BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, April 30, 2010

DS NIZAR- Siasat segera dan beri keadilan untuk Ong Mo Aik




IPOH: Pihak polis diminta bertindak segera bagi membuat siasatan terhadap pihak yang memukul pelajar tingkatan peralihan Sekolah Menengah Matang, Ong Mo Aik , dan menghadapkan pihak terbabit ke mahkamah secepat.

Langkah itu perlu bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pihak polis sekaligus mengangkat imej polis dalam membenteras jenayah di negara ini.

Demikian dinyatakan Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Ganrang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Janaludin kepada pemberita selepas melawat Ong Mo Aik di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini.

Turut sama dalam rombongan melawat pelajar berkenaan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Lee Bon Chai dan wakil dari Dewan MUslimat PAS Perak.

Beliau berharap kes berkenaan akan diberikan perhatian serius oleh pihak polis kerana tindakan segera yang akan dibuat oleh pihak polis dengan sendirinya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap polis.

Sempena lawatan itu juga beliau mewakili Pakatan Rakyat memberikan sumbangan RM3,000 kepada keluarga Ong bagi menampung kos pembiayaan rawatan tersebut.

Ong Mo Aik sebelum ini dibawa ke Hospital Taiping pada 22 April lalu. Pelajar berumur 13 tahun itu dipukul sewaktu menunggu bas sekolah di pondok menunggu di luar kawasan SMK Matang, Jalan Kuala Sapetang dalam Parlimen Bukit Gantang.

Pelajar tersebut dikatakan mangsa pukul silap orang. Rakan Ong Mo Aik yang melakukan kesalahan di kawasan kantin sekolah, tetapi beliau pula menjadi mangsa pukulan atau hentakan topi kaledar oleh empat lelaki.

Ong Mo Aik kini dirawat di Hospital Pakar Ipoh (KPJ). Ong baru dibedah kali kedua untuk membuang darah beku di kepalanya.johari jaafar

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails