Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 22 Sept: Kerajaan Kelantan akan menyenaraihitamkan sebuah syarikat yang didakwa mempunyai niat tertentu terhadap negeri itu berikutan pengumuman sumbangan RM4 bilion kepada PAS Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri atau parti juga tidak pernah melantik Nik Din Nik Mat, yang juga adiknya mewakili beliau menerima replica cek berjumlah RM4 bilion pada majlis makan malam baru-baru ini. Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco, di sini sebentar tadi. Menurutnya lagi, Syarikat I’DA World Group Sdn Bhd (l’DA World) tidak mempunyai sebarang projek di negeri ini dan kerajaan negeri juga tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya. “Saya tak hantar langsung wakil saya untuk menerima cek, malah media yang mendakwa penerima itu adalah wakil saya, karut belaka,” ujarnya. Kerana itu, katanya syarikat berkenaan akan disenaraihitamkan. Beliau bagaimanapun mengakui pemilik syarikat terbabit ada bertemu dengannya di rumah dan pejabat, namun ianya tidak membincangkan pasal perlantikan wakilnya hadir pada majlis itu nanti. Dua malam lalu, syarikat I’DA World telah mengumumkan sumbangan RM4 billion kepada PAS Kelantan pada majlis makan malamnya yang diadakan disebuah hotel. Replika cek berkenaan disampaikan oleh pengerusi eksekutif syarikat terbabit, Abdul Rahim Abdul Wahab kepada Nik Din yang juga adinda Tuan Guru. Bagaimanapun, semalam Nik Din menafikan beliau mewakili mana-mana pihak. Katanya, kehadiran beliau hanya memenuhi jemputan peribadi dari syarikat tersebut. Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa ketika ditemui memberitahu tindakan syarikat terbabit boleh menjejaskan kerajaan negeri. Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut khususnya berhubung motif perkara itu. “Ianya akan menjejaskan parti dan kerajaan. Kita semua tak hadir pada majlis itu sebab memang tak pernah bincangpun,” ujarnya. |
Wednesday, September 22, 2010
Kan dah kata..lee..Benar-benar JANTUNG DAH BERLUBANG..KERANA ikut UMNO..siapa yang jadi mangsa..?
Cek RM4 bilion: Kelantan senarai hitam l’DA World
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Niat suci I'DA World macam suci nampaknya.Bagi pandangan saya ambil sajalah pemberian yang nampaknya ikhls darinya dan gunakanlah wang tersebut dengan sebaik2nya,semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat.Usah dipertikaikan atas pemberiannya lagipun amat banyak sehingga mencecah berbellion ringgit,boleh kerajaan Kelantan tolong orang2 yang misken tegar dinegeri ni.Kekurangan wang yang diberikan oleh I'DA World nanti bolehlah ditambah dengan pemberian royelty minyak dari Petronas yang juga mencapai malah lebih dari apa yang disumbangkan oleh I'DA World.Rm4.8 bellion kami dah conform dapat kerana bukan alang2 belanja,bermodal hingga Rm400,000 untuk guru2 pondok dan ulamk pergi Mekah buat solat hajat agar Allah SWT mengkabulkan doa dan melembutkan hati puak2 Petronas agar dapat memberikan hak kepada rakyat Kelantan.Rm4 bellion + Rm4.8 bellion =Rm8.8 bellion banyak tu projek yang boleh dibuat untuk rakyat,akan senanglah rakyat Kelantan terutamanya fakir dan misken dan orang2 yang memerlukan.Harapan saya janganlah dah dapat duit tu nanti golongan sasar masih terabai,menderita dan melarat papa kedana,yang senang puak mana pulak!!!?Bila mana duit dah habis hentam sana-sini,salahkan sana-sini,orang tu tak betul,orang ni tak betul.Tapi siapa yang betul?Tepuk dada tanya iman.Amanah itu sautu benda yang paling berat,lebih berat dari plenet bumi ni (Kata pujangga dari Iman Ghazali)Saya sebagai manusia Islam mendoakan agar duit yang diterima nanti dapat diimarahkan dengan sebaik2nya."ALLAH MENGETAHUI YANG TERSURAT DAN TERSIRAT"wASSALAM
pandai kau pak aji..sampai boleh baca Niat orang..hi hi hi..apa-apa pun biarkan mereka buat keputusan mereka lebih mengetahui hal dan keadaan sebenarnya dari pada kau dan aku...tul kan? tapi dari tindakan awal..nampak dah melencong dah si I`DA...kerana dia bagi kat PAS untuk buat kemajuan seperti buat jalan raya dsb dikelantan..siapa sebenarnya PAS ...kerajaan kelantan ke..?
Bang aji kau minta tolong aje sigeng k`jaan Pusat salurkan wang royalti secara sah..itu dah cukup memadai...
Post a Comment