BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, April 30, 2010

JOM TURUN PADANG LAGI.......

MASA ITU SIAPA PULAK NAK TEMBAK AIR DAN BOM ASAP...demonya dituju pada POLIS.....mungkin SPRM ATAU SPR akan ambil alih kerja dari PDRM..haha haha haha hahak

'IGP mesti letak jawatan atau berdepan demo'
Apr 30, 10 8:14pm
Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu 'hanya akan menjejaskan keselamatan negara'.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.

Macam main lailai litamblem ..aje POLIS..

Siasat Pantas...AG kata tak cukup minggu depan kena siasat lebih lanjut..lanjut punya lanjut..sampai teloq lanjut nanti..Rakyat Lupa..boleh cover balik...macam main aci aje Polis dan AG4tahil...kenapa..mudah dan murah sangat ke nyawa siremaja ini...kalau kena kat anak beranak hangpa macam mana perasaan hangpa ..ingat sikit wahai sipolis yg tembak tu..pastu saksi report lain..kat paper jamban keluar berita lain...apa ini semua...aduh aduh aduh selagi tak pasti apa kelulusan KP selagi itu rakyat semakin rungsing dan ragu dgn Pihak POLIS..kalau tidak pun mohon maaf dan duduk rumah jaga cucu aje..bagi orang lain buat kija..

Peguam Negara arah polis buat siasatan lanjut Aminulrasyid

SHAH ALAM, 30 April — Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Peguam Negara mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, 15, (gambar) yang mati terkena tembakan polis pada Isnin lepas.

Beliau berkata arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan oleh polis Selangor hari ini.

“Selepas kita laksanakan arahan ini, kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada minggu hadapan untuk diteliti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pagi ini dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya hari ini.

Musa berkata polis juga mengalu-alukan inkues dijalankan berhubung kes berkenaan bagi mengetahui kejadian sebenar dan punca insiden itu

Khalid berkata sehingga hari ini keterangan lebih 20 saksi telah direkodkan bagi membantu siasatan.

Laporan saksi cetus tanda tanya remaja ditembak, kata MP Khalid

malaysiainsider


SHAH ALAM, 30 April — Dengan mendedahkan kandungan laporan saksi insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) meminta polis menghentikan segala ‘drama’ berkaitan kematian remaja tersebut awal minggu ini.

“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.

“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

“Dan, bagaimana parang boleh ada dalam kereta sedangkan cuma ada kasut dan patung sahaja? Ini memang tidak logik,” katanya lagi. Persoalan itu juga ditimbulkan oleh ibu Aminulrasyid beberapa hari lalu.

Khalid berkata, menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.

“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.

“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.

“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.

Masyuk..lagi..Penuh Lagi Tong Sampah..



masyuk dah tentu..tong sampah penuh lagi..takde kerja cari kerja..ini UMNOBN sebenarnya...

Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor. Beliau didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet. Laporan terhadap Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.15 tengah hari tad.Ia dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh. Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat. "Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," dakwanya kepada pemberita. Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar dalam ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Chan pula mendakwa kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.

sah Gila atau Tunggu menjadi Mereng......

MANGKUK KETURUNAN UMNO....SPESIS BAHLOL..MUNGKIN MEMANG DAH GILA ATAU TUNGGU DALAM PROSES MENJADI MERENG...
CILAKO KAU
.CILAKO.CILAKO


DS NIZAR- Siasat segera dan beri keadilan untuk Ong Mo Aik




IPOH: Pihak polis diminta bertindak segera bagi membuat siasatan terhadap pihak yang memukul pelajar tingkatan peralihan Sekolah Menengah Matang, Ong Mo Aik , dan menghadapkan pihak terbabit ke mahkamah secepat.

Langkah itu perlu bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pihak polis sekaligus mengangkat imej polis dalam membenteras jenayah di negara ini.

Demikian dinyatakan Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Ganrang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Janaludin kepada pemberita selepas melawat Ong Mo Aik di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini.

Turut sama dalam rombongan melawat pelajar berkenaan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Lee Bon Chai dan wakil dari Dewan MUslimat PAS Perak.

Beliau berharap kes berkenaan akan diberikan perhatian serius oleh pihak polis kerana tindakan segera yang akan dibuat oleh pihak polis dengan sendirinya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap polis.

Sempena lawatan itu juga beliau mewakili Pakatan Rakyat memberikan sumbangan RM3,000 kepada keluarga Ong bagi menampung kos pembiayaan rawatan tersebut.

Ong Mo Aik sebelum ini dibawa ke Hospital Taiping pada 22 April lalu. Pelajar berumur 13 tahun itu dipukul sewaktu menunggu bas sekolah di pondok menunggu di luar kawasan SMK Matang, Jalan Kuala Sapetang dalam Parlimen Bukit Gantang.

Pelajar tersebut dikatakan mangsa pukul silap orang. Rakan Ong Mo Aik yang melakukan kesalahan di kawasan kantin sekolah, tetapi beliau pula menjadi mangsa pukulan atau hentakan topi kaledar oleh empat lelaki.

Ong Mo Aik kini dirawat di Hospital Pakar Ipoh (KPJ). Ong baru dibedah kali kedua untuk membuang darah beku di kepalanya.johari jaafar

AYYYOIII.boleh main paksa-Paksa ke...Bahaya.....nanti....

KALAU INI MACAM PUNYA KES..BANYAK ORANG BOLEH DIBOGELKAN.....SAMPAI ITU CERITA C.AMPAT PUNYA CERITA PON BOLEH KELUAR LOOOO...ITU RAZAK BAGINDA TAKDE RISAU PUNYA..TAPI ITU ORANG YANG SURUH LETOP ALTANTUYA..MESTI SUDAH MULA BERAK KAPUR ATAU BERAK BESAR...TAPIINI PEGUAM PON KENA JAGA-JAGA NANTI ADA KASI MANTRAM SAMA BOMOH SIAM..LAGI KACAU ..NANTI jOSEPH BREHEM SUDAH MAU JADI YUSOF BRAHIM....JADI AHLI PERKASA DIBAWAH EBRAHEM ALLI...HAHAKK HAHAK HAKAAK ...

M'sia mungkin dipaksa dedah butiran beli Scorpene
Malaysia boleh dipaksa mendedahkan maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan dakwaan kes rasuah membabitkan penjualan dua kapal selam Scorpene oleh syarikat Perancis, DCN.

Joseph Brehem (kanan), salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".

Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.

"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.

Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".

Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."

Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.

Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.

Kalau nak berpolitik dalam Masjid Jangan ke SELANGOR..

Memang setuju sangat dengan titah Sultan selangor...Jangan jadikan Masjid sebagai Pentas Politik Murahan....keluar dari selangor...

tapi ana konfius juga macam mana kalau ada yang datang ke selangor..untuk berjudi,minum arak,berzina..?boleh atau tidak ke Selangor..?

macam mana pulak dengan manusia-manusia yang tidak mahu dengan Hukum Allah..layak duduk diMuka Bumi Allah ke..?
siapa nak tolong JAWAB persoalan ini..?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.
baca lagi


INI satu lagi Menteri bahlol..dari UMNO..


aawwuuuuuuuuuuuu..

adooohs..letih pikiq..pimpinan kami dari UMNO.....benggong benggong belaka..?

dah elok elok ada undang-undang Islam dan cara nak mengatasi masaalah ini..tapi pimpinan UMNO benggong belaka...?kenapa sampai ahli wanita naik mengantuk...awuuuu..
adakah disuruh KASI.....ingat lembu ke...harap muka aje lawa otak macam sampah...
punca yang semakin hari bertambah kes macam ini adalah dari UMNOBN....tengok aje dia bawa penyokong belasan tahun dalam mana-mana PRK...betapa kurangajarnya mereka...mereka semua jadi macam itu dah tentu diajar oleh UMNOBN..kalau tak takkan mereka berani sampai maki hamun tak kira tua muda..ini satu contoh aje..belambak lagi tindakan mereka yg direstu oleh UMNOBN...itu macam mana tak berlaku kes kes macam ini..lepai tu percampuran jantan betina dalam UMNO dah jadi macam wajib..tengok sendiri kat bawah ini...menteri pun tak reti nak jaga aurat..ni sekarang nak KASI pula dia in..takut nanti takde baka UMNO kurang Ajar pulak..hahah hahak ahhak hahak hahak


Shahrizat cadang "KASI" Bapa Bayi Yang Dibuang

Senator cadang ‘kasi’ bapa bayi yang dibuang
KUALA LUMPUR, 29 April — Marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini, seorang senator hari ini menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”.

Waiting for The New Kotak from Kelantan....

seorang Lagi Kotak akan Muncul dari kelantan: kick the fellow out from PAS....

Thursday, April 29, 2010

macammana boleh dilantik sebagai KPN...hanya sebab usung TILAM aje..??

inilah jadi kalau kelayakkan untuk jadi KP di nilai dengan kerja-kerja usung Tilam buruk aritu..sebagai seorang KETUA POLIS negara yang bertangungjawab..sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi perkara-perkara seumpama tembak rambangan tidak berlaku lagi..ini tidak macam mengsahkan mmg dia jadi KP kerana TILAM aje..?
malang sungguh NEGARAKU BERKETUA POLISKAN ORANG BERFIKIRAN MACAM IN.....

KPN sedia arah anggota polis undur
Apr 29, 10 6:02pm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.

Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.

Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu dan meminta orang ramai agar tidak terburu-buru membuat kesimpulan tentang kejadian.

Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.

"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.

Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".

Musa berkata sesebuah kenderaan itu sama bahayanya dengan pistol, pisau atau tukul.

"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.

Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.

Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.

"Dalam keadaan gelap itu, siapapun tak akan dapt pastikan sama ada pemandunya adalah seorang remaja atau orang dewasa.

"Setakat itu saja yang boleh saya komen tentang isu ini kerana ia sedang disiasat. Oleh itu, jangan buat sebarang spekulasi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara menderma darah oleh anggota polis di Pusat Darah Negara bersempena sambutan Hari Polis di Kuala Lumpur hari ini.

jangan jadi macam kes MATA LEBAM dah....?

Mana Mufti semangkuk...MINTA TOLONG...

mUFTI @UFTI DIMINTA BERIKAN PANDANGAN TTG ISU INI...?

ARB labur dalam Magnum: Harussani diminta beri pandangan
Posted by RAKYAT MARHAEN
KUALA LUMPUR, 29 April: Para mufti khasnya Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria diminta memberikan fatwa tentang maklumat kononnya Amanah Raya Berhad (ARB) mempunyai saham dalam syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim dalam facebook menulis, Harussani adalah Penasihat Shariah ARB.

Menurutnya, ARB yang dimilki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia bukan sahaja mempunyai saham dalam syarikat arak, Carlsberg tetapi juga dalam Magnum.

"Rujuk Laporan Tahunan Magnum Corporation 2006. ARB miliki lebih 11 juta unit saham dalam syarikat judi Magnum Corporation Berhad," tulis Abdullah dalam facebooknya.

Abdullah adalah naib ketua Pemuda PAS Pahang. Beliau yang merupakan seorang peguam kini sedang bercuti panjang di London (gambar).

Selain meminta para mufti bersuara dalam hal ini, beliau juga mempersoalkan kenapa Perkasa yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali yang sentiasa mendakwa sebagai pejuang Islam dan Melayu mendiamkan diri.
Menurut Abdullah, laporan tahunan 2009 Carlsberg Brewery, Perkeso yang terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia mempunyai saham dalam syarikat itu iaitu sebanyak 2,155,700 unit.

Amanah Raya Berhad pula mempunyai saham sebanyak 585,300 unit saham dalam Carlesberg.

"Perkeso duduk di bawah Kementerian Sumber Manusia. ARB pula GLC di bawah Kementerian Kewangan dan menguruskan hal ehwal pesaka orang Islam. Kenapa Umno tak bising?," soal beliau.

Pas atau UMNO..?


rajadajjai bersama isteri ....INGAT...PENGKHIANAT NOSATU..DIMALAYSIA...

JANGAN KAU LUPA WAHAI SIUMNO BENGGONG..SEMUA INI ADALAH KERJA KAU SENDIRI...YANG PALING DAJJAI KAU PERNAH MENABLKAN SATU LAGI SULTAN DIBAWAH POKOK..INGAT TAK PENGHKIANAT..

ZAID KAU PUN APA KURANG PERNAH CABAR SULTAN MINTA TURUN TAKHTA...

MEMANG UMNO DAJJAI BESOR..OOOOO..jangan terperangkap dgn gelagat mereka...

Rakyat tidak lupa sejarah Umno menghina Sultan-sultan selama ini;

  • Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.
  • Tahun 1983, Umno membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
  • Umno turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
  • Umno juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
  • Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda Umno ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
  • Pada 2008 Umno Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan Umno yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai “Binatang” diarak dalam demontrasi itu.
  • Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.

Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan Umno yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan Umno terhadap Istana begitu jauh berbeza.

Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.

Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

zaman ..lebih takut kpd POLIS dari Penjenayah..?

BANG !! BANG !! Bukan Adik Aminul Rasyid Sorang Je Yang Kena Tembak

Keadaan aman di negara ini tiba-tiba menjadi gempar..keadaan sudah tidak aman lagi. Kedengaran bunyi pang..pang..semakin merata-riti..saya sudah takut..adik saya sudah takut..mak cik penjual nasi lemak pun sudah takut..

Ramai yang takut..takut kerana ditembak oleh polis..kat negara ini..orang yang bebas bawa senjata api seperti pistol adalah secara halal atau haram..macam MB kat Perak..Secara halal, yang dibenarkan oleh undang-undang seperti pihak polis, pak guard bank..dll yang ada lesen…membawa pistol secara haram ialah perompak bank..penjenayah besar seperti geng mamak…

Tapi kenapa polis yang diberi kebenaran secara undang-undang bersifat seperti penjenayah…seperti pembunuh upahan..memang ada polis yang baik dan mereka ramai..tetapi ada juga pegawai polis di Malaysia ini yang bersikap macam Israel..menembak sesiapa sahaja yang menimbulkan kemarahan mereka…dan ingatkan kisah Adik Aminul rasyid sahaja yang berlaku di negara ini..rupanya ada lagi kisah lain akibat kecuaian polis ini..yelah..polis bukannya malaikat..Ini kisahnya :

HARAKAH - Dalam kejadian setahun lalu, Shahril Azlan, 25, ditembak dari sipi kiri menyebabkan bahunya ditembusi peluru terus membocorkan paru-paru dan terhenti di tulang belakang T8 dalam kejadian tengah malam di satu simpang yang dikatakan dilakukan oleh anggota polis berpakaian biasa.

Menurut Azlan yang juga bapanya, sehingga kini kesan dari kejadian itu menyebabkan sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh serta telah setahun terpaksa mengambil ubat saraf dan tahan sakit menerusi rawatan susulan di hospital setiap bulan. Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertanggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian berlaku di simpang Seksyen 7, Shah Alam menghala ke I-City sekitar jam 12 tengah malam selepas bersama empat rakan lain termasuk seorang anggota polis, mereka pun pulang dengan menaiki tiga kereta berasingan, cuma beliau ketika itu pulang dengan seorang rakannya menaiki kereta Wiranya.

Sebaik sampai di tempat kejadian sekitar 100 meter sebelum persimpangan itu, beliau berhentikan kereta selepas ternampak papan tanda sekatan jalan raya memandangkan cukai keretanya telah tamat tempoh.

Katanya, kejadian itu berlaku tiba-tiba, kerana dalam tidak sedar dan tanpa sebarang soal jawab, terus berlaku tembakan yang terkena bahu melintasi paru-parunya dan peluru menerobos masuk ke tulang belakangnya.

Setelah itu, muncul tiga lelaki berpakaian biasa yang memegang sejenis kayu mengaku sebagai anggota polis dalam keadaan panik namun masih tidak percaya beliau terkena tembakan rambang mereka.

“Saya kesal kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka membiarkan saya menanggung kesakitan di situ selama dua jam manakala rakan saya terus dibawa dari situ,” tegasnya serius. Beliau masih ingat kata-kata seorang polis senior berpakaian seragam yang berkata kepadanya, “minta banyak-banyak bersabarlah, mereka itu adalah anggota baru yang baharu pegang pistol”.

Setelah menunggu ambulan selama dua jam, beliau dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini untuk rawatan segera, suntikan hilangkan bisa peluru dan x-ray dan esoknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)

(Gambar: Azlan menunjukkan parut pada badannya. Sehingga kini, peluru masih melekat pada tulang belakangnya. Ia sukar untuk dibuang kerana bimbang implikasinya) Azlan berkata, beliau diberitahu polis menggunakan pistol jenis revolver untuk menembaknya dari sisi kiri badan, dari bahu terus ke rusuk itu dan doktor yang memeriksanya menyatakan, sebutir peluru telah berhenti di tulang belakang T8.

Sejak itu, beliau dirawat selama dua minggu di HKL, mendapat MC selama dua bulan dengan mendapat gaji bulanan seperti biasa.

“Berdasarkan nasihat doktor dengan persetujuan anggota keluarga, tiada pembedahan dibuat untuk mengeluarkan peluru itu kerana dibimbangi menyebabkan lumpuh pula,” ujarnya. Satu perkara lagi yang sangat dikesalkan adalah, pihak terbabit memaksa beliau membuat pengakuan tentang kononnya terdapat senjata di dalam keretanya sedangkan beliau tidak pernah memiliki atau membawanya.

Bercakap tentang sikap anggota polis itu, ibunya, Normadiah Sidek, 47, berkata siap dengan sanggup bersumpah bahawa beliau disogokkan untuk membuat pengakuan itu dengan wang sebanyak RM200.

“Meskipun saya kesuntukan wang ketika itu yang berkejar datang dari Sabak Bernam sejak subuh hari namun saya tidak memandang jumlah itu kerana paling utama adalah maruah kami sekeluarga," tegas Normadiah.

Mungkinkah kejadian sama menimpa oleh Allahyarham adik Aminul Rasyid. Kejadian berlaku di Shah Alam..ia melibatkan kereta..dan juga mungkinkah fakta sama bahawa jika ada orang awam ditembak, polis akan katakan bahawa ada parang dalam kereta orang awam dalam suspek itu????? Minta kerajaan negeri Pakatan Rakyat upah peguam bagi membawa keadilan buat Saudara Azlan yang cacat seumur hidup angkara polis ini..

Apalah polis di Malaysia..banyak kes sebelum ini..kes A Kugan, seorang balu Norizan Salleh…tak dinafikan ada yang baik..tapi ada juga yang jahat. Siap nak bagi rasuah lagi. Weiii, polis ni tak belajar undang-undang ke???Satu kesalahan menembak orang awam..satu kesalahan menfitnah dan menipu..satu lagi kesalahan merasuah.

Minta pihak SPRM dan Jabatan Peguam Negara kalau masih tidak dirasuah, menyiasat kes ini..adakah ia saling berkaitan..tolong siasat ada tak polis yang gila tembak orang awam..orang awam dijadikan sebagai sasaran menembak..minta Hospital Bahagia tolong siasat, kot-kot ada yang sakit mental..tu yang tembak sesuka hati tu.

Memang jika suasana ini berlaku, orang akan takut..jika selama ini orang takut pada penjenayah..sekarang ni orang juga takut dengan polis..bukannya nak menghina polis..tapi nak bagi teguran..memang ada beberapa peratus polis ada yang baik..banyak bantu masyarakat..beberapa peratus yang jadi polis tapi bersikap seperti penjenayah..kalau ia berlaku di Jepun atau Britain, dah lama polis ini dikenakan hukuman..bahkan Menteri yang jaga polis pun takkan duduk diam..silap haribulan kena letak jawatan atas dasar tanggungjawab kolektif..tapi di Malaysia? Berani ke Bekas Ketua Pemuda UMNO yang suka hunus keris ini letak jawatan?? Budak tadika PERMATA pun boleh agak jawapannya..tentulah neheee....bukan soal berani nak letak jawatan..soal masyukkkk yang jadi UKUran kepada UMNOBN..tak maruah..

comelllllllll..

ahhh.comel tul si zakiah ans...tapi kalau kat TV ..selalunya..bila tengok..geraaaaaaaaaaaam...seksi tul..tudung mahkamah aje ke?..atau memang dah bertudung selalu..kalau dah bercerai...tunggu sat aje dapat le penganti..harap yang baik ..tapi kalau tak bertudung ..nanti penganti pon selalu yang hak macam katak aje kot....sat aje lompat....



INKUESsss.Lagiiiiiiiiiiiiiii..!


Tubuh inkues siasat pembunuhan Aminulrasyid
Apr 29, 10 1:40pm
Inkues di bawah kuasa kehakiman perlu ditubuhkan bagi menyiasat remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lalu.

Presiden, Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan berkata Seksyen 328 Kanun Prosedur Jenayah harus digunakan bagi membolehkan inkues dijalankan setiap kali berlakunya kematian ketika polis menjalankan operasi.

“Mengambilkira kepentingan rakyat, punca kematian sedemikian hendaklah dikendalikan mengikut prosedur mahkamah dan satu inkues di bawah kuasa kehakiman ditubuhkan,” katanya dalam satu kenyataaan media, hari ini.

Katanya, insiden itu amat menggemparkan dan lebih mendukacitakan lagi apabila polis melabel remaja berkenaan sebagai “penjenayah” untuk menepis kelemahan mereka.

“Sikap ini amat mengecewakan dan tidak adil terhadap keluarga mangsa dan tidak ada kaitan dengan pembunuhan remaja tersebut.

“Jumlah kematian yang semakin meningkat akibat ditembak polis menimbulkan prasangka masyarakat bahawa anggota polis amat cuai dan tidak mengikut prosedur ketika menjalankan tugas,” kata Kesavan.

hah haha katak dah Maju dah......

Nafi 'ultra Melayu', Ibrahim saman Sun, wartawan

hahh hhakk hakaak haaaaaaaaa..katak zaman najib ada hati nak saman..sebelum ini asyik Lompat aje...ini selepas nampak Najib buat don`t no aje kepada spesis katakis dan najib tak mau dengar nasihat raja katak seperti abaikan kaum cina dan India.. dah mula air naik kepala..itu yang nak saman pulak...

Tak lama lagi SIKOTAK akan jadi senator...SENATOR KOTAK LE....

berita lanjut klik disini.....malei nak buat cerita sampah kat blog aku ini





Boleh lagi diPercayai..?

yang bercakap itu siapa dia..?ketua POLIS selangor..Bukan Ibrahim Katak..yg ini pun cakap pusing-pusing ..boleh percaya ke ..Pegawai macam ini...?dah dia kata budak itu dipercayai penyamun,tapi kenapa nak siasat anggota POLIS..??...memang Ular dalam PDRM....mampus mampus ..rakyat negaraku kalau orang macam ini diberikan amanah untuk menjaga keselamatan kita....!

KETua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu,


*Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu berkenaan mendapati, dia adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

*Polis juga menemui parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dalam kereta berkenaan.


*Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap keempat-empat anggota berkenaan, walaupun hanya seorang daripada mereka yang melepaskan tembakan berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails