BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Sunday, September 5, 2010

Lawak giler.bila si Najib bercakap soal Tudung...bini sendiri apa cerita..?

wahai perdana menteri ..benggong ke apa..Tazkirah dan ucapan pun tak faham..pastu nak bercakap soal bertudung ..takkan tak nampak Big big mama dalam rumah yg dok tidor sebantal...apa keadaan dia kalau dia ke masjid...jambol nya ada tutup ke...layak ke dia ni cakap soal bertudung dan Tazkirah..?

Najib: MP Serdang langgar fatwa masuk surau, beri tazkirah


September 05, 2010GOMBAK, 5 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching telah melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan apabila beliau memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang bulan lalu.

Najib berkata, fatwa yang dikeluarkan Mac lalu adalah jelas bahawa bukan Islam mesti memperoleh kebenaran daripada masjid dan mengenakan pakaian sopan ketika memasuki kawasan masjid dan surau.

Dengan merujuk kepada fatwa, Najib berkata pelancong bukan Islam boleh memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mereka memperoleh kebenaran daripada pengurusan selain memastikan tindakan mereka tidak bertentangan dengan kesucian masjid.

Teo memasuki ruang solat surau itu pada 22 Ogos lalu tanpa mengenakan tudung tetapi menegaskan beliau berbuat demikian dengan kebenaran pengurusan surau.

“Garis panduan ini mesti kita patuhi sebelum memasuki masjid,” kata Najib ketika berucap pada majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Umno Selangor berkata, Teo telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyampaikan tazkirah ketika kunjungannya.

“Hanya orang Islam dibenarkan menyampaikan tazkirah di masjid atau surau.

“Jika bukan Islam memasuki sebuah masjid dan mula memberikan tazkirah kepada Muslim, ia bertentangan dengan ajaran Nabi,” kata Pengerusi BN ini.

Najib yang juga Presiden Umno menambah, Sultan Selangor dan enakmen pentadbiran Islam negeri juga melarang bukan islam daripada memasuki ruang solat.

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah menghantar surat amaran kepada Teo awal minggu ini.

Menurut Mais tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor yang menitahkannya menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.

Dalam kenyataannya, Teo pula menjelaskan kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan dan berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberi sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor,” katanya.

Teo turut menegaskan bahawa lawatannya ke surau berkenaan tidak berniat politik dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Beberapa pemimpin PKR dan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails