BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Monday, May 10, 2010

akhirnya..koperal juga yang sangkut...

apa cerita dengan pemberi arahan,ketua-ketua kepada kopral dan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dan tak langsung..kalau dikebanyakkan Luar Negera...keretapi terbalik...menteri yang menjaga hal ehwal keretapi letak jawatan..walau punpemandunya orang lain...kalau Menteri dituduh rasuha aje..menteri itu boleh letak jawatan..tapi lain pulak hal diNegaraku ini....ketua-ketua nya happy aje..

Kematian Aminulrasyid: Koperal didakwa hari ini
Mei 10, 10 12:30pm
Seorang anggota polis didakwa di mahkamah hari ini kerhubung kematian adik Aminulrasyid Amzah pada 26 April lalu.

Anggota polis berpangkat koperal itu, dihadap di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada kira-kira jam 12 tengahari ini.

Koperal

Subi (kanan), 48, dituduh mengikut Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 1.10 pagi an 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11, Shah Alam.

Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Jenain tidak mengaku salah terhadap tuduhan dan minta dibicarakan.

Hakim M Gunalan membenarkan Jenain diikatjamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Jemain tiba di premis mahkamah pada jam 11.35 pagi dengan dikawal ketat oleh sepasukan anggota polis yang berpakaian biasa.

Sementara itu, Bernama melaporkan, timbalan pendakwa raya, Mohd Dusuki Mokhtar kemudiannya mencadangkan supaya Jenain dikenakan ikat jamin RM35,000 dengan seorang penjamin.

Peguambela Salim Bashir pula memohon supaya ikat jamin ditetapkan pada kadar yang berpatutan kerana Jenain mempunyai empat orang anak yang masih kecil.

Katanya Jenain yang masih lagi seorang anggota polis, tidak berpeluang untuk melarikan diri, dan mahkamah juga perlu mengambil kira bahawa sekiranya beliau gagal membayar jaminan itu, beliau akan ditahan reman sehingga perbicaraan selesai.

Salim juga memohon kepada mahkamah supaya tidak terdorong dengan pandangan-pandangan masyarakat berhubung kes itu, dan menurutnya anak guamnya itu hanya mampu membayar jaminan antara RM6,000 dan RM7,000 sahaja.

Hakim M.Gunalan kemudian memutuskan supaya Jenain dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 10 Jun ini sebagai tarikh sebutan kes.

Jenain yang menyertai pasukan polis pada 1985 sebelum ini pernah bertugas di mahkamah, dan semasa kejadian, beliau merupakan seorang anggota polis peronda di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails