BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, April 15, 2010

Penyamun jenis ini mmg dah LAMA DAH..dirata-rata..

nak percaya siapa?..sprm atau Polis..?.....semua nya spring sama saja...jawapannya benamkan BN walau dimana-mana..baru selamat...
report sprm..haha haha haha akan jadi kertas buruk saja..report Polis...lagi sedih..silapsilap jadi kertas tandas,,????

Pejabat Daerah Jadi Perompak?

DEMI untuk menjayakan cita-cita Pegawai Daerah ‘Otak Udangnya’, Penganjur Karnival Kunak telah ‘merompak’ semua pekedai di Kunak, antara RM200 hingga RM1,000 tanpa memberikan sebarang resit atau menunjukkan sebarang permit memungut derma daripada pihak berkuasa.

Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Citra Masadi mendedahkan demikian sebagai respon daripada para peniaga yang mengadu kepada beliau kerana mereka tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tertentu yang mendakwa mewakili Pegawai Daerah Kunak dan Jawatankuasa Induk Karnival Kunak.

“Pekedai kecil dikenakan purata RM200 manakala kedai besar diarahkan membayar RM1,000 bagi setiap kedai untuk membiayai Karnival Kunak, sedangkan ianya tidak ada kena mengena dengan para pekedai,” ujar Citra ketika menghubungi krew Sabahkini.net di Kunak.

Sehubungan itu, Citra menggesa agar Polis menjalankan siasatan segera kerana pungutan derma atau tajaan awam tanpa permit adalah menyalahi undang-undang.

“Dalam hal ini, saya minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tawau menyiasat kes ini kerana ianya melibatkan penyalahgunaan kuasa seorang Pegawai Daerah yang dikhuatiri mengarahkan kakitangan memungut derma dan menyelewengkan pungutan derma berkenaan untuk tujuan tertentu,” tegas Citra yang kesal kerana Polis Kunak gagal menghalang para ‘perompak’ ‘ini ‘merompak’ di Pekan Kunak.

Kata Citra, dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini, Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto mengakui Karnival Kunak yang akan diadakan pada 17 April 2010 di Padang Pekan Kunak adalah anjuran bersama Agensi Dadah Kebangsaan (Pemadam) dan Jabatan Penerangan Kunak Sabah serta mendapat sokongan pihak swasta.

“Swasta tidak menyokong program ini sebaliknya mereka yang mendakwa mewakili Jawatankuasa Induk dan Pegawai Daerah telah ‘merompak’ para pekedai dengan mengenakan kadar khusus sehingga para pekedai merasa tertipu dan terkilan kerana perompak ini tidak mengeluarkan resit atau menunjukkan sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa,” ujar Citra yang mendesak agar Pengerusi Jawatankuasa Induk Karnival Kunak disiasat segera.

Oleh: MUSTARING RAPPE (sabahkini)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails