BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label parlimen. Show all posts
Showing posts with label parlimen. Show all posts

Monday, December 21, 2009

masih lagi ada Talian Hayat..kalau Tidak..tertiarap..


Oleh - Profesor Dr Abdul Aziz Bari

BN pucat, PR gigit jari

Apa yang berlaku di Dewan Rakyat Isnin lalu adalah sejarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Dalam insiden mencemaskan itu rang undang-undang perbekalan 2010 atau bajet (belanjawan) tahunan untuk tahun hadapan lulus dengan majoriti tipis tiga undi.

Kalau rang undang-undang itu ditolak ia boleh menyebabkan kerajaan terpaksa meletakjawatan dan sebuah kerajaan baru perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Memang Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebutnya, tetapi itulah tindakan yang perlu dilakukan jika Barisan Nasional (BN) gagal mendapat wang daripada Parlimen.

Dalam undian yang dibuat BN mendapat 66 undi sementara Pakatan Rakyat (PR) dengan 63 undi menentang rang undang-undang berkenaan. Buat masa ini BN mempunyai 140 kerusi manakala PR mempunyai 82 kerusi.

Kalau diumpamakan sebuah perlawanan bola sepak, pintu gol BN telah digegarkan sebuah sepakan kencang daripada PR. Bagaimanapun sepakan itu terkena palang dan bola muntah ke tengah padang. PR yang dalam perbahasan mengawal permainan, nyaris menjaringkan gol kemenangan. Bagaimanapun kerana BN adalah juara bertahan ia masih mampu menjaringkan gol meskipun tidak cantik. Tetapi cukup untuk menyambung nyawanya dalam liga. Ini cukup baik untuk meneruskan permainan mempertahankan kejuaraan sehingga permainan tamat pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.



Runcing

Walau apa pun yang berlaku dalam PRU itu kedudukan BN sekarang memang runcing. Pada petang Isnin itu ahli Parlimennya hilang entah ke mana, dan sebenarnya ketika perbahasan pun mereka jelas kelihatan tenggelam punca. Ahli-ahli Parlimen BN, berbanding kebanyakan Ahli Parlimen PR, jelas terlalu biasa dengan keadaan selesa yang mereka nikmati sejak merdeka. Buat pertama kali Perdana Menteri dan Timbalannya terpaksa bergegas ke Parlimen untuk memastikan bajet mereka, yang dihentam kiri dan kanan sejak dibentangkan dua bulan lalu, selamat.

Dalam sistem demokrasi berparlimen seperti Malaysia nyawa kerajaan terletak di tangan parlimen, khususnya Dewan Rakyat. Jika mereka gagal mengekalkan sokongan majoriti di situ, kerajaan itu wajib meletakkan jawatan. Salah satu keadaan di mana sokongan itu perlu ditunjukkan ialah dalam pembentangan belanjawan atau bajet tahunan. Sebab itu di kebanyakan negara kesemua anggota kerajaan dan penyokongnya datang ke Parlimen.

Fenomena yang berlaku di Malaysia memang pelik. Bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut betapa berbanding dengan negara-negara 'Westminster' yang lain, kita dilihat ganjil kerana selepas belanjawan dibentangkan Perdana Menteri, Kabinetnya tak kisah. Mereka malah membuat lawatan – baik rasmi mahupun kerja ke luar negara. Dalam kata lain tidak pernah timbul kebimbangan yang bajet itu akan ditolak oleh Parlimen.

Tetapi dalam insiden di Dewan Rakyat Isnin lalu, apa yang bagi saya lucu ialah betapa pembangkang sendiri semacam tidak sedar tentang pentingnya peluang itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Jadi sepakan yang terkena palang tadi sebenarnya bukanlah perancangan rapi, sekadar satu cubaan.

Sehingga kini saya belum dengar apa-apa komen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai insiden bersejarah itu. Khabarnya Ahli Parlimen PKR yang paling ramai tidak hadir. Ada yang memberitahu Ahli Parlimen Pas kebanyakannya hadir. Tetapi, saya berasa aneh juga kerana ada dalam kalangan mereka yang membuat lawatan ke luar negara, sakit dan sebagainya.

Saya fikir sebagai parti yang melaung-laungkan negara Islam dan jihad perkara-perkara seperti ini tak sepatutnya menjadi alasan. Mati dalam Dewan pun tak mengapa. Tetapi BN lebih teruk lagi sebab dalam keadaan mereka bergelut dengan hidup dan mati itu ada pula Ahli Parlimen mereka yang sedang bermain cinta dan dilanda gosip!

Thursday, November 19, 2009

Banjir......banjir.....


jentera-jentera yang telah dididik oleh UBN...

satu malaysia konon
Minda masyarakat.....umno UBN telah setkan minda masyarakat...apa saja masaalah walau pun sikit ...jawapannya bantuan.subsidi,

Kesian pulak kepada YB-YB PR...dah lah peruntukkan yb dinafikan,peruntukkan yang sepatut diterima, disalurkan melalui YB YB BN saja,yang YB PR tiada sebarang maklumat bagaimana dan dimana peruntukkan yang di khaskan untuk Kawasan Yang mereka wakili disalurkan atau di belanjakan.

Penduduk atau masyarakat yang diwakili YB YB PR akan ke pusat khidmat YB selalunya akan demand itu dan ini..mana nak korek duit...susu anak,nak bayar yuran,beras habis,bill Tnb sangkut,duit kereta belum jelas,ada juga kes-kes pelik bin ajaib...bil elektrik rumah yang disewa pada orang lain sangkut pun depa pegi cari YB....mampus mampus kalau macam ini.
punca kepada semua masaalah ini confirmnya adalah dari UBN dan pemimpin-pemimpin BN yang hasad dan dendam dan juga mencari peluang wang masuk untuk kaum kerabat mereka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails