yang si SU tu masih lagi nak jadi Ahli UMNO ke...?ingat dua-duanya pun sama kut..?satu Umno yg satu lagi Puteri UMNO..2x5 = 5x2....
JKKK Umno hantar sms ajak setiausahanya buat seks
Admin | Monday, May 10, 2010 | 0 comments
TAMPIN , N.Sembilan: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah gambaran tindakan seorang Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berusia 40-an di sini, yang didakwa sering melakukan gangguan seksual, termasuk meraba punggung seorang kakitangan wanitanya, sejak beberapa bulan lalu.Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila mangsa berusia dalam lingkungan 20-an yang juga Setiausaha Kerja JKKK itu, tidak tahan dengan gangguan berkenaan lalu membuat laporan polis, Khamis lalu.
Sumber berkata, mangsa mendakwa suspek sering melakukan gangguan seksual termasuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajaknya melakukan hubungan kelamin. “Kejadian terbaru berlaku Khamis lalu kira-kira jam 8 pagi di balai raya kampung berkenaan.
Mangsa mendakwa suspek yang datang untuk berbincang mengenai urusan kerja tiba-tiba menepuk dan meraba punggungnya beberapa kali sebelum beredar. “Dia turut mendakwa, suspek datang sekali lagi pada sebelah petang dan menghampirinya dari belakang sebelum memeluk dan menciumnya sekali gus menyebabkan mangsa yang tidak tahan memberitahu keluarganya mengenai perkara itu,” katanya di sini, semalam.
Susulan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Gemencheh jam 10.30 malam hari sama, manakala suspek yang mengetahui perkara itu turut membuat laporan bagi menafikannya pada keesokan harinya. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Hooi Cheang, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat kedua-dua mereka dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut. “Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan bagi membolehkan kita menjalankan siasatan mengenai perkara itu,” katanya.
“Kita akan memanggil mangsa dan suspek dalam masa terdekat untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan,” katanya. -BHarian
No comments:
Post a Comment