BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, May 20, 2010

Kalau dah haram jadah...putar macam mana pun tetap haram jadah..

cuba tuan/puan teliti dua tajuk kat bawah ini.1 tajuk dari surat khabar SINAR HARIAN..yang kekadang penyokong PR puji kerana ketelusannya,tapi dalam soal ini dimenampakkan wajah sebenar si SH.dibawah karangkraf@umno...dajjai tetap dengan perangainya..tajuk .cuba memaparkan yang golongan bukan islam tidak berminat dengan PAS...

Isu sebenarnya..ruj tajuk 2.dari blog ust misbah...Pas mengadakan program ramah mesra bersama penganut-penganut kristian dimana ,wakil paderi DR Teoh mengatakan kalaulah program seumpama ini telah diadakan 3 tahun yang lepas mungkin tidak ada penganut kristian yang hadir...

UMNOBN memang pakar spin....hingga terspin teloq mereka di SIBU..

1:Kristian tidak minat sertai Pas: Nizar

IPOH – Penganut Kristian di negeri ini tidak berminat menyokong, apatah lagi menyertai Pas kerana mendapat gambaran negatif daripada musuh politik dan peranan media memburuk-burukkan perjuangan serta kepimpinan parti itu.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mendedahkan perkara itu berkata, pengalaman yang berlaku tiga tahun lalu itu turut menyaksikan usaha Pas negeri itu menemui kegagalan untuk mengadakan sebarang program bersama dengan pelbagai kaum dan penganut agama.

Katanya, walaupun Pas berusaha untuk berbaik-baik dengan mereka termasuk menafikan gambaran buruk itu, tetapi pengaruh musuhnya yang terlalu kuat ketika itu menyebabkan orang bukan Islam mengelak daripada mendekatinya.

“Penganut Kristian di negeri ini memaklumkan saya, jika sesi dialog yang diadakan hari ini, dianjurkan tiga tahun lalu, mereka pasti tidak akan hadir kerana gambaran buruk terhadap Pas dipaparkan oleh media dan musuh kita.

“Bagaimanapun, hari ini, setelah melihat dan mendalami perjuangan Pas, mereka tidak lagi terpedaya dan masing-masing menyatakan sokongan terhadap perjuangan kita,” katanya pada sidang media pada majlis Ramah Mesra dan Dialog Pas Perak bersama Paderi di sebuah hotel di sini, kelmarin.

2:DAILOG PAS - PADERI BERJAYA

Posted by MisbahulMunir Wednesday, May 19, 2010



Buat julung kalinya PAS Perak berjaya menganjurkan program Ramah Mesra & Dialog bersama paderi-paderi dari sembilan buah gereja di bandaraya Ipoh. Seramai 23 orang paderi-paderi gereja dari berbagai mazhab hadir di Hotel Hilcity petang semalam. Sebahagian yang lain tidak dapat hadir kerana menghadiri program gereja di Pulau Pinang.

Program yang penuh mesra dan ceria berjaya merapatkan hubungan antara PAS dan pihak gereja yang sebelum ini terpisah kerana prejudisnya pihak gereja terhadap PAS. Salah seorang wakil mereka Dr. Teoh yang menyampaikan ucapan aluan menyatakan dengan telus sekiranya 3 tahun sebelum ini PAS menjemput mereka hadir, sudah pasti tidak ada pihak gereja yang mahu hadir. Ini kerana gambaran yang mereka terima bahawa PAS adalah parti agama yang ekstrim dan ganas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails