BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, May 30, 2010

teguran SAYANG..kritikan.SAYANG..

TEGURAN dan kritikan sayang..sayang parti dan k`jaan PR harus diteliti dan diterima pakai khususnya k`jaan PR..macam contoh PRK HS. ramai Ketua Kampung masih lagi berikan kerjasama yang erat kepada BN..dan mereka juga menghalang PR dari menjalankan aktiviti2 contoh dikawasan pendalaman seperti ldg15 dan skc...k`jaan harus mengambil kira soal ini..bukan kita anti kepada mereka tapi kalau mereka jadi penghalang kepada k`jaan yang sedia ada....apake jadahnya..lain kalau ada aktiviti2 anjuran k`jaaa yang tidak sihat dan datangkan mudaraat kepada masyarakat.
ini menjadi tali barut kepada UMNOBN.....hempeh betoi...

MB S'gor jadi tumpuan perwakilan
Mei 30, 10 1:28pm
Tan Sri Khalid Ibrahim terus 'dicubit' oleh perwakilan kongres PKR berhubung pelantikan pemimpin parti itu ke jawatan penting dalam kerajaan Selangor.

Hinggakan, pengerusi tetap kongres itu, Ishamuddin Ismail sendiri cuba menenangkan Khalid yang berada di atas pentas dengan mengatakan, "cubit-cubit sayang saja tu, Tan Sri."

Kritikan hari ini disuarakan lagi wakil wanita Norhayati Jaafar yang mempersoalkan mengapa sebilangan pemimpin parti itu tidak disertai dalam jentera parti.

"Saya cadang kerajaan negeri Pakatan supaya mengutamakan penjawat penting di kalangan parti yang layak.

"Ramai di kalangan kita yang layak, bukan sekadar mempunyai segulung ijazah tapi dengan pengalaman yang ada.

"Ahli yang layak ini, yang setia kepada parti inilah yang akan bawa agenda parti dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Norhayati juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu tabung bagi menyediakan sumber kewangan bagi pakatan itu untuk menghadapi pilihan raya.

"(Perlu) kesepaduan bersama dalam Pakatan Rakyat bagi mewujudkan tabung yang boleh digunakan untuk memenangi negeri-negeri.

"Kalau bukan kita (tubuhkan), adakah BN akan bantu kita?," katanya yang membahaskan usul Pakatan Rakyat.

Dalam nada berlainan pula, seorang lagi wakil wanita Gan Pei Nei berkata pentadbir yang tidak boleh bekerjasama perlu ditukar.

Pentadbir yang dimaksudkannya itu termasuklah pegawai daerah serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung yang tidak membantu kerajaan Selangor.

Beliau yang juga ADUN Rawang itu juga memberikan pesanan kepada Khalid - menteri besar itu perlu mendengar saranan yang disuarakan mereka.

Bagaimanapun, katanya beliau yakin PKR masih mampu menerajui negeri itu sebagai "kerajaan masa depan."

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails