1.Polis menjaga..keamanan..berapa ramai Polis telah menjadi Punca kekecohan..?
2.Polis menjaga keselamatan..berapa ramai Polis telah menjadi Punca keselamataan tergugat..?
3.Polis mencegah kecurian,rompak..berapa ramai Polis telah mencuri dan merompak..?
4.Polis mencegah perjudian..berapa ramai Polis telah menjadi pelindungan kepada Perjudiaan..?
dan macam-macam jenis lagi.. Polis diberi tanggung jawab dan dibayar GAJI dari duit RAKYAT...tetapi berapa ramai Polis telah mengabaikan Tugas dan Tanggung Jawab ..setelah kenyang Makan dan memberi makan anak pinak mereka..?halalke..?
wah pening maaa bila memikirkan ini...konfuis....?masih lagi tak sedar..?
Polis didakwa palsukan dokumen
SHAH ALAM - Seorang polis berpangkat Asisten Superitendan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi membuat kerja-kerja pembaikan di stor bekalan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, bernilai RM5,995, lima tahun lalu.
Tertuduh, Samsudin Sirat, 54, dituduh melakukan kesalahan itu pada Februari 2005 di Pejabat Cawangan Logistik Bekalan IPK Selangor, Seksyen 15, di sini, sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan.
Mengikut kertas pertuduhan, Samsudin yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Kuala Lumpur didakwa dengan tiga pertuduhan membabitkan perbuatan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat sebut harga dan invois milik Deng Engineering & Trading bertarikh 7 Januari 2005 dan 14 Mac 2005 bagi pertuduhan pertama dan kedua.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama.
Bagi pertuduhan ketiga, bapa kepada empat orang anak itu dituduh membuat tuntutan palsu bagi kerja-kerja pembaikan di stor bekalan IPK Selangor sedangkan sebenarnya kerja itu tidak dilaksanakan oleh Deng Engineering & Trading.
Samsudin didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.
Tertuduh mengaku tidak bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Mat Ghani Abdullah.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ng Siew Wee menawarkan tertuduh diikat jamin RM8,000.
Peguam, M K Thas merayu jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000 dengan alasan anak guamnya mendapat gaji bersih RM3,400 sebulan dan perlu menanggung empat anak yang masih bersekolah.
Thas juga meminta mahkamah mempertimbangkan kerjasama penuh diberikan oleh Samsudin sepanjang siasatan dijalankan.
Mat Ghani membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 16 Jun untuk sebutan semula kes dan 11 hingga 15 Oktober untuk perbicaraan ketiga-tiga tuduhan itu.
No comments:
Post a Comment