BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts
Showing posts with label macam-macam ada. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Kenderaan Untuk ke Majlis bersih..bakal diperkenalkan..

hi hi hi masa itu Polis kena buat road blok kat awan...dan Fru kena pancut air dari awan..apa macam..?

Motosikal terbang pertama di dunia


CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.


SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

Wednesday, June 22, 2011

Ya Allah hanya kau yang mengetahui disebaliknya..

cubaan dan dugaan yang perit dihadapi oleh keluarga ini...hanya Allah yang mengerti apa disebalik ini...ampuni lah hamba mu ini sekeluarga dan tunjukkan mereka jalan keluar untuk menghadapi situasi dan keadaan untuk meneruskan kehidupaan mereka buat sementara waktu sebelum menghadapi mu Ya Allah...amin ya rabulalamin.....

Bapa rayu anak kembar dimatikan


SABA (kiri) dan Farah Shakeel.


PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi

Tuesday, June 21, 2011

Belajar sahaja Tinggi..

Belajar saja tinggi tinggi..tapi otak tahap cibai....tak lama lagi boleh le 1malaysia ikhtiraf majlis sebegini...dan perasminya dah tentu orang dari Johor..auwwwwwwww..

Perkahwinan pasangan lesbian pertama di Nepal


COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.


KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP

Friday, June 17, 2011

Anjing pun ada yang bela..Manusia apa cerita..?


MANUSIA YANG DITEMBAK SEPERTI ANJING..APA SUDAHNYA..?BANYAK SANGAT ALASAN DAN KERENAH..?BUDAK BAWAH UMUR TURUT MENJADI MANGSA AKIBAT KERAKUSAN KUASA DAN PANGKAT,DAN JUGA RASUAH..SIAPA PEMBELANYA..?NAK DIHARAP UMNO ATAU PERKASA...HEMPEHHH..

DITEMBAK 4O KALI DIKEPALA, NYAWA MASIH ADA

Kekuasaan Allah "Anjing Ditembak 40 kali Di Kepala Masih Hidup"

BIRZEBBUGA - Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir,Subhanallah...dengan kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup.

Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama 'Bintang' oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.

Anjing tersebut ditemukan oleh petugas yang sedang melakukan penyelidikan, petugas itu mendengar suara rintihan anjing dari bawah papan kayu yang tertindih sebongkah kayu pohon besar. Saat menyiasat arah suara rintihan tersebut, petugas itu sangat terkejut dengan menemui seekor anjing yang nazak. Ketika menggali pasir untuk mengangkat anjing malang tersebut didapati keempat kaki 'Bintang' diikat sehingga tidak mampu bergerak sama sekali.

Ketika diperiksa didapati 'Bintang' telah ditembak sebanyak 40 kali. Ajaibnya, kumpulan doktor berhasil mengambil 40 peluru yang bersarang di kepala 'Bintang' melalui sebuah operasi dihospital Ta' Qali.

'Bintang' Berjaya diselamatkan. Insiden penganiayaan binatang ini membangkitkan kemarahan masyarakat. Mereka menuntut agar hukuman terhadap pelaku penganiayaan binatang perlu dihukum berat menjadi satu tahun penjara dan denda 46.500 euro. Kumpulan pecinta binatang menggerakkan protes atas tindakan 'menjijikan' terhadap 'Bintang'. Satu laman facebook diwujudkan di mana jumlahnya sudah mencapai 7.000 pengikut. Sebanyak 1.000 tandatangan menandatangani petisyen dunia maya untuk membantu menangkap pelaku penyiksaan 'Bintang'. Mereka juga sepakat menyumbang untuk melunasi biaya operasi dan penjagaan 'Bintang'. Tawaran juga dikeluarkan bagi siapa yang berjaya menangkap penembak bintang.
sumber:

Wednesday, March 2, 2011

Macam-macam ada zaman 1malaysia..kahwin susah tak kahwin lagi susah..

20 gigit jari ditipu nyah

hmetro.com.my

KESAL...mangsa dan ahli keluarga masing-masing menunjukkan laporan polis yang dibuat dan dokumen yang digunakan suspek.
KESAL...mangsa dan ahli keluarga masing-masing menunjukkan laporan polis yang dibuat dan dokumen yang digunakan suspek.

GOMBAK: “Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.

Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.


“Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.

Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata lelaki berusia lewat 20-an itu.


Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya. “Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya,” katanya.


Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu. Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka.

Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan.


“Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah,” katanya. Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu.


“Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.


Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.


“Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit,” katanya.


Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.


“Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.


“Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.

Monday, February 14, 2011

Dunia semakin gilorrr..

ada.juga kelainan sikit dari pada tindakan si menantu balun dia untuk dapatkan anak buat isterinya..aduh aduh aduh..siapa yang giler atau aku yang dah giler ..bila memikirkan kejadian kejadian seperti ini..

Ibu tumpang lahir cucu lelaki


KRISTINE CASEY yang menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya (kiri) melihat cucu lelaki yang dilahirkannya di sebuah hospital di Chicago pada Rabu lalu.


CHICAGO, Amerika Syarikat - Seorang wanita berusia 61 tahun, Kristine Casey yang menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya berjaya melahirkan seorang cucu lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Kristine melahirkan anak untuk anak perempuannya itu menerusi pembedahan di sebuah hospital di sini pada Rabu lalu.

Dia bersetuju menjadi ibu tumpang selepas anak perempuannya yang kini berumur 35 tahun tidak dapat melahirkan anak selepas dia mengalami keguguran.

Menurut Dr. Susan Gerber, pembedahan untuk mengeluarkan bayi tersebut tidak rumit.

Kelahiran bayi itu disambut dengan gembira oleh semua anggota keluarga termasuk Kristine. - Agensi

Thursday, February 3, 2011

Ari ini cuti CNY..bersama sahabat ke Kedah..

Hariini. sesudah subuh ..bersama sahabat keKedah.
bersama seorang sahabat untuk berubat Tradisonal..di KG Tala ,Jeneri,Jeniang Kedah..
sampai sekitar jam 940 pgi..ohhh dah ramai..rumah Tok bomoh dah penuh didalam..letak kereta ikut dan aje...
macam-macam jenis penyakit dirawat oleh Tok Bomoh yg dikenali sebagai Pak Teh..dan Pesanan berulangkali oleh Pa Teh..Penyembuh yang sebenarnya datang dari Allah..lega juga sikit hati mendengar coleteh coleteh Pak Teh..
Macam-macam kes..ada kes dari mata,turun kehati dan berkahir di tumit..kesimpulannya Pakteh Merawat apa sahaja penyakit..tetapi Ingatan beliau penyembuh sebenarnya datang dari Allah..
Kesemua rawatan secara batin...cuma aksi nampak seram..bagai operate,belah sana sini..tetapi semuanya secara batin..rata-rata pesakit menunjukkan sedikit aksi menahan sakit sewaktu rawatan dijalankan..Dan ada juga satu dua pesakit yang takut (golongan Muda)..belah meninggalkan penjaga mereka..ha ha ha..lucu juga..dipujuk dan dirayu penjaga mereka ..masih enggan..nak buat cammana..?kansel program aritu le..sebab ramai..sewaktu saya hadir tidak kurang dari 100 orang memenuhi rumah Pak Teh.
Percaya atau tidak...saya no komen sebab saya bukan pesakit..cuma ikut sahabat..dari komen sahabat yg dapatkan rawatan mata yang kabur..
Allhamdulliah tidak lama selepas rawatan beliau mengatakan penglihatan lebih terang dan bayang kembar seperti selalu telah hilang...saya No Komen...









Friday, January 7, 2011

Ular..Pasar Pagi Jumaat ..simpang.

Pagi Jumaat7hb jan 11 .Riuh kawasan sekitar hadapan Pasar Jumaat Simpang...Ingat kan ada kes kemalangan..rupanya Ular sawa yang kekenyangan...lentuk dalam kawasan Rumput.


orang ramai berpusu-pusu ..melihat ..???



boleh tahan juga Panjangnya..

Boleh duit le demo....

Wednesday, January 5, 2011

hebat hebat..TBH..

hebat hebat Teoh Beng Hock BUNUH tidak ..BUNUH diri pun tidak...tau tau dah MATI.....khik khik khik..yang sebenarnya dia Lupa untuk bernafas..itu yang dimati...!kecederaan sebelum dia mati makna nya..?apa..?

hebat hebat hebat..boleh masuk dalam BOOK RECORD OF 1MALAYSIA...Gunness stout unggaluku nallatahu


Penghakiman terbuka: Teoh tak bunuh diri atau dibunuh

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

NONEMenurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.

Azmil, yang mendengar inkues itu mulai 29 Julai, 2009, juga berkata tidak ada pihak ketiga yang terbabit dengan kematian tersebut.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu.

teoh lee lan in teoh beng hock inquest verdictMendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.

Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.

Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.

Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.

Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.

Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

Sunday, May 23, 2010

ayopa.ayoma..samy....ini macam kasi ajar..anak ke../

sini bapa ..selalu lidah PUSING..sana anak selalu lidah JILAT....?
adehcik..takde malu ke anak busar punya orang ini perangai busuk..itu tengah boleh kasi parking EPAL..takde jatuh punya...
tapi ada baik juga itu MIC .ada kawan manyak baik itu UMNO...macam adik beradik jugale..!


betoike..ini anak samyyy..samyooo samy...

Harapkan PAGAR...Pagar makan Padi..dah lama dahhh..

1.Polis menjaga..keamanan..berapa ramai Polis telah menjadi Punca kekecohan..?

2.Polis menjaga keselamatan..berapa ramai Polis telah menjadi Punca keselamataan tergugat..?

3.Polis mencegah kecurian,rompak..berapa ramai Polis telah mencuri dan merompak..?

4.Polis mencegah perjudian..berapa ramai Polis telah menjadi pelindungan kepada Perjudiaan..?

dan macam-macam jenis lagi.. Polis diberi tanggung jawab dan dibayar GAJI dari duit RAKYAT...tetapi berapa ramai Polis telah mengabaikan Tugas dan Tanggung Jawab ..setelah kenyang Makan dan memberi makan anak pinak mereka..?halalke..?

wah pening maaa bila memikirkan ini...konfuis....?masih lagi tak sedar..?

Polis didakwa palsukan dokumen


SHAH ALAM - Seorang polis berpangkat Asisten Superitendan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi membuat kerja-kerja pembaikan di stor bekalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, bernilai RM5,995, lima tahun lalu.

Tertuduh, Samsudin Sirat, 54, dituduh melakukan kesalahan itu pada Februari 2005 di Pejabat Cawangan Logistik Bekalan IPK Selangor, Seksyen 15, di sini, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Samsudin yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur didakwa dengan tiga pertuduhan membabitkan perbuatan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat sebut harga dan invois milik Deng Engineering & Trading bertarikh 7 Januari 2005 dan 14 Mac 2005 bagi pertuduhan pertama dan kedua.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.

Bagi pertuduhan ketiga, bapa kepada empat orang anak itu dituduh membuat tuntutan palsu bagi kerja-kerja pembaikan di stor bekalan IPK Selangor sedangkan sebenarnya kerja itu tidak dilaksanakan oleh Deng Engineering & Trading.

Samsudin didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Mat Ghani Abdullah.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee menawarkan tertuduh diikat jamin RM8,000.

Peguam, M K Thas merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya mendapat gaji bersih RM3,400 sebulan dan perlu menanggung empat anak yang masih bersekolah.

Thas juga meminta mahkamah mempertimbangkan kerjasama penuh diberikan oleh Samsudin sepanjang siasatan dijalankan.

Mat Ghani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 16 Jun untuk sebutan semula kes dan 11 hingga 15 Oktober untuk perbicaraan ketiga-tiga tuduhan itu.

Sunday, May 9, 2010

PANTAT........ini.mesti kes.................?

ini mungkin kes ramai Pembantu Rumah warga asing..buat overtime atau partime JOBSSS....HE.heheheh...itu yg ada naik geram...ditambah..bagi jadi cun dibaca......?

kalau korang pernah lalu dekat Lorong Bukit Pantai yang terletak dekat hostel jururawat Pusat Perubatan Pantai kat Bangsar tu, korang akan perasan sebuah kondo di lereng bukit yang dikenali sebagai Pantai Towers

tetapi anak tokoh wartawan tanah air Tan Sri Samad Ismail, Nuraina yang juga seorang blogger, terkejut gila babi bila lalu kat kondo tu baru-baru ini

Nuraina terperasan yang ada makhluk nakal telah mengubah huruf I kepada huruf T di dinding masuk kondo, menjadikan Pantai Towers bertukar Pantat Towers, adoyyyyyyyyyyyyy

vandalisma oh vandalisma,

oh Malaysia…bumiku bertuah!

SUMBER:


Sultan...dah main Bomoh..

ini macam kes Puaka.aritu aje...sifunya siapa...mungkin ke BIG MAMA...

K'tan: Kakak dakwa Tengku Anis kawal sultan

Dua orang kakak kepada Sultan Kelantan - Tuanku Ismail Petra Tuanku Yahya Petra - hari ini mendakwa bahawa Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, yang mengawal ketat sultan.

Mereka mendakwa, Tengku Anis yang mengawal siapa yang boleh menziarahi sultan, dan polis, doktor serta kakitangan hospital menjadi sasaran gangguan para pembantunya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Rumah Kelantan di ibunegara hari ini, Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra (kanan dalam foto) berkata, beliau difahamkan seorang kakitangan hospital telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Sultan Kelantan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu, Kelantan.

Sidang akhbar tersebut merupakan perkembangan terbaru dalam pergolakan keluarga diraja Kelantan antara Tengku Fakhry Petra dengan abangnya, Tengku Faris Petra, berhubung takhta kerajaan negeri.

Seorang lagi kakak baginda, Tengku Rozan (kiri dalam foto) berkata, beliau dan Tengku Salwani dilarang Raja Perempuan daripada menziarahi sultan ketika baginda dirawat di Singapura sebelum ini.

Beliau mendakwa, mereka dilarang berbuat demikian selama sembilan bulan mereka berada di republik itu.

Pelawat lain, katanya, termasuk pakar perubatan dan pakar agama dari Malaysia, juga turut dilarang daripada menemui baginda.

Dakwanya lagi, hanya mereka yang menyokong Raja Perempuan dibenarkan melawat baginda.

Tengku Rozan juga berkata ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa Raja Perempuan telah menggunakan bomoh untuk 'merawat' sultan dengan "barang-barang yang diragui dari segi hukumnya" ditemui dekat baginda di Singapura.

terbenam....ditarik Mambang....?

sebuah Excavators..terbenam dekat sg Jebong.dah hampir seminggu terperangkap dalam selut..masih tidak dapat dikeluarkan.
sahabat ana akan cuba menawarkan diri kepada Tokeh syarikat ini untuk mengeluarkan jentera ini jika Pihak Tokey setuju dengan Kos yang akan dibincangkan petang ini..


kalau ikut aku ..apa kata kita potong kepala kambing atau kepala Lembu...sebut kepala lembu kena cari mamat mangkuk yang usung kepala lembu di SUK selangor haritu..mana mamat itu..apa jadi dgn kes mereka..?takkan dah settle dengan SUP KEPALA LEMBU aje...

Thursday, May 6, 2010

jgn sampai..ternampak kat najib...

Musim PRK ini....Jangan sampai terpandang oleh PieeeMM kita...nanti dikenakan GST..macam mana nak jual 10 sen pulak...kena naik harga jadi 25sen....haha haha haha hah


PENJUAL kuih, Madinah Zen, 49, dibantu anak saudara, Abdul Najib Solo, 29, (kiri) masih menjual kuih pada harga 10 sen sebiji di Kampung Hilir, Sibu. Beliau yang menjual kuih lebih lima tahun di situ berpendapat bersedekah sambil berniaga lebih baik daripada menjual kuih pada harga tinggi sehingga orang kampung tidak sanggup membeli. - Foto Rosdan Wahid
May 6, 2010 4:02 pm

Saturday, February 13, 2010

Ustaz..1MALAYSIA...KURANG ajar..

Lapan murid perempuan dakwa dicabul ustaz gatal

ust 1 malaysia ini kena kerat punai dia lagi sekali..awatnya kurang ajar macam ini..

TANGKAK: Sekurang-kurang lapan murid perempuan Tahun Empat mendakwa menjadi mangsa cabul apabila bahagian paha dan alat sulit diraba serta buah dada mereka diramas oleh seorang ustaz yang mengajar al-Quran dalam kelas pendidikan Islam di sebuah sekolah, dekat sini, 1 Februari lalu.

Kejadian terbongkar selepas sekumpulan murid perempuan itu membuat aduan kepada guru kaunseling sekolah berkenaan mengenai perbuatan ustaz berusia 30-an berkenaan ketika sesi persekolahan kelmarin.

baca lagi>>>

Tuesday, January 26, 2010

Percaya..BOMOH..3/4.........juta hampir terbang....he he

 Morbid crime: Sungai Maong Chief Inspector Stanley Mawan showing the mini coffin used to store the RM750,000.

KUCHING: A bomoh who told a couple to put their life’s savings of RM750,000 into a coffin to cure an illness was arrested for cheating the couple.
Police arrested the bomoh, 35, and his accomplice, 47, at separate locations here last Thursday. Police also seized the coffin, which was empty, and a vehicle which the bomoh is believed to have purchased using the couple’s money.
Sarawak Commercial Crimes Investigation Department head Supt Mohd Firdaus Abdullah said the bomoh duped the couple into believing that the husband, who had fallen ill suddenly, could be cured if they gave him RM750,000 to be placed in a coffin.
“He convinced them to buy the coffin and have it kept in a certain temple in Kuching and he would place the money in it on their behalf.
“He then told them that the husband would be cured provided the money was not touched for three years,” Supt Mohd Firdaus told a press conference at the Sungai Maong police station here yesterday.
He said the incident happened middle of last year but the couple only lodged a police report last week after suspecting that they had been cheated.
baca lagi......

Monday, January 25, 2010

SUNGAI ATAS SUNGAI..


Jambatan Air DI Jerman.
6Tahun,500 juta euros 918 meter panjang. 
AMI

Sampai bilaalah.nak jadi Pengampu BN...






Gila Jenis Terbaru.......

mungkin mouse dijadikan....untuk urusan RASMI!!!!!

Gadis ingin kahwini komputer riba

LONDON: Seorang gadis cantik menimbul kekecohan di Internet apabila mengumumkan ingin mengahwini komputer ribanya.

Hermione Way, 24, dari London membuat kenyataan jatuh cinta dengan komputer ribanya, MacBook Pro 17 inci di YouTube, Alex.

Rakaman video itu dilihat seluruh dunia dan hingga kini 30,000 menonton video itu sejak seminggu lalu.

Hermione mengaku idea itu mungkin pelik tapi menegaskan, warga Britain perlu membenarkan perkahwinan dengan teknologi canggih jika mereka yang terbabit serius, sama dengan perkahwinan sejenis yang kini diiktiraf pihak berkuasa.

Rakaman pendek itu turut mendakwa Hermione dan ‘pasangannya’ berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka 31 Januari dan tidak pernah berpisah sejak dua tahun lalu.
Ibu Hermione, Jane turut muncul di dalam video itu dan merestui hasrat anaknya itu.

“Kami tahu Hermione pasti gembira,” katanya.

Hermione memilih Alex kerana ia tidak hirau bagaimana rupanya.

“Kami habiskan setiap detik bersama. Yang pasti kami gembira bersama,” katanya. - Agensi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails