LUCU LUCU..BOLEH DICATIT DALAM BUKU KOMIK GILA GILA..macam ini pun ada ke....?
12.20: Datuk Seri Nizar sedang berucap mewakili Pakatan Rakyat, dia juga memanggil Ganesan dengan "Datuk Ganesan". Ganesan bagaimanapun menasihatkan agar dia dipanggill dengan nama "Speaker".
12.15: Ganesan meminta Adun Pakatan Rakyat memanggilnya Sepeker bukan Datuk Ganesan.
12.10 p.m : Ganesan mengumumkan perbahasan kepada Enakmen Perbekalan Tambahan RM80 juta hanya 15 minit diberi kepada adun Pakatan Rakyat. Kesemua aAdun PR membantah.Dewan kecoh seketika..
11:55: Ganesan mengumumkan persidangan hanya akan diadakan satu hari sahaja.
11.45: Zambry mengemukan usul rang undang-undang bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang yang disatukan untuk perbelanjaan tambahan bagi tujuan perkhidmatan tahun 2010 berjumlah sebanyak RM 80 juta, dibaca untuk kali pertama, dan seterusnya dibaca untuk kali ke dua disokong oleh Adun Sungai Rapat.
11.30: Sesi jawapan soalan lisan berakhir seperti yang diperuntukkan selama satu jam setengah seperti diumumkan Ganesan.
11.26: Zambry menuduh pakatan rakyat berbohong dalam ceramah dan mengatakan kena bertanggung jawab kepada Tuhan. Dewan sedikit kecoh bila Nga Kor Meng bagaimanapun membantah tindakan Zambry kerana bertentangan dengan Perintah Tetap.
11.20: Ganesan tegur Adun Setiawan, Datuk Ngeh Ko Ham yang tidak memanggilnya Speaker sewaktu mengemukkan soalan ke 5. Ganesan menegur beliau yang memanggilnya pengerusi dan mengatakan dia adalah speaker. Ngeh sempat mencelah mengatakan isu speaker akan ditentukan oleh mahkamah.
No comments:
Post a Comment