waaa rasa Masyuk tak cukup atau Janji takdi tepati...kalau tidak mana depa boleh tangguh..macam Lembu bodo..selagi ada makan didepan.takrentirenti..kunyah aje kerja dia..cam tu juga PUAK-PUAK ini...JANJI poket dan PERUT sendir penuh..rakyat nak apa pun lantak kat depa....sejarah pun depa sanggup ubah..kalau betoi depa ini ikhlas..mana sanggup nak buat progrem macam ini..sebab punca utama 13 mei aritu dah sah pimpinan UMNOBN ..takut hilang kuasa..dia buat kecoh... Perhimpunan 'Bangkit Melayu' ditangguh | ||
|
Pengerusi
"Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu," katanya ketika dihubungi.
Perhimpunan itu diadakan dalam usaha untuk "memotivasikan" masyarakat Melayu serta bagi memperingati ulangtahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei.
Me
Berita Harian Online memetik pengarah Jabatan Integriti Terengganu, Arpin Draman, berkata program bersama bekas perdana menteri itu terpaksa ditangguhkan berikutan bantahan beberapa pihak yang tidak mahu ia diadakan pada 13 Mei.
"Kita sepatutnya mengadakan raptai jam 3 petang ini tetapi terpaksa membatalkan semuanya," katanya.
Dr M lapang pada 13 Mei
Sebenarnya, inisiatif Jabatan Integriti mengadakan program ini dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) timbul selepas melihat ramai golongan muda Melayu terbabit dengan kes jenayah dan salah laku sosial serta moral.
Sebelum ini, MCA dan PAS membantah pemilihan tarikh 13 Mei iaitu ulang tahun peristiwa berdarah sebagai hari perhimpunan Program Melayu Bangkit dan menyifatkan tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perpaduan antara kaum di negara ini.
Mengulas lanjut, Arpin berkata, tarikh 13 Mei yang dipilih pihaknya tidak langsung berkaitan dengan peristiwa berdarah seperti didakwa beberapa pihak, sebaliknya ia diputuskan selepas Dr Mahathir tidak mempunyai kelapangan pada tarikh awal yang dijadualkan iaitu 11 Mei.
"Tarikh 13 Mei tidak ada makna apa-apa bagi penganjuran program ini. Tarikh asal dicadangkan ialah 11 Mei, tetapi Dr Mahathir tidak lapang pada hari itu, begitu juga dengan Menteri Besar menyebabkan kita ubah kepada 13 Mei.
Bagaimanapun, saya harap isu ini tidak diperbesarkan kerana pihak yang membuat provokasi tidak tahu pengisian sebenar program ini," katanya.
No comments:
Post a Comment