BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, May 11, 2010

lagi hampeh dari budak tadika kemas...

apalah nasib kau neg Pak hang...mempunyai MB ...cakap hampeh..teruk dari budak Tadika Kemas.......STABIL TETAPI KRITIKAL..?

Keadaan Adun Kerdau Stabil Tetapi Masih Kritikal - MB Pahang

KUANTAN, 10 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata keadaan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) petang semalam kini berada keadaan stabil tetapi masih kritikal.

Beliau berkata Zaharuddin, 63, dipindahkan ke IJN selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya setelah menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).

"Saya diberikan taklimat oleh doktor ketika saya melawatnya di Hoshas pada Sabtu lepas dan diberitahu keadaannya stabil tetapi sangat kritikal, tetapi semalam (keadaannya)stabil tetapi kritikal" katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Kecemerlangan Pendidikan Negeri Pahang 2010 di sini, hari Isnin.

Zaharuddin dimasukkan ke Hoshas Isnin lepas dan dipindahkan ke IJN petang semalam.

Pada majlis itu, seramai 162 pelajar cemerlang dalam semua peringkat peperiksaan menerima sijil penghargaan dan hadiah wang tunai daripada Yayasan Pahang.

Sementara 10 pelajar dianugerah Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang yang turut meliputi elaun komputer dan tiket penerbangan bagi yang menyambung pelajaran di luar Semenanjung atau luar negara.

-- BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails