BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label prk sibu. Show all posts
Showing posts with label prk sibu. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

SPRM..tergeliat TELOQ..ke apa..?

ini bukan rasuahke..wahai SPRM..?mana ketua spr/sprm..semua tido kepung teloq kut..?

Buat laporan ada Bukti..?

kalau dah jenis makan Txxk..buat le apa pun ..banggan tetap banggan..perasuah tetap perasuah..jenis manusia ini mana ada maruah atau malu diwajah dan dihati..harap kemaluan aje besar...menyusup mencari PuteriUmno..yang comel lotek..apesis binawe besar...

Bukti Penyelewengan Undi Pos Oleh SPR Di PRK Sibu

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke membuat aduan rasmi berhubung kelemahan proses perjalanan pilihan raya kecil Sibu Ahad lalu di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya petang tadi.

Turut hadir menyerahkan aduan kepada SPR termasuk Ketua Penyelaras Ajen Mengundi DAP, Vincent Wu, Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan, Mary Josephine dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

“Kita amat tidak berpuashati dengan beberapa perkara yang berlaku dalam PRK Sibu, terutamanya mengenai pengiraan undi pos,” kata Loke kepada media selepas menyerahkan aduan kepada SPR.


Loke berkata petugas undi pos Pakatan Rakyat mendapati sewaktu penjumlahan undi pos dilakukan, terdapat beberapa kod undi yang jumlah pemulangannya melebihi dari jumlah yang dikeluarkan. Ia melibatkan Kod 708, iaitu 6 undi dikeluarkan dan 24 yang kembali, Kod 429, 160 yang dikeluarkan dan 161 yang kembali serta Kod 43, sebanyak 47 undi dikeluarkan dan 67 yang kembali.

“Ini tak boleh berlaku kerana undi yang diterima tidak boleh bertambah. Kalau undi yang kembali menjadi sedikit, itu logik, sebab mungkin ada orang yang tak mengundi, dan memang itu hak dia. Kalau ada lebihan, bermakna kertas undi itu tidak dikeluarkan oleh SPR,” jelasnya.

Beliau memaklumkan setiap undi pos perlu dikembalikan bersama satu surat akuan yang perlu ditandatangani oleh seorang saksi.

Namun petugas Pakatan Rakyat membantah apabila meragui surat akuan tersebut selepas mendapati banyak sampul yang tidak mempunyai tandatangan.

Bantahan tersebut diterima oleh Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya tetapi seorang pegawai SPR Pusat yang bernama Ismail campur tangan dan mengarahkan beliau untuk menerima semula undi yang ditolak tersebut.

Ini berlaku sedangkan terdapat kesalahan pada sampul dan kertas undi terbabit

Petugas Pakatan Rakyat juga berjaya mengesan individu yang disyaki pengundi hantu.

Mereka turut merakam gambar dan mendedahkan terdapat beberapa individu yang mendakwa diri mereka adalah wakil kepada pengundi pos.

Loke turut mempersoalkan kelewatan pihak SPR untuk mengumumkan keputusan seperti mana yang dijanjikan.

Kelewatan 2 jam itu berpunca dari proses pengesahan pengiraan undi pos. SPR didakwa menangguhkan pengeluaran Borang 15 yang mengesahkan keputusan kiraan tersebut.

“Borang 15 itu adalah bukti pengesahan oleh pegawai SPR dan parti yang bertanding. Kami takkan tinggalkan tempat kiraan tanpa borang tersebut. Bahkan sampai hari ini pun kita masih belum terima borang tersebut,” kata Loke.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mempersoalkan kewajaran SPR untuk mewujudkan pusat pengundian di kawasan persendirian seperti rumah panjang.

“Sepatutnya pengundian dijalankan ditempat yang sah dan berkecuali seperti sekolah atau balai raya. SPR mesti ambil iktibar dari insiden seperti ini,” jelas Loke lagi. -SK

Oleh Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

meeBN..cepat dibuat ..cepat le rosak

PRK Sibu P212 pada 16 Mei lalu memberi signal bahawa sedaif-daif dan semiskin-miskin rakyat Sibu, mereka masih tidak termakan seluruhnya dengan perbuatan rasuah dan suapan oleh BN/SUPP disepanjang tempoh berkempen.

Segala janji manis oleh pimpinan BN termasuk PM 1Malaysia ditaburkan sehingga kata-kata mengemis dari Najib, "I help you, you help me" terungkap di Sibu menunjukan bertapa terpinggirnya rakyat Sibu khususnya kaum melayu/malanau disepanjang sungei Rejang, di Kg Jeriah , di rumah2 panjang dll.

Di sekeliling masjid Sibu, mulai jam 4 pagi lagi jentera penurap jalan dan pekerja mee segera telah siap sedia untuk memberi turapan baru kepada jalan2 yg sempit dan berlubang2. Cek RM18juta di beri oleh Najib kepada beberapa sekolah Cina di Sibu menyebabkan kaum Cina berasa lagi di hina oleh Najib seolah2 mahu membeli mereka! Mereka ada maruah. BN kalah di Batang kali, Ulu Selangor walaupun Najib mengumpan mereka dengan RM3juta untuk satu sekolah Cina disitu.
Bayangkan jika tiada PRK maka adakah kerja2 segera ini dilakukan? Saya yakin tidak. Bukanya satu pemimpin dari satu kementerian, malah semuanya pemimpin termasuk para Menteri mahu menjadikan Sibu bandar wireless terunggul, menyiapkan lebuhraya, pusat pelancungan, hab itu, hab ini, dll pada masa itu juga! Berapa banyak secara kebetulan ya?
Rata2 anak Sibu sendiri meninggalkan bandar tersebut mencari kerja ditempat lain. Kempen dari SUPP/BN yg mendakwa, " undi DAP bererti undi Negara Islam", "undi DAP nanti tak dapat makan mee Kampua"(gambar mee kampua berlemak babi dihidangkan dalam mangkuk bulan PAS pada billboard di roundabout-oleh SUPP/BN), cukup memberansangkan . Malahan memberi pukulan balik kepada BN di mana kaum Cina yg sekarang ini amat tahu dengan latar belakang PAS dan pergerakan PAS tidak termakan sama sekali dengan dakwaan bahan kempen tersebut.
Dalam satu dialog dengan hampir 300 pengundi Cina agama Kristian di Hotel Paramount, saya diajukan satu soalan oleh seorang pemuda mengenai dakwaan dalam kempen tersebut. Saya tanyakan semula sama ada terdengar kaum Cina di Kelantan yg sudah 20 tahun di bawah pentadbiran PAS, tidak di benarkan makan babi, minum arak dll. Bahkan patung Buddha yg terbesar sedang berbaring, berdiri, duduk tak pernah PAS ganggu! Tidak ada insiden potong memotong terdengar. Ini kemudian disahkan oleh pimpinan PR yg lain termasuk Dato Chua Jui Meng, YB Dato Ngeh Koo Ham dll. betapa adilnya PAS di Kelantan.
Apapun, saya merasakan PRK Sibu menunjukan bahawa BN menggula2kan rakyat dengan janji dan dan wang ringgit tidak bolih mempengaruhi mereka menolak BN.

Kempen dari pimpinan PR yg BN merasuah mereka dapat diterima dan akhirnya memenangkan DAP. Sama jugalah halnya seperti di PRK ulu Selangor. Namun oleh kerana jumlah pengundi peneroka felda melayu yg besar belum bolih memenangkan PKR di situ.

Kesimpulanya, kemenangan haq mengatasi bathil dapat di lihat di Sibu dan kita minta supaya di lain PRK, UMNO/BN terus menggunakan pendekatan sama, ia itu menawarkan dan menaburkan bermacam2 janji, mee segera dll yg telah lama dinafikan oleh BN. Di Sibu rakyat Sarawak berjaya menumbangkan rasuah walaupun mereka hidup daif dan sengsara 35 tahun dibawah Ketua Menteri Taib Mahmud. Rakyat di semenanjung yg dikatakan lebih moden, terpelajar, kaya dll bila lagi? Janganlah nanti warga di semenanjung diajar oleh orang Borneo, orang rumah panjang, orang malanau/iban /dayak (yg ramai masih bukan beragama Islam), bagaimana menjaga maruah kita supaya menolah rasuah, perkauman dan penindasan. Tolaklah UMNO BN sekarang dan selamanya!

detikdaily.

Wednesday, May 19, 2010

Rumah Panjang....senget


seorang penduduk..lilly anak serang..mengadu kesusahan hidup dan mohon bantuan seperti JKM..untuk sara hidup bulanan...BN janji beberapa kali..tapi habuk pun tarak...BILa mau undi BN datang bagi duit rm300+-..mana cukup untuk 5 tahun...baru ini janji mau kasi rm600...belum dapat...

gah di banner..dalam kosong..

rumah panjang..menunggu rebah..
ada duit boleh undi..siapa banyak dia dapat undi...penghuni rmh pjg..
minda telah dirosakkan BN untuk kesenangan pemimpin Bn

rumah panjang yang paling cantik..kehidupaan.tiada perubahaan..
bukan papan..tetapi chipboard..jolok gunting boleh berlubang..dikawal samseng BN.

Tak cukup Ruang...

silap haribulan ayam panggang pun dicop BN...Gerai makan di Kg Hilir Sibu...


Tuesday, May 18, 2010

cawangan Pas...


wakil penduduk sdr asri bersama sahabat-sahabat menyerahkan Borang kepada Tuan Guru..

dalam kesibukkan kempen calon PR..petugas-petugas Pas dari semenanjung berjaya menubuhkan satu cawangan Pas di KG Hilir..
diharap penubuhan cawangan pas disibu akan menjadi nadi Pengerak islam disekitar Parlimen Sibu dan berharap banyak lagi cawangan-cawangan Pas akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini.
Pas Perlu bergerak aktif di Sibu kerana rata-rata penduduk Melayu melanau yang ditemui amat menghormati Pas,begitu juga petugas-petugas Pas di Hormati.Mereka juga amat berminat untuk mendalami Islam bukan setakat Islam yang dibawa BN..setakat solat Puasa dan raya...
Pas perlu menjadi pengerak Utama dalam menyebarkan Islam dan juga ideologi Politik Islam.

boleh dikatakan hampir setiap hari ramai penduduk yang lalulalang sepanjang rumah penginapan kami akan melaungkan slogan HIDUP PAS..HIDUP PAS...walau pun anak-anak dara yang berpakaian tak cukup kain dan benang,hatta ramai kanak-kanak yang berjiran akan mengangkat tangan dan ucapkan slogan HIDUP PAS bila nampak kami diluar.dengan satu mimik muka yang mereka cukup berminat dengan PAS.




Lulus lulus..lulus...




Pengerusi DINASTI taib....tunggu keruntuhan

sebanyak rm rm405ribu diluluskan peruntukkan untuk pelbagai projek(ini hanya sebagaian kecil saja).cek disampaikan oleh TPM di masjid sibu selepas solat Jumaat pada 14hb...ini bukan politik..tapi merasuah didalam masjid..!
pagar surau rm40k
smk agama rm85k
sk agama rm40k
smrosli dhoby rm40k
sk abang adili rm40k
sk bendung xx rm40k
sk kg bhgia xx rm40k
sk sg perak rm 40k
smk kh nangka rm 4ok.
soalannya kenapa kelulusan dan penyampain cek dibuat dimasa prk sibu..majlis pulak dalam masjid dengan soru sekali..aritu dapat saya makan agak puas...lauk dia kira best..haha haha kempen kempen juga ..tang soru kena cekap juga..bukan duit BN..semuanya duit rakyat..disalah guna...
tapi sekolah cina di Hulu selangor..walau pun kalah diberi rm3 juta...melayu masih lagi jadi kuda kayu...





ambil ambil...undi PR..

Sarawak..memerlukan seseorang seperti ROSLI DHOBY...

Sarawak..khususnya Sibu memerlukan kebangkitan seseorang yang berjiwa seperti Pahlawan Rosli Dhoby untuk tumbangkan DINASIT Taib...














mailto:calon@YB Sibu...bersama rombongan kami...dihadapan Makam Pahlawan Rosli Dhoby..


Dari sibu....

hari ini sekitar jam 6 pagi 18hb ..sampai dirumah...Letih tetapi Puas..bukan sebab DAP menang..TETAPI BN KALAH..BN DIBAWAH KETIAK UMNO RUNTUH....
rehat dulu tidoooo....harap idea ..untuk meruntuhkan EMPAYAR atau DIANASTI..TAIB disarawak..hhe hehe..keruntuhan dinasti TAIB..kemenangan PR seterusnya......


lapangan terbangan SIBU..lewat 1jam..

nampak gah..aircon kereta aku lagi sejuk..rosak letu...

Thursday, May 13, 2010

Dari Sibu......


pekena NasiLemak Rm3.90 sebungkus..diairport.klia

markas Jentera operasi PAS..kg hilir

pemuda2 kg bahagia..menyertai program Muslimat

program sedng berjalan

ceramah..Ketua pemuda DAP pusat..

.kami tiba dipekan sibu sekitar jam 9 pagi.....bermula ..kempen dari rumah kerumah di Kg Bahagia..seterusnya Program Muslimat sukaneka..
dan malamnya ceramah bersama Ketua Pemuda DAP pusat..di Markas Jentera Operasi..
*kalau ambilkira soal bendera..PR dah lingkup awal lagi..tapi situasi dan keadaan disibu berlainan dari semenanjung..Merata khususnya diperkampung Melayu dan satu dua tempat kawasan cina..memasang bendera dan banting BN dah menjadi bagaikan wajib utk penduduk setempat.
Hasil kempen kami..kebanyakkan pengundi cina menunjukkan kematangan berbanding dgn Pengundi Melayu,walau pun rata-rata pengundi Melayu menerima kehadiran kami.
Kemenangan PR disibu boleh diandaikan bagai memenangi Pertaruhan Nombor ekor yang tak disangka-sangka..(pendapat peribadi saya)..
bersamabung esok I`allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails