BIJAN

TABUNG PRIHATIN

"TABUNG PRIHATIN" PAS KAWASAN BUKIT GANTANG;;DERMA BAGI MEMBANTU ANAK YATIM/FAKIR MISKIN/OKU DAN YANG MEMERLUKAN...PADA YANG BERHAJAT SALURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI AKAUN "MAYBANK:NO AKAUN:"558051304442"..MAKLUMKAN SUMBANGAN ANDA KETALIAN:012-4282010/019-5205025/019-5789690.TQ

Thursday, September 23, 2010

Elok sangat letu..hang tak MAI KAT sini..kalau idak..Pengapit mu dah tentu Big Mama..?first lady..?

nasib hang tak baik .sebab negara Jepun..itu yang dia tak dibenarkan masuk walau pun tuduhan dadah di Las vegas,sebab Jepun bermaruah..tapi kalau kat negara aku..entah berapa ramai yang akan sokong dan entah berapa ramai yang akan ampu hang..kau tak bernasib lihat keterbukaan negara aku..untung untung hang akan jadi VVIP kepada firstLady negara ku...ini keadaan negara ku..!yang akan jadi escort hang kat sini dari sanggul kecil sampai sanggul berjambul..imigresen jepun sampai sudah tak benarkan masuk...kalau kat sini siap boleh main magic rekod kehadiran hang kat malaysia....ha ha ha ha...ESOK MASIH ADA.....cuba dimasa akan datang..

Paris Hilton batal lawat Malaysia


Paris Hilton


KUALA LUMPUR - Selebriti Amerika Syarikat, Paris Hilton telah membatalkan rancangan untuk melawat Malaysia hari ini selepas dilarang memasuki Jepun semalam.

Aktres dan penyanyi berusia 29 tahun itu dalam laman Twitternya berkata, beliau berlepas pulang selepas pihak berkuasa Jepun menahannya daripada melawat negara itu ekoran menghadapi pertuduhan memiliki dadah di Las Vegas.

"Saya sudah hendak berlepas. Balik ke rumah sekarang. Sangat kecewa kerana terlepas peluang untuk menemui peminat di Asia. Saya berjanji akan datang semula tidak lama lagi. Saya sayang anda semua! Sayang, Paris,'' kata beliau dalam laman Twitternya sebelum berlepas dari Jepun.

Di Kuala Lumpur, beliau dijadual melancarkan pewangi terbarunya yang diberi nama Tease dan beg tangan Paris Hilton koleksi musim gugur/sejuk 2010 di Pavilion Kuala Lumpur.

Tokyo merupakan perhentian pertama beliau dalam rancangan jelajah Asia dan aktres itu dijadual melawat Kuala Lumpur dan akan merasmikan pembukaan butiknya di Jakarta. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails