Thursday, September 30, 2010
Jamuan Raya..Kg Rahmat..Dun Kuala Sepetang
Walau pun DS hadir sekitar jam 415ptg,tetamu dan pihak penganjur cukup gembira diatas kehadiran DS dalam Majlis itu.
bukan nya CUCU DS..tapi cucu rakyat Bukit Gantang..
sampaikan sumbangan dari Pas cawangan
ceramah ..dah wajib...
menjamu sambil memberikan pose..bersama mantan KK PR.Tuan Yahya..
Berita bakal MELETUP....?
Menurut Ketua Pemuda PPP Negeri, Mustafar Rahadi, hasrat itu disampaikan ADUN berkenaan beberapa minggu lalu dalam perbincangan dan kata sepakat yang dicapai bersama antara kepimpinan bahagian dan Pemuda PPP negeri.
Katanya, hasil keputusan itu akan dikemukakan ke peringkat Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi mendapat persetujuan serta menetapkan tarikh pengumuman ADUN berkenaan menyertai PPP yang dijangka sehari dua lagi.
“ADUN ini berminat menyertai PPP adalah atas dasar konsep 1 Malaysia yang subur diperjuangkan pemimpin dan ahli PPP peringkat cawangan, bahagian, negeri serta nasional.
“Tambahan pula, dengan kekuatan dan kesatuan pelbagai kaum di bawah PPP, ADUN itu yakin parti ini mampu menjana transformasi kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mustafar berkata, keputusan ADUN itu menyertai PPP juga adalah atas faktor masa depan karier politiknya.
Kata beliau, pihaknya tidak menjanjikan sebarang kemewahan atau ganjaran, tetapi apa yang pasti sokongan moral akan sentiasa diberikan kepada ADUN berkenaan terus bekerja untuk rakyat.
“Saya tidak boleh dedahkan identiti ADUN itu, sama ada dari komponen BN mahupun Pakatan Rakyat (PR), kita tunggu dan lihat pengumuman yang akan dibuatnya dalam masa terdekat.
“Kemungkinan juga ADUN itu akan dilantik sebagai Ketua Bahagian PPP di Perak sebaik sahaja proses pendaftaran keahlian selesai,” katanya.
Menurut Mustafar, ADUN itu terlalu rapat dengan PPP dan apa sahaja masalah yang dihadapinya akan diluahkan serta diselesaikannya.
“Sebab itulah, beliau merasakan hubungan antara kami tidak pernah dirasai sepanjang bergelar ADUN. Ini juga sebagai bukti kami untuk bersama-sama berusaha memperkasakan PPP demi kepentingan rakyat,” katanya.
SUMBANGAN UNTUK KOS PEMBINAAN ASRAMA LELAKI
BANGUNAN ASAL YANG AKAN DIROBOHKAN UNTUK PEMBINAAN ASRAMA LELAKI
MADRASAH TARBIAH ISLAMIAH
( SEKOLAH RENDAH ISLAM )
LOT 1058 BATU 7 ½ JALAN KUALA SEPETANG 34750 MATANG TAIPING PERAK
TEL : 05 – 8482754 FAX : 05-8483810
NO PENDAFTARAN : SRAR / JAIPK / TG / 47 / 97
Kepada ,
Tuan / puan ,
Para Dermawan
Assalamualaikum WMTH
SUMBANGAN UNTUK KOS PEMBINAAN ASRAMA LELAKI
Adalah kami pihak jawatankuasa tadbir pengurusan mendoakan tuan / puan dalam keadaan sejahtera dan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.
2. Untuk makluman pihak tuan / puan , Madrasah ini beroperasi sepenuhnya sebagai sebuah sekolah agama rakyat sejak tahun 1991 dengan nombor pendaftaran SRAR / TG / 47 / 97.Oleh itu segala perbelanjaan pengurusan sekolah bergantung sepenuhnya dari sumbangan orang ramai dan individu.
3. Untuk makluman pihak tuan / puan juga , pihak kami telah bercadang untuk membina sebuah bangunan asrama satu tingkat yang baru bagi mengantikan bangunan sedia ada yang tidak lagi sesuai didiami.Proses meruntuhkan bangunan lama tersebut telah pun dijalankan dan pembinaan bangunan yang baru akan dijalankan dengan anggaran kos yang diperlukan adalah sebanyak RM 50000.00 ( RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH RIBU SAHAJA ) termasuk kos pendawaian elektrik dan kelengkapan katil serta almari murid-murid.
5. Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami agar pihak tuan / puan dapat menghulurkan sumbangan ikhlas sama ada dalam bentuk derma atau zakat untuk sama – sama membantu meringankan tanggungan kos tersebut.
6. Sumbangan tuan / puan bolehlah diberikan melalui BIMB Cawangan Taiping AC NO 8040010002334.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
ZAINI OTHMAN :PENGURUS PEMBANGUNAN:TEL:013-5201009
Sumbangan yang akan tuan / puan berikan amatlah disanjung tinggi dan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khatiro.
Sekian terima kasih.
Bila UMNO nak anjur MAJLIS besar-besaran..?
kalau dah asal usulnya bodoh ..nampak gayanya siDatuk ini akan terus Bodoh dan menggong turut sama membodohkan siwargamas 3 , 4 kerat
Wang judi dipulangkan
|
KEPALA BATAS 29 Sept. – Seramai 40 penerima bantuan program basmi kemiskinan serta wang ihsan sebanyak RM100 daripada kerajaan negeri hari ini bertindak memulangkan semula wang itu kerana ragu-ragu program tersebut dibiayai menggunakan dana perjudian.
Mereka yang terdiri daripada sekumpulan warga emas serta fakir miskin sekitar kawasan berkenaan memulangkan wang tersebut dalam satu majlis di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga di sini hari ini.
Secara simbolik, kumpulan tersebut beramai-ramai memasukkan wang ke dalam sebuah tabung yang akan diserahkan semula kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang dalam masa terdekat.
Pada satu ketika, suasana majlis bertukar hiba apabila beberapa warga emas yang ditemubual pihak media tiba-tiba sebak dan menitiskan air mata ketika meluahkan rasa kesal mengenai isu penggunaan wang perjudian bagi membiayai program berkenaan.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim yang juga ADUN Penaga berkata, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penerima bantuan terutamanya warga emas yang berasa ragu selepas isu tersebut didedahkan media massa.
‘‘Mereka kecewa apabila kerajaan negeri sendiri mengaku ada menerima wang sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan sehinggakan warga emas yang menerima wang ihsan RM100 baru-baru ini juga meragui sama ada wang itu datang daripada sumber yang sama.
‘‘Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak menghasut mereka (memulangkan wang), tapi bila ramai yang datang ke pusat khidmat hendak berbuat demikian, kita fikir lebih baik mereka berkumpul dan memulangkannya bersama-sama,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis itu.
Turut hadir Ketua Penerangan UMNO negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ADUN Bertam, Zabariah Wahab.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini mengesahkan bahawa kerajaan negeri menerima wang sebanyak RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membiayai program membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.
Pengakuan itu dibuat beberapa hari selepas pendedahan sepucuk surat yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada kelab berkenaan walaupun kerajaan negeri sebelum ini menafikan pernah menerima wang daripada mana-mana sumber perjudian.
Azhar memberitahu, pihaknya difahamkan ramai warga emas dan fakir miskin di kawasan lain termasuk Bukit Mertajam dan Balik Pulau turut berhasrat memulangkan wang bantuan berkenaan tidak lama lagi.
Beliau berkata, tindakan kumpulan terbabit memberi mesej cukup jelas kepada kerajaan negeri bahawa rakyat negeri ini terutamanya umat Islam tidak akan berkompromi dalam soal mempertahankan hak dan kesucian agama.
‘‘Tindakan kerajaan negeri yang satu ketika menafikan kemudian mengaku pula (menerima wang judi) membuatkan rakyat rasa terpedaya dan Guan Eng perlu tahu bahawa umat Islam lebih rela tidak dibantu daripada diberikan wang sumber perjudian,” tegasnya.
Wednesday, September 29, 2010
Tak kira BUKTI kukuh macam mana sekali..tapi Tindakan..?
sumber
AH....1.7 juta..Poket atas saja boleh langsai..TAPIIII.
Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta
Datuk M Saravanan (bawah, kanan), yang sekarang ini timbalan menteri Wilayah Persekutuan telah diarahkan oleh mahkamah membayar RM1.6 juta kepada VPN Marketing Sdn Bhd untuk melangsaikan hutangnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga mengarahkan Project Penyelenggara Lebuhraya Bhd (Propel) membayar wang tambahan RM690,000 kepada syarikat itu kerana mencabuli kontrak membekalkan penghadang besi di antaranya lebuh raya Utara Selatan.
Dua saksi dari VPN Marketing dan dua lagi daripada Propel memberi keterangan semasa perbicaraan.
Saravanan disaman atas kapasiti peribadinya, sebelum dia dilantik sebagai timbalan menteri, selepas syarikatnya RMW Manufacturing Bhd - di mana beliau bertindak sebagai pengurus dan pengarah menggulung tikar.
VPN Marketing, sebuah syarikat berpangkalan di Bandar Puncak Alam, dalam kenyataan tuntutannya berkata mereka sejak 2004 telah membekalkan bahan keluli kepada RMW Manufacturing.
Bagaimanapun RMW Marketing masih belum menjelaskan bayaran RM2.337 juta selepas menerima barangan bertkenaan.
VPN Marketing mendakwa Saravanan melalui peguamnya bersetuju melalui sepucuk surat bertarikh 28 Nov 28, 2007, mengeluarkan surat jaminan peribadi untuk membayar RM1.647 juta manakala Propel pula dikehendaki membayar RM690,000.
VPN Marketing telah berulang kali meminta kedua-dua defenden berkenaan menjelaskan bayaran tetapi mereka didakwa gagal berbuat demikian.Menurut peguam C Shanmugaiah yang mewakili VPN Marketing, hakim itu memutuskan plaintif (VPN Marketing) berjaya membuktikan kes saman tersebut terhadap kedua-dua defendan.
Beliau berkata hakim itu juga memerintahkan Saravanan membayar RM20,000 sebagai kos guaman dan juga faedah lapan peratus dari November 2007, manakala Propel diperintah membayar kos RM35,000 dan juga faedah kepada VPN Marketing.
Syarikat itu juga telah menghantar notis tuntutan pada 7 Sept 7, 2009 tetapi kedua-dua mereka gagal berbuat demikian.
MAIN KUTU..HARAM..MAIN JUDI HALAL..sebab ada masyuk..
Main kutu haram di Malaysia
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
dulu kini selamanya BENGGONG...
MAGKUK TULLE..SIDATUK INI..SIAPA DIA PEMBANGKANG SIAPA DIPEMERENTAH DIKELANTAN PUN SIUMNO TOK TOK TAK FAHAM..DAH SAMPAI 20 TAHUN LEBIH MASIH TAK SEDAR-SEDAR..DIKELANTAN YANG JADI PEMBANGKANG ADA LAH BN ITU SENDIRI,....
Pengundi DUN Galas jangan ulangi kesilapan undi Pas
PUTRAJAYA - Pengundi di Dewan Undangan Negeri(DUN) Galas, Kelantan tidak sepatutnya mengulangi kesilapan dengan memilih calon daripada parti pembangkang pada pilihan raya negeri kawasan itu yang akan diadakan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya ada pertandingan inilah waktunya pengundi di kawasan itu memperbetulkan kesilapan yang pernah berlaku kerana memilih calon pembangkang.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini hari ini, beliau berkata ramai pengundi di DUN tersebut kecewa dengan kegagalan pembangkang memenuhi janji manis mereka seperti yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang.
Sekarang adalah waktu paling sesuai untuk pengundi di Gua Musang kembali menyokong Barisan Nasional (BN) seperti yang pernah mereka lakukan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus di Kuala Lumpur semalam.
Pada PRU 2008, Allahyarham memenangi DUN itu menewaskan penyandangnya daripada Barisan Nasional (BN), Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail yang mendakwa kekecohan dalam pemilihan peringkat cabang parti itu didalangi Umno, beliau berkata pembangkang akan sentiasa menuding jari menyalahkan orang lain demi menutup kelemahan sendiri.
"Apa saja yang berlaku bukan setakat kekecohan yang menggambarkan kelemahan sendiri, mereka mesti kata Umno terlibat. Inilah bezanya mereka dengan Umno, mereka tak boleh terima hakikat kelemahan parti, peringkat cawangan pun tak boleh tadbir, baru memerintah dua tahun sudah kucar kacir," kata Ismail Sabri.
Kes..bakal menjadi TOP HIT..
kalau nak cepat jangan tunggu ..cepat-cepat berhubung dengan media media yang banyak suku..
Bekas isteri yakin ADUN Melor miliki harta lebih RM3 juta
KOTA BARU, 29 Sept — Bekas isteri kedua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yakin wakil rakyat tersebut mempunyai harta berjumlah lebih RM3 juta.
Siti Aishah Chou Abdullah, 26, wanita berketurunan Cina Kemboja memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru semalam bahawa keyakinannya itu berdasarkan apa yang pernah diceritakan oleh Wan Ismail sepanjang mereka hidup sebagai suami isteri.
“‘Defendan (Wan Ismail) memberitahu beliau memiliki banyak harta termasuk tanah, projek-projek di Gua Musang, simpanan wang tunai di bank, perniagaan di China dan sebagainya, namun dia tidak tunjukkan sebarang dokumen berkaitan kepada saya,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Dia menyatakan demikian pada perbicaraan kes tuntutan mutaah RM3 juta yang dikemukakan ke atas bekas suaminya itu. Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Syarie, Abdullah Man.
Bagaimanapun ketika menjawab soalan peguam syarie defendan, Mohd. Raziman Yaakub, Siti Aishah mengaku dia tidak mempunyai dokumen untuk membuktikan dakwaan pemilikan harta termasuk simpanan saham amanah dalam Public Mutual Berhad.
“Saya tidak pernah ditunjukkan sebarang dokumen berkaitan tetapi saya percaya dengan ceritanya kerana memberitahu hal yang sama lebih daripada sekali.
“Defendan juga pernah memaklumkan kepada saya, kebanyakan harta yang dimilikinya bukan atas namanya kerana beliau seorang wakil rakyat,” katanya.
Plaintif juga memaklumkan bekas suaminya itu tidak pernah menawarkan sebarang sagu hati selepas dia mengemukakan tuntutan mutaah.
Keterangan plaintif mengenai pemilikan harta oleh bekas suaminya bagaimanapun menimbulkan persoalan kepada Abdullah sehingga bertanyakan kesahihan dakwaan yang dibuatnya.
Peguam syarie mewakili Aishah, Mohd. Sabri Ismail memberi jaminan bahawa anak guamnya akan mengemukakan dokumen berkaitan pemilikan aset defendan pada perbicaraan akan datang.
Abdullah menetapkan perbicaraan bersambung pada 8 dan 9 Mac tahun hadapan.
Siti Aishah, 25, yang berketurunan Cina Kemboja dan Wan Ismail, 55, berkahwin pada 1 November 2004 dan disahkan bercerai pada 18 November 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ahmad Firdaus, 5, dan Wan Nor Salwa, 4.
Berdasarkan tuntutan yang difailkan pada 4 Januari lalu, Siti Aishah dari Wakaf Mek Zainab di sini menuntut defendan membayar RM3 juta sebagai pampasan perceraian mereka mengikut peruntukan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.
Pada pilihan raya umum 2008, Wan Ismail mengalahkan penyandang kerusi DUN Melor, Azmi Ishak (BN) dengan majoriti 1,616
undi setelah beliau memperoleh 8,390 undi.
DUN Melor terletak bawah kerusi parlimen Ketereh yang mempunyai dua lagi kerusi DUN, Kadok dan Kok Lanas.
Tuesday, September 28, 2010
kalau Ikut..TAK JADI GALAS BEG KE DUN GALAS..
Galas: PAS minta BN tak tanding demi perpaduan Melayu
KOTA BARU, 28 Sept – PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.
Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.
“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri di sini, hari ini.
Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus semalam.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.
Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. – Bernama
PESANAN org-tua tua jangan diabaikan:jangan dijolok SARANG TEBUAN
KERANA ENGKAR PESANAN ORG TUA TUA..ahh segala macam persoalan dah timbul..macam mana keluarga Pak Pencen JPJ boleh memiliki harta sebanyak ini selepas ..bergaul rapat dengan MantanPiieem UMNO ..atau menang Race Kuda ke si merican ini...JAWAB jgn tak Jawab...!
ini baru betul MAMAKPEDUKANG...NAIK TONGKANG KATA MAI NAIK KAPAL MEWAH..ha ha ha ha...Dari mana kekayaan luarbiasa ahli keluarga Reezal Merican ?
Reezal Merican Naina Merican Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas perlu mendedahkan kepada umum dari mana sumber kekayaan ahli keluarganya secara tiba-tiba.Bapanya cuma seorang kakitangan awam biasa di Jabatan Pengangkutan Jalan manakala ibunya seorang jururawat desa.
Semasa hayatnya bapanya memiliki sebuah lori kecil empat tayar bagi menjalankan perniagaan 'gas masak'.
Reezal sendiri selepas tamatkan pengajian di IPTA, bekerja dengan Shahrizat Abdul Jalil.
Secara tiba-tiba apabila mendampingi Abdullah Badawi keluarga ini sudah mempunyai rumah harga berjuta-juta di Shah Alam, projek di sana-sini dan begitu juga memiliki banyak kereta mewah.
Orang Penang terkejut dengan kemewahan luar biasa keluarga Naina Merican ini dan berharap Reezal dapat memberitahu sumber kekayaan ahli keluarganya.
Orang ramai berpendapat jika ianya dari sumber halal - tidak mengapa. Jika dari sumber haram, orang Islam lebih rela menjauhi harta dan keluarga seumpama itu.
Itulah sebabnya UMNO dan Barisan Nasional bermati-matian enggan mengistiharkan harta yang mereka kira "harta emak bapa" mereka.
Solat Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Allahyarham Che Hashim Sulaima di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra di Gua Musang
Mengikut maklumat awal Solat akan diadakan Jam 10 malam..Keadaan Hujan sepanjang perjalanan dari Bkt Gantg ke Gua Musang tidak melemahkan semangat Pemandu F1 (uncle Zam) dari Taiping sampai tepat jam 9.50 mlm di masjid Gua Musang.(dari Changkat jering jam6.45ptg)
maklumat seterusnya dikhabarkan Jenazah akan sampai sekitar jam 12mlm,sekitar jam 12.15 jenazah selamat sampai ,dan solat diImamkan oleh Tok Guru Nik Azizi.
kehadiran ..lihat Gambar dibawah sendiri Nilai
emmm.Menteri besar ..Datuk Nik Aziz
Tazkirah/Peringatan Sebelum Mati..semua akan mati tak kira raja,pemerentah agung atau sesiapa saja...beringat dulu sebelum....
kehadiran ...
Pemegang Amanah (nyawa) kami sepanjang Perjalanan ....bersama Adun manik Urai
tiga sahabat sejoli..sempat memberikan Pose..sementara menunggu..solat Jenazah
lagi gambar diFb:http://www.facebook.com/home.php?#!/photo.php?pid=1555112&fbid=1610239344150&id=1481240172&ref=nf
Monday, September 27, 2010
Kokok..UMNO dan Penjelasan DR Asri..
Azhar: Lim menipu, guna wang judi bayar warga emas
Ketua pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim mendakwa kerajaan negeri itu menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.
Azhar berkata Ketua Menteri, Lim Guan Eng seringkali 'memutar-belitkan katan-kata' sehingga bukti dikemukakan.
baca seterusnya.
Dr Asri: Rakyat terima bantuan kerajaan guna hasil judi tidak haram
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.
“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.
“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.
Ust Misbha n Ust Chan ming kai..hi hi ust Pulak..YB Chan Ming kai..ingat umno saja tersasul saya pun turut tersasul dgn gelagat YB Chan..bravoo.
Ydp Pas Kaw..ust nordin bersama..Pimpinan..Pakatan Rakyat.
BERITA WA CEDOK DARI BLOG UST MISBHA SELAKU PENGARAH PROGRAM.
Gambar wa punya..
Kehadiran orang ramai dalam Majlis Jamuan Eidul Fitri Pakatan Rakyat sangat di luar jangkaan, makanan hampir sahaja tidak mencukupi, namun semua yang hadir merasa puas kerana matlamat kehadiran mereka bukan untuk makan semata-mata tetapi bertemu wajah dengan pimpinan serta mendengar ucapan dan amanat pimpinan.
Orang ramai mula membanjiri perkarangan Pejabat PAS di Medan Istana seawal jam 7.00 ptg terutama orang-orang bukan Islam, manakala umat Islam menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu di masjid yang berhampiran atau di rumah masing-masing. Pukul 8.00 malam sebaik saya sampai, semua parking telah penuh.
Kehadiran orang ramai begitu mengejutkan, penganjur menjangkakan sekitar 3000 lebih sahaja, ini disebabkan pada hari Ahad sejak pagi lagi sehinggalah ke petang beberapa kawasan, ngo dan orang perseorangan mengadakan hari terbuka masing-masing. Malam itu sahaja, dua tiga Ngo mengadakan hari terbuka di kawasan Ipoh, tetapi Alhamdulillah, orang ramai masih mahu juga hadir walaupun juadah yang disajikan lebih kurang sama sahaja sebagaimana di tempat-tempat lain. Yang menariknya kehadiran orang bukan Islam dari masyarakat Cina dan India hampir sama ramai dengan masyarakat Melayu, dan mereka menunggu sehingga majlis bersurai kira-kira jam 10.30 malam untuk mendengar ucapan-ucapan pemimpin yang meraka sayangi.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir meraikan para tetamu malam tadi ialah YB Dato' Seri Hj Nizar, Ustaz Abu Bakar Husein, YB Dato' Ngeh Kho Ham, YB Zainuddin Yusuf, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Khalil Idham Lim, YB Nga Khor Ming, YB Dr. Mujahid Yusuf, YB Chan Ming Kai dan ramai lagi. Kebanyakankan adun Pakatan Rakyat hadir malam tadi. Sdr. Mustapa Kamil Ayob,Pengerusi PKR Negeri hadir di penghujung program kerana menghadapi masalah kesesakan jalan raya di Kuala Kumpur.
YB Chang Ming Kai memakai pakaian Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok, begitu juga YB Dr. Lee Boon Chye dan sdr Kris dari DAP. Hampir sahaja ramai yang tidak mengenali mereka. Meraka kelihatan segak dan cukup bergaya dengan pakaian Melayu. Sehingga YB Ngeh tersasul dalam ucapannya dengan menyebut memakai baju Melayu dan "lampin", orang ramai bergelak sakan mendengar ketersasulannya itu, namun Ngeh bijak orangnya lantas terus menjawab " saya sengaja menyebut begitu, sebab nak tahu saudara-saudara ambil perhatian atau tidak terhadap ucapan saya".
Program dimulakan dengan ucapan aluan saya selaku pengarah program, diikuti dengan ucapan-ucapan silih berganti oleh Ustaz Abu Bakar Husein, Dato' Ngeh, Dr. Lee Boon Chye, Nga Khor Ming, Chan Ming Kai dan Dato' Seri Hj Nizar. Orang ramai turut dihiburkan melalui persembahan nasyid oleh Q Har.
Majlis malam tadi juga turut meraikan 100 orang golongan fakir miskin di sekitar bandararaya Ipoh. Mereka menerima sumbangan dari PAS Perak.
Saya sifatkan program jamuan malam tadi dari sudut persiapan dan penganjurannya sederhana namun sambutannya sangat meriah. Bajet yang dikeluarkan cukup sederhana, tidak sampaipun puluhan ribu. Tidak berlaku pembaziran. Semua petugas menjalankan kerja secara sukarela dan ikhlas. Ramai petugas yang tidak sempat makan kerana mengutamakan para tetamu. Syabas dan tahniah petugas sekelian.
Selesai sahaja majlis, malam itu juga khemah dibuka, kerja-kerja pembersihan terus dijalankan dan pagi tadi perkarangan Medan Istana kembali seperti biasa seolah-olah tidak ada program besar malam tadi.
Saya selaku pengarah program mengucapkan ribuan terima kaseh kepada pihak keselamatan, DBI, semua pimpinan Pakatan Rakyat negeri & kawasan, urusetia, PAS zon bandarraya, para penyedia makanan, petugas Unit Amal dan UKP dan semua yang terlibat bagi menjayakan acara tahunan ini.
Insya Allah tahun depan akan lebih meriah lagi.
Pimpian Pakatan Rakyat..
Yb Nizar..bersalaman dgn tetamu
hampir clear.....cuci bersih..
Jamuan Raya..Rumah Anuar.
YDP Pas kawasan ust Nordin bersama Bekas Penyelia Dun Ust Norazli Musa.hulurkan sumbangan
Jamuan Raya dijadikan aktiviti tahunan oleh Saudara Anuar dari kg Permatang Laut ,Permatang Raja,sebuah kampung dalam Dun Trong.
Mtd Trong bersama Pas kawasan dijemput menghadiri Program tersebut,diberi kebenaraan oleh sdr Anuar utk mengadakan sebarang Aktivit dalam Program itu.
Beliau merupakan seorang aktivis Pas,Jemputan ke Program selalunya semua Penduduk sekitar tanpa mengira Parti.
Dikesempatan ini,Pas turut menyalurkan sumbangan kepada yang memerlukan dari kalangan penduduk sekitar itu.
satay dan lemang rendang ayam.Produk yang Paling laku dlm majlis ini..
Sunday, September 26, 2010
Yang ini bukan saja setakat.. MALU...
Umno patut malu lulus lesen judi
Ali Hashim |
KEPALA BATAS, 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar. Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumber untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang. Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu. Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam. "Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya. "Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya. Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar. Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini. "Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang. "Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini. "Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi. Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi. |
Saturday, September 25, 2010
LAWAK SIOOOL SI TEMBAM..PUNGGUNG SENDIRI TERPALIT TAIK...TAPI CUBA BASUH PUNGGUNG ORANG..BIUL KE PE..?
Muhyiddin minta Guan Eng jawab dakwaan Pemuda Umno
MUAR, 25 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda Umno mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu.
Muhyiddin (gambar) yang juga Menteri Pelajaran berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda Umno.
“Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelonjakan Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar, Pagoh dekat sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.
Muhyiddin ditanya mengenai pendedahan sepucuk surat oleh Pemuda Umno dalam akhbar hari ini yang membuktikan kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. — Bernama
Badi Penangkapan Pelukis KARTUN..Diri sendiri dah Jadi KARTUN..?
Najib tawar bantu Obama atasi Islamophobia
Malaysia mahu membantu Amerika Syarikat (AS) mengatasi fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat kuasa besar itu agar mereka tidak salah faham dan berpandangan negatif terhadap agama Islam.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah menyuarakan perkara itu kepada Presiden Barack Obama semasa mencelah dalam mesyuarat kedua pemimpin ASEAN-Amerika di kotaraya New York pada Jumaat.
Malah Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Obama kerana pendirian tegasnya terhadap cadangan seorang paderi di Florida untuk membakar kitab suci Al-Quran yang akhirnya membatalkan hasratnya.
Sungguhpun mesyuarat itu lebih berkisar soal perdagangan, keselamatan dan isu serantau, Najib sempat menarik perhatian Presiden Obama mengenai peningkatan fenomena Islamophobia di Amerika Syarikat kebelakangan ini.
Ensiklopedia dalam talian Wikipedia mentafsirkan Islamophobia sebagai ketakutan atau kebencian terhadap agama Islam dan penganutnya.
"Langkah paling penting ialah memberi kefahaman asas mengenai agama Islam bahawa ia membawa nilai-nilai sejagat dan selari dengan konsep pemodenan dan agama yang progresif.
"Islam juga dapat menjamin hak, bukan sahaja orang Islam tetapi juga hak bukan Islam," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia yang meliputi lawatan kerjanya selama enam hari di New York.
Fobia itu meningkat ekoran cadangan pembinaan pusat Islam dan sebuah masjid di tapak "Ground Zero" iaitu lokasi serangan pada 11 September, 2001 yang meranapkan Pusat Dagangan Dunia New York.
Seorang paderi di Florida yang mulanya mengugut untuk membakar kitab suci Al-Quran sempena ulang tahun serangan pengganas 9/11 membatalkan hasratnya berikutan gesaan Obama yang menegaskan bahawa langkah itu hanya menguntungkan al-Qaeda dan membahayakan beribu-ribu tentera AS di Afghanistan dan Iraq.
Ditanya langkah untuk mengatasi fenomena Islamophobia, Najib menegaskan perlunya kefahaman yang lebih baik tentang Islam di kalangan rakyat Amerika Syarikat.
Sebagai contohnya, Perdana Menteri merujuk kepada kajian majalah Time baru-baru ini menunjukkan 26 peratus rakyat Amerika menyangka Presiden Obama adalah beragama Islam.
Najib: "Ini bererti di Amerika Syarikat, pengetahuan tentang perkara seperti ini adalah amat rendah dan peningkatan terhadap apa itu Islam sebenarnya amat perlu dilakukan.
"Dan juga kita tidak seharusnya ditekan oleh kumpulan-kumpulan yang ekstrem yang bersuara lantang hingga mengambarkan seolah-olah seluruh Amerika Syarikat tidak setuju (dengan Islam), tetapi ia (kumpulan ekstrem) sebenarnya cuma kumpulan kecil."
Kaji selidik itu juga menunjukkan tahap keraguan rakyat Amerika hinggakan ada berpendapat seorang Muslim tidak seharusnya menjadi Presiden.
Tunjuk perasaan bagi membantah cadangan pembinaan masjid di Ground Zero kemudian turut diadakan berhampiran bangunan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ketika berlangsungnya sesi ke-65 Perhimpunan Agung PBB.
Najib dijadual menyampaikan ucapan sulungnya pada perhimpunan agung PBB (UNGA) pada Isnin.
Najib berkata beliau juga memberitahu Obama bahawa Malaysia mengalu-alukan proses damai yang sedang diusaha antara Palestin dan Israel ke arah mencapai penyelesaian konflik berasaskan prinsip kewujudan bersama dua negara.
Perdana Menteri juga menjelaskan mengenai pertemuan beliau dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di ibu pejabat PBB, Khamis.
Menurut Najib, pemimpin Palestin itu menjelaskan mengenai laluan yang begitu sukar untuk mencapai penyelesaian konflik yang berpanjangan memandangkan pendirian keras rejim Tel Aviv selain masalah kerjasama dengan kumpulan Hamas.
Bagaimanapun, Mahmoud Abbas memberitahunya bahawa keadaan di Tebing Barat kini bertambah baik berbanding masa dulu.
Ini bermakna, menurut Najib, jika rakyat Palestin memilih kedamaian sebagai satu langkah ke hadapan dan bukannya konflik, bererti mereka boleh mendapat masa depan yang lebih baik dan terjamin.
"Peringkat awal sudah boleh lihat dengan baik di Tebing Barat, tetapi masih ada masalah dalaman iaitu dengan Hamas, bagi membolehkan mereka bertindak sebagai satu suara," kata Najib.
Menyentuh pertemuannya dengan Wakil Khas Amerika Syarikat ke Afghanistan dan Pakistan, Richard Holbrooke, Najib berkata mereka berbincang mengenai pemergian pasukan perubatan dari Malaysia pertengahan bulan depan ke sana atas jemputan kerajaan Afghanistan.
Najib berkata Holbrooke juga menceritakan kepadanya betapa dahsyatnya kesan banjir di Pakistan baru-baru ini terhadap 20 juta rakyat negara itu, yang disifatkan lebih buruk daripada bencana tsunami.
"Rakyat Pakistan ditimpa musibah yang amat dahsyat dengan kediaman, ternakan, sekolah dan jalan raya musnah teruk. Daripada aspek sosial, bencana ini lebih dahsyat skalanya berbanding tsunami," katanya.