BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, September 12, 2010

4Hari lepas ada Penunjuk..hari ini tergigit jari..POLIS OOO POLIS..

PDRM terlalu cekap..baru 4 hari lepas KP yang nak belah kata Polis ada Penunjuk..tapi hari ini dah jadi daging bakar...ini tahap Polis Kita...kalau dengan rakyat yg bersenjata benner dan sepanduk uhhhh terlalu hebat hingga ditembak dan diheret..tapi dgn penjenayah..kata ada penunjuk akhirnya mangsa disalai..baru dapat jumpa...

Polis: Sosilawati dan 3 lagi dibunuh, dibakar
Sep 12, 10 2:42pm
Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi, telah dibunuh dan mayat mereka dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebuah sungai dekat Ladang Gadong, di Tanjung Sepat, Banting, demikian menurut polis.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin berkata bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan forensik untuk memastikan perkara itu.

Beliau memberita pemberita demikan dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis Banting.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya.

Sebelum itu, pasukan forensik polis memasuki kawasan sebuah ladang pertanian bersepadu di Tanjong Sepat dekat Banting bersama-sama dengan sekurang-kurangnya dua suspek yang dipercayai terlibat dengan kehilangan Sosilawati dan tiga orang lagi.

Petugas media yang berada di jalan masuk ke Ladang Gadong melihat dua konvoi kenderaan dengan kawalan ketat polis memasuki kawasan itu, dan dua lelaki dilihat memakai pakaian lokap.

Menurut seorang anggota polis, mereka memasuki sebuah kawasan yang terletak kira-kira 100m dari jalan utama kawasan berkenaan, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) itu.

Pasukan forensik turut ke sebuah restoran, terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Helikopter polis juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa polis percaya kes itu dapat diselesaikan segera berikutan penangkapan sekurang-kurangnya empat lelaki.

Ismail enggan menyatakan identiti mereka yang ditahan, walaupun ada sumber menyatakan mereka termasuk dua orang peguam.

- Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails