berahim biul..Macam mana jadi AP..yang lulus lesen judi siapa pun dia tidak tahu..katak bawah tempurung betoi simamat bangsat ni... K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru |
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz tang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.
Sebelum itu, Mahfuz (kanan sekali) dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan.
Selain PERKASA, Jumaat lalu, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dilaporkan mencabar kerajaan Pakatan Selangor supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat menghapuskannya.
Dr Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor berkata, cubaan PAS dan PKR mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan, menunjukkan sikap 'double standard' mereka.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Selangor, adalah 'najis' peninggalan Umno sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menegaskan terdapat gambaran kononnya terdapat pertambahan premis perjudian atau arak di Selangor.
Katanya, dakwaan tersebut adalah satu "pembohongan" dan "tiada pertambahan premis baru yang diluluskan" oleh kerajaan negeri.
"Kita sedang berusaha untuk membersihkan dan mendidik masyarakat agar meninggalkan budaya buruk yang ditanam oleh Umno," katanya yang juga ahli jawatankuasa biro politik PAS.
8 comments:
Bagus.....bagus.....sekatang kita nak tengok pula PAS mengharamkan judi dan arak di Selangor. Rumah2 urut yg naik bagai cendawan di Petaling Jaya harus dirobohkan.
PAS mampu bertindak kan?
Tapi yang musykilnya itu semua najis buatan PR. Mestila halal pulak.
buka saja mulut menampakkan kebodohan dan dangkal ...yg lulus Lesen Judi.adalah kuasa k`jaan Pusat...bukan Negeri..cakap pakai otak jgn pakai kepala lutut.....
Periksa kepala lutut sendiri dulu. kalau negeri pun x boleh kawal berangan nak perintah negara.
Di Kelantan yg solid PAS pun apa yang PAS dah buat selain memundurkan umat Islam?
Keluarkanlah fatwa yang umat Islam seharusnye mundur.
Dapat berikan satu contoh pun jadi lah untuk menunjukkan PAS berupaya menegakkan Islam.
itu yg dah saya kata..akai kat kepala lutut..umno nak fikir macam mana..dok gaduh kelantan solid Pas..persekutuan bagi semua kuasa kat negeri..habis cerita..ini nak buat hudud..mahdeykutty bagi amaran..kena ikut persekutuan kalau tidak migrain.nak hapus lesen.k`jaan Persekutuan lulus Lesen..ini terbaru nak tengok bola saja..k`jaa Bn bagi Lesen judi Bola..nak buat apa-apa pun diancam persekutuan ..sebab kelantan masih lagi dalam Malaysia..yg umno dah 52 tahun perintah msia apa yg dibuat untuk menegakkan Islam..umno cakap bina masjid,bank,kolej Islam..haha haha haha..kat britain yg konfirm diperintah kafir..lagi besar masjid,dan dan kolej-kolej Islam...lagi -lagi akai kat lutut..
jgn fikir ikut perasaan bencikan parti..tapi fikir dgn fikiran terbuka..nampak kebenaraan...
Pasal tu la kene gune otak jgn pakai otak sahaj dikepala. Dgr ckp pemimpin yg dah tentu pemutar belit. Siapa ckp Mahathir tak beri. Baca balik ucapan dia Dis 1988. Nak laksana hudud di Kelantan, silakan. Mengapa mesti cakap Pusat tak bagi. Mengapa berdalih lagi. Mengapa Hadi cakap hudud tak sampai 0.001% peratus dari hukum Islam? Semak balik teks ucapan yg kononnya pemimpin korang.
Jgn hanya bergantung kepada pemimpin PAS yg dah tentu penipu. Dgr sendiri ucapan pemimpin lain dan baca teks.
Saya cuma minta beri 1 (SATU) sahaja bukti PAS menegakkan Islam. Bukan banyak. Satu sahaja.
Arak di Selangor mengapa PAS berdiam diri?
Rumah2 urut, pusat2 pelacuran di Shah Alam,
Penggunaan kalimah Allah,
Kafir berceramah dalam masjid dab surau.
Balak di Kelantan, ADUN kawin lari di negara jiran,
Kalau nak diperincikan memang banyak. Tetapi yg di highlight kan hanya yg melibat BN. Islam kah ini?
betoi.mahdey cakap..tapi sila rujuk perlembagaan negara...kalau nak buat sebarang pindaan kena dibuat di dewan negara..dewan negara ini di negeri ke atau pusat..mahdey mmg putar alam..cakap dimulut boleh sebab dia tau..mmg klantan tak boleh buat sebab kuasa ada kat pusat..minta bukti pas menegakkan Islam..tunjukkan 1 saja bukti umnobn menegakkan islam setelah 52 tahun..52 tahun...kafir berceramah dimasjid tak boleh tapi kafir buat masjid boleh?diselangor siapa kata Yb pas berdiam diri..cuba ikuti sidang dewan secara live..yb pas ttg ..soal arak dan judi..lagi semua yg ada ni adalah peninggalan zaman BN...kena ambil masa sikit....sambung nanti
soal kahwin Lari..nampak..soal simpan pelacur oleh YB YB BN kau tak nampak..?apa yang kau tahu soal balak...beri tender terbuka nak disoal..zaman BN mana ada rkyat kebanyakkan boleh merasa Duit balak...semua dibolot oleh kaum puak BN..macam diPerak Bakau...lesen 10 tahun....namakan orang yang berkepentingan dalan PR yang dapat...kalau ada pun jenis dua alam.yang bolot semua org kuat umno dan BN...jangan cakap ikut berita dengar...risik dulu...
Bekas setiausaha parlimen Kementerian Alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya turut menyiasat Jabatan Geosains dan Mineral berhubung kes melibatkan pemberian lesen balak di Kelantan.
Katanya, jabatan itu juga terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan pembalakan di negeri itu kerana ada pembalakan tersebut dijalankan dengan alasan untuk melakukan aktiviti perlombongan, termasuk emas.
"(Jabatan geosains) terbabit juga sebab mereka terlibat dalam pemberian lesen untuk perlombongan emas.
"Sebenarnya untuk ambil balak, tapi (kerajaan negeri) lakukan seolah-olah untuk buat perlombongan emas, padahal tak ada emas pun," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
baca lagi:http://www.malaysiakini.com/news/132719
semua ini masih merupakan tuduhan tuduhan.sampai sekarang mana ada pendakwaan...biasanya sprm kalau libatkan PR mmg laju..tapi berapa banyak laporan dan aduan ttg pimpinan BN..kenapa tiada tindakan...?
Post a Comment