BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Friday, May 21, 2010

Malaysia Boleh Judi Boleh..

Satu malaysia..ada judi haram ada Judi HALAL.....macam halalhub....tak lama lagi ada babi haram ada babi halal...umno lulus aje lesen makan babi Halal...hah haha haha hahak.akan jadi makan rutin di sri Perdana...hus hus hisss.

Bantahan lesen judi di seluruh negara
Mei 21, 10 3:04pm
Di seluruh Malaysia, bantahan terhadap tindakan kerajaan meluluskan pemberian lesen judi bola sepak terhadap Kumpulan Berjaya bergema di pelbagai masjid selepas solat Jumaat hari ini.

Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di lima negeri sebagai 'pemanas badan' sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Di Perak, difahamkan 700 orang, termasuk bukan Islam, berkumpul di perkarangan masjid negeri di Ipoh selepas solat Jumaat kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurut seorang pemimpin Pemuda PAS negeri, mereka antaranya melaungkan slogan "tarik balik lesen judi bola", "Najib bapa judi" dan "hancur Umno".

Katanya, selain melaungkan slogan antijudi, beliau dan beberapa pemimpin Pakatan di Perak mengambil kesempatan menyampaikan ucapan ringkas kepada peserta perhimpunan itu.

"Tetapi tidak sampai sepuluh minit berucap, polis hentikan ceramah itu," kata pemimpin itu lagi.

Sementara itu, di masjid di Kuala Terengganu, perhimpunan difahamkan berjalan lancar selama kira-kira 45 minit selepas solat Jumaat.

Perhimpunan itu juga diisi dengan ceramah ringkas, antaranya bagi menegaskan bahawa mereka akan terus memperrjuangkan penghapusan lesen judi sukan sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Sementara itu, di Selangor pula, keadaan berbeza apabila bantahan Pemuda PAS dijalankan hanya di peringkat kawasan, tetapi diadakan serentak.

Masjid yang terlibat antaranya di Kajang, Hulu Langat dan Kapar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails