BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, July 4, 2011

Saman Polis yang bernilai SATU NYAWA...?

SIAPA HARUS DIPERSALAHKAN..IBUBAPA ATAU POLIS ATAU DIDIKAN ASAS KEHIDUPAN DI1MALAYSIA..?lu orang sendiri baca sendiri nilai dan sendiri buat keputusan...

Pelajar mati tergantung selepas terima saman trafik

July 04, 2011

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Seorang pelajar berusia 15 tahun dijumpai mati tergantung di rumahnya di Taman Bemban Utama, Jasin, Melaka petang kelmarin, selepas menerima saman polis kerana kesalahan trafik.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mayat M. Rajathurai, pelajar Sekolah Menengah Seri Bemban ditemui ibunya ketika membuka pintu bilik yang tidak berkunci.

S. Chinammah, 49, berkata dia terkejut dengan kejadian itu selepas beberapa jam anaknya menerima saman daripada polis atas kesalahan trafik yang dilakukannya.

“Semuanya bermula apabila saya meminta dia (Rajathurai) ke kedai untuk membeli barang tetapi menyuruhnya berjalan kaki atau berbasikal.

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka anak saya menaiki motosikal milik rakan abangnya secara senyap untuk ke kedai,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Chinammah berkata dia hanya mengetahui anaknya itu disaman polis selepas kereta peronda datang ke rumahnya untuk mengambil Mykad.

Katanya, polis yang membawa anaknya itu turut memaklumkan Rajathurai ditahan di persimpangan taman perumahan kerana tidak memakai topi keledar dan tiada lesen memandu.

“Selepas memberikan Mykad, polis membawa anak saya ke balai berhampiran, kira-kira dua kilometer dari rumah dan di sana mereka mengeluarkan saman kepada anak saya.

“Saya menegur kesalahannya dan sepanjang perjalanan membawa dia pulang ke rumah dengan berjalan kaki, Rajathurai kelihatan seperti ketakutan dan hanya diam sehingga sampai di rumah,” katanya.

Katanya, kali terakhir dia melihat anaknya itu ketika sedang makan nasi sebelum masuk ke biliknya untuk tidur kira-kira pukul 3 petang.

“Saya menjenguknya dua kali dan lihat dia sedang tidur, namun kira-kira pukul 5 petang ketika masuk semula ke biliknya untuk meminta pertolongan membeli kelapa, Rajathurai kelihatan tergantung di siling dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi,” katanya.

Tahanan Baju Kuning.dibebaskan

Sdr zulfiqar aktivis pas bukit Gantang dibebaskan pagi tadi sekitar jam9.15.
Zulfiqar yang ditahan pada Jumaat 1hb July sekitar jam12 t/hari atas alasan ,memesan,memilik dan menjual Baju Kuning yang tertera "bersih" dibebaskan tanpa syarat pagi tadi.Pas Kawasan Bukit Gantang telah menjemput beliau di Mahkamah sesyen Kuala kangsar sebelum iring beliau balik ke rumah.



Sunday, July 3, 2011

kalau nak syok sendiri.....5 nampak 20

Pegawai merungut dipaksa hadir program PM
Aslani

KOTA BHARU, 3 Julai: Mampukah Perdana Menteri berbangga dengan kehadiran seperti didakwa media harian mencecah 20,000 orang di Pasir Puteh dan Machang semalam, sedangkan sebenarnya penjawat awam dipaksa hadir?

Buktinya semua kakitangan pusat dan guru-guru diberi kad jemputan supaya hadir pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman. Dan kad jemputan tersebut perlu diserah semula sebagai rekod kehadiran.

Ramai ketika ditemui merungut kerana mereka dipaksa seperti budak-budak. Taktik serupa pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Kelantan, sekarang diulang semula Datuk Seri Najib Razak.

Begitu juga program di Machang dikerah semua pelajar UiTM kampus Machang dan kakitangan awam pusat hadir pada program majlis pemimpin bersama rakyat.

Pada majlis makan malam di Wisma Persekutuan pula Umno mengerahkan semua kakitangan pusat dan guru-guru yang tinggal di sekitar Kota Bharu hadir.

Jabatan kerajaan mewajibkan kakitangan yang disenarai hadir, di mana mereka juga perlu menandatangani kedatangan. Ada jabatan mengerahkan sehingga 70 kakitangan hadir. Ada juga jabatan mewajibkan sekurang-kurangnya 10 orang wakil.

Imam masjid, peniaga dan pemimpin badan bukan kerajaan juga menerima surat jemputan hadir pada program berkenaan.

Wisma Persekutuan yang menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan pusat seolah-olah menjadi markas Umno kerana dihiasi bendera BN.

Biar pun ramai dikerah hadir pada program di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Pasir Puteh, namun ramai pulang selepas menyerahkan kad jemputan kepada pihak urusetia.

“Saya lihat ramai pulang biar pun Perdana Menteri belum sampai. Ada yang datang ke program itu seawal jam 7 pagi.

“Ketika rombongan Datuk Seri Najib Razak sampai orang ramai yang sudah berbondong-bondong keluar dari pagar sekolah,” dakwa seorang penduduk.

Seorang bekas anggota keselamatan pula memberitahu kenyataan Perdana Menteri kononnya keluarga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai Umno di majlis itu tidak lebih sebagai gimik politik.

Katanya, orang ramai di Pasir Puteh kenal siapa Raja Abdullah Raja Mahmud yang didakwa mempunyai hubungan keluarga dengan Menteri Besar Kelantan.

“Orang itu bekas tentera dan sekarang berniaga di pasar malam. Dia mahu mengaibkan keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk mempopularkan dirinya,” kata beliau.

Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Raja Abdullah dan Saidi Hussin sudah beberapa kali mengisytihar menyertai Umno termasuk di Jertih, Terengganu.

Katanya, mereka bukan ahli PAS, sebaliknya sebagai penyokong dari jauh dan pernah menyokong Semangat 46.

”PAS Pasir Puteh kesal kerana dia cuba mengaitkan nama Tok Guru Nik Aziz. Saya percaya kalau ada menteri lain datang dia sekali lagi akan berada di pentas bagi mengisytiharkan keluar PAS,” katanya.

Sekitar 5,000 hadir

Kata beliau juga kehadiran pada program Perdana Menteri tidak sampai 5,000 orang biar pun media harian yang dekat dengan Umno mendakwa 20,000 orang.

Ketika lawatan di Pasir Puteh juga Perdana Menteri mengunjungi stesen kereta sewa.

Najib dalam ucapannya di situ mendakwa kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mahu menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun beroperasi.

Beliau juga berjanji menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh. Hadir sama di majlis itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Mengulas isu tersebut anggota Exco kerajaan ngeri, Datuk Husam Musa berkata, kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

Katanya, PKINK tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh.

”Walaupun sebelum ini PKINK mengenakan sedikit bayaran tetapi kini bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

”Apa yang berlaku pernah ada pihak memohon membeli tapak berkenaan untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut ditolak PKINK,” katanya di sini.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, sepatutnya sebagai seorang pemimpin negara, Perdana Menteri patut malu apabila orang ramai yang dikatakan hadir meraikan kedatangannya sebenar dipaksa hadir sehingga perlu menandatangani kedatangan.

”Amat malang lawatan yang penting itu hanya dimeriahkan kerahan secara paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.

”Buktinya semuanya dibekalkan baju merah terlebih dahulu. Ramai menerima kad jemputan lebih awal supaya hadir di majlis tersebut,” ujarnya.

Menurutnya lebih menggelikan hati apabila bangunan kerajaan di Wisma Persekutuan dipenuhi bendera Umno dan BN.

Kata beliau ternyata kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan.

Saturday, July 2, 2011

Apa Komen bapak Polisi 1Malaysia..?

apa komen bapak bapak POLISI 1Malaysia..penyangkak didepan Mata tak nampak siap diberi perlindungan..tapi asyik dengan kerja kerja yang menaikkan marah Rakyat..kenapa..himpunan Bersih dan Pimpinan dijadikan sasaran..dari baju,warna hingga ceramah semua dijadikan Alasan untuk tangkap mereka tetapi pada masa yang sama..pengkhianat,penyamun,gengster dan kepala perosak Negara dibiarkan bebas..kenapa kenapa..?
JANGAN DIGALI KUBUR SENDIRI..!

Pewaju kutuk demonstrasi ganas Umno, PERKASA
Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno yang “menyerang dan mengancam” wartawan semalam.

NONEDua daripada wartawan berkenaan yang menjadi mangsa sikap agresif penunjuk perasaan itu telah membuat laporan polis.

Pewaju juga meminta polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis.

“Dalam satu demonstrasi di bawah pimpinan peniaga Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

NONEPewaju juga menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang didakwa gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat apabila wartawan dijadikan sasaran oleh penyokong Umno dan PERKASA yang membuat bantahan ke atas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kena tumbuk

“Serangan atau ancaman daripada penyokong demonstrasi ini berlaku tanpa menghirau kewujudan polis. Maka, bolehkah rakyat Malaysia yakin dengan keadaan keselamatan dalam negara?” soal pertubuhan itu.

NONEMenurut kenyataan Pewaju itu lagi, wartawan merupakan pihak yang paling dekat dengan tempat kejadian dan perlu membuat liputan berita yang paling tepat kepada masyarakat.

Justeru, wartawan dan media yang diwakili mereka memerlukan segala kerjasama dan sokongan dalam proses membuat liputan ataupun dengan gangguan yang paling minimum.

“Tetapi apabila seorang wartawan cuba mengambil gambar penyokong demonstrasi, seorang penyokong berpakaian baju Pemuda Umno yang tidak diketahui namanya mengeluarkan kata ancaman berbunyi 'kau nak berenang di bawahkah?'

NONE“(Ini) dengan jelasnya membawa maksud hendak mencampak wartawan ke dalam laut,” dakwa pertubuhan itu.

Menurut Pewaju apa yang berlaku selepas itu lebih teruk apabila beberapa penyokong demonstrasi mengelilingi wartawan berkenaan dan mengacaunya dengan bendera.

“Akhirnya, wartawan itu kena satu tumbukan di belakang oleh salah satu penyokong yang juga tidak diketahui nama,” dakwa kenyataan itu lagi.

Berunsur ganas

Menurut pertubuhan itu, apa yang berlaku semalam adalah serius sehingga mewujudkan suasana ancaman kepada wartawan semasa membuat liputan.

NONESelain itu, Pewaju juga membidas pihak polis yang gagal menjalankan tugasnya semasa bertindak dalam demonstrasi yang didakwa berunsur keganasan ini.

“Polis tidak menghalang penyokong yang menimbulkan kekacauan di atas jambatan Pulau Pinang selama setengah jam merupakan contoh yang terbaik

“Kenapa pihak polis tidak mengambil sebarang langkah pencegahan padahalnya telah mengetahui demonstrasi ini sehari sebelumnya?”

Pewaju juga mempersoalkan sikap dwi-standard polis yang bertindak keras terhadap himpunan BERSIH 2.0 tetapi membenarkan demonstrasi di Komtar yang ganas itu berlangsung,

NONE“Pewaju menegaskan pendirian bahawa, himpunan merupakan hak yang dijamin bawah perlembagaan negara. Maka Pewaju sokong penuh bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi bantah sekeras-kerasnya dengan himpunan berunsur keganasan,” akhir kenyataan itu.

Perentah Mahkamah ..halang ceramah 4 july..




Sebentar tadi Pejabat Ahli Parlimen menerima perentah Mahkamah menghalang Program Ceramah yang akan diadakan pada 4 hb July diKepala Bukit.

Sebarang perubahan atau maklumat mengenai Program berkenaan akan di maklumkan kemudian jika yang berkenaan seperti makluman dari Pihak Negeri.

Aktivis Pas Bukit Gantang.

Jumaat 1hb July seorang aktivis Pas Bukit Gantang ditahan untuk siasatan atas Isu Baju "bersih" dan dimana,kepada siapa dia menjual baju sebanyak 25 helai mengikut rekod mereka entah dari siasatan apa..?ha ha ha ha..Peraturan atau Arahan yang menjadi ikutan dan Pegangan mereka untuk menjalankan siasatan..

Mengikut maklumat tiada sebarang akta atau undang undang yang menghalang seseorang menjual atau memilik baju Kuning yang ditulis "Bersih".dimana akta seksyen apa..?tolong tunjukkan wahai pemegang Kuasa sementara

Pagi tadi 2hb July sempena Lawatan TPM ke Taiping sdr Zulfiqar dianugerahkan Sijil Tahanan Reman selama 2hari atas alasan IO nak menyiasat lagi dimana 25 helai baju yang dimaksudkan..!Pada awalnya IO comel itu mohon Zul direman selama 4 hari tetapi atas hujah Peguam Zambry yang mewakili Zul, majisterat hanya membenarkan Zul dibawah kawalan IO itu selama 2 hari bermula 2hb july jam 10.30 pagi tadi.

zul(yang berbaju merah)masih sempat melemparkan senyuman..yang lebai putih itule ketua pasukan peggeledah rumah zul semalam..entah apa yang dicari mereka..hanya seorang ibu dan ayah yang dah uzur bersama zul tinggal dirumah itu


hujah Peguam Tuan Zamry yang mewakili sdr Zul

Friday, July 1, 2011

Kehadiran 200 Polis diTapak ceramah..gagal mengawal tangan tangan Dajjal

Situasi diTapak ceramah pada malam 30hb Jun diKg Kepala Bukit bagaikan zon Perang dan membenteras penjenayah,tetapi amat memalukan dalam keadaan sedemikian pun masih sempat sipemilik Tangan Dajjal melekat dan menconteng kereta saudara zaiwudin dari Kg Temerlok.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails