BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, April 29, 2010

zaman ..lebih takut kpd POLIS dari Penjenayah..?

BANG !! BANG !! Bukan Adik Aminul Rasyid Sorang Je Yang Kena Tembak

Keadaan aman di negara ini tiba-tiba menjadi gempar..keadaan sudah tidak aman lagi. Kedengaran bunyi pang..pang..semakin merata-riti..saya sudah takut..adik saya sudah takut..mak cik penjual nasi lemak pun sudah takut..

Ramai yang takut..takut kerana ditembak oleh polis..kat negara ini..orang yang bebas bawa senjata api seperti pistol adalah secara halal atau haram..macam MB kat Perak..Secara halal, yang dibenarkan oleh undang-undang seperti pihak polis, pak guard bank..dll yang ada lesen…membawa pistol secara haram ialah perompak bank..penjenayah besar seperti geng mamak…

Tapi kenapa polis yang diberi kebenaran secara undang-undang bersifat seperti penjenayah…seperti pembunuh upahan..memang ada polis yang baik dan mereka ramai..tetapi ada juga pegawai polis di Malaysia ini yang bersikap macam Israel..menembak sesiapa sahaja yang menimbulkan kemarahan mereka…dan ingatkan kisah Adik Aminul rasyid sahaja yang berlaku di negara ini..rupanya ada lagi kisah lain akibat kecuaian polis ini..yelah..polis bukannya malaikat..Ini kisahnya :

HARAKAH - Dalam kejadian setahun lalu, Shahril Azlan, 25, ditembak dari sipi kiri menyebabkan bahunya ditembusi peluru terus membocorkan paru-paru dan terhenti di tulang belakang T8 dalam kejadian tengah malam di satu simpang yang dikatakan dilakukan oleh anggota polis berpakaian biasa.

Menurut Azlan yang juga bapanya, sehingga kini kesan dari kejadian itu menyebabkan sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh serta telah setahun terpaksa mengambil ubat saraf dan tahan sakit menerusi rawatan susulan di hospital setiap bulan. Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertanggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian berlaku di simpang Seksyen 7, Shah Alam menghala ke I-City sekitar jam 12 tengah malam selepas bersama empat rakan lain termasuk seorang anggota polis, mereka pun pulang dengan menaiki tiga kereta berasingan, cuma beliau ketika itu pulang dengan seorang rakannya menaiki kereta Wiranya.

Sebaik sampai di tempat kejadian sekitar 100 meter sebelum persimpangan itu, beliau berhentikan kereta selepas ternampak papan tanda sekatan jalan raya memandangkan cukai keretanya telah tamat tempoh.

Katanya, kejadian itu berlaku tiba-tiba, kerana dalam tidak sedar dan tanpa sebarang soal jawab, terus berlaku tembakan yang terkena bahu melintasi paru-parunya dan peluru menerobos masuk ke tulang belakangnya.

Setelah itu, muncul tiga lelaki berpakaian biasa yang memegang sejenis kayu mengaku sebagai anggota polis dalam keadaan panik namun masih tidak percaya beliau terkena tembakan rambang mereka.

“Saya kesal kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka membiarkan saya menanggung kesakitan di situ selama dua jam manakala rakan saya terus dibawa dari situ,” tegasnya serius. Beliau masih ingat kata-kata seorang polis senior berpakaian seragam yang berkata kepadanya, “minta banyak-banyak bersabarlah, mereka itu adalah anggota baru yang baharu pegang pistol”.

Setelah menunggu ambulan selama dua jam, beliau dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini untuk rawatan segera, suntikan hilangkan bisa peluru dan x-ray dan esoknya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)

(Gambar: Azlan menunjukkan parut pada badannya. Sehingga kini, peluru masih melekat pada tulang belakangnya. Ia sukar untuk dibuang kerana bimbang implikasinya) Azlan berkata, beliau diberitahu polis menggunakan pistol jenis revolver untuk menembaknya dari sisi kiri badan, dari bahu terus ke rusuk itu dan doktor yang memeriksanya menyatakan, sebutir peluru telah berhenti di tulang belakang T8.

Sejak itu, beliau dirawat selama dua minggu di HKL, mendapat MC selama dua bulan dengan mendapat gaji bulanan seperti biasa.

“Berdasarkan nasihat doktor dengan persetujuan anggota keluarga, tiada pembedahan dibuat untuk mengeluarkan peluru itu kerana dibimbangi menyebabkan lumpuh pula,” ujarnya. Satu perkara lagi yang sangat dikesalkan adalah, pihak terbabit memaksa beliau membuat pengakuan tentang kononnya terdapat senjata di dalam keretanya sedangkan beliau tidak pernah memiliki atau membawanya.

Bercakap tentang sikap anggota polis itu, ibunya, Normadiah Sidek, 47, berkata siap dengan sanggup bersumpah bahawa beliau disogokkan untuk membuat pengakuan itu dengan wang sebanyak RM200.

“Meskipun saya kesuntukan wang ketika itu yang berkejar datang dari Sabak Bernam sejak subuh hari namun saya tidak memandang jumlah itu kerana paling utama adalah maruah kami sekeluarga," tegas Normadiah.

Mungkinkah kejadian sama menimpa oleh Allahyarham adik Aminul Rasyid. Kejadian berlaku di Shah Alam..ia melibatkan kereta..dan juga mungkinkah fakta sama bahawa jika ada orang awam ditembak, polis akan katakan bahawa ada parang dalam kereta orang awam dalam suspek itu????? Minta kerajaan negeri Pakatan Rakyat upah peguam bagi membawa keadilan buat Saudara Azlan yang cacat seumur hidup angkara polis ini..

Apalah polis di Malaysia..banyak kes sebelum ini..kes A Kugan, seorang balu Norizan Salleh…tak dinafikan ada yang baik..tapi ada juga yang jahat. Siap nak bagi rasuah lagi. Weiii, polis ni tak belajar undang-undang ke???Satu kesalahan menembak orang awam..satu kesalahan menfitnah dan menipu..satu lagi kesalahan merasuah.

Minta pihak SPRM dan Jabatan Peguam Negara kalau masih tidak dirasuah, menyiasat kes ini..adakah ia saling berkaitan..tolong siasat ada tak polis yang gila tembak orang awam..orang awam dijadikan sebagai sasaran menembak..minta Hospital Bahagia tolong siasat, kot-kot ada yang sakit mental..tu yang tembak sesuka hati tu.

Memang jika suasana ini berlaku, orang akan takut..jika selama ini orang takut pada penjenayah..sekarang ni orang juga takut dengan polis..bukannya nak menghina polis..tapi nak bagi teguran..memang ada beberapa peratus polis ada yang baik..banyak bantu masyarakat..beberapa peratus yang jadi polis tapi bersikap seperti penjenayah..kalau ia berlaku di Jepun atau Britain, dah lama polis ini dikenakan hukuman..bahkan Menteri yang jaga polis pun takkan duduk diam..silap haribulan kena letak jawatan atas dasar tanggungjawab kolektif..tapi di Malaysia? Berani ke Bekas Ketua Pemuda UMNO yang suka hunus keris ini letak jawatan?? Budak tadika PERMATA pun boleh agak jawapannya..tentulah neheee....bukan soal berani nak letak jawatan..soal masyukkkk yang jadi UKUran kepada UMNOBN..tak maruah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails