Siasat Pantas...AG kata tak cukup minggu depan kena siasat lebih lanjut..lanjut punya lanjut..sampai teloq lanjut nanti..Rakyat Lupa..boleh cover balik...macam main aci aje Polis dan AG4tahil...kenapa..mudah dan murah sangat ke nyawa siremaja ini...kalau kena kat anak beranak hangpa macam mana perasaan hangpa ..ingat sikit wahai sipolis yg tembak tu..pastu saksi report lain..kat paper jamban keluar berita lain...apa ini semua...aduh aduh aduh selagi tak pasti apa kelulusan KP selagi itu rakyat semakin rungsing dan ragu dgn Pihak POLIS..kalau tidak pun mohon maaf dan duduk rumah jaga cucu aje..bagi orang lain buat kija..
Peguam Negara arah polis buat siasatan lanjut Aminulrasyid
SHAH ALAM, 30 April — Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Peguam Negara mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, 15, (gambar) yang mati terkena tembakan polis pada Isnin lepas.
Beliau berkata arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan oleh polis Selangor hari ini.
“Selepas kita laksanakan arahan ini, kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada minggu hadapan untuk diteliti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pagi ini dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya hari ini.
Musa berkata polis juga mengalu-alukan inkues dijalankan berhubung kes berkenaan bagi mengetahui kejadian sebenar dan punca insiden itu
Khalid berkata sehingga hari ini keterangan lebih 20 saksi telah direkodkan bagi membantu siasatan.
Laporan saksi cetus tanda tanya remaja ditembak, kata MP Khalid
SHAH ALAM, 30 April — Dengan mendedahkan kandungan laporan saksi insiden Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (gambar) meminta polis menghentikan segala ‘drama’ berkaitan kematian remaja tersebut awal minggu ini.
“Ini kerana laporan yang dikeluarkan media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian.
“Bagaimana seorang yang sudah meninggal dunia boleh mengundurkan kenderaan dipandunya?” kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
“Dan, bagaimana parang boleh ada dalam kereta sedangkan cuma ada kasut dan patung sahaja? Ini memang tidak logik,” katanya lagi. Persoalan itu juga ditimbulkan oleh ibu Aminulrasyid beberapa hari lalu.
Khalid berkata, menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.
Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.
“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.
“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.
“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.
No comments:
Post a Comment