BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Tuesday, May 11, 2010

menteri dinegaraku...lagi dituduh lagi le kuatnya..

bermaruah..maruah..telah hilang dikalangan Menteri Bn di negaraku...lagi banyak tuduhan seks,rasuah..lagi kuat dijadinya...Rakyat dan pengundi 2x5 juga..dirogolnya sebangsa.yang membelanya bangsa lain...disumbat sibangsa cina kerana menjadi pembela bangsa melayu..bila undi rakyat melaun ..sokong rapat siperogol itu..inile MALANG nya negaraku dan rakyatnya.

Seks: Pemimpin politik Turki letak jawatan


DENIS BAYKAL (kanan) dikelilingi penyokongnya semasa beliau meninggalkan ibu pejabat partinya di Ankara semalam.


ANKARA - Ketua parti pembangkang utama Turki, Deniz Baykal meletakkan jawatan sebagai pengerusi parti berkenaan semalam setelah beliau terbabit dalam skandal seks dengan seorang anggota Parlimen wanita yang telah berkahwin.

Denis yang sudah beristeri melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Republik Rakyat (RPP) beberapa hari selepas satu klip video yang dirakamkan secara rahsia menunjukkan dia bersama dengan wanita itu tersebar di Internet.

Pemimpin tersebut memberitahu wartawan bahawa beliau merupakan mangsa komplot pihak pemerintahan yang mahu menjatuhkannya.

Menurutnya, imej hubungan sulit itu tidak mungkin dapat dirakamkan tanpa pengetahuan parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) pimpinan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.

Wanita dalam klip video itu pernah menjadi pembantu Denis sebelum dipilih menjadi anggota Parlimen.

Mengulas mengenai dakwaan Denis, Erdogan dengan nada marah berkata, beliau sendiri telah mengarahkan supaya penyebaran klip video itu di Internet segera disekat kerana menganggap perbuatan tersebut tidak bermoral dan menyalahi nilai-nilai kekeluargaan.

"Dakwaan Denis tidak bermoral. Beliau hanya meracau," kata Erdogan.

"Kami sedih kerana beliau tidak mahu menerima kenyataan," tambahnya.

Klip video itu yang dihantar ke laman perkongsian video YouTube pada minggu lalu menunjukkan seorang lelaki menyerupai Denis sedang memakai seluar dalam di dalam sebuah bilik bersama seorang wanita yang berada dalam keadaan separuh bogel dipercayai anggota Parlimen wanita itu. - AP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails