memang tepat pilihan calon recycle sertai parti yang ada 2 presiden....kamarul ramizu pernah mengunakan poster calon bkt gantang di Penanti dengan harapan Jimatkan Kos perbelanjaan....sekarang ..pandangan beliau tertumpu ke parti yang ada 2 presiden..elok sangat le tu.... Kamarul Ramizu sertai PPP | |
|
"Kita tidak ada masalah (terima permohonan), hanya saya ucap terima kasih kepada beliau dan penyokongnya yang sertai PPP kerana melalui PPP mereka akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PPP Perak di Pusat Khidmat PPP Batu Gajah di Taman Batu Gajah Perdana hari ini.
Kayveas berkata, bahagian PPP di Perak yang mempunyai jumlah penyokong Kamarul Ramizu yang paling ramai akan diserahkan untuk diterajui oleh ahli perniagaan itu.
Sementara itu, Kayveas turut mengumumkan bahawa mesyuarat PPP Perak hari ini memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengerusi PPP Perak manakala Pengerusi PPP Perak sebelum ini Datuk Lee Heng dilantik sebagai Penasihat PPP Perak.
Beliau berkata, rombakan itu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang di mana Perak dijangka akan mengalami persaingan sengit antara BN dan pembangkang.
Mengulas kemelut MIC yang berlaku sekarang, Kayveas berkata persoalan sama ada Datuk Seri S Samy Vellu perlu menyegerakan perletakan jawatannya ataupun tidak, perlu diputuskan oleh Presiden dan ahli MIC sendiri.
"Satu kelemahan Datuk Seri Samy Vellu, dia tidak beri peluang kepada sesiapa yang rajin... sesiapa yang ada kelebihan untuk naik (dalam politik)," katanya.
No comments:
Post a Comment