BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Saturday, September 4, 2010

EK EKLEEE..tak dah lagi manusia NRMAL yg akan percaya.siamno..

ek ekllee..nak bukti konon ..baik sangatle tu...Rakyat yang normal tak mungkin lagi percaya cakap cakap amno..ngaku tak terlibat..pirrrrrrah...kalau dah amno memang amno sampai benggong..
Gambar palsu: Tujuk bukti sebelum tuduh, kata Azhar
Setiausaha Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim mahu Pakatan Rakyat menunjukkan bukti berhubung tuduhan mereka yang mendawa Umno sebagai dalang yang memalsukan gambar Ketua Menteri Lim Guan Eng menyembelih seekor lembu.

Beliau yang juga ketua pembangkang menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengetahui mengenai gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan dan menegaskan bahawa itu bukan cara Umno untuk mendapatkan populariti.

"Tuduh menuduh ini bukan cara kami (Umno), kalau benar gambar itu Umno yang buat, tunjukkan bukti. Mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu lain bagi menutup kesalahan sendiri juga bukan kerja Umno, ini kerja Pakatan Rakyat," katanya di Kepala Batas hari ini.

Azhar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta memgulas tuduhan Pakatan Rakyat bahawa Umno telah menyebarkan gambar palsu Lim sedang menyembelih lembu yang dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti agama.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian dermasiswa kepada 110 pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sumbangan hari raya kepada 300 penerima oleh bekas perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Pusat Budi Penyayang di Kepala Batas, hari ini.

Azhar juga menyerahkan perkara itu kepada pihak yang bertanggungjawab untuk mencari kebenaran dan membuat tafsiran.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails