ini lagu kasi nyani sikit ..hati ada susah sikit..
kecik kecik Lembu jaga/sudah besar MIC jaga/sudah pencen Bank jaga ada duit takde KUASA..
iNDIA dalam tanah ada beli juga/manager mati anak semua sapu juga/sana pusing sini pusing BN juga/umno bikin MIC jadi Lembu juga//
kecik kecik lembu jaga...nyanyi 3 atau 4 kali berulang...haah haha haha haak..
Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berjanji bahawa pemimpin cawangan MIC di Hulu Selangor tidak akan memboikot atau mensabotaj pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ekoran Datuk G Panivel tidak dipilih bertanding semula di situ.
Sebelum ini, dilaporkan sebilangan pemimpin MIC Hulu Selangor mengancam untuk membubarkan cawangan mereka jika timbalan presiden MIC itu tidak dipilih sebagai calon BN.
Mengulas lanjut, Samy Vellu berkata, beliau tidak bimbang kerana menyifatkannya sebagai satu salahfaham kecil dan mereka yang terbabit telah datang menemui beliau."Saya telah jelaskan kepada mereka perkara ini diambil alih oleh perdana menteri apabila beliau balik (dari luar negara) selepas pilihan raya kecil (ini)," katanya.
malaysiakini
4 Cawangan MIC Bubar, 1,200 Ahli Sertai KEADILAN, 13 Lagi Menyusul
BUKIT SENTOSA 16 Apr - Empat cawangan MIC Hulu Selangor dibubarkan membabitkan lebih 1,200 ahli sejurus selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon Barisan Nasional petang semalam.
Dalam satu majlis penerangan kerajaan negeri Selangor di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Ketua Cabang Parit Sulong Hasmi Hashim berkata empat cawangan terbabit ialah cawangan Batang Kali, Taman Wawasan, Ladang Ulu Tamu dan Ulian Baru.
"Kemungkinan 13 cawangan MIC lagi akan dibubarkan kerana tidak setuju dengan campur tangan Umno dalam pemilihan calon MIC bagi Hulu Selangor.
"Isyarat ini jelas menunjukkan rakyat di Hulu Selangor tidak lagi yakin terutamanya masyarakat India yang berada di peringkat akar umbi.
"Calon yang dikatakan kononnya calon jalan tengah bukan calon pilihan MIC tetapi Umno maka jelaslah di sini MIC tidak mempunyai suara tetapi Umno yang telah menetapkan calon untuk MIC," kata Hasmi.
Sebelum ini, satu laporan berita mengatakan bahawa semua cawangan MIC di Hulu Selangor akan ditutup jika jika tuntutan mereka agar Datuk G Palanivel dicalonkan ditolak.
No comments:
Post a Comment