Sunday, January 3, 2010
Berhati hati dgn perangkap dipasang.. UMNO..
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kepelbagaian pendapat yang disuarakan itu dikhuatiri mampu menghilangkan keharmonian masyarakat di negara ini.
"Sedangkan isu ini bukan isu baru...isu ini sudah lama. Oleh itu kita sabar dahulu dan tunggu sistem rayuan yang akan dimulakan oleh pihak berkaitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Sorakan Gema Cahaya di sini Sabtu malam.
Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.
Hakim Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya, menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan itu dalam majalah berkenaan untuk menyebarluaskan agama Kristian dan bukannya agama Islam.
Dalam perkembangan lain, Rais ditanya mengenai hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyiar rasmi Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010.
Beliau berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Perbendaharaan Negara untuk kos penyiaran itu.
Katanya keputusan mengenai kelulusan itu akan diketahui tidak lama lagi.
Menurut Rais lagi, Persekutuan Bola Sepak Dunia telahpun memberi persetujuan kepada RTM selaku penyiar rasmi Piala Dunia.
-- BERNAMA
Hakim HACKSSSS..MENINGGAL..
| MENINGGAL JUGA AKHIRNYA..ingat hebat sangat...ADALAH LAGI HAKIM HACKS DIMASA SEKARANG YANG DAH LUPA MATI KE????? INGAT MATI TETAP AKAN MENJEMPUT.MU...CUMA CEPAT DAN LAMBAT..so AKHIRAT JANGAN DILUPA...!!!! Hakim Augustine Paul meninggal dunia | |
|
Beliau dilahirkan pada 1944 di Batu Gajah Perak dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh.
Pada 1996, Augustine dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi, dan dua tahun kemudiannya, mendengar perbicaraan kes Anwar.
Friday, January 1, 2010
Bekas Menteri Penerangan ,,meninggal dunia..

| 'Tok Mat' meninggal dunia | |
|
Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.
Selepas lama bersara daripada kerajaan dan parti, bekas setiausaha agung Umno itu baru-baru ini menerbitkan sebuah buku Umno: Akhir Sebuah Impian yang mengisahkan pergolakan politik parti itu dalam mengekalkan kuasa.
Beliau, yang lebih popular dikenali 'Tok Mat', mula menyertai Umno sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen dalam pilihan raya umum enam tahun kemudian.
selanjutnya:
khak khakkk...pembukaan awal tahun...lawak bodos..BN
kahk kahk akhk..akan tercatit dalam :MERAPU BOOK OF RECORD sedunia...menceritakan kebenaran adalah satu kesalahan di MALAYSIA..negaraku..angkara kaum puak BN....
Berita Penuh
Kes Beng Hock : SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Pakar Bedah Thai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Pornthip Rojanasunand bersabit hasil bedah siasat kedua Teoh Beng Hock.
SPRM mendakwa Porthip membocorkan hasil laporannya yang mendakwa mendiang mati di bunuh.
Bagaiman pun bekas majikan Beng Hock yang juga ahli EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah berpendapat laporan polis itu mungkin taktik untuk menutup hasil siasatan Dr Porthip.
“Saya rasa SPRM mungkin hendak menutup mulut Suara Keadilan dan juga cuba untuk menolak report Dr Pornthip untuk dijadikan satu bukti di dalam inkues, “Ean memberitahu TV Selangor,"katanya.
Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memetik sumber-sumber sebagai berkata pakar Thailand itu menjumpai bukti forensik mencukupi untuk menguatkan rumusan awalnya bahawa Beng Hock adalah mangsa jenayah.
Laporan di Balai Polis Shah Alam dibuat oleh pegawai SPRM Raub Ghani pagi tadi.
Raub mendakwa Dr Pornthip membocorkan maklumat hasil siasatan forensik beliau kepada pihak yang tidak sepatutnya dan perbuatan itu menghina proses mahkamah kerana inkues kematian Beng Hock masih berjalan.
Raub enggan diwawancara oleh media namun berkata beliau membuat laporan polis itu atas arahan pegawai atasan SPRM.
Sebelum ini Pornthip hadir memberi keterangan pada inkues Beng Hock. Beliau menyatakan ada kemungkinan hingga 80 peratus mendiang mangsa jenayah malah didera sebelum mati.
Koroner Inkues kemudian mengarahkan mayat Beng Hock digali semula bagi membolehkan satu lagi bedah siasat diadakan dengan dihadiri Porthip dan pakar bedah siasat lantikan SPRM.
Bedah siasat kedua itu diadakan pada 22 November dan Porthip dikatakan telah menyerah hasil laporannya kepada pihak berkenaan.
Beng Hock, setiausaha politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati Julai lalu di perkarangan pejabat SPRM Selangor setelah disoal siasat sepanjang malam hingga subuh.
Inkues kematian Beng Hock akan bersambung pada Khaimis depan selepas dua kali ditangguh.
Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh.
PRK......lagi????jom berentap..diRASA(p094)
Cakap-cakap kedai kopi sekitar pekan Rasa..yb Zainal telah punmenghantar surat perletakkan jawatan kepada DS Anwar beberapa hari lepas..
salah seorang Ahli Dap Tan Chou Tam su JKKK Rasa mengatakan bahawa mereka maklum yg YB Zainal akan berundur tetapi setakat mana kebenaran tidak diketahui...
banyak program-program anjuran PR disekitar Rasa begitu juga Program dari pihak BN termasuk program pieem diatur dalam kawasan RASA..
kalau benar...ayuh penyokong PR kita ganyangkan BN...dihulu selangor
malaysianinsider:
"SAYA BUKAN GILA KUASA"

Diantara temubual :SinarHarian dengan DS Nizar semasa lawatan rombongan DS ke Karangkraf baru-baru ini:
SH:Datuk seri yakin Jawatan MB akan menjadi milik DS?
DS:saya ingat tidak pernah sebut sebegitu,mengumpul tandatangan adalah cara untuk menyelesaikan kemelut,saya tidak pun sebut untuk mengembalikan kuasa kpd kami,tapi kembalikkan kepada rakyat.
SH:Apa pandangan Ds mengenai pentadbiran Perak dibawah UMNO sekarang?
DS:Pandangan saya mereka telah melakukan diluar kebiasaan manusia abnormal dan adalah pentadbiran HARAM.Bagi PR pengambilan kuasa perlu dibuat mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.
BUBAR DUN PERAK..
kan dah kata..CELAKA THE GREAT....
From Perak With ..CILAKA...
Thursday, December 31, 2009
Hamidah Osman cuba ceroboh surau
Hamidah Osman (kiri), Adun Sg Rapat daripada BN kini berusaha keras untuk menceroboh masuk ke Surau Al-Falah di Taman Song Choon, Ipoh.Pada mulanya, beliau yang mewakili Umno di taman itu telah meminta kebenaran untuk mengadakan program Umno bersama penduduk taman tersebut.
Tetapi, permintaan tersebut telah ditolak oleh AJK Surau yang bermesyuarat dan membuat keputusan untuk tidak membenarkan permintaan tersebut kerana program berkenaan anjuran parti politik. Sebagai memenuhi saranan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah agar surau dan masjid tidak dicampur adukkan dengan hal-hal politik.
Namun begitu, Hamidah tidak berpuas hati dan ingin meneruskan juga program di surau tersebut pada esok hari, Jumaat (1.1.2010) jam 8.00 pagi.
Beliau telah menggunakan sepenuh kuasanya (sepertimana kuasa merampas kerajaan negeri dan melarikan adun-adun) untuk mengenepikan keputusan mesyuarat ahli jawatankuasa surau dengan menyeret Jabatan Agama Islam Perak dan juga Pengarahnya, Dato' Sheikh Mohd Nor Bin Mansor Al-Hafiz didalam masalah ini.
Diharap semoga pihak JAIPk tidak berjaya 'dibaculkan' oleh Hamidah demi memenuhi hasrat politiknya. Keputusan mesyuarat AJK Surau perlu dihormati dan dipertahankan oleh pihak Jaipk dan Pengarahnya.
Kini, Hamidah benar-benar ingin menunjukkan kuasanya dengan mengarahkan agar kesemua khemah-khemah yang sebelum ini dipasang dipadang berhampiran surau tersebut
dipindahkan kedalam kawasan surau.
Jika sebelum ini, beliau pernah dihalau oleh penduduk sebuah taman didalam kawasan 'jajahannya' semasa ingin mengadakan majlis bersama rakyat disitu. Dia dihalau kerana sebelum ini pernah berjanji untuk menyelesaikan permasalahan ditaman tersebut tetapi janji hanya tinggal janji. Setelah permasalahan ditaman tersebut berjaya diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat, beliau kembali datang kesitu untuk berjanji lagi. Akibatnya, beliau telah dihalau daripada memasuki taman tersebut.
Keras sungguh kepalanya. Sama-samalah kita tunggu dan lihat langkah selanjutnya daripada seorang wanita yang bergelar 'Yang Berhormat' ini. Masih terhormatkah perbuatan-perbuatan sumbangnya dinegeri tercinta ini.