BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, May 23, 2010

oooooi ..Melayu..mana kau semua..


melayu konon.ngaku agama Islam..ciiit...muka disalut dgn kulit bxbx..

Lau weng san ini melayu ke cina...tak malu simuka bxbx...raja katak..yang cabar ini cinale oiii..bangsa apa kau orang ahli umno perkasut..sipengusung kepala Lembu..kalau macam ini kau orang layak usung kepala babi aje...mana pendirian kau orang..sahut cabaran dari bukan Muslim..nyatakan pendirian kamu si cilako semua..bila soal BN lulus judi ke atau apa-apa benda yg bertentang dgn agama..menikus semua..laknat botoi kau semua..wa tengok muka si bapa dajjai ketua perkasut tu menyampah betoi..

Lau Weng San Cabar Umno, PERKASA Umum Pendirian

Sunday, 23 May 2010 2:16 PM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Adun Kampung Tunku, Lau Weng San mencabar ahlli-ahli Umno dan PERKASA untuk mengumumkan pendirian mereka sama ada mereka menyokong tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memberi lesen judi bola kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Lau Weng San, ketika pilihanraya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor, BN dan Umno mengkritik calon Pakatan Rakyat(PR), Datuk Zaid Ibrahim sebagai kaki botol dan judi. Walaupun dalam isu arak beliau telah bertaubat dan beliau turut menafikan bahawa beliau terlibat dalam perjudian, Umno tidak habis-habisan mengkritik beliau.

"Jika Umno betul-betul memperjuangkan Islam, maka saya mencabar mereka untuk berdiri dan membantah keputusan kerajaan BN yang membenarkan pemberian lesen judi bola kepada syarikat yang dikuasai oleh Tan Sri Vincent Tan ini.

"Saya juga melemparkan tuduhan yang sama kepada pertubuhan PERKASA yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali supaya berbuat demikian," tegas beliau.

Beliau berkata, Jika ia tidak dilakukan, ini sekali lagi membongkarkan sikap hipokrit Umno dan BN, mereka hanya menggunakan isu ini untuk kepentingan politik sewaktu adanya pilihanraya kecil tetapi apabila kerajaan yang diketuai mereka sendiri melakukan yang sama, mereka terus membisu.

Sehingga sekarang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih membisu dalam isu ini seolah-olah ingin membiarkan isu ini berlalu begitu sahaja.

"Sebenarnya, hasrat kerajaan BN membenarkan pemberian lesen judi bola ini adalah amat jelas sekali, iaitu mereka ingin mengutip cukai eksais yang lumayan daripada aktiviti judi bola ini dengan alasan kononnya pemberian lesen judi bola yang sah akan dapat mengawal dan mengurangan aktiviti judi bola haram," kata beliau.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails