gambar hiasan...
layakke..Bigmama bercakap soal Islam..?nak ujudkan kesedaraan masyarakat ttg Islam..sedangkan diri sendiri masih tak sedar-sedar lagi...nak tutup aurat pun sampai sekarang tak reti reti..takut jambol rosak atau orang tak nampak...his his his dunia dunia...tak layak langsung berbicara soal agama siBigmama ini....salah satu tanda besar DUNIA AKHIR ZAMAN...
KUALA LUMPUR: Lebih banyak buku tentang sejarah dan masyarakat Islam di Asia Tenggara perlu diterbitkan bagi mewujudkan kesedaran generasi akan datang tentang perkara itu, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.
Beliau berkata walaupun buku tentang topik itu telah banyak diterbitkan dalam pelbagai bahasa, namun ia juga perlu diterbitkan di negara ini bagi meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang warisan tempatan dan menangkis gambaran salah tentang umat Islam yang sering dipaparkan oleh media Barat.
"Oleh itu, industri buku Malaysia perlu memberi penekanan terhadap usaha menulis dan menerbitkan hasil penemuan tentang warisan tempatan dan asal usul budaya," katanya ketika melancarkan tiga buku tulisan penulis Pakistan di Muzium Islam di sini.
Buku berkenaan, 'Straits Muslims: Diasporas of the Northern Passage of the Straits of Malacca', 'Life of the Prophet Muhammad S.A.W (May Peace Be Upon Him)' dan 'Philosophy of the Quran', adalah hasil karya Allahyarham Hafiz Ghulam Sarwar.
Rosmah berkata tulisan Sarwar tentang sejarah Islam merupakan sumbangan yang tidak ternilai harganya kepada budaya dan warisan Islam tempatan.
Dilahirkan pada 1873 di Lahore, Pakistan, Sarwar menghabiskan usia mudanya di Pulau Pinang sebelum menyertai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu dari 1900 hingga 1928.
Pengarang beberapa buku tentang Islam dan perbincangan antara agama ini meninggal dunia pada 1954. - BERNAMA
1 comment:
dunia dah nak kiamat.....tanda2nya bila si jahil bercakap tentang islam dan hukum islam, bila mufti2 @ ulamak membisu dengan pelakuan kemungkaran demi habuan duniawi,bila zina dan buang anak berleluasa......
tapi memang perangai orang melayu yang mengaku islam ni masih tak sedar lg bahawa propanganda yahudi terhadap islam telah berjaya....
Post a Comment