BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, May 8, 2010

siapa dia ni..PM.menteri..lee hanya teman tidur PIEEM..?

hebat sungguh Bini PieeM...menteri kabinet buat apa...basuh seluar dalam Bini PM saja ke...?

Hebat! Rosmah umum ganjaran jika menang Piala Thomas

Lagi dahsyat sekarang ini wanita pertama negara ye. Mengalahkan menteri kabinet.

Pemain badminton negara yang bertanding dalam Piala Thomas dan Uber dijanjikan ganjaran jika berjaya menjuarai kejohanan berkenaan, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Walaupun setakat hanya Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sahaja, tetapi beliau dilihat mengalahkan menteri kabinet, lebih-lebih lagi Kementerian Belia dan Sukan dibawah menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Bermakna si Rosmah lebih 'advance' dari menteri kabinet yang lain dalam menentukan sesuatu keputusan yang melibatkan pengurusan negara.

Biasanya, keputusan yang melibatkan apa-apa kementerian, menterinya yang bertanggungjawab atau ditugaskan untuk menentukan apa hala tuju atau program pembangunan termasuk peruntukan kewangan atau imbuhan yang ingin diberikan kepada yang terlibat.

Tapi di negara kita ini, special sikit. Menteri kabinet yang sepatutnya berbincang dengan Perdana Menteri telah dibelakangkan. Tapi wanita pertama yang hanya menjadi isteri Perdana Menteri telah bertindak 'menasihat' atau memberi pandangannya kepada suaminya, seolah-olah beliau telah diangkat menjadi penasihat kepada Perdana Menteri.

"Insya-Allah, kalau menang ada ganjaran untuk pemain. Kita akan bincang dengan Perdana Menteri," katanya selepas menutup Majlis Mengumpul Satu Juta Tandatangan Menyokong Pasukan Badminton Negara di Kuala Lumpur.

Rosmah nak bincang dengan suami pasal imbuhan kalau menang Piala Thomas. Mungkin beliau adalah sebahagian daripada kabinet kot. Kalau tak, takkan lah tugas yang sepatutnya dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan, Shabery Cheek pun dibuatnya beliau.

WarkahDaily bukannya apa. Cuma WarkahDaily takut dalam hal-hal lain pun, Rosmah turut serta menasihati suaminya dalam urusan pentadbiran negara. Siapa Rosmah jika nak berbuat demikian.

Sudah ada penasihat Yahudi, APCO untuk uruskan pentadbiran, ada pula campur tangan si isteri dalam pentadbiran.

WarkahDaily bimbang, nasihat-nasihat si isteri itu akan ada kepentingan peribadi antara suami isteri dalam membuat keputusan yang melibatkan kepentingan negara. Negara ini bukan hak dia orang. Negara ni adalah hak semua rakyat. Jadi segala keputusan bukan boleh dibuat sewenag-wenangnya.

Maklumlah sekarang ini, wanita pertama negara lain daripada yang lain. Isteri perdana menteri sekarang dilihat lebih terkedepan berbanding isteri-isteri perdana menteri terdahulu. Sebelum ini, isteri perdana menteri dilihat hanya sebagai 'teman' kepada perdana menteri sahaja. Nak rasmi majlis pun tak banyak. Sikit-sikit aje. Itu pun yang berkaitan sahaja.

Tidak seperti sekarang, isteri perdana menteri lebih aktif sehingga dalam lawatan luar negara pun dilihat seperti salah seorang menteri kabinet. Membuat kunjung rasmi berjumpa orang-orang penting luar negara dan sebagainya. Kalau di Malaysia pun, isteri perdana menteri dilihat lebih terkedepan dengan peruntukan kewangan negara.

Cuba lihat program permata. Yang handle program itu siapa?Peruntukan pun banyak woo! Berbilion ringgit. Apakah program itu tidak boleh diuruskan melalui kementerian yayng sudah sedia ada di bawah tugas menteri.

Biasalah, bila dah isteri yang memberi nasihat, si suami pun boleh lemah dengan 'pujukan' isteri.

Tapi, ini adalah sekadar buah fikiran WarkahDaily sebagai peringatan kepada semua, campurtangan keluarga dalam hal pentadbiran dibimbangi boleh memberi kesan kepada kecekapan pentadbiran yang telus.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails