inilah jadi kalau kelayakkan untuk jadi KP di nilai dengan kerja-kerja usung Tilam buruk aritu..sebagai seorang KETUA POLIS negara yang bertangungjawab..sepatutnya mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi perkara-perkara seumpama tembak rambangan tidak berlaku lagi..ini tidak macam mengsahkan mmg dia jadi KP kerana TILAM aje..? malang sungguh NEGARAKU BERKETUA POLISKAN ORANG BERFIKIRAN MACAM IN..... KPN sedia arah anggota polis undur | |
|
"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.
Musa mengulas kenyataaan pelbagai pihak berhubung kematian Aminulrasyid, apabila polis melepaskan empat tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja itu kerana didakwa cuba berundur dan merempuh ke arah polis.
Kejadian itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam apabila Aminulrasyid dikatakan memecut dan melanggar beberapa lampu isyarat merah tanpa berhenti meskipun diarahkan berbuat demikian.
Beliau juga mengulangi jaminannya bahawa tiada apa yang akan disembunyikan berhubung kes itu.
"Saya tak berat sebelah, jangan buat spekualsi. Seperti yang saya kata sebelum ini, kami tak akan menyembunyikan apa-apa dan kami akan berlaku adil dalam siasatan kami. Oleh itu, tunggulah hasilnya nanti," katanya dalam laporan Bernama.
Ditanya tentang keadaan yang membolehkan polis menggunakan senjata api, beliau berkata: "Orang saya tahu bahawa mereka hanya boleh menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri, itu sudah menjadi peraturan dalam tugas kami".
"Kenderaan boleh digunakan sebagai senjata...senjata bukan bermakna pistol, pisau atau parang saja. Kalau seseorang itu enggan berhenti dan cuba merempuh pegawai yang cuba menahannya, ia (kenderaan) boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh membahayakan nyawa pegawai penguatkuasa," kata beliau.
Sebelum ditembak, mengikut polis Aminulrasyid mengundur kereta dan cuba merempuh pegawai polis untuk cuba melepaskan diri daripada sekatan jalan raya berhampiran rumahnya.
Musa juga menasihati orang ramai supaya berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis atau pegawai penguatkuasa dan jangan cuba melarikan diri kerana perbuatan demikian boleh menimbulkan rasa curiga.
jangan jadi macam kes MATA LEBAM dah....?
1 comment:
Palo otok mung. Kalu nak kata tak adillll selesailah dulu kes MAT SABU dulu.
Kes tu banyak bercanggah laaaa. Jangan nak tipu rakyat leeee,
Budak2 kecik buleh laa demo tipu ....
Allah tokleh tipuuuuuu
Post a Comment