BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, April 22, 2010

leee.Ingat Jadi Rakan Cop dan Juga rakan SPR...

Laa ingat nak jadi Rakan Cop dan Juga Rakan Spr yang terlalu sibuk di markas BN...itu yang Pimpinan AMK nak tolong turunkan Banner-banner merapu..tapi dia tangkap pulak kawe.....macam melepaskan anjing tersepit..ingat nak tolong ...dikokahnya kita balik..

Pimpinan AMK didakwa di bawah Akta Senjata dan Bahan Letupan..??

KUALA LUMPUR : Timbalan Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR Pusat, Faris Musa telah di bawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru kira-kira jam 9 pagi tadi.

Beliau dijangka di dakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, seksyen 6(1) dan seksyen 8 Akta Senjata dan Bahan Letupan.

Semalam, pimpinan AMK itu ditahan di balai polis Bukit Sentosa atas tuduhan membuangBanner provokasi Barisan Nasional.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun berjanji akan menurunkan banner provokasi Barisan Nasional, namun sehingga kini banner-banner provokasi itu masih kekal terpampang di merata tempat.

Tindakan SPR itu membuatkan badan itu kekal dengan imejnya sebagai proksi dan rakan sekutu Barisan Nasional.

Ini termasuklah memindahkan ribuan pengundi dalam parlimen Hulu Selangor ke kawasan Selayang baru-baru ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails