BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ
Showing posts with label YB Nizar. Show all posts
Showing posts with label YB Nizar. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Taklimat..Gerak Kerja..menangkan calon Dun Changkat Jering & Parlimen Bkt Gntg













Malam tadi satu Taklimat Khas Pas Kawasan Bukit Gantang.Taklimat khusus untuk memenangkan Calon Pas Dun Changkat Jering,Calon yang bakal gegarkan seluruh negeri Perak.iaitu Ds nizar ..DSN juga akan terus dicalonkan untuk Parlimen Bukit Gantang.
Tugas Khas petugas petugas merangkumi untuk mengembalikan keyakinan Pengundi pada PR selepas terjadinya Insiden Pengkhianatan bekas Calon PKR yang menjadi Katak Hidup selepas menerima sogokan dan suapan tegas YDP pas Kawasan Bukit Gantang ust Nordin.


tugas berat menanti Pengarah MTD Changkat Jering.

Tuesday, August 23, 2011

DS NIZAR..calon Dun Changkat Jering

Dato Seri Hj Nizar Jamaludin dikhabarkan akan menjadi Calon Dun Changkat Jering merangkap Calon Parlimen Bukit Gantang dalam PRU 13 yang tidak lama lagi.
Banyak pendapat dan Idea mendesak DSN menjadi calon Bukit Gantang dan Changkat Jering kerana sebelum ini calon PKR Osman Jailu telah mengkhianati perjuangan PR dan terdapat penyokong penyokong PR mendesak secara sendiri dengan memanggil dan menghantar SMS terus kepada DSNizar, saya juga dimaklumkan bahawa DSN bersetuju dengan desakan Rakyat.
Dan dipihak Pas Kawasan Bukit Gantang mengalualukan DSNizar jika benar itu pilihan beliau dan sedia untuk memastikan kemenangan berganda buat PAS dan amnya DSN sendiri.kata sdr osman salah seorang Ajk Pas Kawasan.


seperti yang dicadangan oleh abg Mat tempoh hari ..akan menjadi kenyataan..!

Wednesday, May 5, 2010

YB Nizar...walau dimana.. masih dihormati...

walau dimana..masih lagi seperti dulu..sewaktu menjadi MB perak..YB HJ Nizar dihormati dan disayangi tak kira bangsa dan umur...Rakyat amat menyenangi beliau..komen selalu yang kedengeraan kenapa Lama tak datang.selalu-selalu datang..jangan 2,3 bulan baru nak datang...takde pun yang minta duit atau projek...tetapi keceriaan wajah DS..dirindui.........


pasar malam batu 2 1/2..isnin 3/mei...





Saturday, May 1, 2010

Macam spesis Pencuri tuduh kita mencuri..?


Nizar: Rasis gelar saya menghasut?
Pakatan Rakyat perlu masuk ke setiap pelosok kampung sekiranya mahu cita-citanya menuju ke Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti menjadi kenyataan. Bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata, BN berjaya mendapatkan sokongan Orang Asli, orang Melayu di kampung-kampung - termasuk peneroka Felda, pekerja estet India - lebih 53 tahun dengan mengawal dan memanipulasi media arus perdana. Strategi ini dilhat berjaya dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, di mana Nizar menuduh BN terlibat dalam politik wang dan taktik mengancam bagi memastikan kemenangan calon mereka P Kamalanathan. "BN menggunakan dana awam dalam bentuk hadiah pilihan raya dalam setiap pilihan raya kecil di negara ini. "Dan mereka rasis apabila berhadapan dengan pengundi dan apabila menyifatkan ucapan saya di Hulu Selangor sebagai hasutan," katanya.

Friday, April 30, 2010

Masyuk..lagi..Penuh Lagi Tong Sampah..



masyuk dah tentu..tong sampah penuh lagi..takde kerja cari kerja..ini UMNOBN sebenarnya...

Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor. Beliau didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet. Laporan terhadap Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.15 tengah hari tad.Ia dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh. Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat. "Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," dakwanya kepada pemberita. Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar dalam ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Chan pula mendakwa kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.

DS NIZAR- Siasat segera dan beri keadilan untuk Ong Mo Aik




IPOH: Pihak polis diminta bertindak segera bagi membuat siasatan terhadap pihak yang memukul pelajar tingkatan peralihan Sekolah Menengah Matang, Ong Mo Aik , dan menghadapkan pihak terbabit ke mahkamah secepat.

Langkah itu perlu bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pihak polis sekaligus mengangkat imej polis dalam membenteras jenayah di negara ini.

Demikian dinyatakan Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Ganrang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Janaludin kepada pemberita selepas melawat Ong Mo Aik di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini.

Turut sama dalam rombongan melawat pelajar berkenaan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Lee Bon Chai dan wakil dari Dewan MUslimat PAS Perak.

Beliau berharap kes berkenaan akan diberikan perhatian serius oleh pihak polis kerana tindakan segera yang akan dibuat oleh pihak polis dengan sendirinya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap polis.

Sempena lawatan itu juga beliau mewakili Pakatan Rakyat memberikan sumbangan RM3,000 kepada keluarga Ong bagi menampung kos pembiayaan rawatan tersebut.

Ong Mo Aik sebelum ini dibawa ke Hospital Taiping pada 22 April lalu. Pelajar berumur 13 tahun itu dipukul sewaktu menunggu bas sekolah di pondok menunggu di luar kawasan SMK Matang, Jalan Kuala Sapetang dalam Parlimen Bukit Gantang.

Pelajar tersebut dikatakan mangsa pukul silap orang. Rakan Ong Mo Aik yang melakukan kesalahan di kawasan kantin sekolah, tetapi beliau pula menjadi mangsa pukulan atau hentakan topi kaledar oleh empat lelaki.

Ong Mo Aik kini dirawat di Hospital Pakar Ipoh (KPJ). Ong baru dibedah kali kedua untuk membuang darah beku di kepalanya.johari jaafar

Saturday, February 13, 2010

DS Nizar...di Bukit Gantang...


ceramah ds Nizar di Dun Kuala Sepetang..kg Air Puteh..12hb...Feb

Siapa bilang orang Melayu sudah benci PR.?Orang Melayu sudah memihak kepada PR.Buktinya soal selidik Sinar Harian menyatakan 87 peratus masih menggap DS Nizar MB sah!

Taiping-12 Februari.
DS Nizar mengharapkan rakyat talkinkan UMNO sebuah parti yang rasuah,yang gagal membela rakyat.DS Nizar menyatakan demikian sewaktu mengakhiri ceramahnya di Air Putih,Jln Simpang-Penang.

PRU 13 inilah masanya kita PR menjahanamkan UMNO /BN.Selama lebih 52 tahun UMNO diberi peluang mentadbir negara mereka tidak menjaga rakyat.DS Nizar menegaskan UMNO yang membunuh tulisan Jawi.UMNO yang memperkenalkan PPSMI.

Di samping itu DS Nizar juga menyatakan kini rakyat semakin menyokong PR hasil keputusan 5-0 kes MB Mahkamah.DS Nizar menegaskan Sistem Kehakiman tidak dipercayai rakyat lagi.Beliau juga berasa DS Anwar juga akan mengalami nasib yang sama.Beliau juga meminta rakyat bersedia menghadapi kesedihan yang seterusnya.

Bagi DS Nizar peluang DS Anwar untuk dipenjara amat tinggi kerana mahkamah selalunya tidak berpihak kepada PR.Dengan kes DS Anwar yang pernah dipenjara 6 tahun sedangkan tidak didapati Azizan diliwat.Semuanya kini akan berlaku lagi menggunakan budak universiti yang gagal si Saiful.DS Nizar juga menyindir Saiful yang tidak mandi wajib,kerana kesan -kesan masih ada.Sedangkan digambarkan Saiful seorang yang warak.



YDP,KC,Ust Akmal

Rakyat tidak melepaskan peluang ...beramah mesra

Tuesday, February 9, 2010

Degup-degup.....saat demi saat...SALAM PERJUANGAN..

SALAM PERJUANGAN
saat diganti minit,minit diganti jam...masa berlalu..degupan jantung semakin rancak..tumpuan hampir seluruh rakyat malaysia dan juga rakyat sedunia,pada pagi ini ditumpu ke..Putra Jaya.keputusan yang ditunggu-tunggu bakal diumumkan..selepas lebih 3 bulan diperam..atas arahan kuasa-kuasa khas....
Tetapi ..ingat lah DS Nizar...apa saja keputusan yg bakal diumum nanti tidak akan melunturkan sokongan kami Khasnya kepada PAS atau pun kepada DS sendiri..dihati kami DS tetap dipuji dan disokong selagi mana Perjuangan DS masih dalam landasan yang betul dan berlandaskan Perjuangan ISLAM..
ANDAI KEPUTUSAN MENYEBELAHI PR..KAMI BERSYUKUR PADA ILLAHI..PERJUANGAN DITERUSKAN.....ANDAI KEPUTUSAN MENYEBELAHI LANUN..SOKONGAN KAMI PADA PERJUANGAN ISLAM DAN PR TIDAK BERBELAH BAGI...ADA HIKMAH DAN MAKSUD TERSIRAT ILLAHI DISEBALIK ITU....PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN ...HANCURKAN KEZALIMAN DAULATKAN ISLAM DIMUKA BUMI INI...KEMENANGAN DAN KEKALAHAN MU HARI INI..SEMUANYA DATANG DARI ALLAH..TIADA YANG KURANG DAN TIADA YANG LEBIH..KAMI TETAP DENGAN HATI-HATI KAMI YANG TEGUH MENCINTAI ISLAM DAN KEBENARAAN.
TAKBIRRRR.....



Sunday, February 7, 2010

sumbangan YB Nizar..pada yang Perlu..



07/02/10.YB DS Nizar diwakili YDP PaS Kawasan Bkt gntg Ust Nordin Jaafar bersama YB Tai seng eng telah menyampaikan sumbangan pada yang Kurang Upaya sempena Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Beras,gula dan barangan keperluaan harian bersama Ang Paw telah disumbangkan masing-masing dari PAS dan PKR kepada 30 orang kurang kemampuan dengan harapan sedikit sumbangan dari PR akan dapat mengurangkan Kos Beban hidup yang semakin tinggi buat masa ini.
sementera itu Program seumpama ini akan diadakan khusus untuk DUN Trong pada 12 hb feb dimana seramai 41 orang kurang kemampuan akan disumbangkan oleh YB DS Nizar bersama Pas Kawasan Bkt Gantang. di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sg Kerang,tambah Ust Nordin.


Ust Nordin bersama YB Tai..turut bersama wakil DAP sdr chua tiong sang.

warga tua tidak dilupakan...Muslimat cawangan turut bersama dalam Program..

selepas program sumbangan..Ust nordin dan YB Tai hadiri Program gotong royong anjuran penduduk matang gelugor bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen,menambak batu untuk menutup lopak-lopak dijalan kampung


aiii....pegang cangkul aje atau mmg sunguh sungguh ust...peluh dah ke..? he he

Rombongan Pakatan Rakyat..di Bgn Serai...


bersama MR Beh..Ketua DPPP..Bgn Serai...

basah tekak....

aiii..nak salam dgn aku.....

diPekan Baru Bgn Serai..


Sunday, January 31, 2010

DS Nizar...di Bukit Gantang...

DS bersama jemaah masjid Lama Taiping..ziarah Makam Al.Marhum Dr Burhanuddin Al-Helmi..selepas Beliau menyampaikan Kuliah Subuh di masjid itu..
selepas itu beliau dibawah he Hospital Taiping untuk menziarah ketua UPU Batu6..chegu zali yang ditempatkan di wad icu....

Monday, January 25, 2010

harapan Setinggi Gunung.....

 HAaaaRAPAN SETINGGI GUNUNGggg...AKAN ?...BERDERAI MENJADdddI DEBUuuu...SAMA -SAMA KITA TUNGGU ...9hB feb..MENGIKUT JADUAL DS akan ke Mesir bersama Perhubungan PAS Negeri..pada 7hb feb...mungkin..akan ada pemindahan...
Kes MB 9 Feb: Nizar minta doakan kemakmuran Perak
IPOH, 25 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran untuk negeri ini. Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim.
Menurut Khalil, Mohammad Nizar memaklumkan kepada pihaknya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.
“Beliau (Nizar) juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memohon kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri ini.

Wednesday, January 13, 2010

Kerajaan ..sibuk.JKM..Protokol...YB UBN..tak Nampak..

Mana pegi..YB Rosli......tak nampak ke..rakyat yang susah ni.. (peruntukkan YB DS Nizar disapu..rakyat dalam Parlimen dibiarkan tanpa pembelaan )...yang sempit yb nizar...sempit poket leeee...duit poket dia aje yg dok bantu membantu ini..peruntukkan untuk parlimen..dinafikan......
Rumah Zainah BT 10...dibaik pulih.


Puan Zainah..terharu...lihat kayu dan barangan yg dibeli YB Nizar

Batu 10 Jalan Trong.Rumah Zainah Abd ghani di timpa bencana.
Pada 06/1/10 jam +- 3.30 ptg hujan lebat dengan angin kencang menerbangkan bumbung rumah beliau,beliau seorang ibu tunggal berumur 60 tahun tinggal bersama 2 orang anak dirumah itu.Seorang saja anak beliau bekerja dikilang dan seorang lagi tidak bekerja kerana sakit,mengalami kesulitan untuk membaikpulih rumah beliau itu.

Monday, January 11, 2010

Pas Negeri bersama DS...melawat....

Rombongan Pas Negeri Perak bersama YB Bukit Gantang DS Nizar telah mengadakan kunjungan ke 2 buah gereja dan sebuah sekolah yang dibaling bom petrol pada hari ahad lepas 10hb jan.
Pihak Gereja All Saint berhadapan padang esplande di jalan Taming Sari amat terharu dengan sikap perihatinan Pihak PAS dan DS Nizar.Paderi Joshua Ong melahirkan Perasaan amat terharu dengan kunjungan Pihak Pas dan YB,dan beliau mengucapkan ribuaan terima kasih dengan sikap keperihatinan mereka.

melawat cegu din..yang sedang dapatkan rawatan di Hospital Daerah TPG..wad 18

Saturday, January 9, 2010

Nizar......atau Najib.....????

2009 Nizar lebih popular daripada Naji'b

Popula ratau tidak....:Pagi tadi menerima panggilan telepone dari penduduk kuala sepetang:hallo basee..saya ada dengar DS sudah mau keluar ini petang .ahah..esok boleh kasi bawa sama dia ke kuala sepetang ke itu program kasi beg .kalau ada MB nizar ..manyak bagus..lu kasi cakap samada dia.
ana: ooo u mana tau dia mau keluar ini hari...
Penduduk: saya tel YB Nga..dia kais tau..u kasi janji sama MB esok mari sepetang maa..itu rakyat semua mau tengok sama dia..
ana dlm hati aje:ooo hangpa ingat hangpa saja nak tngk dia..yg orang ipoh lagi laju...
semalam terima panggilan dari shah alam:kalau boleh minta atur kuliah maghrib di surau salah satu taman disana...fening ana..
tapi ikut ana najib lagi popcorn punya popular..mana ada manusia yg akan letupkan mayat....kalau bukan datang dari malaysia ini...

KUALA LUMPUR : Google.com meletakkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin sebagai antara insan yang paling banyak mencetuskan berita atau diberitakan di Malaysia sepanjang tahun 2009.
Tokoh PAS itu turut mengatasi populariti Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Ong Tea Keat yang masing-masing berada di tangga ke 8 dan ke 9.
“Ini merupakan penghargaan kepada rakyat khususnya di Perak yang selama ini kekal bersama dengan harapan ke arah perubahan dalam negara yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com sebentar tadi.
Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, rakyatlah yang mencetuskan berita selama ini kerana mereka yang dahagakan keamanan dan keadilan yang semakin cuba dikuburkan oleh Umno dan Barisan Nasional.
Terdahulu, Nizar yang diamanahkan sebagai MB Perak selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu digugat oleh Umno dan BN yang melakukan rampasan kuasa setahun lalu sehingga mencetuskan pelbagai masalah dalam negara khususnya di Perak.
Rampasan kuasa itu turut meletakan ekonomi negeri Perak terganggu selain menyaksikan perlembagaan negara di atur sesuka hati oleh kerajaan Umno dan BN.
Nizar menambah, beliau tidak faham mengapa sehingga kini Mahkamah sukar menetapkan tarikh untuk menetapkan perbicaraan bagi menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.
Google turut meletakan Nizar sebagai lelaki paling popular dalam carian mereka sepanjang tahun 2009.
Turut tersenarai dalam 10 tangga teratas itu ialah Fasha Sandha, Zakiah Anas, Sufiah Yusof, Kartika, Elizabeth Wong, Manohara Odelia Pinot dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®




Thursday, January 7, 2010

"Sampaikan salam saya,kepada kawan-kawan"kata DS Nizar



YDP Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar bersama ,Sdr Zainuddin Hamzah,Sdr Bonyamin dan Cikgu Din mewakili Pas Kawasan datang melawat DS Nizar .
DS Nizar kelihatan sedang berbual dengan Ustaz Nordin Jaafar.Turut kelihatan DS Fatimah.
DS Nizar menerima panggilan pimpinan untuk bertanya khabar.
Ustaz Nordin Jaafar memnita DS Nizar bersabar dan berehat untuk sementara sembuh untuk meneruskan perjuangan rakyat.
DS Nizar di tempatkan di WAD C8 pada 11.15 pagi.

DS Nizar.....
























 melambai tangan ketika ditolak ke wad... 



















bersama YB Chan Li Kang..bertanya khabar.





Menurut Sdr Amran Haron,Setpol DS Nizar,DS Nizar sihat sahaja ,hanya cedera disiku dan berjahit.


DS Nizar cuba mengelak sebuah kenderaan yang memasuki laluan beliau.Sdr Amran juga memberitahu kita DS Nizar berehat sebentar di WAD C8 Hospital Besar Ipoh.Namun begitu ramai pemimpin dan rakyat serta wartawan datang untuk mengziarahi DS Nizar untuk mengetahui perkembangan kesihatan DS Nizar.

Sunday, January 3, 2010

YB Nizar di Bkt Gantang dan ARAHAN.Bercakap tanpa SUARA...

Berceramah tanpa Pembesar Suara..??-Adoiyai

2.10.2010 Bukit Gantang : Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin telah turun untuk bersama-sama dengan rakyat , beliau di Parlimen Bukit Gantang .Program bermula dengan Dato Seri menghadiri 2 majlis perkahwinan penduduk di sekitar Parlimen.Satu di Batu Hampar dan satu lagi di kg Bukit Cempedak.

Dimajlis kenduri..Batu Hampar dan bkt cempedak


berucap di majlis kenduri dan dialog bersama penduduk

melawat N.ydp di hospital..bertanya khabar dgn warga india..tazkirah di surau cheh

ceramah...arahan tanpa pembesar suara.??..fening..nak kata tak cerdik ..tapi bergaji besar..

"Zambry @zambawe janji nak bagi kami Geran Tanah secepat mungkin"-Rakyat

Itu antara keluhan yang dilontarkan kepada Dato Seri yang mana beliau telah hadir dalam satu majlis dialog bersama penduduk di Kg Pak Dollah,Kemunting.Mereka-mereka yang hadir ialah antara penduduk-penduduk setempat yang mahu mengadu nasib mereka kepada Dato Seri Nizar.Pelbagai soalan dan juga aduan yang memohon perhatian Dato Seri sebagai Ahli Parlimen mereka bagi membantu mereka yang di himpit dengan pelbagai masalah..

Menjawab persoalan diatas Dato Seri berkata kepada penduduk yang hadir bahawa untuk apa kita mendengar janji-janji yang dilafazkan oleh Kerajaan UBN khususnya Zambry yang dikatakan telah menabur janji beliau di kawasan tersebut.Dato Seri yang hadir bersama-sama dengan Pegawai Khas Parlimen beliau telah menyatakan akan membantu Rakyat dengan sekadar termampu yang boleh agar kesempitan dan kesusahan itu dapat diringankan.

Semangat Katuanan Melayu mana Rasionalnya..??
Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin di dalam tazkirahnya menekankan agar kita tidak memperjuangkan semangat Kebangsaan sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan UBN hari ini.Akibat dari dakyah dan juga pembentukan pemikiran rakyat yang mana UBN menerapkan semangan Katuanan Melayu telah membawa kehancuran dan kezaliman kepada rakyat yang ada.

Hujah beliau telah dikuatkan dengan ayat Allah swt yang bermaksud :

" Hai orang-orang yang beriman hendaklah kami jadi orang-orang yang selalu menegakan (kebenaran) kerana Allah swt,menjadi saksi dengan ADIL.Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,mendorong kamu untuk berlaku TIDAK ADIL.Kerana ADIL itu lebih dekat kepada TAKWA.Dan bertakwalah kepada Allah swt,sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."-Al-Maidah ayat 8

Semangat Ketuanan Melayu yang diamalkan oleh UBN yang sama sekali tidak berdasarkan hukum Allah swt memperlihatkan ia sebagai satu cara yang akhirnya hanya akan membawa rakyat kepada fahaman Asobiyah (semangat Kebangsaan) yang akan membuatkan kita menzalimi dan menindas bangsa yang lain.

Bantuan Persekolahan Kepada Rakyat Kurang Berkemampuan Dari MP Bukit Gantang..

Seramai 5 penerima telah menerima bantuan berbentuk beg sekolah dan peralatan sekolah sumbangan dari Dato Seri Nizar kepada anak-anak yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.(keseluruhan sebanyak 220 beg sekolah telah diagihkan ke seluruh Parlimen Bukit Gantang melalui cawangan dan ketua kampung PR).

"Berceramah Tanpa Pembesar Suara "-Ketua Polis Taiping
Kemuncak kepada program Dato Seri di Bukit Gantang ialah Ceramah Penerangan isu-isu semasa di Taman Kuning Sari.Turut serta dalam program tersebut ialah Yb Kesavan,Hj Ismail Yusop dan juga YDP Pas B.Gantang Ust Noordin.Dalam program ini juga Dato Seri telah merasmikan Markaz Pas Taman Kuning Sari.

Apa yang menarik dalam program malam ini ialah arahan dari pihak Polis yang menyuruh agar ceramah malam ini dipindahkan ke tempat lain iaitu di Markaz Pas Air Kuning.Namun setelah ia tidak diendahkan oleh pihak penganjur yang merasakan ia tidak perlu dipatuhi,Pihak Polis keluar dengan arahan yang baru iaitu berceramah tanpa sound system yang membawa maksud tiada pembesar suara yang dibenarkan digunakan.Namun ia turut tidak diendahkan oleh pihak penganjur dan ia alhamdulillah ceramah berjalan dengan baik dan kehadiran rakyat melebihi jangkaan awal.(ceramah semepena perasmian cawangan dan Markas Pas Kuning sari..tapi diarhkan buat perasmian disitu..berceramah di Markaz Negeri Air Kuning..apa punya ...obp)

Apakah rasional untuk pemimpin berbicara dengan rakyat tanpa bantuan pembesar suara..??Apa yang dikesalkan ialah Kecerdikan akal Ketua Polis yang baru tidak setinggi pangkatnya...!


Tuesday, December 29, 2009

...umno mau buat kija ini ke..kalau ada pun kena potong 20% ..


ydp ust noordin mewakili DS Nizar..sampaikan sumbangan untuk membaik pulih jalan di kuala sangga..

Kita akan bantu rakyat tanpa mengira kaum-Ustaz Nordin Jaafar

Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Bukit Gantang menyampaikan sumbangan DS Nizar Jamaluddin berjumlah RM 2000.00 kepada Ketua Kampung Kuala Sangga Encik Beh Ah Soon.Turut hadir Setiausaha Kawasan,Sdr Fadhil Idris dan Sdr Basher Ahmad,Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional.

Taiping-29 Disember 2009

YDP Pas Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar mewakili DS Nizar telah menyampaikan sumbangan DS Nizar berjumlah RM2000.00 kepada Ketua Kampung Kuala Sangga Kuala Sapetang.

DS Nizar meminta Ustaz Nordin untuk menyampaikan bantuan segera itu untuk membaiki laluan jalan kaki yang rosak teruk.DS Nizar sewaktu melawat penduduk Kuala Sangga telah berjanji untuk membantu.Bagi beliau keselamatan nyawa murid sekolah yang akan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari perlu diberi perhatian.

Jadi beliau meminta Ustaz Nordin menyampaikannya.Ustaz Nordin sewaktu ditemui menyatakan PAS melalui Ahli Parlimennya membantu masyarakat tanpa memilih kaum.

"Pas,akan bantu rakyat sama ada melalui Ahli Parlimen atau Tabung Pas sendiri"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

"Kita akan panjangkan kepada agensi berkenaan jika perlu apabila membantu rakyat"ujar Ustaz Nordin lagi.

"UMNO,MCA,MIC dan Gerakan hanya bantu mengikut kaum,mereka menjuarai isu perkauman"kata Ustaz Noodin Jaafar."Bagi kita Pas For All"tambah Ustaz Nordin lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails