BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, April 29, 2010

Eloklahtu..LANUN nak lantik KATAK jadi EXCO..?


KAHK KAHK KAHK KAHAK..
31 ADUN akan dinilai: MB

IPOH – Persoalan sama ada dua bekas Exco Kerajaan Negeri yang baru dibebaskan daripada pertuduhan rasuah baru-baru ini akan dipertimbangkan untuk menjawat jawatan itu semula tidak timbul kerana barisan Exco yang sedia ada masih berupaya menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, bagaimanapun kedua-dua bekas Exco terbabit sudah menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan masing-masing.

“Justeru, kita akan mengadakan penilaian kepada 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan beri pertimbangan sewajarnya pada yang lain,” katanya pada sidang media di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.

Beliau mengulas soalan media sama ada dua bekas Exco Kerajaan Negeri akan dipertimbangkan untuk jawatan Exco negeri.

Sementara itu, Dr Zambry turut mengulas ditanya sama ada dua bekas Exco terbabit akan menyertai UMNO dalam masa terdekat beliau berkata itu semua terserah kepada mereka.

“Soal masuk UMNO saya serahkan kepada mereka dan apa yang lebih penting kita lihat mereka adalah sebahagian daripada kita dan tidak pernah mengandaikan sepertimana setengah pihak menyatakan 28 campur tiga sama dengan 31,” katanya.

Selain itu, Dr Zambry turut menjemput sesiapa yang berminat untuk menyertai Barisan Nasional (BN) kerana ia terbuka untuk semua.

“Kita sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak termasuklah daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk masuk BN, silakanlah,” katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails