BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, May 8, 2010

SUBSIDI...KE SUBCURI..

NOH OMAR DIGESA HENTI BERAS SUBCURI? PDF Print E-mail
Written by Admin
Saturday, 08 May 2010 02:35

APALAGI YANG TINGGAL..HABIS SEMUA DISAPUNYA MEREKA..ATAS DASAR KOMISYEN

Oleh: SURIATI MAHMUD

MENTERI Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Noh Omar digesa menghentikan berleluasanya kegiatan beras ‘Subcuri’ yang dimonopoli pemegang lesen borong beras oleh tiga syarikat utama di bandar Lahad Datu iaitu Azrin Enterprise, Auliah Trading dan Ridwan Trading sehingga tidak sampai 10 peratus mencapai kumpulan sasar.

“Bahagian Kawalselia Kementerian Pertanian di Tawau lebih suka menjeruk semua permohonan lesen borong beras sehingga menjadi pekasam dan gagal menjalankan pemantauan sehingga beras subsidi disalahguna dan dijual dengan harga yang tidak munasabah atau lebih tepat kita namakan sebagai beras Subcuri,” dakwa Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Silam, Johani Abdul Halim.

Johani yang menghubungi Sabahkini.net kesal kerana ‘tiga gergasi’ beras ini telah menyeleweng beras Subsidi @ Subcuri yang diperuntukan kepada mereka sehingga tidak mencapai kumpulan sasaran dan lebih gemar mengaut untung dengan mencampurkan beras subsidi dengan beras biasa yang dijual dengan harga yang tinggi di pasaran.

“Para peruncit begitu sukar mendapat beras pada harga borong dan terpaksa menaikkan harga beras sesuka hati bagi menampung kos operasi termasuk peningkatan kos pengangkutan dan peruncitan,” kata Johani yang mendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Lahad Datu gagal melakukan penguatkuasaan kerana ramai pegawainya bersekongkol dengan tiga gergasi beras ini sehingga rakyat miskin menderita.

Penderitaan rakyat kata Johani, sengaja direka oleh Bahagian Kawalselia kerana enggan meluluskan lesen kerana Pegawai Pengawal di Tawau menerima habuan yang lumayan kerana beras bersubsidi bebas diseludup keluar Negara iaitu ke Indonesia dan Filipina yang mendapat permintaan yang tinggi di sana.

“Felda, salah satu lokasi untuk melupuskan beras subcuri sedangkan ramai pekerjanya adalah pendatang asing tanpa izin dan warga asing yang menikmati beras bersubsidi kerana hanya satu lesen borong dikeluarkan iaitu kepada Azrin Enterprise, selebihnya adalah tidak berlesen,” kata Johani yang mendakwa kebanyakan beras bersubsidi di Felda diseludup keluar ke Filipina dan hanya sedikit dijual di pasaran tempatan.

Menurut Johani beberapa lokasi telah dikenalpasti sebagai pusat penyeludupan beras bersubsidi dan beras yang dicampur dengan beras bersubsidi, namun pihak penguatkuasa undang-undang seperti Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja, Polis Di Raja Malaysia, Agensi Pengawal Maritim Malaysia (APMM), Bahagian Kawalselia, KPDNKK, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya telah menjadi salah satu rangkaian penyeludup.

Sehubungan itu kata Johani, Noh Omar harus memastikan lebih banyak permohonan lesen borong beras yang dikemukakan kepada Bahagian Kawal Selia di Tawau diluluskan segera bagi menghentikan monopoli tiga gergasi beras ini dan memastikan rakyat kebanyakan mendapat beras dengan harga yang murah dan bekalannya sentiasa mencukupi.

“Berhentilah menyiksa rakyat miskin kerana tiga gergasi beras ini langsung tidak berhati perut dan suka menaikkan harga beras sesuka hati. Mereka hanya mau untung cepat tanpa memikirkan nasib rakyat miskin. Lesen mereka ini wajar ditarik balik kerana melakukan begitu banyak penyelewengan,” ujar Johani yang kesal kerana Bahagian Kawalselia di Tawau menjadikan rasuah sebagai salah satu Standard Operation Prosedur (SOP).

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails