesuka hati melepaskan tembakan menggunakan senjata api milik PDRM hingga menyebabkan kematian seorang anak lelakinya bernama Jalih Bin Liliyu (Mykad 760220-12-5991).

Dalam laporannya, diberi nombor daftar SDK/RPT/6639/2010 dan 6640/2010, Liliyu mendakwa pada 22 April 2010. lebih kurang jam 8 malam bertempat di batu 15 Jalan Labuk Sandakan, seorang anaknya bernama Jalih, telah mati akibat terkena tembakan di kepala.

Apabila ditanya mengapa dia mengambil masa begitu lama untuk membuat aduan kepada polis, bapa mangsa berkata dia dalam kebingungan dan tidak tahu apa yang wajib dilakukan.

“Saya bingung kerana nyawa seorang anak saya yang tidak berdosa telah menjadi korban hanya disebabkan dia lari kerana takut ditangkap polis sebab lesen memandunya mati”

“Oleh kerana saudara saya, OKK Hassnar Haji MP Ebrahim baru sahaja sampai ke Sandakan, maka saya buat laporan polis sebagaimana dinasihatkan olehnya”

Bapa mangsa merasakan menembak mati anaknya hanya kerana enggan berhenti adalah keterlaluan

Menurut OKK Hassnar, dia telah dimaklumkan tentang kejadian anggota polis menembak hingga mati Allahyarham Jalih sejak 23 April tetapi tidak ingin melibatkan diri berharap pihak polis akan bersikap telus dan jujur menyiasat serta mengambil tindakan terhadap penjenayah terbabit.

Dalam kejadian pada 22 April 2010 seramai 4 orang berada dalam sebuah kereta proton yang dipandu oleh mangsa. Setelah terkena tembakan di kepala kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas seterusnya melanggar sebuah pokok mangga di batu 15 Jalan Labuk Sandakan.

Rakan mangsa, Mohd Ardi Bin Awang yang duduk di hadapan mengalami cedera parah dan masih berada dalam Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.

ada lagi......

ingat dah selesai dah..aduh aduh..Polis polis...apa nak jadi ..apaa nak jadi ..sampai sekarangg jadi lembu...

Tengku Merjan dihalau


TENGKU Merjan (gambar kecil) berada diluar pintu hospital selepas tidak dibenarkan menziarahi Sultan Kelantan di HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelmarin.)


KOTA BHARU - Kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra (gambar) mendakwa beliau dihalang oleh pihak polis ketika melawat adindanya, Tuanku Ismail Petra di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebelum dihalau keluar dari wad pada Selasa lalu.

Tengku Merjan mendakwa beliau dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dikawal ketat oleh beberapa anggota polis yang bertugas di pintu Wad Diraja hospital itu.

Malah, katanya, berlaku insiden tolak- menolak apabila beliau dan Tengku Anis bertegas untuk melawat Sultan Kelantan.

"Saya dan Tengku Anis berjaya memasuki wad tersebut tetapi saya hanya sempat berada di situ beberapa minit,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Thursday, May 6, 2010

aduh aduh..POLISI LAGI...KES PISTOL AIR ...

SEBELUM INI kes tembak dengan PISTOL...nah sekarang tembak dengan PISTOL AIR ..pulak..polis-polis..
Dua jadi mangsa polis terlampau
Dua wanita mendakwa menerima ganggungan seksual melampau daripada seorang anggota polis di satu sekatan jalan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Cheras, Taman Midah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita mendakwa diminta beraksi lucah selain dipaksa memberi sogokan RM15 supaya dia tidak ditahan atas kesalahan memandu melebihi had laju.

“Selepas meminta kad pengenalan dan lesen memandu, polis itu meminta saya menanggalkan baju tetapi saya enggan berbuat demikian.

“Dia kemudian menyuruh saya melakukan aksi ghairah di hadapannya serta menunjukkan wajah seksi, malah lebih menjijikkan dia bertanya sama ada saya memakai baju dan seluar dalam atau tidak,” kata mangsa, semalam.

Insiden itu berlaku jam 1.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke KL Sentral untuk mengambil teman lelakinya yang baru pulang dari Sabah.

Selepas mengambil teman lelakinya, wanita terbabit terus membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 2.39 pagi.

Sementara itu, selang beberapa minit, di lokasi yang sama, seorang lagi wanita berusia 23 tahun, mendakwa menerima nasib serupa apabila diganggu secara seksual dengan kata-kata tidak senonoh sebelum diminta memberi sogokan wang oleh anggota polis sama.

“Jam 1.50 pagi, saya dari Kuchai Lama menghala ke Shamelin apabila ditahan polis trafik.

“Apabila saya menurunkan cermin kereta, polis itu berkata kaki saya cantik dan dia mengarahkan saya keluar dari kereta kerana dia mahu melihat kaki saya,” katanya.

Mangsa berkata, apabila dia enggan berbuat demikian, polis itu mengugut untuk menyamannya kerana memandu melebihi had laju, walaupun itu tidak benar.

“Kemudian dia minta saya memberikan RM50 jika tidak mahu kena saman.

“Saya membuat laporan di Balai Polis Pudu pada jam 4.30 petang, 4 Mei,” katanya, dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, semalam.

Kedua-dua wanita dipercayai ditahan polis trafik sama berdasarkan maklumat lokasi, masa dan gambaran fizikal. -SH

Nasib baik dia ..selepas LAUT.....isss kalau tak..?

Selangor CPO’s car stolen

nasib baik CPO di seberang Laut..isss kalau tak..mana nak letak muka..no,,...ahha ahha Pencuri ini saja nak uji Ketangkasaan..Polis kut..?
CPO ini yang aritu kata jumpa Parang dalam kereta diPandu AminulRashid kan..?
ha ha ha ha..driver dia dah tentu Polis juga...aduh macam-macam sekarang..pening pening dibuatnya...

May 06, 2010

SHAH ALAM, May 6 — Thieves have hit the top cop in Selangor — Chief Police Officer Datuk Khalid Abu Bakar (picture) has lost his official car.

His driver had parked the Perdana V6 near a restaurant in Section 9 here to have his breakfast, but found the car missing when he returned 30 minutes later at 8.30am.

He lodged a report immediately at the district police headquarters here.

Khalid is at the moment overseas for a meeting.

Police are now questioning the driver.

Tuesday, May 4, 2010

Boleh set pejabat atas Bukit.


INI AKU AGAK MESTI AKAN TEMPATKAN PEJABAR BELIAU DIGENTING HIGHLAND..SENANG BUAT DISCUSSION SAMBIL BERSANTAI DIGENTING.
JANGAN JK PANTAU TERLENA SAMPAI HABIS WAKTU DI GENTING..RALIT DGN DAUN.DAN DIULIT KESEJUKKAN...kan itu tempat bermain beliau

Bekas IGP anggotai panel pantau kes remaja ditembak
Mei 4, 10 12:28pm
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar adalah antara lapan orang yang dilantik bagi menganggotai jawatankuasa khas bagi memantau siasatan polis berhubung kematian remaja 14 tahun yang ditembak mati polis 26 April lalu.

Mereka yang lain adalah bekas pesuruhjaya Suhakam Dr Denison Jayasooria, penganalisis jenayah Kamal Affendi Hashim, peguam Muhammad Shafee Abdullah, ketua pegawai eksekutif ASLI Dr Michael Yeoh dan naib canselor UiTM Prof Abdul Halim Sidek.

Panel berkenaan akan diketuai oleh timbalan menteri dalam negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan dibantu oleh timbalan ketua setiausaha kementeriannya, Datuk Ahmad Fuad Aziz.

Abu Seman memberitahu pemberita minggu lalu bahawa jawatankuasa khas itu tidak boleh menjalankan siasatannya sendiri tetapi hanya boleh memantau siasatan yang dijalankan oleh polis bagi memastikan ia berjalan dengan telus dan adil kepada semua pihak.

Monday, May 3, 2010

Polis DIRAJA atau Polis DIJAJA UMNO..?

kalau yang mengarahkan itu UMNO...musti POLIS tak cukup tanah..musti Laju siasat dan hasilnya dalam Komen pun dah dapat jawapannya..siap boleh tunjuk dgn jari siapa yang bersalah.. ini yang arah adalah Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Yahya Petra..emmm boleh jalan ke..?lagi pulak Tengku muhammad Faris ketika ziarah memakai JUBAH...ooooo...polis kan Phobia..bila nampak Jubah...nasib baikpemancut air free tak ikut sama ke Hospital..

haah ahaha haha haha kena tukaq lambang.ke.?.
nanti boleh komen k`jaan Pas derhaka kepada pemangku sultan kerana biarkanTuanku bawa kereta sendiri...?
fahamilah perangai UMNOBN..wahai siPolis...jangan sampai Rakyat menyumpah..kelak binasa diri dan kaum keluarga..hidup didunia tak guna seduit pulak..?

Pengawal keselamatan Istana Kelantan ditembak koma, kata isteri

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 2 Mei — Pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohd yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini sejak semalam berada dalam keadaan koma.

Isterinya, Maznah Mustapha berkata keadaan suaminya ketika ditemui di hospital hari ini.

“Koma,” katanya menahan sebak.

“Saya pun tak tahu bagaimana hendak cerita, pihak hospital belum buat pembedahan lagi.

“Mereka (pihak hospital) hendak tengok, apa... ni, kaji dulu keadaannya dari beberapa aspek sebelum pembedahan dibuat.

“Mungkin mereka juga perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan kesan atau risiko.

“Masalah peluru yang masih belum terbuang itu, tak tahulah pula saya kerana belum dibedah,” katanya sugul.

Dalam kejadian pukul 12.25 tengah malam kelmarin, Ismail, 50, yang menunggang sendirian ditembak dari jarak dekat oleh orang yang tidak dikenali, di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat kira-kira tiga kilometer darinya.

Mangsa yang cedera di dada dihantar ke Hospital Tumpat sebelum dirujuk ke Hoaspital Raja Perempuan Zainab II kerana didapati serius. Sehingga hari ini polis belum membuat sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

Dia yang bertugas sebagai pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan sejak 17 tahun lalu secara kontrak merupakan bekas seorang anggota tentera.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Yahya Petra hari ini menziarah Ramli.

Tengku Muhammad Faris yang memandu sendiri keretanya memakai jubah putih tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan diiringi pengawal keselamatan dan disambut oleh pegawai-pegawai kanan hospital itu.

Baginda berada kira-kira setengah jam untuk mengetahui keadaan kesihatan pengawal itu yang dijangka akan menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan peluru yang terbenam di dadanya.

Semalam baginda mengarahkan polis membuat siasatan segera kes itu bagi mengetahui punca sebenar kejadian yang dianggap serius dan perlu diketahui.

Friday, April 30, 2010

JOM TURUN PADANG LAGI.......

MASA ITU SIAPA PULAK NAK TEMBAK AIR DAN BOM ASAP...demonya dituju pada POLIS.....mungkin SPRM ATAU SPR akan ambil alih kerja dari PDRM..haha haha haha hahak

'IGP mesti letak jawatan atau berdepan demo'
Apr 30, 10 8:14pm
Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.

Macam main lailai litamblem ..aje POLIS..

Siasat Pantas...AG kata tak cukup minggu depan kena siasat lebih lanjut..lanjut punya lanjut..sampai teloq lanjut nanti..Rakyat Lupa..boleh cover balik...macam main aci aje Polis dan AG4tahil...kenapa..mudah dan murah sangat ke nyawa siremaja ini...kalau kena kat anak beranak hangpa macam mana perasaan hangpa ..ingat sikit wahai sipolis yg tembak tu..pastu saksi report lain..kat paper jamban keluar berita lain...apa ini semua...aduh aduh aduh selagi tak pasti apa kelulusan KP selagi itu rakyat semakin rungsing dan ragu dgn Pihak POLIS..kalau tidak pun mohon maaf dan duduk rumah jaga cucu aje..bagi orang lain buat kija..

Peguam Negara arah polis buat siasatan lanjut Aminulrasyid

SHAH ALAM, 30 April — Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Peguam Negara mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, 15, (gambar) yang mati terkena tembakan polis pada Isnin lepas.

Beliau berkata arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan oleh polis Selangor hari ini.

“Selepas kita laksanakan arahan ini, kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada minggu hadapan untuk diteliti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pagi ini dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya hari ini.

Musa berkata polis juga mengalu-alukan inkues dijalankan berhubung kes berkenaan bagi mengetahui kejadian sebenar dan punca insiden itu

Khalid berkata sehingga hari ini keterangan lebih 20 saksi telah direkodkan bagi membantu siasatan.

Laporan saksi cetus tanda tanya remaja ditembak, kata MP Khalid

malaysiainsider


SHAH ALAM, 30 April — Dengan mendedahkan kandungan laporan saksi insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) meminta polis menghentikan segala ‘drama’ berkaitan kematian remaja tersebut awal minggu ini.

“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.

“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

“Dan, bagaimana parang boleh ada dalam kereta sedangkan cuma ada kasut dan patung sahaja? Ini memang tidak logik,” katanya lagi. Persoalan itu juga ditimbulkan oleh ibu Aminulrasyid beberapa hari lalu.

Khalid berkata, menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.

“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.

“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.

“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.

Tuesday, April 27, 2010

HULU SELANGOR ..BN YANG PUNYA.....tunggu...?

Bunuh juvana: Khalid minta polis lindungi saksi

SHAH ALAM, 27 April: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes bunuh juvana, Aminul Rashid Hamzah, 15, (gambar) yang membabitkan empat pegawai polis pagi semalam.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam, di sini pagi tadi.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

"Dengan laporan yang dibuat (oleh saksi utama) semalam, memadai dan jauh lebih benar berbanding kenyataan pihak polis di beberapa media."

Dalam pada itu, beliau mempertikai tindakan polis menembak Aminul Rashid di kepala dari belakang sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.

Disebabkan itu, beliau mempersoal tindakan polis memukul salah seorang juvana terbabit, sebelum juvana tersebut melepaskan diri.

Beliau turut mempersoal pertimbangan polis menembak juvana yang terbabit sedangkan mereka masing-masing tidak bersenjata.

"Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam (sedangkan) di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang didakwa polis sebelum ini," ujarnya.

Bercakap pada sidang media yang sama, Yaakub Sapari, Exco Kerajaan Selangor yang juga Adun Kota Anggerik turut menyuarakan rasa kecewa dengan insiden yang membabitkan rakyat di Dun beliau.

Dengan berlakunya peristiwa tersebut, seakan mengulangi insiden tembak rambang yang membabitkan seorang ibu tunggal, Norizan Salleh, Oktober tahun lalu.

Manakala, Monaliza Mokhtar (gambar sebelah), Biro Hal Ehwal Murid PIBG Sekolah Menengah Seksyen 7 pula menganggap beberapa media yang menganggap juvana terbabit sebagai suspek kumpulan samun sebagai suatu fitnah.

Beliau turut menjelaskan bahawa keluarga mangsa serta dua saksi utama sedang membuat pertimbangan akhir untuk mengambil tindakan kepada pihak berwajib yang terbabit memutar belit bukti sebenar berhubung juvana terbabit.

Beberapa media arus perdana sejak semalam melaporkan bahawa juvana terbabit sebagai suspek ahli kumpulan samun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan, dilaporkan tidak menolak kemungkinan bahawa mereka yang terbabit terlibat dalam kegiatan menyamun.

Tuntas dari tembakan di kepala yang membabitkan juvana dari Sekolah Menengah Seksyen 7, di sini tersebut, implisitnya mencalar kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memelihara keselamatan rakyat dan negara.

Thursday, January 21, 2010

BN..di pejabat...PAS..?????


BN di pejabat PAS...Pejabat Ahli Parlimen Bukit Gantang..kenapaaa????
isu nya saborle yopppp..nanti saya akan tulis...tapi agak besar dan bahaya juga..soal bang bang..harap lepas ini demo semua sokong PR le...
KISAH SELANJUTNYA:KLIK DISINI



Sunday, November 22, 2009

Ada POLIS baik dan ada POLIS Jahat.

Pasukan Khas Polis Bagi Pastikan Siasatan Tidak Berat Sebelah


ALOR SETAR, 22 Nov (Bernama) -- Pasukan khas dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah yang ditubuhkan untuk menyiasat insiden amuk di Guar Sanji, Perlis 15 Nov lepas bertujuan memastikan tidak ada unsur berat sebelah dalam siasatan kes itu.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata pasukan yang ditubuhkan itu akan menyiasat kejadian terbabit daripada setiap aspek.

*"Pasukan ini terdiri daripada pegawai-pegawai saya dan mereka akan menjalankan siasatan supaya tidak ada unsur berat sebelah.

*"Kalau Polis Perlis yang jalankan siasatan, mungkin akan dipertikai...jadi inilah keputusan terbaik yang diambil oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup belia bersama PDRM mencegah jenayah di sini pada hari Ahad.

kalau ketua Polis pun beranggapan macam ini..apa nak dikato...pada rakyat.

selanjutnya baca disini
sumber:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails